Mati – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 Mar 2024 04:55:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mati – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan pandang serius kes pelajar ditemui mati di asrama kolej – Fairuz https://sabahmedia.com/2024/03/24/kerajaan-pandang-serius-kes-pelajar-ditemui-mati-di-asrama-kolej-fairuz/ https://sabahmedia.com/2024/03/24/kerajaan-pandang-serius-kes-pelajar-ditemui-mati-di-asrama-kolej-fairuz/#respond Sun, 24 Mar 2024 03:56:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51529
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memandang serius kes seorang pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama Kolej Vokasional di Lahad Datu awal pagi Jumaat.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata, perkara itu amat serius dan kerajaan negeri memandang berat kes keganasan melibatkan pelajar sekolah.

“Insiden ini berlaku dalam asrama kolej dan dilaporkan melibatkan ramai penghuni asrama. Kita meminta pihak polis dan Kementerian Pengajian Tinggi menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Perkara seumpama ini dapat dielakkan sekiranya pelajar dan penghuni di asrama mempunyai disiplin dan semangat toleransi yang tinggi.

“Sebarang perselisihan faham yang berlaku dikalangan penghuni asrama hendaklah segera dilaporkan kepada warden asrama. Ini penting agar Insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Lahad Datu tidak berulang di masa akan datang” , katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas insiden seorang pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama, didakwa telah dipukul oleh rakan-rakan dalam satu kejadian di sebuah Kolej Vokasional di Lahad Datu pada Jumaat.

Mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17 tahun, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama pada pukul 6.50 pagi.

Media melaporkan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad, mengesahkan kejadian bahawa pihaknya telah menerima laporan dari pengarah kolej berkaitan dan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes tersebut.

Fairuz berkata, pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan juga perlu memberi perhatian terhadap kes buli secara fizikal yang dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah menengah negeri ini.

“Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan juga diminta memastikan tindakan disiplin diambil ke atas murid yang bersalah dan tidak berkompromi dengan salah laku buli dan keganasan yang melibatkan pelajar sekolah”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/24/kerajaan-pandang-serius-kes-pelajar-ditemui-mati-di-asrama-kolej-fairuz/feed/ 0 51529
Pelancong warga Korea ditemui mati di sebuah resort Pulau Gaya https://sabahmedia.com/2024/02/13/pelancong-warga-korea-ditemui-mati-di-sebuah-resort-pulau-gaya/ https://sabahmedia.com/2024/02/13/pelancong-warga-korea-ditemui-mati-di-sebuah-resort-pulau-gaya/#respond Tue, 13 Feb 2024 13:51:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49452
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Seorang pelancong warga Korea ditemui mati tergantung di dalam bilik mandi di sebuah resort di Pulau Gaya awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, mangsa lelaki berusia 53 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tergantung di pancuran air bilik mandi pada jam 7.00 pagi tadi (13 Feb).

“Mangsa kemudian diturunkan dan terdapat kesan jerut pada bahagian leher mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE1) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kalsom, siasatan awal mendapati tiada elemen jenayah dapat dikaitkan dan kes disiasat sebagai kes mati mengejut.

“Sebarang maklumat, boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Zackie Nizamri Jakariah, Penolong Ketua Polis Balai Pulau Gaya di talian 013-3453278,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/13/pelancong-warga-korea-ditemui-mati-di-sebuah-resort-pulau-gaya/feed/ 0 49452
Lelaki mati dibunuh dalam pergaduhan di Penampang https://sabahmedia.com/2023/12/24/lelaki-mati-dibunuh-dalam-pergaduhan-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2023/12/24/lelaki-mati-dibunuh-dalam-pergaduhan-di-penampang/#respond Sun, 24 Dec 2023 05:27:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47070
Read Time:1 Minute, 9 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing maut dipercayai dibunuh dalam kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu dengan menggunakan senjata parang berhadapan lampu isyarat Bundusan di Jalan Penampang – Kota Kinabalu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supterintenden Sammy Newton berkata, pada jam 4.44 pagi tadi (24 Dis) pihak polis menerima aduan awam mengenai satu kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu lelaki dengan menggunakan senjata jenis parang berhadapan lampu isyarat Bundusan di Jalan Penampang – Kota Kinabalu.

“Hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati terdapat satu lelaki warga asing, berumur 29 tahun, terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tetakan dan tikaman pada tubuh badan mangsa.

“Mangsa telah dilaporkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas dari Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Sammy, kes masih dalam siasatan pihak polis dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Pihak polis meminta saksi-saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dan segera menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan
Jenayah IPD Penampang, Asistan Superintenden Andi Ma’ Mur Halwati di talian 019-5853918.

“Pihak polis juga menyeru orang ramai supaya tidak meyebarkan gambar di tempat kejadian dan memuatnaik atau menyebarkan sebarang info yang tidak sahih DI platform media sosial yang boleh mengundang kegusaran dan mengganggu gugat ketenteraman awam,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/24/lelaki-mati-dibunuh-dalam-pergaduhan-di-penampang/feed/ 0 47070