masidi kewangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Nov 2023 04:11:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png masidi kewangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Beberapa Peruntukan Kerajaan Persekutuan tidak dapat dimasukkan dalam tabung amanah https://sabahmedia.com/2023/11/28/dun-sabah-beberapa-peruntukan-kerajaan-persekutuan-tidak-dapat-dimasukkan-dalam-tabung-amanah/ https://sabahmedia.com/2023/11/28/dun-sabah-beberapa-peruntukan-kerajaan-persekutuan-tidak-dapat-dimasukkan-dalam-tabung-amanah/#respond Tue, 28 Nov 2023 04:11:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45792
Read Time:49 Second

Kota Kinabalu : Beberapa peruntukan kepada Sabah daripada kerajaan Persekutuan tidak dapat dimasukkan dalam tabung amanah kerana peruntukan yang digunakan merupakan pinjaman.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini kerana kerajaan persekutuan meminjam duit dari institusi tertentu dan terpaksa menarik balik peruntukan itu setiap akhir tahun.

“Ertinya dia bukan satu revenue yang terbit atau diperolehi kerajaan atau dikutip kerajaan pusat yang membolehkan dia dimasukkan barangkali dalam akaun yang kita cadangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Hassan A Gani Pg Amir (GAGASAN- Sebatik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Kerajaan secara rasmi telah pun mengemukakan cadangan agar setiap peruntukan yang tidak habis digunakan di negeri ini dimasukkan dalam satu akaun amah.

Katanya, ianya agar dapat diguanakan secara berterusan tanpa ditarik balik oleh Kerajaan Persekutuan.

“Untuk tujuan itu kita telah pun menubuhkan satu atau membuat pindaan kepada satu enakmen yang membolehkan kita menubuhkan tabung amanah tersebut,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/28/dun-sabah-beberapa-peruntukan-kerajaan-persekutuan-tidak-dapat-dimasukkan-dalam-tabung-amanah/feed/ 0 45792