Masyarakat luar bandar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 25 Jun 2023 06:47:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Masyarakat luar bandar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Taklimat isu-isu semasa beri manfaat besar kepada masyarakat luar bandar – Ellron https://sabahmedia.com/2023/06/25/taklimat-isu-isu-semasa-beri-manfaat-besar-kepada-masyarakat-luar-bandar-ellron/ https://sabahmedia.com/2023/06/25/taklimat-isu-isu-semasa-beri-manfaat-besar-kepada-masyarakat-luar-bandar-ellron/#respond Sun, 25 Jun 2023 06:46:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37095
Read Time:1 Minute, 51 Second

KENINGAU: Program taklimat isu-isu semasa memberikan manfaat besar buat masyarakat khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin.

“Harapan saya agar taklimat isu-isu semasa yang dikemukakan oleh penceramah memberikan manfaat buat masyarakat luar bandar, malah mereka akan lebih arif dan faham mengenai isu-isu semasa dan tidak menyebarkan maklumat yang salah dan tidak tepat, ” katanya.

Ellron berkata demikian dalam ucapannya sempena Program Taklimat Isu-isu Semasa 2023 Daerah Keningau di Dewan Membulu, Kampung Membulu Mukim Ansip, Sook kelmarin.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook turut menggalakkan agar penduduk kampung yang hadir pada taklimat berkenaan berkongsi maklumat penting kepada mereka yang tidak sempat hadir.

Katanya, memandangkan taklimat ini merupakan platform penting dalam menyalurkan informasi yang tepat lebih-lebih mereka yang diundang sebagai penceramah hari ini merupakan agensi-agensi kerajaan yang penting.

Beliau juga berharap agar program seumpama itu akan disebar luaskan lagi di kawasan-kawasan luar bandar agar rakyat di sana turut menerima input-input penting dan maklumat yang sahih mengenai agensi-agensi kerajaan.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Jabatan Penerangan Keningau, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.45 Sook dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kuala Punteh, Kampung Mempulut dan Kampung Kuala Tigasa.

Seramai 89 orang daripada penduduk sekitar menyertai program berkenaan.

Antara agensi kerajaan yang hadir memberikan ceramah ialah Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau yang disampaikan oleh Dr. Nir Atiqah Zakaria, Pengurus Program Unit Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, dengan tajuk taklimat “Pencegahan Nyamuk Aedes dan Malaria” manakala Jupini Salim Penolong Kanan Jabatan Pertanian Keningau menyampaikan taklimatnya bertajuk Bantuan Insentif Pertanian & Pemasaran Produk Pertanian.

Dua taklimat lain daripada Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Pegawai Kanan Bomba Kanan 2, Leong Hoi Min menyampaikan taklimat bertajuk “Keselamatan Kebakaran & Demonstrasi Alat Pemadam Api”, manakala Mohd Nazre Jumaad Penolong Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Daerah Keningau menyampaikan taklimat bertajuk “Hak-hak Pengguna”.

Program tersebut merupakan agen perubahan yang penting dalam menyebarkan informasi yang tepat dan sahih berkaitan agensi-agensi kerajaan kepada masyarakat khususnya mereka yang tinggal di luar bandar.

Turut hadir dalam taklimat berkenaan, Awang Mamun Awang Saman Pegawai Penerangan Daerah Keningau, Ketua-ketua kampung sekitar, Pengerusi-pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan penduduk kampung.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/25/taklimat-isu-isu-semasa-beri-manfaat-besar-kepada-masyarakat-luar-bandar-ellron/feed/ 0 37095
Masyarakat luar bandar perlu bijak cari inisiatif tambah pendapatan keluarga – Jonathan https://sabahmedia.com/2023/05/18/masyarakat-luar-bandar-perlu-bijak-cari-inisiatif-tambah-pendapatan-keluarga-jonathan/ https://sabahmedia.com/2023/05/18/masyarakat-luar-bandar-perlu-bijak-cari-inisiatif-tambah-pendapatan-keluarga-jonathan/#respond Thu, 18 May 2023 04:43:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34629
Read Time:1 Minute, 49 Second

RANAU: Masyarakat luar bandar diseru agar berusaha mencari produk sendiri untuk maju tanpa bergantung terhadap bantuan daripada pihak kerajaan.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, penduduk luar bandar perlu bijak mencari inisiatif dengan membuka kawasan tanah pertanian dengan tanaman yang sesuai bagi menambah pendapatan keluarga mereka.

“Selain aktiviti bidang pertanian, perladangan dan penternakan kita juga boleh mengusahakan industri Tagal ikan air sungai sebagai satu lagi industri jangka masa panjang.

“Tagal’ MOU Kg.Tontolob Liwan di sini, boleh dijadikan contoh untuk maju ke hadapan dalam mewujudkan produk industri setempat yang boleh dijadikan sumber pendapatan penduduk sesebuah kampung”, jelas Jonathan  ketika berucap pada majlis Pemantauan Tagal MOU Kg.Tontolob Liwan di sungai Madsangoh baru-baru ini.

Majlis yang julungkali diadakan itu,
merupakan inisiatif lebih 50 keluarga yang kini mencecah lebih 500  penduduk Kg.Tontolob Liwan mengusahakan tagal berkenaan yang telah didaftarkan sejak dua tahun lepas.

Kg.Tontolob Liwan terletak kira-kira 24 kilometer dari pekan Ranau  dan 35 kilometer dari pekan Tambunan.

Jonathan dalam ucapannya memuji komitmen penduduk Kg.Tontolob Liwan, kerana inisiatifnya mewujudkan sistem tagal sebagai alternatif menjaga serta mengekalkan hidupan air sungai seperti spesis ikan untuk diwarisi generasi akan datang.

“Melalui sistem ‘Tagal’ ini satu cara kita memelihara hidupan air seperti ikan agar tidak pupus menjadi mangsa  kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab sengaja menggunakan bahan racun (tuba) dan bahan letupan untuk mendapatkan ikan dalam masa yang singkat.

“Mereka itu tidak memikirkan jangka masa panjang untuk generasi mereka pada masa akan datang “, jelasnya.

Beliau turut menyifatkan pewujudan sistem tagal sebagai langkah bagi mendapatkan sumber ekonomi penduduk jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh, jujur dan penuh kesabaran.

“Saya mengharapkan kepada penduduk khususnya Jawatankuasa Tagal di sini, supaya sabar dalam melaksanakan sistem tagal meskipun  menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

“Sebenarnya untuk mencapai kejayaan terhadap apa juga usaha  memerlukan kesabaran kita walaupun berhadapan dengan cabaran yang cuba mematahkan semangat untuk maju”, tambahnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Tagal MOU, Kg.Tontolob Liwan, Asmat Daimin, Pegawai  Perikanan daerah Tambunan, Alfon Ted Anthony, Pegawai Pemantau Projek Pejabat Parlimen Ranau, Dominik Kasuman, Pemaju Masyarakat Tambunan,  Mohd. Hamjjaz Iqbal, Pengerusi JPKK Kg.Tontolob Liwan, Mohd. Nursaifullah Jaicob dan Ketua Kampung Tontolob Liwan,  Jamain Daimin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/18/masyarakat-luar-bandar-perlu-bijak-cari-inisiatif-tambah-pendapatan-keluarga-jonathan/feed/ 0 34629