masidi ranau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Jul 2026 00:25:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png masidi ranau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kejohanan 4×4 pacu pelancongan pengembaraan, rancakkan ekonomi Ranau https://sabahmedia.com/2026/07/01/kejohanan-4x4-pacu-pelancongan-pengembaraan-rancakkan-ekonomi-ranau/ https://sabahmedia.com/2026/07/01/kejohanan-4x4-pacu-pelancongan-pengembaraan-rancakkan-ekonomi-ranau/#respond Wed, 01 Jul 2026 00:25:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99167
Read Time:1 Minute, 56 Second

RANAU: Penganjuran kejohanan pacuan empat roda 5th KGR International 4×4 Offroad Challenge 2026 disifatkan sebagai platform terbaik untuk mempromosikan Ranau sebagai destinasi pelancongan berasaskan pengembaraan dan sukan lasak, di samping merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti setempat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kejohanan itu bukan sahaja memperkenalkan keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian budaya Ranau kepada peserta dan pengunjung dari dalam serta luar negara, malah memberi limpahan manfaat kepada pelbagai sektor ekonomi tempatan.

Menurutnya, kehadiran peserta, kru dan pengunjung sepanjang kejohanan memberi kesan positif kepada pengusaha hotel, homestay, restoran, gerai makanan, perkhidmatan pengangkutan serta usahawan kecil di sekitar daerah berkenaan.

“Kerajaan Negeri Sabah terus komited menyokong penganjuran program berasaskan komuniti yang bukan sahaja menggalakkan penyertaan dalam aktiviti sukan lasak, malah mampu merancakkan sektor pelancongan dan menjana pertumbuhan ekonomi di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan 5th KGR International 4×4 Offroad Challenge 2026 di Tomporog, Lohan, di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politiknya, Johari Suhaimin, 

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan turut menyeru agar kerjasama erat antara kerajaan, penganjur, sektor swasta dan komuniti terus diperkukuhkan bagi membolehkan lebih banyak program berimpak tinggi dianjurkan pada masa hadapan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kelab KGR serta semua pihak yang menjayakan kejohanan itu dan berharap pertandingan berkenaan akan terus berkembang sebagai acara tahunan bertaraf nasional serta antarabangsa.

Katanya, perkembangan itu sekali gus mampu mengangkat Ranau sebagai destinasi utama sukan lasak dan pelancongan pengembaraan di Malaysia.

Sementara itu, Presiden KGR, Ardie Zainurin berkata, kejohanan kali ini berjaya menghimpunkan 32 peserta termasuk dari Miri, Sarawak dan Brunei Darussalam, sekali gus membuktikan daya tarikan serta potensi acara itu di peringkat serantau.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang pertandingan, selain merakamkan penghargaan kepada penaja, rakan strategik, urus setia, sukarelawan dan semua pihak yang menjayakan penganjuran kejohanan tersebut.

“Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dan kejohanan ini akan kembali dengan lebih meriah pada masa akan datang,” katanya.

Dalam kejohanan itu, pasangan Jonathan Roy dan Anto dari Kota Kinabalu muncul juara, manakala Mohd Izzat dan Mohd Iman dari Beaufort meraih tempat kedua. Tempat ketiga dimenangi pasangan tuan rumah, Hijab Masinin dan Hazizi Masinin, diikuti Mohd Adlizan Paimin dan Mohd Khairu Rizal dari Ranau di tempat keempat, manakala Jamal Jaeland dan Ramli Paita dari Tawau melengkapkan kedudukan lima terbaik.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/01/kejohanan-4x4-pacu-pelancongan-pengembaraan-rancakkan-ekonomi-ranau/feed/ 0 99167
Lupakan politik, ini masa untuk bekerja – Masidi https://sabahmedia.com/2025/12/28/lupakan-politik-ini-masa-untuk-bekerja-masidi/ https://sabahmedia.com/2025/12/28/lupakan-politik-ini-masa-untuk-bekerja-masidi/#respond Sun, 28 Dec 2025 02:04:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88915
Read Time:1 Minute, 18 Second

RANAU : Masyarakat di daerah ini diseru agar mengetepikan perbezaan politik dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerja dan usaha bagi membangunkan daerah selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah ke-17 baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, musim berpolitik telah berakhir dan kini adalah masa terbaik untuk semua pihak bekerjasama demi kepentingan rakyat.

“Pilihan raya sudah habis. Jangan lagi kita bercakap soal parti ini atau parti itu. Sekarang masanya untuk kita mula bekerja bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konsert Kita Orang Ranau di Pentas Budaya Pekan Ranau di sini pada Sabtu.

Masidi yang juga Menteri Kewangan turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada masyarakat Ranau atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan bagi mewakili rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata, masyarakat Ranau memiliki kebolehan dan potensi besar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang sekiranya diberikan peluang dan sokongan yang sewajarnya.

“Saya cukup yakin dengan kemampuan orang Ranau. Setiap daripada kita boleh menunjukkan kejayaan dalam profesion masing-masing jika kita bersatu dan bekerjasama,” katanya.

Sementara itu, Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan turut mengajak semua pihak untuk memberi fokus kepada usaha membuktikan keupayaan masyarakat Ranau dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita tunggu lima tahun lagi untuk bercakap soal parti. Hari ini adalah masa untuk orang Ranau membuktikan kecemerlangan dan menunjukkan bahawa kita mampu menjadi yang terbaik di Sabah,” tambahnya.

Terdahulu, lebih 4,000 masyarakat daerah ini hadir memeriahkan Konsert Kita Orang Ranau yang dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan termasuk Dabra Sia dan Stacy. – SABAH MEDIA / FOTO MASIDI MANJUN FANS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/28/lupakan-politik-ini-masa-untuk-bekerja-masidi/feed/ 0 88915