masiung berita sahih – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Nov 2023 07:27:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png masiung berita sahih – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pastikan berita sahih sebelum disebarkan – Masiung https://sabahmedia.com/2023/11/22/pastikan-berita-sahih-sebelum-disebarkan-masiung/ https://sabahmedia.com/2023/11/22/pastikan-berita-sahih-sebelum-disebarkan-masiung/#respond Wed, 22 Nov 2023 07:27:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45568
Read Time:1 Minute, 7 Second

Telupid : Masyarakat di negeri ini diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan kandungan berita yang tersebar di media sosial khususnya daripada pihak parti pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, kandungan berita yang dimuat naik itu juga perlu dipastikan sahih terlebih dahulu sebelum disebarkan.

Ini kerana katanya, banyak berita-berita yang tersebar di media sosial hanya direka oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuklah golongan intelek.

“Platform media sosial ketika ini telah disalah guna oleh sesetangah pihak sebagai medium untuk dijadikan senjata halus bagi menyerang pemimpin kerajaan.

“Ini kerana, pihak parti pembangkang yang bercita-cita tinggi sentiasa mencari jalan menjatuhkan kerajaan pada masa kini dengan apa cara  sekalipun termasuk menggunakan media sosial untuk menyerang kerajaan,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Outreach Belia Sabah Maju Jaya (SMJ) anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) di sini semalam.

Masiung yang juga Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata,  fitnah adalah senjata paling tajam digunakan untuk melemahkan sebuah organisasi, lebih-lebih lagi cabaran dunia tanpa sampadan zaman kini hanya berada dihujung jari.

Beliau turut mengingatkan golongan muda supaya tidak mencari kesalahan pemimpin atasan sehingga menyebarkan fitnah.

“Kita menyedari sebagai pemimpin tidak semua orang bawahan yang akan menyenangi kejayaan yang diperolehi,” katanya.

Terdahulu, Pengarah IKRAR, Azrul Ibrahim turut hadir menyantuni kira-kira 70 peserta Outreach melibatkan belia-belia daripada kawasan Telupid dan Kuamut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/22/pastikan-berita-sahih-sebelum-disebarkan-masiung/feed/ 0 45568