MASwings – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 28 Dec 2024 05:47:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png MASwings – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MASwings raikan kegembiraan Krismas bersama penumpang https://sabahmedia.com/2024/12/28/maswings-raikan-kegembiraan-krismas-bersama-penumpang/ https://sabahmedia.com/2024/12/28/maswings-raikan-kegembiraan-krismas-bersama-penumpang/#respond Sat, 28 Dec 2024 05:37:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66077
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: MASwings menyemarakkan sambutan Krismas dengan meraikan para penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Miri baru-baru ini.

Penumpang yang menaiki penerbangan terpilih, menerima hadiah perayaan serta menikmati biskut percuma yang dihidangkan dalam pesawat, mencerminkan semangat memberi dan berkongsi sempena musim perayaan ini.

Ketua Pegawai Operasi MASwings, Suresh Singam, berkata program bertemakan “Kegembiraan Hari Krismas” ini bertujuan mencipta pengalaman istimewa buat pelanggan mereka.

“MASwings komited untuk membawa semangat Hospitaliti Malaysia pada setiap musim perayaan.

“Kami mahu penumpang merasai keceriaan dan meninggalkan kenangan manis sepanjang perjalanan mereka bersama kami,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Inisiatif ini turut bertujuan memupuk perpaduan, mengukuhkan kesetiaan pelanggan, serta meningkatkan jenama MASwings sebagai pilihan utama perjalanan di Sabah, Sarawak dan Brunei.

Pihak pengurusan MASwings turut mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baharu kepada semua penumpang, dengan harapan setiap perjalanan dipenuhi kegembiraan serta kenangan yang bermakna.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/28/maswings-raikan-kegembiraan-krismas-bersama-penumpang/feed/ 0 66077
MASwings lancar penerbangan terus dari Miri ke Long Banga https://sabahmedia.com/2023/04/01/maswings-lancar-penerbangan-terus-dari-miri-ke-long-banga/ https://sabahmedia.com/2023/04/01/maswings-lancar-penerbangan-terus-dari-miri-ke-long-banga/#respond Sat, 01 Apr 2023 12:30:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31974
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: MASwings, anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG), telah melancarkan penerbangan terus dua kali seminggu dari Miri ke Long Banga di bawah Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO) berkuat kuasa 26 Mac 2023.

Menurut kenyataan media Komunikasi MASwings hari ini, perkhidmatan terus baharu ini akan memberi kemudahan kepada masyarakat tempatan dalam memudahkan pergerakan mereka untuk menyokong perniagaan kecil dan perjalanan riadah, di samping membantu meningkatkan industri pelancongan masyarakat dengan membuka jalan baharu pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

“Sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan kawasan luar bandar di Borneo, MASwings kekal komited untuk menyokong aspirasi kerajaan negeri untuk pertumbuhan dan pembangunan ekonomi berterusan Sabah dan Sarawak,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, syarikat penerbangan itu akan terus mengutamakan usaha berterusan untuk menambah baik ketersambungan penerbangan terutamanya di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya tidak boleh diakses melalui jalan utama.

Perkhidmatan terus dua kali seminggu MASwings dari Miri ke Long Banga akan beroperasi melalui DHC6-400 Twin Otter dan tersedia pada hari Khamis dan Sabtu.

Selain itu, penumpang juga mempunyai pilihan untuk terbang ke Long Banga dari Miri melalui Marudi, yang mengendalikan satu penerbangan setiap Selasa.

Penerbangan sulung itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala di Lapangan Terbang Miri untuk menghantar penumpang dalam penerbangan pertama diiringi Ketua Pegawai Operasi MASwings, Suresh Singam.

Penumpang boleh menempah perjalanan mereka melalui pejabat tiket MASwings atau Malaysia Airlines, atau di mana-mana ejen pelancongan yang dilantik di seluruh Malaysia. Tempahan juga boleh dibuat melalui nombor Pusat Panggilan Malaysia Airlines di 1 300 88 3000.

Untuk maklumat lanjut tentang destinasi, tambang dan jadual penerbangan dan untuk menempah perjalanan anda yang seterusnya layari laman web MASwing www.maswings.com.my.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/01/maswings-lancar-penerbangan-terus-dari-miri-ke-long-banga/feed/ 0 31974
MASwings tawar promosi tambang Jualan Akhir Tahun https://sabahmedia.com/2022/12/08/maswings-tawar-promosi-tambang-jualan-akhir-tahun/ https://sabahmedia.com/2022/12/08/maswings-tawar-promosi-tambang-jualan-akhir-tahun/#respond Thu, 08 Dec 2022 11:49:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25977
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: MASwings meraikan cuti akhir tahun dengan mempromosikan Jualan Akhir Tahun MASwings menawarkan diskaun tambang penerbangan bermula dari serendah RM138 untuk semua perjalanan sehala dan tersedia untuk direbut mulai sekarang (8 Disember) hingga 31 Disember ini, dengan tempoh perjalanan sehingga 31 Januari 2023.

Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, promosi ini ditawarkan di semua laluan domestik MASwings menggunakan perkhidmatan pesawat ATR 72-500 kecuali Mukah.

“Manfaatkan Jualan Akhir Tahun MASwings yang menarik itu adalah untuk merancang perjalanan dan lawatan ke seluruh Borneo semasa cuti sekolah ini dan musim perayaan.

“Dengan tawaran promo ini, penumpang akan dapat menikmati semua termasuk tambang sehala dari serendah RM138 bagi sektor dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu dan Bintulu ke Sibu; daripada RM148 bagi sektor dari Sandakan ke Tawau, Kota Kinabalu ke Labuan dan dari Miri ke Labuan, Bintulu dan Limbang; daripada RM188 bagi sektor Miri ke Sibu dan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu dan Mulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nasaruddin lagi, mereka yang membuat perjalanan dari Kuching ke Limbang dan Mulu juga akan menikmati tambang dari serendah RM208; dan semuanya tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

“MASwings akan terus menjadi syarikat penerbangan pilihan untuk menghubungkan komuniti di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Penumpang kami semasa akhir tahun kebanyakannya mereka mengambil tawaran promosi itu untuk merancang perjalanan mereka dalam melawat keluarga dan rakan-rakan atau untuk meneroka keindahan alam semula jadi terutama dalam Borneo, justeru tawaran kami untuk tambang menarik sehingga akhir tahun ini.

“Kami menggesa pelanggan kami untuk memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan mereka dengan kami lebih awal. Dengan tawaran hebat ini, kami menjangkakan tempat duduk akan diambil dengan pantas,”katanya.

Beliau turut berkata, semua tiket MASwings pada perkhidmatan ATR termasuk 20kg bagasi daftar masuk dan hidangan ringan.

“Ini adalah sebahagian daripada ketekalan syarikat penerbangan ini dalam menawarkan Hospitaliti Malaysia yang terbaik di samping memastikan keselesaan dan keselamatan semua penumpang sepanjang perjalanan mereka,” tambah Nasaruddin.

Tawaran terkini boleh didapati melalui laman web MASwings / Malaysia Airlines, pejabat tiket dan ejen pelancongan yang dilantik mereka atau melalui Pusat Panggilan 24 jam di nombor bebas tol 1300 88 3000.

Maklumat lanjut mengenai destinasi, tambang dan jadual penerbangan boleh didapati di laman web MASwings www.maswings.com.my.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/08/maswings-tawar-promosi-tambang-jualan-akhir-tahun/feed/ 0 25977
MASwings tawar promosi tambang ‘Jom Balik Undi’ Sabah & Sarawak https://sabahmedia.com/2022/11/02/maswings-tawar-promosi-tambang-jom-balik-undi-sabah-sarawak/ https://sabahmedia.com/2022/11/02/maswings-tawar-promosi-tambang-jom-balik-undi-sabah-sarawak/#respond Wed, 02 Nov 2022 00:45:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=23763
Read Time:48 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU: MASwings menawarkan promosi tambang menerusi kempen ‘Jom Balik Undi’ sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) terutama bagi pengundi Sabah dan Sarawak yang akan pulang untuk hari pengundian pada 19 November ini.

Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A Bakar berkata, harga promosi bermula daripada RM135 bagi perjalanan sehala dengan tambang termasuk semua itu kini dibuka untuk tempahan mulai hari ini (1 Nov) sehingga 30 November 2022 dan ia bagi perjalanan sehingga 31 Disember 2022.

MASwings juga akan membuat penerbangan tambahan untuk memenuhi lonjakan permintaan yang dijangkakan bagi beberapa laluan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, katanya.

Nasaruddin berkataMASwings, sebagai nadi Borneo, komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai bagi menyokong dan melancarkan pergerakan sempena PRU15.

Pengundi tempatan digesa pulang ke kampung halaman masing-masing supaya dapat menunaikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia, katanya.

“Kami menggalakkan semua pengundi dan pelanggan untuk membuat tempahan lebih awal supaya tidak kecewa dan terlepas tawaran MASwings,” katanya.– Bernama

]]>
https://sabahmedia.com/2022/11/02/maswings-tawar-promosi-tambang-jom-balik-undi-sabah-sarawak/feed/ 0 23763