masid manjun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Jan 2022 09:21:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png masid manjun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19 : Majlis Keagamaan Cetus Kluster Berkaitan Komuniti Di Kuala Penyu https://sabahmedia.com/2022/01/15/covid-19-majlis-keagamaan-cetus-kluster-berkaitan-komuniti-di-kuala-penyu/ https://sabahmedia.com/2022/01/15/covid-19-majlis-keagamaan-cetus-kluster-berkaitan-komuniti-di-kuala-penyu/#respond Sat, 15 Jan 2022 09:21:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11144
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Kluster berkaitan komuniti dikesan di daerah Kuala Penyu hari ini dipercayai berpunca daripada majlis keagamaan yang dihadiri oleh ahli keluarga kes indeks.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster yang dinamakan Kluster Kayul itu tercetus apabila kes indeks seorang warganegara berusia 62 tahun dikesan positif.

“Satu kluster baharu komuniti telah dikesan di Daerah Kuala Penyu hari ini yang dinamakan sebagai Kluster Kayul yang tercetus apabila kes indeks seorang warganegara berusia 62 tahun dikesan positif selepas menjalani ujian RTK Antigen.

“Kes indeks didapati telah mengadakan majlis keagamaan bertempat di Kampung Kayul yang dihadiri oleh ahli keluarga dari Kampung Kayul, Kampung Kebunau dan Kampung  Gerowot,” katanya dalam kenyataan disini  hari ini.

Masidi berkata, saringan pengesanan keatas kontak rapat telah dijalankan dan setakat ini mendapati 24 kes lagi termasuk empat kes baru pada hari ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali meningkat pada hari ini dengan 21 kes lebih tinggi daripada semalam menjadikan jumlah kes kumulatif harian sebanyak 265 kes.

Katanya, Kota Kinabalu mencatat kes baharu tertinggi sebanyak 70 kes diikuti daerah Papar dengan 23 kes (+7), Ranau 23 (-4), Penampang 19 (-31), Tuaran 19 (-5) dan Kota Belud 18 (-1).

“Secara keseluruhan, 10 daerah mencatatkan kes pada dua angka berbanding 11 daerah yang mencatat kes baharu pada satu angka dan enam daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

“Daerah Penampang merekodkan jumlah penurunan (-31) yang paling besar,” katanya.

Masidi berkata, sejumlah 261 dari 265 kes yang direkodkan adalah dalam Kategori 1 dan 2.

“Terdapat satu kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/15/covid-19-majlis-keagamaan-cetus-kluster-berkaitan-komuniti-di-kuala-penyu/feed/ 0 11144
COVID-19 : Jangkitan Kes Di Sabah Terus Stabil https://sabahmedia.com/2021/12/17/covid-19-jangkitan-kes-di-sabah-terus-stabil/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/covid-19-jangkitan-kes-di-sabah-terus-stabil/#respond Fri, 17 Dec 2021 09:20:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10011
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus merekodkan trend penstabilan sejajar dengan jumlah kumulatif harian di seluruh negara hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes harian kumulatif di Sabah hari ini menurun sebanyak 29 kes berbanding semalam menjadikan jumlah terbaharu sebanyak 166 kes.

“Kota Kinabalu masih menjadi penyumbang tertinggi kes-kes baharu di Sabah dengan 41 kes, 7 kes lebih tinggi daripada sebelumnya.

“Ia diikuti Tuaran dengan 27 kes (-2), Papar 18 kes (+7), Ranau 14 kes (-2), Penampang 13 kes (-5) dan Putatan 11 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 14 daerah mencatat kurang daripada 10 kes baharu termasuk lapan daerah yang merekodkan 1 atau 2 kes baharu sahaja.

Katanya, tidak ada kes baharu di Beluran, Telupid, Kinabatangan, Kota Marudu, Kunak, Nabawan dan Tongod.

“Seramai 161 orang daripada 166 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, seorang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam Kategori 5.

“Kes yang melibatkan dua pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/covid-19-jangkitan-kes-di-sabah-terus-stabil/feed/ 0 10011
DUN Sabah : KKTP Tekad Tingkat Perkhidmatan Kepada Rakyat https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kktp-tekad-tingkat-perkhidmatan-kepada-rakyat/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kktp-tekad-tingkat-perkhidmatan-kepada-rakyat/#respond Wed, 08 Dec 2021 14:24:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9585
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah serta Jabatan, Agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertekad untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia melalui penambahbaikan Sistem Penyampaian serta melaksanakan sepenuhnya program pembangunan yang telah dirancang pada tahun hadapan.

Katanya, ini termasuklah meneruskan fasa seterusnya dalam penyediaan 175 unit perumahan kos rendah kepada rakyat di luar bandar.

“Rumah itu membabitkan 50 unit di Kemabong, Tenom, 50 Unit di Sukau, Kinabatangan, 50 Unit di Melalap, Tenom dan 25 Unit di Beluran.

“Kesemua perumahan kos rendah ini akan dijual pada harga RM42,000.00 hingga RM47,000.00 seunit,” katanya pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, KKTP juga sentiasa berusaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kementerian, agensi dan PBT.

Katanya, pada tahun ini, kementeriannya telah menyiapkan Pelan Strategik KKTP 2021-2025 yang mengambilkira Inisiatif dan Halatuju Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) serta Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Sebagai menyahut seruan Kerajaan dalam membenteras dan menangani gejala rasuah, Kementerian saya juga telah membangunkan Pelan Anti Rasuah KKTP 2021 – 2025.

“Sistem Pemantauan Aduan KKTP juga sedang berada di fasa akhir pembangunan sistem (penetretion test) sebelum digunapakai sepenuhnya pada awal tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata, sistem aduan itu akan membolehkan pihak Kementerian membuat pemantauan secara terus melalui atas talian untuk memberikan respon atau maklumbalas awal terhadap sebarang aduan yang telah dikemukakan kepada Kementerian.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-kktp-tekad-tingkat-perkhidmatan-kepada-rakyat/feed/ 0 9585