Masjid bandaraya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Feb 2025 07:07:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Masjid bandaraya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KePKAS ambil serius isu pengurusan pelancong di MBR https://sabahmedia.com/2025/02/03/kepkas-ambil-serius-isu-pengurusan-pelancong-di-mbr/ https://sabahmedia.com/2025/02/03/kepkas-ambil-serius-isu-pengurusan-pelancong-di-mbr/#respond Mon, 03 Feb 2025 07:07:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67926
Read Time:2 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) memberi komitmen untuk memastikan semua pengunjung yang datang ke tapak pelancongan di negeri ini termasuk Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) menikmati pengalaman yang selamat dan menyenangkan.  

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew berkata, pihaknya turut menggesa semua pihak berkepentingan bekerjasama dalam menjadikan MBR sebagai tarikan pelancongan yang mesra dan terurus dengan baik.  

“Kami mengambil serius isu pengurusan pelancongan di Masjid Bandaraya dan sedang berusaha aktif dengan pihak berkepentingan untuk menangani kebimbangan terkini.

“Adalah penting agar semua penyedia perkhidmatan, termasuk pengendali pengangkutan dan pemandu pelancong, mengekalkan standard tinggi, terutamanya dari segi keselamatan, pengalaman pengunjung, dan kebersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bagi mengulas isu membabitkan pelancong dihalang untuk mengambil gambar di sekitar MBR di sini baru-baru ini.

Christina berkata, KePKAS kekal komited untuk memupuk kerjasama antara industri pelancongan dan pihak berkuasa tempatan bagi mengekalkan reputasi Sabah sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.  

Katanya, Lembaga Pelancongan Sabah (STB), melalui Jawatankuasa Sokongan Industri (ISC), telah mengadakan mesyuarat dengan Pasukan Pengurusan Pelancongan Masjid Bandaraya pada 28 Januari untuk membincangkan perkara tersebut.  

“Mesyuarat itu membincangkan isu-isu utama seperti Kebimbangan terhadap Pelancong Bebas (FIT) yang tiba menggunakan perkhidmatan e-hailing dan mengambil gambar di lokasi yang tidak selamat.

“Keperluan untuk meningkatkan langkah keselamatan, termasuk pemasangan tanda amaran di kawasan utama dan mengkaji semula serta mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) di MBR untuk memastikan garis panduan yang jelas kepada semua pengunjung dan pihak berkepentingan,” katanya.

Dalam pada itu, Christina berkata, KePKAS melalui STB akan melaksanakan beberapa langkah proaktif yang dicadangkan, termasuk Penglibatan Pihak Berkepentingan dan SOP yang dikemaskini, untuk meningkatkan pengurusan pengunjung di MBR.

“Sehubungan itu, sesi libat urus akan diadakan bulan ini, melibatkan MBR, pengendali pelancongan, pemandu pelancong berlesen, pembekal perkhidmatan e-hailing, dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). 

“Semasa sesi ini, kami akan memberi taklimat kepada pihak berkepentingan mengenai SOP yang dikemaskini dan mengumpul maklum balas untuk memperhalusi strategi pengurusan pengunjung,” katanya.

Sementara itu, Christina berkata, bagi pengurusan pengangkutan yang lebih baik, STB akan bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan e-hailing untuk memastikan protokol turun dan naik penumpang yang betul di MBR. 

“Cadangan untuk zon turun khas bagi bas pelancongan akan dibincangkan dengan JKR untuk meningkatkan aliran trafik dan keselesaan pengunjung,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa yang berkenaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengangkutan haram, seperti van putih yang tidak berlesen, untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan pelancongan.  

“Dua langkah proaktif lain yang dicadangkan ialah Standard Seragam untuk Kakitangan, serta Latihan dan Penambahbaikan Infrastruktur di mana MBR akan mengadakan latihan perkhidmatan pelanggan dan komunikasi untuk kakitangan barisan hadapan bagi meningkatkan interaksi dengan pengunjung.

“Rancangan sedang dijalankan untuk membina tandas awam khas untuk pelancong.  Semua kakitangan barisan hadapan di MBR dikehendaki memakai pakaian seragam yang betul untuk memastikan mereka mudah dikenali dan diakses oleh pengunjung,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/03/kepkas-ambil-serius-isu-pengurusan-pelancong-di-mbr/feed/ 0 67926
Tiada kakitangan DBKK halang pelancong ambil gambar – Datuk Bandar https://sabahmedia.com/2025/02/02/tiada-kakitangan-dbkk-halang-pelancong-ambil-gambar-datuk-bandar/ https://sabahmedia.com/2025/02/02/tiada-kakitangan-dbkk-halang-pelancong-ambil-gambar-datuk-bandar/#respond Sun, 02 Feb 2025 11:11:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67886
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menafikan dakwaan kononnya terdapat kakitangan DBKK menghalang pelancong untuk bergambar di sekitar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Bagaimanapun Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pihaknya telah meminta pengurusan masjid berkenaan untuk menanganj isu berkenaan.

“Setahu saya, saya dimaklumkan tidak ada kakitangan DBKK yang menghalang mana-mana pelancong kita untuk mengambil gambar-gambar tersebut (disekitar Masjid Bandaraya).

“Walau bagaimanapun, kita telah meminta pihak pengurusan Masjid Bandaraya untuk menangani perkara tersebut supaya ia tidak menjejaskan kehadiran pelancong di Bandaraya Kota Kinabalu,”‘ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu di perkarangan DBKK di sini hari ini.

Sabin berkata demikian bagi mengulas berhubung video tular kononnya terdapat individu yang memakai baju seragam DBKK menghalang pelancong mengambil gambar di sekitar masjid berkenaan.

Katanya, pihaknya juga mahu keselamatan para pelancong yang berkunjung ke masjid berkenaan terjamin terutama yang meletakkan kenderaan di bahu jalan.

Terdahulu, video tular berkenaan telah dimuat naik oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah di media sosialnya semalam.

Sebelum ini, tular satu video sekumpulan pelancong China dihalang mengambil gambar oleh seorang lelaki yang didakwa kakitangan masjid berkenaan.

Video terbabit telah dimuat naik dalam aplikasi media sosial Xiaohongshu (Red Note) yang digunakan di negara China dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna aplikasi tersebut. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/02/tiada-kakitangan-dbkk-halang-pelancong-ambil-gambar-datuk-bandar/feed/ 0 67886