mati lemas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 Feb 2024 06:05:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mati lemas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Punca kematian ibu dan anak, mati lemas, tiada unsur jenayah https://sabahmedia.com/2024/02/07/punca-kematian-ibu-dan-anak-mati-lemas-tiada-unsur-jenayah/ https://sabahmedia.com/2024/02/07/punca-kematian-ibu-dan-anak-mati-lemas-tiada-unsur-jenayah/#respond Wed, 07 Feb 2024 05:48:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49138
Read Time:1 Minute, 2 Second

TAWAU: Punca kematian kedua-dua mangsa ibu dan anak yang ditemui maut dalam sebuah kolam adalah disebabkan mati lemas, tiada sebarang unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin.

Katanya, proses bedah siasat ke atas kedua -dua mangsa telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Tawau pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari tadi (7 Feb)

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar patologi mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah yang didapati terhadap kedua – dua mangsa di mana tiada kesan lebam, hirisan , tetakan akibat kejadian jenayah atapun kejadian rogol.

“Punca kematian kedua dua mangsa adalah disebabkan mati lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, mangsa (anak) dipercayai telah lemas di dalam kolam dan ibunya cuba untuk menyelamatkan anaknya namun tidak berjaya dan turut lemas bersama – sama.

“Siasatan di bawah Sudden Death Report (SDR) diteruskan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an bersama anaknya yang berusia tujuh tahun ditemukan maut di dalam sebuah kolam berhampiran rumah mereka di Kampung Mangga, Jalan Nasib Kita, Tawau semalam.

Kedua-dua mangsa yang maut itu dikenali sebagai Suriani Amir, 41, dan anak lelakinya Risdy Rudy berusia tujuh tahun telah ditemui oleh orang kampung dan seterusnya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/07/punca-kematian-ibu-dan-anak-mati-lemas-tiada-unsur-jenayah/feed/ 0 49138
Dua kanak-kanak ditemui mati lemas di anak sungai tepi jalan Beringis-kawang https://sabahmedia.com/2023/01/24/dua-kanak-kanak-ditemui-mati-lemas-di-anak-sungai-tepi-jalan-beringis-kawang/ https://sabahmedia.com/2023/01/24/dua-kanak-kanak-ditemui-mati-lemas-di-anak-sungai-tepi-jalan-beringis-kawang/#respond Tue, 24 Jan 2023 13:08:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28408
Read Time:1 Minute, 24 Second

PAPAR: Dua beradik kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas semasa mandi di anak sungai di tepi jalan Beringis-kawang selepas mengikuti ibu dan nenek mereka mencari lokan di sungai tersebut dalam satu kejadian pada Sabtu lalu. (21 Jan)

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pihak polis telah menerima maklumat daripada orang awam melalui telefon pada 21 Jan 2023, jam 3.02 petang mengatakan terdapat dua orang kanak-kanak lemas di anak sungai Jalan Beringis -Kawang Papar .

“Kedua-dua mangsa berumur 12 dan 13 tahun itu dikatakan telah dihantar ke Hospital Papar oleh orang awam. Namun kedua-dua mangsa dikatakan telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut siasatan awal, Kamaruddin berkata, kedua-dua mangsa telah mengikuti ibu dan neneknya untuk mencari lokan di tepi jalan Beringis -Kawang iaitu tempat kejadian.

“Kedua – dua mereka kemudiannya telah mandi di satu anak sungai yang ada di kawasan tersebut. Sementara itu ibu serta nenek mereka mencari lokan di kawasan berhampiran.

“Mangsa disedari lemas oleh ibu dan neneknya di anak sungai tadi. Melihat kejadian itu ibu mangsa telah meminta bantuan orang awam yang lalu di kawasan tersebut sementara nenek mangsa balik ke kediamannya di Kg. Kawang dan memaklumkan kejadian itu bagi meminta bantuan.

“Dengan bantuan penduduk kampung kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan dari anak sungai tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Keduanya terus dikejarkan ke Hospital namun telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

“Kedua-dua mangsa merupakan pelajar sekolah di SK Kawang Papar dan merupakan murid tahun 5 dan tahun 6 di sekolah tersebut.

“Setakat ini tidak terdapat sebarang unsur-unsur jenayah ke atas kematian kedua-dua mangsa, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/24/dua-kanak-kanak-ditemui-mati-lemas-di-anak-sungai-tepi-jalan-beringis-kawang/feed/ 0 28408