masidi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 18 Oct 2026 06:01:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png masidi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peruntukan RM18.7 bilion di Sabah merangkumi kos pengurusan – Masidi https://sabahmedia.com/2026/10/18/peruntukan-rm18-bilion-di-sabah-merangkumi-kos-pengurusan-masidi/ https://sabahmedia.com/2026/10/18/peruntukan-rm18-bilion-di-sabah-merangkumi-kos-pengurusan-masidi/#respond Sun, 18 Oct 2026 05:58:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105564
Read Time:2 Minute, 8 Second

Oleh Normimie Diun

KUDAT: Peruntukan Belanjawan 2027 berjumlah RM18.7 bilion bagi Sabah bukan untuk pembangunan semata-mata, sebaliknya turut merangkumi kos pengurusan kementerian dan jabatan Persekutuan yang beroperasi di negeri ini.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata sebahagian besar peruntukan itu digunakan untuk menampung perbelanjaan pengurusan, termasuk pembayaran gaji kira-kira 120,000 penjawat awam Persekutuan yang bertugas di Sabah.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendidikan antara penerima peruntukan pengurusan terbesar, dengan kedua-duanya menggunakan lebih separuh daripada keseluruhan peruntukan RM18.7 bilion berkenaan.

“RM18.7 bilion ini bukan semuanya untuk pembangunan. Kita kena faham bahawa peruntukan itu termasuk kos pengurusan kementerian dan jabatan Kerajaan Persekutuan yang beroperasi di Sabah.

“Jadi, tidak tepat jika kita menganggap RM18.7 bilion itu semuanya diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan pembangunan lain di negeri ini,” katanya ketika sidang media sempena Konvensyen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 2026 di Kudat, hari ini.

Jelas Masidi, peruntukan pembangunan dalam belanjawan itu turut merangkumi projek baharu dan projek yang sedang dilaksanakan, justeru tidak keseluruhan jumlah berkenaan boleh dianggap sebagai peruntukan baharu untuk pembangunan.

Menurutnya, keperluan pembangunan Sabah sentiasa meningkat dan peruntukan sedia ada tidak semestinya mencukupi untuk menyelesaikan semua masalah yang telah berlarutan sekian lama.

Dalam perkembangan berkaitan tuntutan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),

Masidi berkata, kehadiran pemimpin dan penyokong pelbagai parti pada prosiding rayuan Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan pemberian khas Sabah diharap mencerminkan sokongan rakyat terhadap usaha mempercepat penyelesaian perkara itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa sokongan berkenaan tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai simbol politik, sebaliknya sebagai isyarat bahawa tuntutan Sabah perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Katanya, kerajaan negeri menghormati proses mahkamah, namun keputusan yang tidak memihak kepada Sabah tidak bermakna usaha memperjuangkan hak negeri itu perlu dihentikan.

“Bagi kita di Sabah, kita menerima keputusan mahkamah, tetapi ia bukan jalan terakhir. Ada pilihan lain dan, seperti yang diketahui, rundingan sebenarnya masih berjalan,” katanya.

Masidi menjelaskan, perkara yang sedang melalui proses mahkamah melibatkan tuntutan bagi tempoh 1974 hingga 2021, yang sering dirujuk sebagai the lost years atau tahun-tahun yang hilang, manakala tuntutan bagi tempoh 2022 hingga kini perlu diusahakan supaya dapat diselesaikan dengan lebih segera.

Menurutnya, tuntutan bagi tempoh terdahulu memerlukan penelitian dan rundingan lebih panjang, termasuk berkaitan data serta pengiraan yang perlu diperincikan.

Sebaliknya, beberapa perkara bagi tempoh 2022 dan seterusnya mempunyai asas data yang lebih jelas dan tidak dipertikaikan oleh kedua-dua pihak, sekali gus membolehkan usaha penyelesaiannya diberikan keutamaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersedia meneruskan rundingan bagi perkara yang memerlukan penelitian lebih mendalam, termasuk mempertimbangkan kaedah pembayaran alternatif sekiranya jumlah yang terlibat terlalu besar.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/18/peruntukan-rm18-bilion-di-sabah-merangkumi-kos-pengurusan-masidi/feed/ 0 105564
Teknologi moden bantu tingkat latihan, pembangunan bakat muda bola sepak Sabah https://sabahmedia.com/2026/10/15/teknologi-moden-bantu-tingkat-latihan-pembangunan-bakat-muda-bola-sepak-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/10/15/teknologi-moden-bantu-tingkat-latihan-pembangunan-bakat-muda-bola-sepak-sabah/#respond Wed, 14 Oct 2026 22:14:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105395
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Penggunaan teknologi moden termasuk kamera berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan peralatan pemantauan prestasi mampu meningkatkan keberkesanan latihan serta pembangunan bakat muda bola sepak di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penerapan teknologi dalam sukan membolehkan jurulatih menilai prestasi pemain dengan lebih tepat, mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki serta merancang kaedah latihan lebih berkesan.

Katanya, penggunaan sains sukan yang digabungkan dengan teknologi moden turut membantu pemain memahami perkembangan prestasi masing-masing, sekali gus meningkatkan kualiti latihan dan keupayaan untuk bersaing pada tahap lebih tinggi.

“Penerapan sains sukan bersama teknologi moden dapat membantu pemain memahami perkembangan prestasi masing-masing, sekali gus meningkatkan kualiti latihan dan keupayaan mereka untuk bersaing pada tahap lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Coca-Cola: Bina Juara di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini.

Menurut Masidi, kemajuan teknologi dalam bidang sukan perlu dimanfaatkan bukan sahaja oleh pemain di peringkat elit, malah golongan muda di peringkat akar umbi termasuk di kawasan luar bandar.

Katanya, akses lebih meluas kepada teknologi dan kaedah latihan moden penting bagi memastikan lebih ramai bakat muda Sabah berpeluang menerima latihan serta bimbingan berkualiti.

“Pada masa sama, pengetahuan dan kemahiran jurulatih perlu terus dipertingkatkan supaya penggunaan teknologi dapat diterjemahkan kepada kaedah latihan yang benar-benar berkesan,” katanya.

Masidi berkata, kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan, persatuan sukan dan komuniti juga penting bagi memastikan pembangunan teknologi dalam sukan memberi manfaat secara berterusan kepada pemain muda Sabah.

“Kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan, persatuan sukan dan komuniti penting bagi memastikan pembangunan teknologi sukan memberi manfaat berterusan kepada pemain muda Sabah,” katanya.

Beliau berharap penggunaan teknologi serta pendekatan latihan berasaskan sains dapat membantu anak muda Sabah mengembangkan potensi masing-masing, seterusnya melahirkan lebih ramai pemain berkualiti yang mampu menyumbang kepada kemajuan bola sepak negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/15/teknologi-moden-bantu-tingkat-latihan-pembangunan-bakat-muda-bola-sepak-sabah/feed/ 0 105395
Ekonomi Sabah catat prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun https://sabahmedia.com/2026/10/14/ekonomi-sabah-catat-prestasi-terbaik-dalam-tempoh-enam-tahun/ https://sabahmedia.com/2026/10/14/ekonomi-sabah-catat-prestasi-terbaik-dalam-tempoh-enam-tahun/#respond Wed, 14 Oct 2026 06:52:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105362
Read Time:3 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Ekonomi Sabah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus tahun lalu, iaitu prestasi terbaik dalam tempoh enam tahun, dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencecah RM88.8 bilion.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pertumbuhan itu disokong oleh sektor perkhidmatan yang berkembang sebanyak 4.5 peratus, pembuatan (lima peratus) dan pembinaan (28.3 peratus). 

“Sabah mempunyai momentum pertumbuhan yang kukuh. Tugas kita sekarang adalah untuk menterjemahkan momentum ini kepada perniagaan tempatan yang lebih berdaya saing, industri bernilai tinggi, peluang pekerjaan yang lebih baik serta lebih banyak peluang kepada masyarakat di seluruh negeri,” katanya. 

Hajiji berkata, perkara itu juga menjadi fokus Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030 yang memberi penekanan kepada peningkatan daya saing, produktiviti dan penciptaan nilai yang lebih tinggi. 

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian program Kembara Borneo 2026 Edisi Sabah anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di Magellan Sutera Harbour Resort di sini hari ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun. 

Hajiji berkata, siling peruntukan pembangunan tertinggi dalam sejarah Sabah berjumlah RM12.02 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), merangkumi 933 projek baharu dan 240 projek sambungan, akan terus memperkukuh daya saing serta daya tarikan Sabah kepada pelabur. 

Hajiji berkata, jika SMJ 1.0 memberi tumpuan kepada pemulihan, penstabilan dan penstrukturan semula ekonomi selepas pandemik, SMJ 2.0 pula akan memperkukuh asas tersebut bagi memastikan pembangunan membawa manfaat nyata kepada rakyat melalui peluang yang lebih baik, peningkatan taraf hidup dan penambahbaikan perkhidmatan awam. 

“Aspirasi kita bukan sekadar menarik perniagaan untuk melabur di Sabah. Kita juga mahu membantu syarikat-syarikat yang berpangkalan di Sabah berkembang menjadi peneraju di peringkat nasional, serantau dan global.   

“Ini bermakna kita perlu memupuk kreativiti, daya tahan dan semangat keusahawanan, khususnya dalam kalangan golongan muda,” katanya. 

Hajiji menegaskan bahawa Sabah mempunyai potensi ekonomi yang besar dalam sektor pertanian, Ekonomi Biru dan industri hiliran, disokong oleh kekayaan sumber asli, biodiversiti serta kedudukannya yang strategik. 

Ekonomi Biru juga menawarkan peluang yang besar dalam sektor perikanan moden, bioteknologi marin dan pelancongan berasaskan alam semula jadi, katanya sambil menambah di bawah SMJ 2.0, sektor itu berpotensi menjana pendapatan tambahan sehingga RM3.25 bilion setahun. 

Beliau berkata, sektor pertanian perlu beralih daripada pengeluaran utama kepada amalan pertanian moden dan berkualiti tinggi, disokong oleh penggunaan teknologi pertanian secara lebih meluas bagi meningkatkan produktiviti serta memperkukuh keterjaminan makanan. 

Bagaimanapun, Hajiji menegaskan bahawa peningkatan pengeluaran semata-mata tidak mencukupi kerana Sabah juga perlu mencipta dan mengekalkan lebih banyak nilai ekonomi dalam negeri melalui pemindahan teknologi, inovasi, pembangunan kemahiran serta penyertaan lebih besar perniagaan tempatan dalam industri hiliran. 

Beliau berkata, kedudukan strategik Sabah di tengah-tengah Borneo, berhampiran Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina, turut menjadikan negeri ini sebagai pintu masuk semula jadi bagi perdagangan, pelaburan dan pelancongan di seluruh kawasan BIMP-EAGA serta rantau ASEAN yang lebih luas. 

Bagi merealisasikan peluang tersebut, Hajiji berkata, perniagaan di Sabah perlu mempunyai akses lebih luas kepada modal, kepakaran dan rangkaian pelaburan bagi membolehkan mereka berkembang ke pasaran nasional, serantau dan global. 

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan usaha SC memperluas pilihan pembiayaan kepada perniagaan di Sabah melalui pendanaan ramai berasaskan ekuiti, pembiayaan antara rakan setara (P2P), pelaburan bersama, modal swasta dan pasaran saham. 

“Kita amat mengalu-alukan inisiatif yang menghubungkan perniagaan tani dengan platform pembiayaan, modal teroka dan pelabur ekuiti swasta. 

“Kita juga menghargai Skim Keterjaminan Makanan di bawah Dana Pelaburan Bersama Malaysia atau MyCIF. Melalui pelaburan bersama sebanyak RM1 bagi setiap RM2 yang diperoleh daripada pelabur swasta, skim ini menyokong perniagaan dalam sektor pertanian, teknologi pertanian dan bioekonomi,” katanya. 

Beliau berkata, usahawan dan syarikat memerlukan pembiayaan yang bersesuaian pada pelbagai peringkat pembangunan, sama ada bagi pemprosesan hiliran, teknologi pertanian, akuakultur mahupun logistik maritim. 

Hajiji turut menggesa usahawan tempatan memperkukuh pengurusan kewangan, tadbir urus korporat dan perancangan perniagaan bagi meningkatkan kesediaan mereka menarik pelaburan. 

“Mulakan persediaan dari sekarang untuk mendapatkan modal yang ingin anda kumpulkan. Pastikan rekod kewangan diselenggara dengan baik serta perkukuh tadbir urus dan pengurusan perniagaan. 

“Bersedialah untuk menjelaskan bagaimana perniagaan anda menjana pendapatan, bagaimana dana yang diperoleh akan digunakan dan bagaimana risiko akan diuruskan. Pelabur perlu memahami perniagaan anda sebelum mereka dapat memberikan sokongan,” katanya. 

Beliau turut mengajak pelabur, penyedia pembiayaan dan pengantara pasaran modal meneroka peluang pelaburan dalam sektor pertanian, kilang pemprosesan, tapak akuakultur, perkilangan dan perniagaan pelancongan di Sabah. 

“Sabah mempunyai sumber, kedudukan strategik, usahawan dan aspirasi yang besar. Kini, kita perlu memperkukuh hubungan antara perniagaan tempatan dengan modal, keupayaan dan kerjasama strategik yang diperlukan untuk mereka terus berkembang,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/14/ekonomi-sabah-catat-prestasi-terbaik-dalam-tempoh-enam-tahun/feed/ 0 105362
Masidi terima kunjungan hormat AADK Ranau https://sabahmedia.com/2026/10/13/masidi-terima-kunjungan-hormat-aadk-ranau/ https://sabahmedia.com/2026/10/13/masidi-terima-kunjungan-hormat-aadk-ranau/#respond Tue, 13 Oct 2026 02:32:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105287
Read Time:25 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ranau, Donny Lasong bersama rombongan di pejabatnya, di sini pada Isnin.

Dalam kunjungan itu, Masidi diberi taklimat mengenai peranan dan fungsi AADK Ranau, termasuk pelaksanaan program kesedaran masyarakat berkaitan penyalahgunaan dadah.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kunjungan hormat berkenaan serta berharap AADK Ranau dapat meneruskan usaha memberikan manfaat kepada masyarakat setempat, khususnya menerusi program kesedaran dan pencegahan penyalahgunaan dadah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/13/masidi-terima-kunjungan-hormat-aadk-ranau/feed/ 0 105287
Penempatan doktor di Sabah perlu diberi perhatian serius – Masidi https://sabahmedia.com/2026/10/03/penempatan-doktor-di-sabah-perlu-diberi-perhatian-serius-masidi/ https://sabahmedia.com/2026/10/03/penempatan-doktor-di-sabah-perlu-diberi-perhatian-serius-masidi/#respond Sat, 03 Oct 2026 10:12:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104692
Read Time:1 Minute, 41 Second

RANAU: Kekurangan doktor susulan keengganan doktor dari Semenanjung untuk ditempatkan di negeri ini dikhuatiri menjejaskan perkhidmatan kesihatan, khususnya di hospital luar bandar di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, isu berkenaan perlu diberi perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan dan diberikan pertimbangan khusus dalam Belanjawan Negara yang akan datang.

Menurut beliau, berdasarkan statistik, keadaan itu amat membimbangkan kerana kekurangan doktor boleh memberi kesan langsung terhadap operasi dan perkhidmatan hospital di kawasan luar bandar.

“Keengganan penempatan doktor-doktor muda daripada Semenanjung ke Sabah ini akan mengakibatkan banyak hospital luar bandar di Sabah akan terjejas perkhidmatannya kerana tidak cukup doktor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis graduasi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini pada Sabtu.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, antara faktor yang dilaporkan menjadi sebab doktor muda enggan melaporkan diri bertugas di Sabah termasuk isu elaun wilayah, kos membawa barangan ke Sabah serta keperluan berjauhan daripada keluarga.

Sehubungan itu, beliau berharap perkara berkenaan dapat diberi perhatian serius oleh kementerian berkaitan, terutama dalam menentukan agihan peruntukan menerusi Belanjawan Negara.

Katanya, usaha menangani isu berkenaan bukan hanya perlu tertumpu kepada penempatan doktor, sebaliknya turut melibatkan kemudahan dan persekitaran kerja di hospital.

“Memperbaiki prasarana dan kemudahan hospital itu sendiri, tempat tinggal doktor, servis sokongan, jururawat dan sebagainya cukup,” katanya.

Masidi turut membangkitkan keperluan memastikan perkhidmatan sokongan seperti jururawat mencukupi bagi mengurangkan tekanan terhadap petugas perubatan.

Menurut beliau, pertambahan hospital dan doktor perlu disertai dengan peningkatan kapasiti sektor sokongan supaya operasi hospital dapat berjalan dengan lebih berkesan.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya skim perkhidmatan doktor turut dilihat semula bagi menyediakan insentif yang lebih menarik untuk menggalakkan mereka berkhidmat di kawasan luar bandar Sabah dalam tempoh lebih lama.

“Saya bukan Menteri Kesihatan, tapi barangkali melihat kembali skim perkhidmatan doktor itu sendiri agar dapat menyediakan satu insentif yang lebih menarik untuk memberikan mereka dapat berkhidmat di luar bandar dengan lebih lama,” katanya.

Masidi berkata cadangan berkenaan wajar dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada usaha memastikan hospital luar bandar Sabah mempunyai tenaga perubatan dan sokongan yang mencukupi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/03/penempatan-doktor-di-sabah-perlu-diberi-perhatian-serius-masidi/feed/ 0 104692
Kontraktor tempatan rebut peluang dalam O&G – Masidi https://sabahmedia.com/2026/09/30/kontraktor-tempatan-rebut-peluang-dalam-og-masidi/ https://sabahmedia.com/2026/09/30/kontraktor-tempatan-rebut-peluang-dalam-og-masidi/#respond Wed, 30 Sep 2026 03:51:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104448
Read Time:48 Second

PENAMPANG: Kontraktor tempatan perlu memperkukuh keupayaan bagi merebut peluang yang tersedia dalam industri minyak dan gas (O&G) di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata sektor berkenaan mempunyai potensi besar untuk menawarkan pelbagai peluang kontrak dan pekerjaan bernilai tinggi kepada pemain industri tempatan.

Menurutnya, pelbagai peluang kontrak ditawarkan oleh syarikat minyak dan gas antarabangsa serta tempatan yang beroperasi di Sabah, namun kontraktor tempatan perlu memastikan mereka mempunyai keupayaan memenuhi keperluan industri.

“Kontraktor tempatan perlu melengkapkan diri dari segi teknikal, meningkatkan kemahiran dan keupayaan supaya mampu bersaing serta mendapatkan projek dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sabah Kali Ke-27 di sini, pada Selasa.

Masidi berkata peningkatan keupayaan kontraktor tempatan penting bagi memastikan lebih banyak manfaat daripada perkembangan industri O&G dapat dinikmati pemain industri tempatan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/30/kontraktor-tempatan-rebut-peluang-dalam-og-masidi/feed/ 0 104448
Kontraktor tempatan digesa tingkat keupayaan laksana projek – Masidi https://sabahmedia.com/2026/09/29/kontraktor-tempatan-digesa-tingkat-keupayaan-laksana-projek-masidi/ https://sabahmedia.com/2026/09/29/kontraktor-tempatan-digesa-tingkat-keupayaan-laksana-projek-masidi/#respond Tue, 29 Sep 2026 10:38:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104422
Read Time:2 Minute, 30 Second

PENAMPANG: Kontraktor tempatan digesa meningkatkan keupayaan serta memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut jadual, spesifikasi dan standard kualiti yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Menteri II Sabah merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keupayaan menyiapkan projek dengan baik merupakan asas penting dalam membina keyakinan dan reputasi syarikat kontraktor tempatan.

“Sabah memerlukan kontraktor tempatan yang mampu melaksanakan projek dengan baik,menyiapkannya mengikut jadual dan menjaga mutu kerja. Inilah asas untuk membina keyakinanterhadap syarikat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sabah Kali Ke-27 di sini, pada Selasa.

Menurut Masidi, industri pembinaan mempunyai peranan penting dalam pembangunan negeri kerana setiap projek bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada rakyat, malah membuka peluang kepada pekerja, pembekal dan perniagaan tempatan.

Katanya, keperluan pembangunan Sabah masih besar, khususnya dalam bidang infrastruktur, perumahan, utiliti dan sektor ekonomi lain yang menawarkan peluang kepada kontraktor tempatan.

“Bagi rakyat, yang paling penting ialah hasilnya; jalan yang boleh digunakan, bekalan air yang sampai ke rumah dan kemudahan awam yang berfungsi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kontraktor supaya menilai kemampuan sebenar sebelum menerima sesuatu projek dengan memastikan aliran tunai mencukupi, tenaga kerja tersedia dan pengurusan projek dilaksanakan secara teratur.

Beliau berkata, sebarang masalah yang berpotensi menjejaskan kemajuan projek perlu dimaklumkan lebih awal supaya penyelesaian dapat dicari sebelum kerja tergendala.

Masidi turut menggalakkan kontraktor Sabah meningkatkan kemahiran teknikal, memperkukuh pengurusan kewangan serta menjaga rekod prestasi bagi membolehkan lebih banyak syarikat tempatan berkembang sebagai kontraktor utama yang berwibawa.

Katanya, reputasi sesebuah syarikat dibina melalui kualiti dan keupayaan menyiapkan projek yang diamanahkan dengan baik.

Beliau turut menggesa kontraktor memanfaatkan teknologi yang bersesuaian bagi memantau kemajuan projek, mengawal kos dan mengurangkan pembaziran, selain memberi perhatian kepada aspek keselamatan pekerja serta penjagaan alam sekitar.

Dalam pada itu, Masidi berharap kontraktor Sabah tidak terlalu bergantung kepada projek kerajaan, sebaliknya meneroka peluang dalam sektor swasta termasuk tenaga, minyak dan gas, pelancongan serta logistik.

Beliau berkata, kerjasama strategik antara syarikat juga perlu diperkukuh bagi meningkatkan kepakaran dan membuka peluang pasaran baharu.

Masidi turut menyarankan PKMM Sabah memainkan peranan lebih besar dalam membantu ahlinya mendapatkan latihan, memahami keperluan pembiayaan serta meningkatkan kapasiti dan daya saing syarikat.

“Berikan juga ruang kepada kontraktor muda untuk belajar dan memimpin. Pengalaman kontraktor senior, digabungkan dengan pengetahuan serta kemahiran generasi muda, boleh mengukuhkan syarikat tempatan untuk jangka panjang,” katanya.

Beliau menegaskan, kontraktor perlu menjaga amanah dalam setiap projek dengan memastikan kerja disiapkan mengikut jadual, mematuhi spesifikasi dan memberikan manfaat kepada rakyat.

“Itulah sumbangan paling bermakna yang boleh kita berikan kepada pembangunan Sabah,”katanya.

Masidi turut berharap Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Sabah Kali Ke-27 menghasilkan keputusan yang praktikal dalam membantu ahli serta memperkukuh peranan persatuan dalam pembangunan industri pembinaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri dan PKMM Sabah perlu terus bekerjasama bagi membangunkan industri pembinaan yang lebih profesional, berdaya saing dan mampu menyumbang secara berterusan kepada pembangunan Sabah.

Turut hadir Presiden PKMM, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz; Penasihat PKMM, Datuk Dr Mohd Yaakub; Yang Dipertua PKMM Sabah, Mohd Nasruddin Mohd Yaakub; serta tetamu kehormat dan barisan kepimpinan PKMM yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/29/kontraktor-tempatan-digesa-tingkat-keupayaan-laksana-projek-masidi/feed/ 0 104422
Belia perlu diberi ruang pimpin projek kemasyarakatan – Masidi https://sabahmedia.com/2026/09/19/belia-perlu-diberi-ruang-pimpin-projek-kemasyarakatan-masidi/ https://sabahmedia.com/2026/09/19/belia-perlu-diberi-ruang-pimpin-projek-kemasyarakatan-masidi/#respond Sat, 19 Sep 2026 04:49:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103721
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Golongan belia perlu diberi ruang memikul tanggungjawab sebenar menerusi penglibatan dalam projek kemasyarakatan bagi membina pengalaman kepimpinan, mengurus sumber dan membuat keputusan.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata pengalaman itu penting dalam membentuk pemimpin muda yang mampu bekerja dalam pasukan serta memahami keperluan masyarakat yang menerima manfaat.

“Apabila seseorang ahli mengetuai projek komuniti, dia belajar mengurus bajet, bekerja dengan pasukan dan membuat keputusan.

“Dia juga belajar bahawa masyarakat yang ingin dibantu perlu mempunyai suara dalam bagaimana sesuatu projek itu dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Emas ke-50 JCI INTAN di sini, malam tadi.

Masidi turut menggesa pemimpin berpengalaman membimbing generasi muda dengan berkongsi pengalaman serta memberi mereka ruang untuk merancang dan mengetuai projek dengan bimbingan sewajarnya.

Katanya, golongan muda juga perlu memanfaatkan jaringan di luar Sabah untuk mempelajari pendekatan baharu dalam menyelesaikan masalah serta membawa pulang idea yang bersesuaian.

“Pada masa sama, pastikan setiap projek yang dilaksanakan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Dalam majlis itu, Masidi turut mengucapkan tahniah kepada barisan pemimpin dan ahli terdahulu serta semasa sempena sambutan Jubli Emas ke-50 JCI INTAN.

Beliau turut menghargai sumbangan mereka dalam memastikan kesinambungan organisasi serta melahirkan pemimpin baharu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/19/belia-perlu-diberi-ruang-pimpin-projek-kemasyarakatan-masidi/feed/ 0 103721
Masidi terima kunjungan Persatuan PKS Sabah https://sabahmedia.com/2026/09/15/masidi-terima-kunjungan-persatuan-pks-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/09/15/masidi-terima-kunjungan-persatuan-pks-sabah/#respond Tue, 15 Sep 2026 05:46:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103451
Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah yang diketuai Presidennya, Dr Deledda Tan, di pejabatnya, di sini, semalam.

Kunjungan itu antara lain membincangkan usaha memperkukuh peranan PKS sebagai antara pemacu pertumbuhan ekonomi negeri, selain meneliti peluang serta cabaran yang dihadapi usahawan tempatan dalam mengembangkan perniagaan.

Masidi turut menzahirkan penghargaan atas kunjungan berkenaan dan menyambut baik usaha berterusan Persatuan PKS Sabah dalam memperjuangkan kepentingan komuniti perniagaan serta menyokong pembangunan ekonomi negeri.

Beliau berkata, peranan sektor PKS amat penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah, khususnya melalui penglibatan usahawan tempatan dalam pelbagai sektor.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/15/masidi-terima-kunjungan-persatuan-pks-sabah/feed/ 0 103451
Kepelbagaian restoran cerminkan perkembangan positif industri F&B Sabah https://sabahmedia.com/2026/09/14/kepelbagaian-restoran-cerminkan-perkembangan-positif-industri-fb-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/09/14/kepelbagaian-restoran-cerminkan-perkembangan-positif-industri-fb-sabah/#respond Mon, 14 Sep 2026 00:29:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103350
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kepelbagaian pilihan makanan dan restoran di Sabah mencerminkan perkembangan positif industri makanan dan minuman (F&B) selain berpotensi menjadi tarikan kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata perkembangan itu turut membuka ruang kepada peniaga tempatan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing menerusi penawaran sajian tradisional dan moden.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, perkembangan sektor berkenaan menunjukkan peniaga tempatan semakin berdaya saing, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri menerusi peluang perniagaan dan pekerjaan.

“Kewujudan pelbagai sajian bukan sahaja memenuhi citarasa masyarakat, malah memberi peluang kepada pengunjung dari luar Sabah untuk mengenali makanan dan budaya tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Restoran Qahwa Alamesra di sini.

Masidi turut menggalakkan pengusaha makanan dan minuman supaya mengekalkan kualiti makanan serta perkhidmatan, di samping memperkenalkan konsep baharu yang mampu meningkatkan daya saing perniagaan.

“Oleh yang demikian, pembukaan restoran ini juga mencerminkan keyakinan peniaga untuk terus mengembangkan perniagaan di Sabah, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan negeri,” katanya.

Menurutnya, kepelbagaian pilihan makanan yang ditawarkan di Sabah boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman pelancongan, khususnya dalam memperkenalkan keunikan cita rasa dan budaya tempatan kepada pengunjung.

Beliau berkata, kerjasama antara pengusaha, masyarakat dan kerajaan penting bagi memastikan sektor makanan dan minuman terus berkembang serta memberi manfaat kepada ekonomi negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/14/kepelbagaian-restoran-cerminkan-perkembangan-positif-industri-fb-sabah/feed/ 0 103350