Maritim – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Mar 2026 13:06:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Maritim – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Zon Maritim Kudat tahan bot tempatan langgar syarat lesen, kesalahan imigresen https://sabahmedia.com/2026/03/25/zon-maritim-kudat-tahan-bot-tempatan-langgar-syarat-lesen-kesalahan-imigresen/ https://sabahmedia.com/2026/03/25/zon-maritim-kudat-tahan-bot-tempatan-langgar-syarat-lesen-kesalahan-imigresen/#respond Wed, 25 Mar 2026 13:06:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93776
Read Time:1 Minute, 5 Second

KUDAT: Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat telah menahan sebuah bot tempatan yang dikesan memasuki perairan negara pada kedudukan kira-kira 7 batu nautika barat Tanjung Simpang Mengayau, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, bot berkenaan berjaya dikesan menerusi maklumat daripada Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Sabah sebelum dipintas oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Sejahtera dan Op Khas Pagar Laut.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut berdaftar di Malaysia, namun lesen operasinya telah tamat tempoh, sekali gus melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati seramai empat kru termasuk tekong berumur antara 27 hingga 50 tahun berada di atas bot tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua individu bersama bot berkenaan telah ditahan dan diiring ke jeti untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan.

Dalam pada itu, Hasbullah berkata pihaknya akan terus mempergiatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Beliau turut menyeru orang ramai, khususnya komuniti maritim, agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 bagi membolehkan tindakan segera diambil.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/25/zon-maritim-kudat-tahan-bot-tempatan-langgar-syarat-lesen-kesalahan-imigresen/feed/ 0 93776
Maritim tahan bot kargo bawa ubat-ubatan terkawal di Tawau https://sabahmedia.com/2025/10/15/maritim-tahan-bot-kargo-bawa-ubat-ubatan-terkawal-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/maritim-tahan-bot-kargo-bawa-ubat-ubatan-terkawal-di-tawau/#respond Wed, 15 Oct 2025 13:11:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83371
Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot kargo tempatan yang membawa pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan terkawal tanpa dokumen sah di perairan Sungai Salipar, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata, penahanan itu dilakukan pada jam 2.10 petang selepas kapal peronda KM KIDURONG mengesan bot berkenaan bergerak dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan rondaan Op Sejahtera dan Op Tiris.

“Bot tersebut dikesan dari arah perairan Tawau menuju ke Wallace Bay sebelum ditahan di kedudukan 1.1 batu nautika utara Sungai Salipar.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia 55 tahun bertindak sebagai juragan bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui beberapa kotak disorokkan di dalam ruang simpanan bot yang mengandungi produk kesihatan dan ubat-ubatan terkawal.

“Juragan berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran atau pengisytiharan kastam yang sah berkaitan muatan tersebut,” katanya.

Ariffin berkata, juragan bersama bot, enjin serta muatan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Jualan Dadah 1952, Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot, enjin dan barangan dianggarkan berjumlah RM71,000,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan produk kesihatan dan ubat-ubatan terbabit cuba diseludup keluar ke negara jiran bagi memenuhi permintaan pasaran luar.

“Maritim Malaysia akan terus memperkukuh rondaan dan pemantauan di kawasan panas di perairan Sabah Timur bagi membanteras kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut diminta menyalurkannya kepada Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau 999 untuk tindakan segera,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/maritim-tahan-bot-kargo-bawa-ubat-ubatan-terkawal-di-tawau/feed/ 0 83371
Tangani isu pelanggaran sempadan maritim dengan berhemah – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/11/16/tangani-isu-pelanggaran-sempadan-maritim-dengan-berhemah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/11/16/tangani-isu-pelanggaran-sempadan-maritim-dengan-berhemah-hajiji/#respond Sat, 16 Nov 2024 03:06:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63825
Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu:  Kerajaan Sabah berharap isu pelanggaran sempadan maritim negeri ini oleh Filipina dapat ditangani secara berhemah dan kekeluargaan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Wisma Putra telah memaklumkan pihaknya mengenai penyerahan nota bantahan ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Kita sudah dimaklumkan oleh Wisma Putra dan ini kita serahkan kepada Wisma Putra ataupun kerajaan persekutuan dan saya mendapat makluman, kita telah pun menghantar nota bantahan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk diselesaikan.

“Memang kita akan berpandukan kepada sempadan negara kita dan kalau saya tengok peta itu dia termasuk sedikit dalam sempadan negara kita.

“Jadi, kita harap dapat diselesaikan secara baik kerana Filipina adalah jiran kita yang saya rasa perlu kita tangani secara baik dan berhemah sebagai satu keluarga ASEAN,” katanya.

Hajiji ditemui media selepas menghadiri Pembentangan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini semalam.

Pada Khamis, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 bagi Kementerian Luar memaklumkan, Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina terhadap dua akta yang baharu iaitu Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina.

Kedua-dua akta berkaitan persempadanan baharu maritim negara itu disahkan melangkaui peta baharu Malaysia 1979 yang dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa. 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/16/tangani-isu-pelanggaran-sempadan-maritim-dengan-berhemah-hajiji/feed/ 0 63825
UMS perkukuh penyelidikan Ekonomi Biru dan keselamatan maritim Sabah  https://sabahmedia.com/2024/11/05/ums-perkukuh-penyelidikan-ekonomi-biru-dan-keselamatan-maritim-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/05/ums-perkukuh-penyelidikan-ekonomi-biru-dan-keselamatan-maritim-sabah/#respond Tue, 05 Nov 2024 00:21:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63310
Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menubuhkan Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim (PPEBKM) sebagai usaha untuk memperkukuhkan penyelidikan berkaitan ekonomi biru dan keselamatan maritim khususnya di Sabah.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, penubuhan tersebut adalah selari dengan agenda kerajaan negeri di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya.

“Seperti yang kita tahu, ekonomi biru adalah satu agenda besar kerajaan negeri di bawah SMJ, dengan peranan universiti yang mempunyai pakar dalam hal ekonomi biru dan maritim menjadikan ianya sesuai untuk penubuhan pusat ini.

“Banyak penyelidikan boleh dilakukan berkaitan ekonomi biru dan keselamatan boleh diterbitkan dalam jurnal bertaraf dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan bangunan pejabat PPEBKM di Pantai Pusat Pembangunan Luar (ODEC), UMS.

Tambah Kasim, Sabah mempunyai khazanah luas yang perlu diterokai dan sudah pastinya menjadi sumber ekonomi yang besar untuk negeri ini.

“Dari segi keselamatan maritim, kita satu-satunya yang dikelilingi tiga laut iaitu Laut China Selatan, Laut Sulu dan di bahagian selatan Laut Celebes.

“Ketiga-tiga lautan ini terdedah dengan pelbagai ancaman termasuk penyeludupan, penculikan, peras ugut dan sebagainya,” ujar Kasim.

Kasim turut berkata, pengumpulan pelbagai kajian dan data penyelidikan akan membawa kepada terbentuknya dasar.

Mengulas lanjut, Kasim juga berkata, peranan pusat ini adalah untuk memperkaya sumber penyelidikan dan khazanah ilmu untuk generasi akan datang, selain turut menjadi pusat makmal dan penyelidikan yang akan dijalankan secara menyeluruh di lautan yang mengelilingi Sabah.

Pada majlis tersebut, Kasim turut menyempurnakan pelancaran Jurnal dan Pangkalan Data PPEBKM.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi (COO) Sekretariat Sabah Maju Jaya, Ramlee Kariah; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly serta Pengarah PPEBKM UMS, Prof. Dr. Ismail Ali.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/05/ums-perkukuh-penyelidikan-ekonomi-biru-dan-keselamatan-maritim-sabah/feed/ 0 63310
Hajiji diberi taklimat mengenai ESSZone dan situasi keselamatan semasa maritim https://sabahmedia.com/2023/10/04/hajiji-diberi-taklimat-mengenai-esszone-dan-situasi-keselamatan-semasa-maritim/ https://sabahmedia.com/2023/10/04/hajiji-diberi-taklimat-mengenai-esszone-dan-situasi-keselamatan-semasa-maritim/#respond Wed, 04 Oct 2023 05:24:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43034
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat
mengenai situasi keselamatan terkini di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZone) oleh Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) (ESSCOM) DCP Victor Sanjos.

Ia merupakan kunjungan hormat pertama Victor kepada Ketua Menteri di Menara Kinabalu pada Selasa sejak dilantik sebagai komander ESSCOM pada Jun tahun ini.

Dalam kunjungan itu, Ketua Menteri juga dimaklumkan mengenai pelbagai program kemasyarakatan yang dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dalam kalangan komuniti ESSZone.

Turut sama rombongan ESSCOM ialah Ketua Pegawai Eksekutif Dr Jamaluddin Mohd Ali.

Che Engku Suhaimi (kiri) menyampaikan memento kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semasa kunjungannya di Menara Kinabalu pada Selasa. – Foto JKM Sabah

Sementara itu, Hajiji turut menerima maklumat terkini mengenai keadaan maritim negeri semasa pertemuan dengan Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Delegasi Maritim Sabah termasuk Timbalan Pengarah (Operasi) Kapten Maritim Mahmad Faizal Ahmad dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Siti Norhaini Osli.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/04/hajiji-diberi-taklimat-mengenai-esszone-dan-situasi-keselamatan-semasa-maritim/feed/ 0 43034
Maritim Malaysia Rampas Bot Dipercayai Lakukan Aktiviti Bom Ikan https://sabahmedia.com/2021/09/26/maritim-malaysia-rampas-bot-dipercayai-lakukan-aktiviti-bom-ikan/ https://sabahmedia.com/2021/09/26/maritim-malaysia-rampas-bot-dipercayai-lakukan-aktiviti-bom-ikan/#respond Sun, 26 Sep 2021 10:10:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6881
Read Time:57 Second

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kudat merampas sebuah bot dipercayai melakukan aktiviti bom ikan di perairan Pulau Banggi Kudat, petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, bot terbabit ditahan di kedudukan lebih kurang 0.3 batu nautika Selatan Tanjung Perak, Pulau Banggi, Kudat lebih kurang jam 1.50 petang kelmarin, hasil maklumat daripada Unit Perisikan Maritim Malaysia,

“Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, dua suspek nekad terjun ke laut dan melarikan diri ke arah kawasan cetek hutan bakau berhampiran dengan meninggalkan bot.

“Pemeriksaan ke atas bot suspek menemui tujuh botol bom ikan mengandungi baja, satu paket kecil racun ikan dan tujuh bahan peledak beserta sumbu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Boon berkata, bot serta kesemua peralatan mengebom ikan dirampas dan dibawa ke Jeti Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan bahan letupan (bom ikan) untuk menangkap ikan.

“Komuniti maritim diingatkan untuk melaporkan sebarang salah laku jenayah atau maklumat kecemasan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau talian MERS 999 yang beroperasi 24jam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/26/maritim-malaysia-rampas-bot-dipercayai-lakukan-aktiviti-bom-ikan/feed/ 0 6881
Komuniti Maritim Diingatkan Untuk Sentiasa Utamakan Keselamatan https://sabahmedia.com/2021/09/21/komuniti-maritim-diingatkan-untuk-sentiasa-utamakan-keselamatan/ https://sabahmedia.com/2021/09/21/komuniti-maritim-diingatkan-untuk-sentiasa-utamakan-keselamatan/#respond Tue, 21 Sep 2021 09:20:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6700
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Komuniti maritim di negeri ini diingatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan sebelum meneruskan sebarang aktiviti di laut atau persisiran pantai.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, antara langkah yang boleh diambil termasuklah menyemak laporan kaji cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Katanya, komuniti maritim juga diingatkan untuk sentiasa memakai jaket keselamatan selain membawa peranti pengesan kedudukan seperti Personal Locator Beacon (PBL) serta memaklumkan lokasi dan tujuan ke laut kepada ahli keluarga atau sahabat handai.

“Aspek keselamatan bot atau vesel juga harus dititikberatkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini dari berlaku.

“Berdasarkan laporan kaji cuaca, perairan pantai barat Sabah dijangka akan mengalami hujan lebat yang berterusan bermula hari ini dan ianya merupakan fasa permulaan bagi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada Oktober hingga Mac depan,” katanya

Dalam pada itu, Mohd Rosli berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre(MRSC) Kota Kinabalu telah merekodkan sebanyak 36 kes CARILAMAT bermula dari Januari hingga awal September tahun ini membabitkan seramai 114 orang mangsa.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 94 berjaya diselamatkan, 11 maut manakala sembilan  masih hilang serta belum ditemui.

“Pada hari semalam, Pusat Operasi Zon Maritim Kudat telah menerima laporan berkaitan sebuah bot kayu yang mengalami kerosakan enjin dikedudukan sekitar 6.5 batu nautika timur Tanjung Kudat.

“Seorang lelaki, seorang perempuan bersama seorang kanak lelaki masing-masing berusia 50, 45 serta 7 tahun berjaya diselamatkan bot peronda Maritim Malaysia. Bot mangsa yang mengalami kerosakan ditunda ke Jeti Karakit, Pulau Banggi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Maritim Negeri Sabah akan terus meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan komuniti maritim mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan termasuklah kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah 2002 (Kesalahan-kesalahan Bot Kecil Sabah 2008).

Katanya, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan turut mendapati berlaku kekerapan yang tinggi bagi kesalahan-kesalahan dilakukan oleh bot-bot nelayan tempatan berkaitan alat pemadam api kecil tamat tempoh, gagal melaporkan pertukaran juragan, membawa lebih penumpang dan tidak membawa jaket keselamatan.

“Sejumlah 125 kes dan tangkapan direkodkan sepanjang tempoh Januari hingga September tahun ini melibatkan Enakmen Pelabuhan Dan Dermaga Sabah.

“Komuniti Maritim diseru untuk terus meningkatkan keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut dan laporkan sebarang kejadian kecemasan di laut menggunakan talian 999 (MERS) dan 088-387774 (Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/21/komuniti-maritim-diingatkan-untuk-sentiasa-utamakan-keselamatan/feed/ 0 6700
85 peratus warga Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/07/29/85-peratus-warga-maritim-negeri-sabah-dan-w-p-labuan-lengkap-menerima-suntikan-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/85-peratus-warga-maritim-negeri-sabah-dan-w-p-labuan-lengkap-menerima-suntikan-vaksin-covid-19/#respond Thu, 29 Jul 2021 06:04:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3755
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Hampir semua warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan termasuk skim gunasama telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di pusat-pusat vaksin yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut lokasi anggota bertugas.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, 85 peratus warga Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan merangkumi Zon-Zon Maritim telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 terutamanya petugas frontliners di lapangan bermula pada awal bulan April 2021.

Manakala selebihnya 15 peratus lagi warga dalam proses untuk divaksin mengikut jadual dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

“Adalah penting bagi memastikan semua warga terutamanya petugas lapangan mendapat suntikan vaksin memandangkan mereka berhadapan dan terdedah kepada risiko jangkitan dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan di lapangan.

“Di samping melaksanakan tugas hakiki penguatkuasaan, anggota Maritim juga terlibat membantu pihak KKM untuk memastikan komuniti maritim di pulau-pulau sekitar Sabah tidak tercicir daripada mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan seperti PPV Mobile Outreach di Daerah Sandakan dengan menghantar petugas-petugas kesihatan dan vaksin ke pulau-pulau di sekitar Kudat dan Sandakan,” katanya.

Berikutan itu, anggota Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan mengambil berat mengenai keselamatan, kesihatan dan tugas mereka yang berhadapan dengan risiko dijangkiti virus tersebut.

Menurut Mohd Rosli, penahanan ke atas bot dan warga asing yang menceroboh perairan negara boleh menyebabkan mereka terdedah kepada risiko dijangkiti virus COVID-19.

“Dengan suntikan vaksin tersebut maka ianya menguatkan imunisasi badan anggota yang bertugas di lapangan serta dapat mengurangkan kesan jangkitan virus,” tambahnya.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia terus memperkasakan rondaan di sempadan perairan negara khususnya di Pantai Timur Sabah daripada dicerobohi oleh nelayan asing dan membendung kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah agar rantaian COVID-19 ini dapat putuskan selain itu mengekang penularan virus tersebut di negara kita.

Maritim Malaysia juga memohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti bom ikan yang berlaku dipersekitaran perairan Kota Kinabalu di talian Pusat Operasi MN Sabah 088-387774.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/85-peratus-warga-maritim-negeri-sabah-dan-w-p-labuan-lengkap-menerima-suntikan-vaksin-covid-19/feed/ 0 3755