MATA aerotech – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 31 Mar 2022 07:09:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png MATA aerotech – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MBFM – MATA Aerotech Tandatangani Perjanjian Latih Belia Felda Dalam Industri Dron Kelapa sawit  https://sabahmedia.com/2022/03/31/mbfm-mata-aerotech-tandatangani-perjanjian-latih-belia-felda-dalam-industri-dron-kelapa-sawit/ https://sabahmedia.com/2022/03/31/mbfm-mata-aerotech-tandatangani-perjanjian-latih-belia-felda-dalam-industri-dron-kelapa-sawit/#respond Thu, 31 Mar 2022 06:38:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13682
Read Time:52 Second

Bangi — Seramai 20 belia FELDA akan mengikuti latihan pengendalian pilot dron setelah termetrainya perjanjian persefahaman (MoU) diantara Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) dan MATA Aerotech.

Perjanjian yang dimeterai sempena Hari Teknologi FELDA 2022 itu ditandatangani oleh presiden MBFM Muhammad Fadzli Hassan manakala MATA Aerotech pula Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Azrain Adnan sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Plantation Management Sdn. Bhd. (FPMSB), Saifullah Mat Nor. 

Penggunaan teknologi dron dalam perladangan sawit di FELDA tidak asing lagi dan kini golongan belia sangat berminat sebagai pengendali dron kerana melihat ia kaedah baharu dalam perladangan di FELDA.

“ Insyallah, belia FELDA lebih terbuka dengan peluang pekerjaan dan mahir teknologi kata MBFM di dalam satu kenyataan media hari ini.

Seramai 1,800 peserta yang majoritinya terdiri daripada warga Felda menghadiri program FELTECH 2022 yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.

Antara objektif FELTECH 2022 adalah menyebar luas pelaksanaan teknologi dan mekanisasi ladang di tanah rancangan Felda dan meningkatkan kesedaran warga Felda tentang kebaikan penggunaan mekanisasi dan memperkasa pengurusan operasi ladang menggunakan teknologi dan mekanisasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/31/mbfm-mata-aerotech-tandatangani-perjanjian-latih-belia-felda-dalam-industri-dron-kelapa-sawit/feed/ 0 13682
CAB- MATA Jalin Kerjasama Teknologi Dron Di Dalam Bidang Pertanian https://sabahmedia.com/2022/01/26/cab-mata-jalin-kerjasama-teknologi-dron-di-dalam-bidang-pertanian/ https://sabahmedia.com/2022/01/26/cab-mata-jalin-kerjasama-teknologi-dron-di-dalam-bidang-pertanian/#respond Wed, 26 Jan 2022 14:29:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11591
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kuala Lumpur –  Salah salah satu syarikat pengeluar makanan terbesar di Malaysia, CAB Cakaran Corp BHD hari ini memaklumkan telah menandatangani usahasama dengan syarikat berkaitan teknologi dron, MATA Aerotech Sdn Bhd untuk melaksanakan aktiviti penyemburan menggunakan dron bagi sektor kelapa sawit di Semenanjung Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan aliran perniagaannya.

Di dalam pemaklumannya kepada bursa, CAB Cakaran berkata syarikat itu akan bertanggungjawab untuk menyediakan sokongan operasi, sumber manusia, pelaporan kewangan dan menyemak prestasi keseluruhan syarikat  usahasama ini.

Manakala rakan kongsinya, MATA Aerotech pula berperanan untuk bertanggungjawab di dalam aspek jualan dan pemasaran perniagaan dron, pemindahan kepakaran pengurusan, kemahiran dan pengetahuan teknikal untuk teknologi dron.

CAB berkata prestasi kewangannya bergantung kepada bahagian ternakan bersepadunya, terutamanya dalam industri ayam pedaging, pembuatan dan pengedaran produk berasaskan daging.

Menurut syarikat itu lagi prestasi kewangan kumpulan  dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah merosot berikutan harga jualan ayam daging yang rendah serta berhadapan dengan peningkatan harga makanan ayam di pasaran.

“Dengan Pelaksanaan usahasama dengan MATA untuk perniagaan drone,ianya memberikan peluang kepada kumpulan  CAB Group  untuk menceburi bidang penyediaan perkhidmatan berkaitan dron di dalam sektor pertanian dan sekaligus dapat mewujudkan pendatan tambahan dan aliran pendapatan bagi kumpulan

Oleh itu, kumpulan itu berpendapat keuntungan bersih yang boleh dihasilkan dengan perniagaan dron ini boleh menyumbang lebih daripada 25% kepada jumlah keuntungan bersihnya pada masa hadapan dan turut  bercadang mempelbagaikan lagi  aktiviti teras yang sedia ada termasuk aktiviti penyediaan perkhidmatan berkaitan dron untuk sektor pertanian.

CAB merancang untuk membiayai syarikat usahasama ini dengan menggunakan dana dalaman, yang mana sumbangan modal maksimumnya telah ditetapkan pada RM8 juta untuk membiayai perbelanjaan modal permulaan dan modal kerja.

Syarikat kerjasama yang bakal diwujudkan itu nanti, akan menyaksikan CAB memegang 51 % dan MATA Aerotech memegang 49 % pegangan saham dan cadangan usaha sama dan kepelbagaian perniagaan itu dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/26/cab-mata-jalin-kerjasama-teknologi-dron-di-dalam-bidang-pertanian/feed/ 0 11591
MATA Aerotech Sertai Pameran Aspirasi Keluarga Malaysia https://sabahmedia.com/2021/12/09/mata-aerotech-sertai-pameran-aspirasi-keluarga-malaysia/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/mata-aerotech-sertai-pameran-aspirasi-keluarga-malaysia/#respond Thu, 09 Dec 2021 03:30:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9591
Read Time:1 Minute, 4 Second

Kuala Lumpur : Sebagai sebuah syarikat berteraskan tekonologi terkini di dalam industri Pertanian dan Perladangan, Syarikat MATA Aerotech menyertai pameran Aspirasi Keluarga Malaysia ( AKM) di bawah projek NCER di mana MATA merupakan sebuah syarikat PKS yang menerima geran usahawan dan modal insan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATA Aerotech En Wan Azrain Adnan, Booth MATA Aerotech terletak di Pavilion NCER di Dewan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan orang ramai yang hadir dijemput untuk melihat sendiri teknologi DRON yang digunakan oleh syarikat dalam industri Perladangan dan Pertanian.

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) #KeluargaMalaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini ( 9 Disember) sehingga 12 Disember ini.

Antara tarikan lain pada program itu, Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia serta diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Ismail Sabri pada Ogos lalu selepas dilantik memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.

Program 100 Hari AKM yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini adalah antara inisiatif kerajaan dalam menyemarakkan lagi semangat Keluarga Malaysia merentasi agama, kaum, warna kulit dan sempadan.

Program 100 Hari AKM ini antara lain menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara untuk mengembleng tenaga dalam cabaran mendepani pandemik COVID-19 dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/mata-aerotech-sertai-pameran-aspirasi-keluarga-malaysia/feed/ 0 9591