masidi manjun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 06 May 2026 01:55:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png masidi manjun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah perkasa modal insan, fokus generasi muda luar bandar https://sabahmedia.com/2026/05/06/sabah-perkasa-modal-insan-fokus-generasi-muda-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2026/05/06/sabah-perkasa-modal-insan-fokus-generasi-muda-luar-bandar/#respond Wed, 06 May 2026 01:55:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96203
Read Time:2 Minute, 2 Second

RANAU: Kerajaan Negeri Sabah terus memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan termasuk penyediaan bantuan pendidikan dan biasiswa, sokongan kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Beliau berkata, ia termasuklah usaha memperluas akses pendidikan terutama di kawasan luar bandar.

“Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan setiap anak Sabah mempunyai peluang yang adil untuk berjaya tanpa mengira latar belakang,” katanya

Beliau berkata demikian sempena Festival Akademik Tingkatan 6 dan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau. 

Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Johari Suhaimin.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan berkata, kejayaan inisiatif tersebut tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan berterusan daripada institusi pendidikan, penglibatan mahasiswa serta kesungguhan para pelajar sendiri,

Tambahnya, pendekatan bersepadu antara semua pihak adalah penting bagi memastikan setiap peluang yang disediakan benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran dan memberi impak yang berterusan.

“Program seperti ini merupakan contoh kerjasama berkesan antara semua pihak, khususnya dalam merapatkan jurang antara institusi pendidikan dan komuniti setempat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Masidi turut menekankan kepentingan fasa Tingkatan Enam sebagai asas penting dalam pembentukan masa depan pelajar. Tempoh tersebut bukan sekadar persediaan menghadapi peperiksaan, malah merupakan peringkat untuk membina asas pemikiran, disiplin serta hala tuju kehidupan.

“Dalam tempoh ini, keupayaan membuat keputusan, mengurus masa dan menetapkan matlamat hidup mula dibentuk secara lebih tersusun. Pelajar juga mula mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta berusaha memperbaikinya secara berterusan,” katanya.

Oleh itu, beliau turut menggalakkan pelajar agar memanfaatkan sepenuhnya peluang sepanjang program tersebut bagi mendapatkan pendedahan berkaitan laluan selepas Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), termasuk pilihan pendidikan tinggi dan peluang biasiswa.

Beliau berkata, pelajar tidak seharusnya ragu untuk bertanya, mencuba serta meneroka peluang yang ada kerana setiap pengalaman akan membantu dalam membuat keputusan yang lebih tepat pada masa hadapan.

“Keputusan yang dibuat dalam tempoh ini akan memberi kesan kepada langkah seterusnya dalam kehidupan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Masidi turut merakamkan penghargaan kepada penganjur Persatuan Mahasiswa/i Sabah UKM (PERMIS) serta mahasiswa yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program tersebut.

Menurut beliau, penglibatan dalam aktiviti bersama komuniti merupakan satu pengalaman yang amat berharga kerana bukan sahaja menyumbang kepada masyarakat, malah membentuk kemahiran insaniah yang penting.

“Pengalaman ini membantu membina kemahiran kepimpinan, komunikasi serta empati dalam kalangan mahasiswa, sekali gus melahirkan generasi masa depan yang lebih seimbang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/06/sabah-perkasa-modal-insan-fokus-generasi-muda-luar-bandar/feed/ 0 96203
Jangan takut cuba bidang baharu – Masidi https://sabahmedia.com/2026/04/08/jangan-takut-cuba-bidang-baharu-masidi/ https://sabahmedia.com/2026/04/08/jangan-takut-cuba-bidang-baharu-masidi/#respond Tue, 07 Apr 2026 22:26:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94489
Read Time:1 Minute, 45 Second

KUNDASANG: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dinasihat agar berani membuat pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, golongan muda perlu mempunyai keyakinan diri untuk melangkah ke fasa baharu kehidupan sama ada melanjutkan pengajian ke kolej, universiti atau institut latihan kemahiran.

“Keberanian membuat keputusan adalah kunci kepada masa depan yang lebih cerah. Jangan takut untuk mencuba bidang baharu selagi ia memberi manfaat dan selari dengan potensi diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi & Tamat Pengajian Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau, di sini.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, peralihan daripada alam persekolahan ke dunia pengajian tinggi atau pekerjaan memerlukan kesediaan mental dan emosi yang tinggi, selain sikap terbuka untuk belajar perkara baharu.

Beliau turut menggalakkan lepasan sekolah supaya berani berdikari, termasuk mengurus kehidupan sendiri serta membuat keputusan secara matang demi kebaikan masa depan.

“Keupayaan berdikari akan membentuk jati diri yang kuat, sekali gus membantu anda menghadapi cabaran kehidupan dengan lebih yakin dan berdaya saing,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengajak golongan lepasan sekolah mempertimbangkan bidang pertanian sebagai pilihan kerjaya, memandangkan sektor itu kini menjadi antara industri penting yang menyumbang kepada ekonomi serta makanan.

Katanya, industri pertanian masa kini tidak lagi terhad kepada kaedah tradisional, sebaliknya berkembang dengan penggunaan teknologi moden dan inovasi yang mampu menjana pendapatan lumayan.

“Pertanian adalah bidang yang mempunyai potensi besar. Dengan pendekatan moden dan kreativiti, ia mampu menjadi sumber rezeki yang stabil serta membuka peluang keusahawanan kepada golongan muda,” katanya.

Beliau menambah, penglibatan generasi muda dalam sektor tersebut amat penting bagi memastikan kelangsungan industri serta meningkatkan daya saing negara pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Masidi turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka dalam mendidik pelajar, khususnya guru-guru Tingkatan Enam.

Menurutnya, sumbangan itu diharapkan dapat membantu meningkatkan kemudahan serta menyokong usaha pihak sekolah dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing.

Dalam majlis tersebut, seramai 108 pelajar menerima sijil tamat pengajian Tingkatan Enam bagi Semester 3 sesi 2025 di sekolah berkenaan.- SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/08/jangan-takut-cuba-bidang-baharu-masidi/feed/ 0 94489
Perkukuh silaturahim, amalkan nilai murni – Masidi https://sabahmedia.com/2026/03/20/perkukuh-silaturahim-amalkan-nilai-murni-masidi/ https://sabahmedia.com/2026/03/20/perkukuh-silaturahim-amalkan-nilai-murni-masidi/#respond Fri, 20 Mar 2026 09:02:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93618
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun mengajak rakyat di negeri ini agar terus mengamalkan nilai-nilai murni yang dipupuk sepanjang Ramadan dalam kehidupan seharian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi merupakan simbol kejayaan umat Islam dalam mendidik diri dengan sifat sabar, ikhlas dan saling membantu.

“Nilai-nilai ini wajar diteruskan demi membina masyarakat yang harmoni dan bersatu padu,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, kepentingan institusi keluarga sebagai asas kepada kestabilan negeri, selain menggalakkan rakyat mengambil peluang di bulan Syawal untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan kekeluargaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk penjawat awam, sektor swasta dan petugas barisan hadapan atas sumbangan mereka dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Menurut beliau, komitmen tersebut seiring dengan matlamat Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) yang memberi fokus kepada pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat.

Selain itu, Masidi menggesa masyarakat agar tidak melupakan golongan kurang bernasib baik dengan terus menghulurkan bantuan dan sokongan supaya kemeriahan Aidilfitri dapat dinikmati bersama.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/20/perkukuh-silaturahim-amalkan-nilai-murni-masidi/feed/ 0 93618
Masidi santuni pelajar asnaf pada majlis berbuka puasa di Ranau https://sabahmedia.com/2026/03/16/masidi-santuni-pelajar-asnaf-pada-majlis-berbuka-puasa-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2026/03/16/masidi-santuni-pelajar-asnaf-pada-majlis-berbuka-puasa-di-ranau/#respond Mon, 16 Mar 2026 00:43:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93374
Read Time:36 Second

RANAU :  Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa sempena Ramadan bersama Ahli Jawatankuasa anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Karanaan, Kundasang dan Paginatan di sini.

Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah turut meluangkan masa menyantuni pelajar dari Sekolah Anak Yatim Kampung Silad serta Sekolah Pondok Bidayatul Hidayah Kampung Kundasang Lama dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin serta Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam bersama pemimpin masyarakat setempat.

Majlis dimulakan dengan ketibaan para jemputan pada sebelah petang sebelum diteruskan dengan bacaan doa dan tazkirah sempena Ramadan.

Acara kemudian diteruskan dengan majlis berbuka puasa, diikuti solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah serta jamuan moreh

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/16/masidi-santuni-pelajar-asnaf-pada-majlis-berbuka-puasa-di-ranau/feed/ 0 93374
Warga Ranau diseru lebih kompetitif hadapi dunia semasa – Masidi https://sabahmedia.com/2025/11/21/warga-ranau-diseru-lebih-kompetitif-hadapi-dunia-semasa-masidi/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/warga-ranau-diseru-lebih-kompetitif-hadapi-dunia-semasa-masidi/#respond Fri, 21 Nov 2025 00:51:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86567
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Warga Ranau diminta supaya lebih bersedia untuk hidup dalam dunia yang lebih kompetitif sejajar dengan perubahan semasa yang menyaksikan semakin banyak persaingan.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, persaingan bagi mencari peluang pekerjaan pada masa lalu dilihat mudah namun kini berubah sejajar perubahan demografi penduduk.

“Dulu ramai atau majoriti penduduk negeri ini dalam kalangan Kadazan Dusun Murut (KDM), tetapi dengan ketibaan dan juga perkembangan penduduk-penduduk daripada etnik yang lain mereka sudah menjadi satu etnik yang minoriti.

Masidi Manjun

“Jadi ini sebenarnya bagi saya satu keperluan kenapa kita lebih bersifat kompetitif berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Orang-orang Ranau ini adalah orang yang baik, orang yang rajin, orang yang rajin berusaha.

“Dari segi pendidikan pun di antara daerah yang paling banyak menjana graduan universiti setiap tahun ialah orang Ranau. Bermakna orang Ranau ini sebenarnya pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Datuk Seri Masidi Manjun anjuran Kelab Belia Kampung Pahu Sarayo di sini pada Khamis.

Justeru beliau berkata, peluang yang ada perlu diambil perhatian khususnya kepada bidang-bidang tertentu yang belum diterokai.

Masidi ketika berucap pada majlis itu – Foto Shane Sabbie

“Apabila kita menerokai bidang-bidang yang dikatakan sukar dan jarang orang terokai, jadi sebenarnya kita meningkatkan kebolehpasaran kita dalam dunia pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, slogan ‘Kita Orang Ranau’ yang diperkenalkan beliau menjadi pendorong utama bagi membangkitkan motivasi anak-anak Ranau untuk melangkah lebih jauh dan membuktikan kemampuan mereka di pentas yang lebih besar.

Katanya, slogan itu bukan sekadar untuk mengenang nostalgia, tetapi lebih penting sebagai suntikan keyakinan dan motivasi bahawa orang Ranau mampu berdiri setara, malah menjadi yang terbaik. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/warga-ranau-diseru-lebih-kompetitif-hadapi-dunia-semasa-masidi/feed/ 0 86567
Hospital baharu Ranau keperluan mendesak – Masidi https://sabahmedia.com/2025/11/14/hospital-baharu-ranau-keperluan-mendesak-masidi/ https://sabahmedia.com/2025/11/14/hospital-baharu-ranau-keperluan-mendesak-masidi/#respond Fri, 14 Nov 2025 01:28:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85729
Read Time:1 Minute, 42 Second

RANAU :  Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun, menggesa Kerajaan Persekutuan agar mempercepatkan peruntukan bagi pembinaan hospital baharu di Ranau bagi menampung keperluan kesihatan penduduk yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Masidi berkata hospital sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit, selain kekurangan kemudahan rawatan pakar yang menyukarkan penduduk mendapatkan rawatan lengkap tanpa perlu ke Kota Kinabalu.

Menurutnya, isu tersebut turut disuarakan secara langsung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika beliau mengiringi lawatan PM ke Tawau baru-baru ini.

“Saya maklumkan kepada Perdana Menteri bahawa hospital baharu di Ranau ini bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan mendesak. 

“Penduduk memerlukan fasiliti kesihatan moden, lengkap dengan doktor pakar serta peralatan canggih untuk rawatan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Santai Santai Bersama Warga Emas anjuran NGO Persatuan Warga Emas Kampung Muhibbah, di sini.

Masidi turut menekankan pentingnya hospital baharu itu dilengkapi dengan peralatan kesihatan berteknologi tinggi, termasuk mesin pengimbas kanser bagi mengesan penyakit pada peringkat awal.

“Jika ada mesin pengimbas kanser di Ranau, pesakit tidak perlu lagi berulang-alik ke Kota Kinabalu. 

“Ia menjimatkan masa, kos dan dapat membantu meningkatkan kadar pengesanan awal penyakit kanser,” katanya.

Dalam ucapannya, Masidi turut menegaskan bahawa kestabilan politik membolehkan kerajaan negeri meneruskan agenda kebajikan rakyat.

Menurutnya, sebelum Dewan Undangan Negeri dibubarkan, kerajaan negeri akan terus menyalurkan bantuan kepada golongan miskin tegar berdaftar, di mana setiap keluarga akan menerima RM300 pada tahun hadapan.

“Bantuan ini dapat dilaksanakan kerana kita memiliki kerajaan yang stabil. Jika kestabilan dikekalkan, lebih banyak pembangunan dapat kita bawa ke Sabah,” ujarnya.

Masidi turut menyentuh beberapa projek pembangunan besar yang sedang berjalan di Ranau termasuk pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), projek jalan raya baharu yang dijangka siap tidak lama lagi serta pelbagai lagi infrastruktur untuk manfaat rakyat.

Dalam program santai itu, Masidi turut meluangkan masa beramah mesra, bertanya khabar serta bergambar bersama warga emas yang hadir.

Majlis tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh penghargaan, mencerminkan komitmen beliau terhadap kesejahteraan golongan berusia serta masyarakat Ranau secara keseluruhan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/14/hospital-baharu-ranau-keperluan-mendesak-masidi/feed/ 0 85729
Masidi Jelaskan Kompleksiti Pengurusan Peruntukan Pusat ke Sabah https://sabahmedia.com/2024/11/20/masidi-jelaskan-kompleksiti-pengurusan-peruntukan-pusat-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/11/20/masidi-jelaskan-kompleksiti-pengurusan-peruntukan-pusat-ke-sabah/#respond Wed, 20 Nov 2024 13:18:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64129
Read Time:2 Minute, 9 Second


Kota Kinabalu – Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, hari ini menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong dan ADUN Dilantik, Datuk Suhaimi Nasir, mengenai pengurusan peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan di Sabah.

Menurut Masidi peruntukan pembangunan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan ke Sabah adalah untuk Kementerian dan Agensi Persekutuan yang melaksanakan projek pembangunan di negeri ini.

” Hanya sebahagian kecil daripada peruntukan tersebut disalurkan terus kepada agensi Kerajaan Negeri dan dipantau oleh Kementerian Persekutuan.

” Oleh itu, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kawalan langsung dalam pengurusan dan pembahagian peruntukan tersebut katanya ketika sesi penggulungan di kementeriannya di Sidang DUN Sabah hari ini.

Masidi yang turut menjelaskan isu yang menyebabkan dana pembangunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan tidak dapat dibelanjakan sepenuhnya

Katanya antara isu itu adalah Kelewatan penerimaan senarai projek yang telah diluluskan di peringkat Persekutuan,  Kurangnya koordinasi antara agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Jabatan Teknik.

” Peruntukan yang diluluskan tidak realistik dan terlalu tinggi sehingga sukar dibelanjakan. Ketidakterlibatan awal Kerajaan Negeri oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan dalam proses pemilihan projek atau tapak yang sesuai serta  Jabatan Teknik tidak dimaklumkan lebih awal oleh Kerajaan Persekutuan mengenai pelantikan sebagai pelaksana projek yang diluluskan katanya.

Mengulas mengenai Peruntukan Pusat kepada Sabah Untuk tahun 2024, Jelas masidi peruntukan asal adalah RM6.67 bilion, namun disemak kepada RM5.063 bilion, melibatkan 1,241 projek.

 Daripada jumlah tersebut, RM2.218 bilion (43.81%) diperuntukkan untuk projek baharu, manakala RM2.845 bilion (56.19%) untuk projek sambungan.

Pelaksanaan projek ini berada di bawah kawalan 22 Kementerian Persekutuan, termasuk Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Kesihatan.

Setakat 7 Oktober 2024, prestasi perbelanjaan telah mencapai 53.97% atau RM2.732 bilion kata Masidi lagi.

Sementara itu, ketika menggulas mengenai  Langkah Penambahbaikan dan   meningkatkan prestasi perbelanjaan peruntukan Persekutuan, katanya Kerajaan Negeri akan memohon untuk dilibatkan dari peringkat awal perancangan dan penetapan projek.

Selain itu, Kerajaan Negeri akan meneruskan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan agar sejumlah peruntukan pendahuluan untuk kerja-kerja awalan dapat disalurkan lebih awal.

Majlis Tindakan Pembangunan Negeri juga telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa penyelarasan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi memperbaiki prestasi pelaksanaan projek-projek yang mengalami masalah dan membolehkan peruntukan yang diluluskan dapat digunakan sepenuhnya.

Dalam pada itu, Masidi  turut memaklumkan bahawa cadangan Kerajaan Negeri untuk meletakkan peruntukan Persekutuan yang tidak habis digunakan ke dalam Tabung Amanah Khas telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan.

Ini kerana peruntukan tersebut merupakan pinjaman daripada institusi tertentu untuk membiayai program dan projek pembangunan di Sabah, dan hanya akan dikeluarkan berdasarkan prestasi pelaksanaan program dan projek yang telah dikenal pasti bagi sesuatu tahun kewangan katanya.  

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/20/masidi-jelaskan-kompleksiti-pengurusan-peruntukan-pusat-ke-sabah/feed/ 0 64129
Komentar – Belanjawan 2025 Sabah Menjuarai Kesejahteraan Rakyat https://sabahmedia.com/2024/11/19/komentar-belanjawan-2025-sabah-menjuarai-kesejahteraan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2024/11/19/komentar-belanjawan-2025-sabah-menjuarai-kesejahteraan-rakyat/#respond Tue, 19 Nov 2024 00:37:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63987
Read Time:5 Minute, 29 Second

Komitmen Kerajaan Sabah untuk menambah-baik kesejahteraan hidup rakyat Sabah terserlah di dalam Belanjawan 2025, yang di bentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah beberapa hari lepas.

Jumlah peruntukan yang besar di sediakan di bawah Belanjawan 2025 yang merangkumi pelaksanaan pelbagai inisiatif, termasuklah: perumahan, bekalan air, bantuan khas bulanan, kesihatan. 

Salah satu agenda utama Kerajaan Sabah sediada ialah pembasmian insiden kemiskinan. Justeru itu, di bawah Belanjawan 2025, peruntukan berjumlah RM 488.5 juta di sediakan untuk program pembasmian kemiskinan.

Ini bertujuan untuk menjaga kebajikan golongan miskin dan memastikan mereka tidak terpinggir dari agenda pembangunan serta kemajuan Sabah. Antara lain, peruntukan yang di sediakan adalah:

Jumlah PeruntukanPerkara
RM 250 jutaPembinaan sebanyak 3,000 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri
RM 214 jutaProjek pembangunan kecil bagi pembinaan serta penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam di seluruh Sabah
RM 19.5 jutaProgram Pembangunan Kecil, Program Penyediaan Kemudahan dan pembaikan kawasan MESEJ, Program Ameniti dan Ekonomi Desa, Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif, Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif dan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan
RM 5,000Bantuan one-off sebagai tanda keprihatinan kepada peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah

Pembinaan lebih banyak Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) akan dapat memberi tempat tinggal yang selesa kepada rakyat Sabah. Tempat tinggal selesa adalah kemudahan asas hidup yang wajar di nikmati oleh rakyat Sabah. There is no place like home.

Menurut Menteri Kewangan Sabah, sehingga Oktober 2024, sebanyak 4,482 buah Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) telah di bina.

Selain itu, Kerajaan Sabah turut menyediakan peruntukan sebanyak RM 10.05 juta bagi pembinaan perumahan awam mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Melalui Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar (LPPB) Sabah, sejumlah 225 unit perumahan awam akan di bina di beberapa daerah.

Di samping itu, Kerajaan Sabah menyediakan peruntukan sebanyak RM 358.5 juta untuk melaksanakan Program Sentuhan Kasih Rakyat, bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar menangani tekanan kos sara hidup yang meningkat tinggi.

Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah inisiatif yang baru di perkenalkan oleh Kerajaan Sabah untuk tahun 2025.

Di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat, golongan yang telah di kenal-pasti akan menerima bantuan khas RM 300 sebulan selama satu tahun. Bantuan khas bulanan ini sudah pasti dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang di hadapi oleh rakyat Sabah.

Baru-baru ini, laporan Indikator Kos Sara Hidup Malaysia 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan daerah-daerah di Sabah merekodkan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) yang tinggi.

Fakta menarik: Secara ringkasnya, definisi Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) adalah jumlah perbelanjaan yang di perlukan oleh isi rumah untuk menjalani kehidupan wajar yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak, serta keupayaan mengambil bahagian dalam masyarakat.

Sebagai contoh. Berbanding 156 daerah di seluruh negara, Lahad Datu telah merekodkan PAKW Bulanan ke-5 tertinggi, iaitu sebanyak RM 5,608.

Angka ini jauh lebih tinggi dari PAKW Bulanan Isi Rumah Malaysia sebanyak RM 4,729, dengan purata saiz isi rumah seramai 3.8 orang. Ini merangkumi kedua-dua PAKW Makanan dan PAKW Bukan Makanan.

Pada masa yang sama, daerah Kinabatangan telah merekodkan PAKW Makanan tertinggi di Malaysia sebanyak RM 2,004.

Dalam bahasa mudah, sungguh mahal untuk menjalani kehidupan selesa di Lahad Datu dan Kinabatangan.

Maka, peruntukan besar berjumlah hampir RM 900 juta untuk program pembasmian kemiskinan berkenaan akan dapat melonjakkan usaha serta momentum Kerajaan Sabah sediada.  

Pada bulan Ogos 2024, Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan kejayaan Kerajaan Sabah menghapuskan insiden Miskin Tegar di Sabah. Pencapaian kejayaan ini bertetapan dengan matlamat pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (2021 – 2025) yang telah di lancarkan oleh Kerajaan Sabah pada bulan Mac 2021.

Ini adalah satu kejayaan yang amat memberangsangkan, memandangkan Sabah merekodkan insiden Miskin Tegar dan Miskin Mutlak tertinggi di Malaysia. Insiden kemiskinan di Sabah adalah satu isu legasi yang di warisi dari generasi ke generasi, dan tidak mudah untuk di rungkai dalam tempoh masa yang singkat.

Namun begitu, dengan jumlah peruntukan besar yang di sediakan, momentum kejayaan awal membasmi Miskin Tegar boleh di bina untuk mengurangkan insiden kemiskinan di Sabah secara menyeluruh.

Seterusnya, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan RM 2.607 billion untuk menangani isu-isu legasi yang melibatkan bekalan air dan elektrik, jalan raya dan kemudahan awam, untuk kesejahteraan rakyat Sabah.

Daripada jumlah tersebut, Jabatan Air Negeri Sabah akan menerima peruntukan sebanyak RM 729.79 juta bagi program penyelesaian isu bekalan air, dengan meningkatkan kapasiti dan keberkesanan sistem bekalan air.

Memandangkan bekalan air adalah antara isu utama rakyat Sabah, Kerajaan Sabah telah meningkatkan jumlah peruntukan sebanyak 7%, berbanding RM 679.85 juta di bawah Belanjawan Sabah 2024.

Salah satu punca isu bekalan air di Sabah adalah sistem paip yang sudah usang dan rosak. Oleh kerana itu, menurut laporan Suruhanjaya Air Negara (SPAN), Sabah telah merekodkan Kadar Air Tidak Berhasil/ Non-Revenue Water (NRW) setinggi 55%, iaitu ke-2 tertinggi di Malaysia. Ini bermakna majoriti bekalan air terawat ‘hilang’ dan tidak dapat di nikmati oleh rakyat Sabah.

Sebagai perbandingan, purata kadar NRW nasional adalah 37.2%.

Tambahan lagi, kecurian air juga menjejaskan bekalan air di Sabah. Ini banyak melibatkan koloni setinggan haram yang wujud di merata tempat di seluruh Sabah. Bahkan Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) di laporkan telah mengenal-pasti koloni setinggan yang besar di sekitar UMS sebagai punca masalah bekalan air yang di hadapi oleh UMS.

Pada pertengahan tahun 2024, Kerajaan Sabah telah memulakan operasi membasmi koloni setinggan haram bagi menangani isu-isu kecurian air, elektrik dan kebanjiran penduduk bukan warganegara. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, ribuan rumah koloni setinggan haram telah dan akan di robohkan di seluruh Sabah.

Selain itu, rakyat Sabah akan turut menikmati bekalan air yang lebih baik menerusi dana dari Kerajaan Malaysia. Menerusi Program Pinjaman Mudah Persekutuan sebanyak RM 174.86 juta, beberapa projek menaik taraf loji rawatan air akan di laksanakan.

Manakala, menerusi Geran Persekutuan sebanyak RM 100.01 juta, program Bekalan Air Luar Bandar akan di laksanakan bagi meningkatkan liputan perkhidmatan bekalan air terawat di kawasan luar bandar Sabah.

Jabatan Kerja Raya Sabah pula akan menerima peruntukan sebanyak RM 424.53 juta untuk pelbagai projek kesejahteraan rakyat dengan pembinaan dan naik-taraf jalan-raya, jambatan dan cerun di kawasan bandar dan luar bandar.

Peruntukan sebanyak RM 75 juta juga di sediakan bagi membina jalan alternatif baru untuk mengatasi masalah kesesakan trafik di antara Pekan Kundasang dan Ranau, serta pembinaan jambatan simen di Pensiangan dan Pitas bagi memudahkan pelajar ke sekolah yang selama ini terpaksa menggunakan perahu.

Sesuai dengan kata-kata Maju Nda Baranti (Kemajuan Berterusan), Kerajaan Sabah mengandakan komitmen dan usaha untuk terus menjuarai kesejahteraan rakyat Sabah. Ini terbukti dengan pembentangan Belanjawan 2025 yang terbesar dalam sejarah Sabah.

Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/19/komentar-belanjawan-2025-sabah-menjuarai-kesejahteraan-rakyat/feed/ 0 63987
Pendedahan atau Gerakan Politik? https://sabahmedia.com/2024/11/18/pendedahan-atau-gerakan-politik/ https://sabahmedia.com/2024/11/18/pendedahan-atau-gerakan-politik/#respond Mon, 18 Nov 2024 04:23:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63944
Read Time:4 Minute, 28 Second

Oleh Philip Golingai
Ahad, 17 Nov 2024

Memerhatikan skandal politik yang sedang berlaku di Sabah, perlu diingat bahawa video yang dirakam secara rahsia hanyalah sekadar gangguan POLITIK.

Fokus utama adalah perebutan kuasa untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pendedahan video YB (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang didakwa menerima rasuah dengan seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya sebagai whistleblower (pemberi maklumat) memang menjadi sensasi.

Itu adalah “noise” (permainan persepsi) yang dilihat oleh orang ramai. Tetapi yang lebih menarik ialah gerakan senyap yang sedang berlangsung untuk menjatuhkan Hajiji.

“Adakah Y terlibat dalam permainan ini?” saya bertanya kepada seorang kenalan politik yang mempunyai hubungan dengan hampir semua ahli politik Sabah.

“Y terlibat dalam semua permainan,” jawabnya.

Setakat ini, empat ahli politik Sabah dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didakwa terlibat dalam video yang dikeluarkan oleh ahli perniagaan tersebut, yang memohon status whistleblower kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 30 Oktober.

Mari kita lihat asasnya. Apakah motif di sebalik pengeluaran video yang dirancang rapi ini? Adakah untuk mendedahkan rasuah kerana whistleblower/ahli perniagaan tersebut benci kepada rasuah? Adakah ia tindakan balas dendam kerana beberapa lesen penerokaan (PL) tidak diperbaharui? Atau adakah ia percubaan untuk menggulingkan kerajaan Hajiji dan melantik seorang ketua menteri yang akan memperbaharui PL tersebut?

Whistleblower yang mendakwa dirinya itu sendiri mengaku kepada sebuah portal berita, di mana dia memberikan videonya secara eksklusif, bahawa YB dalam video tersebut dirakam menerima rasuah daripadanya untuk menyokong permohonannya bagi lesen penerokaan mineral.
Dalam erti kata lain, “whistleblower” ini adalah seorang pemberi rasuah.

Di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, individu yang terlibat dalam salah laku (seperti memberi rasuah) tidak layak mendapat perlindungan atau kekebalan.

Seksyen 11(1) akta tersebut menyatakan bahawa agensi penguatkuasaan boleh membatalkan perlindungan kepada whistleblower sekiranya mendapati mereka juga terlibat dalam salah laku yang didedahkan.

Ahli perniagaan tersebut adalah sebahagian daripada sindiket yang terdiri daripada bekas pegawai penguat kuasa tinggi (ada yang pakar dalam perisikan politik) dan seorang daripadanya ‘orang dalam’ yang menguruskan sumber mineral di Sabah. Sindiket ini, yang diketuai oleh seorang Tan Sri, memiliki kemahiran perisikan (contohnya, pen pengintip yang mampu merakam video berdefinisi tinggi) dan strategi dengan menggunakan portal berita yang kelihatan baik untuk mengeluarkan video bagi membentuk naratif rasuah.

“Ini adalah rancangan yang dilakukan oleh orang-orang dengan latar belakang perisikan politik dan bukan oleh ahli politik. Jika ia dilakukan oleh V, ia tidak akan dilaksanakan dengan baik kerana dia tidak cukup bijak untuk itu,” kata kenalan politik saya, sambil menambah bahawa sindiket itu memulakan permainan ini dan kemudian melibatkan ahli politik yang ingin mendapatkan semula kuasa di Sabah.

YB dalam video tersebut kelihatan seperti menerima derma politik. Di Malaysia, tiada peraturan jelas mengenai pembiayaan politik, jadi seorang ahli politik atau parti politik boleh menerima sumbangan tanpa had dan daripada sumber yang tidak didedahkan (sebab itulah banyak NGO telah lama menyeru supaya wujudnya undang-undang pembaharuan pembiayaan politik).

Lawak dalaman adalah bahawa satu-satunya kesalahan yang dilakukan oleh YB tersebut ialah berkawan dengan seorang ahli perniagaan yang kelihatan mencurigakan.

Walau bagaimanapun, persepsi awam amat buruk. Ia kelihatan seperti ada unsur rasuah. Orang ramai telah diperlihatkan video yang telah disunting oleh sindiket untuk menunjukkan “yang terburuk” daripada subjeknya. Malah, ahli perniagaan tersebut, yang identitinya dirahsiakan, sebenarnya memberitahu portal tersebut bahawa video yang diserahkannya telah disunting.

Sudah tentu, video yang disunting secara terpilih itu bertujuan untuk membuat subjek kelihatan buruk. Setakat ini, empat video telah dikeluarkan; terdapat 16 lagi video tetapi ahli perniagaan itu tidak akan melepaskannya atas sebab taktikal.

Malah, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, telah mempersoalkan mengapa peniup wisel yang mendakwa dirinya memberikan portal berita itu video definisi tinggi, manakala SPRM hanya menerima klip audio 17 saat yang “kurang jelas”.

“Ini adalah helah yang tidak wajar,” kata Azam.

Jadi, adakah ini satu plot untuk menjatuhkan kerajaan Hajiji dan melantik seorang ketua menteri yang akan memperbaharui PL tersebut?

Saya akan memperkenalkan soalan baharu: Bagaimanakah anda akan menjatuhkan kerajaan Hajiji?

Ia boleh berlaku daripada dalam. Kerajaan GRS boleh kekal berkuasa tetapi dengan pertukaran ketua menteri. Hajiji boleh dinaikkan pangkat menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah, dan seorang presiden parti komponen GRS boleh mengambil alih jawatannya.

Namun, sindiket ini nampaknya mempunyai rancangan lain. Ia dikatakan mendapat sokongan daripada sebuah parti politik nasional yang ingin kembali berkuasa di Sabah. Secara khususnya, satu puak dalam parti tersebut. Bagaimanapun, puak lain tidak akan senang hati jika pesaingnya mendapat jawatan Ketua Menteri.

Ahli perniagaan itu mendekati YB untuk menuntut mereka membayar balik derma politik dan menyokong V sebagai Ketua Menteri. Setakat ini, saya diberitahu YB tersebut tidak tunduk kepada tekanan.

Penyokong Hajiji memberitahu saya bahawa Ketua Menteri itu seorang yang tahan ujian dalam politik. Seseorang memetik apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Februari 2023, semasa lawatan rasmi pertamanya ke Sabah sebagai Perdana Menteri.

“Hajiji, walaupun terkenal dengan sikapnya yang lemah lembut, telah menggunakan beberapa langkah ‘silat’, kekal berkuasa, dan kini mempunyai majoriti,” kata Anwar semasa ucapannya kepada perkhidmatan awam negeri.

Team Hajiji yakin bahawa Putrajaya akan menyokong mereka dalam menghadapi ribut politik yang bakal tiba. Namun, saya menasihatkan ahli team tersebut agar berhati-hati.

Jika seseorang dari parti politik bukan Sabah menjadi Ketua Menteri, adakah dia akhirnya akan mengabaikan tuntutan Sabah untuk memartabatkan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963?


Artikel ini merupakan pendapat Philip Golinga, yang telah diterbitkan di dalam bahasa english terlebih dahulu oleh portal The Star. Pihak Sabah Media menerbitkannya semula untuk tujuan makluman kepada pembaca.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/18/pendedahan-atau-gerakan-politik/feed/ 0 63944
COVID-19 : Hati-hati berkunjung di tempat sesak – Masidi https://sabahmedia.com/2022/04/04/covid-19-hati-hati-berkunjung-di-tempat-sesak-masidi/ https://sabahmedia.com/2022/04/04/covid-19-hati-hati-berkunjung-di-tempat-sesak-masidi/#respond Mon, 04 Apr 2022 13:21:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13915
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Rakyat di Sabah diingatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika mengunjungi Bazar Ramadan dan pusat membeli-belah bagi mengelak jangkitan sporadik COVID-19 yang kembali meningkat pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peratusan jangkitan sporadik kembali meningkat hari ini kepada 55 peratus setelah berada sekitar 43 peratus semalam.

Katanya, peratusan jangkitan sporadik yang tinggi bermakna risiko jangkitan juga akan bertambah tinggi khususnya di tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai.

“Tempat-tempat awam yang perlu kita berhati-hati ialah bazar Ramadan dan pusat-pusat membeli-belah.

“Ramai pengunjung akan berpusu-pusu ke tempat-tempat sesak ini untuk membeli belah. Perlulah sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Sabah meneruskan trend penurunan dengan angka jangkitan baharu sebanyak 140 kes iaitu menurun sebanyak 27 kes berbanding semalam.

Katanya, secara keseluruhan kedudukan di hampir semua daerah semakin bertambah baik walaupun terdapat  perubahan turun naik jumlah kes baharu setiap hari.

“Hari ini cuma empat daerah yang mencatat kes baharu dua angka, iaitu, Kota Kinabalu (37), Tuaran (21), Tenom (13) dan Penampang (12).

“Sebanyak 17 daerah mencatatkan kes baharu satu angka dimana 16 daripada daerah-daerah tersebut hanya merekodkan kes baharu antara satu hingga lima kes sahaja.

“Enam daerah, Kinabatangan, Nabawan, Keningau, Tongod, Kalabakan dan Putatan tidak mencatat sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sebanyak 135 kes atau 96.43 peratus daripada 140 kes pada hari ini adalah dalam Kategori satu dan dua, empat kes dalam Kategori empat dan satu kes dalam Kategori lima. Tidak ada kes baharu direkodkan dalam Kategori tiga.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/04/covid-19-hati-hati-berkunjung-di-tempat-sesak-masidi/feed/ 0 13915