Mati – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 May 2026 05:17:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mati – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gajah Borneo ditemui mati di Tongod, siasatan dijalankan https://sabahmedia.com/2026/05/19/gajah-borneo-ditemui-mati-di-tongod-siasatan-dijalankan/ https://sabahmedia.com/2026/05/19/gajah-borneo-ditemui-mati-di-tongod-siasatan-dijalankan/#respond Tue, 19 May 2026 05:17:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96951
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Seekor gajah Borneo ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kejam di kawasan Hutan Simpan Sungai Pinangah, Tongod, dalam kejadian yang mencetuskan kebimbangan serius terhadap ancaman jenayah hidupan liar di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata pihak kementeriannya memandang serius atas kejadian tersebut.

Katanya, Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) telah menjalankan pemeriksaan awal di lokasi kejadian dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), renjer komuniti dan pihak ladang.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian dipercayai berlaku pada 17 Mei 2026 selepas saksi di kawasan ladang mendengar bunyi letupan kuat sebelum pemeriksaan lanjut tertangguh akibat keadaan cuaca.

“Keesokan harinya, pasukan ladang menemui bangkai seekor gajah jantan Borneo (Elephas maximus borneensis) dalam keadaan tidak bernyawa, dengan sebahagian kepala dan gading didapati hilang dan dipercayai telah dipotong. Laporan segera kemudian dibuat kepada pihak berkuasa sebelum pasukan JHL digerakkan ke lokasi bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Jafry, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala yang dipercayai akibat penggunaan alat tajam. Setakat ini, tiada kesan tembakan ditemui, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta pihak yang terlibat.

“Beberapa barangan bukti turut ditemui di lokasi dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan, termasuk kotak rokok dan botol air.

“Susulan kejadian itu, JHL telah melaksanakan tindakan segera termasuk operasi sekatan jalan raya (SJR) dengan kerjasama PDRM serta memperkukuh rondaan di kawasan terlibat,” ujarnya.

Justeru, tambah beliau, kementeriannya menegaskan kes berkenaan sedang disiasat secara menyeluruh dan menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

“Kerajaan Negeri Sabah dalam masa sama menegaskan komitmen untuk terus melindungi hidupan liar serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pemburuan haram atau jenayah hidupan liar,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/19/gajah-borneo-ditemui-mati-di-tongod-siasatan-dijalankan/feed/ 0 96951
Lelaki ditemui mati di kawasan semak di Tuaran https://sabahmedia.com/2023/05/14/lelaki-ditemui-mati-tergantung-atas-pokok/ https://sabahmedia.com/2023/05/14/lelaki-ditemui-mati-tergantung-atas-pokok/#respond Sun, 14 May 2023 06:43:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34339
Read Time:1 Minute, 24 Second

TUARAN: Seorang lelaki ditemui di kawasan semak berdekatan bangunan Loji Rawatan Air Jetama Sdn Bhd, dekat sini oleh orang awam pada jam 12.14 tengah hari pada Jumaat lalu (12 Mei).

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintenden Noraidin Ag. Maidin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mangsa pada 12 Mei 2023 jam 2.07 petang melalui talian 999.

“Dari hasil siasatan polis mendapati, seorang lelaki tanpa baju berseluar jeans warna biru dan tiada sebarang kecederaan pada tubuh badan mangsa.

“Dan tiada kesan pergelutan di kawasan semak tempat kejadian. Pemeriksaan pada poket seluar dan juga beg yang dijumpai tiada penemuan sebarang dokumen diri si mati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noraidin, dari keterangan saksi awam yang berada di tempat kejadian yang merupakan pekerja tapak pembinaan bangunan dan pagar Loji Rawatan Air JETAMA Sdn Bhd semasa mahu memulakan kerja-kerja mengecat terlihat mangsa di lokasi berkenaan dan terus memberitahu majikan yang turut berada di lokasi kejadian yang kemudiannya memaklumkan kepada staf Jabatan Air kebetulan berada di bangunan bersebelahan sedang menyambut majlis aidil fitri yang kemudian menghubungi 999.

“Menurut saksi sudah memulakan kerja-kerja di tapak binaan tersebut hampir 4 bulan sejak awal Januari 2023. Kali terakhir tinggalkan lokasi kejadian pada 11/05/2023 jam 1700hrs dan tiada melihat apa-apa yang ganjil atau mencurigakan di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, identiti diri mangsa belum diketahui, tetapi ciri-ciri mangsa adalah seorang lelaki, berumur dalam lingkungan 40an, tinggi lebih kurang 5 kaki 4 inci, warna kulit hitam (sawoh matang) dan rambut ikal warna hitam.

Noraidin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuaran untuk prosedur Saringan Covid 19. Usaha untuk mengesan waris si mati sedang dijalankan dan siasatan masih diteruskan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/14/lelaki-ditemui-mati-tergantung-atas-pokok/feed/ 0 34339
Isteri mati ditikam suami akibat cemburu https://sabahmedia.com/2023/04/09/isteri-mati-ditikam-suami-akibat-cemburu/ https://sabahmedia.com/2023/04/09/isteri-mati-ditikam-suami-akibat-cemburu/#respond Sun, 09 Apr 2023 05:46:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32426
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Seorang isteri ditikam hingga mati oleh suaminya dipercayai berpunca akibat cemburu dalam satu kejadian di sebuah gerai sayur di Jalan Pahlawan, Kepayan, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dikatakan membantu kakaknya berniaga sayur di kawasan berkenaan sebelum didatangi suspek.

“Dalam kejadian suspek tiba-tiba bertindak menikam beberapa kali di bahagian belakang mangsa sebelum melarikan diri. Orang awam yang melihat kejadian itu segera memaklumkan kepada pihak polis.

“Mangsa berusia 38 tahun, bekerja sebagai pembantu kedai makanan parah ditikam dalam kejadian 1.30 tengah hari itu dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 2.21 petang,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Kalsom, berdasarkan maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya memberkas suspek di Jalan Kepayan, jam 8.30 malam tadi.

“Polis berjaya menyelesaikan kes ini tidak sampai 24 jam dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu.

“Polis turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan ketika kejadian oleh suspek,” katanya.

Katanya, suspek warga asing berumur 42 tahun itu direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan kerana membunuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/09/isteri-mati-ditikam-suami-akibat-cemburu/feed/ 0 32426
Kanak-kanak lelaki 6 tahun ditemui mati lemas dalam kolam renang https://sabahmedia.com/2023/01/21/kanak-kanak-lelaki-6-tahun-ditemui-mati-lemas-dalam-kolam-renang/ https://sabahmedia.com/2023/01/21/kanak-kanak-lelaki-6-tahun-ditemui-mati-lemas-dalam-kolam-renang/#respond Sat, 21 Jan 2023 08:50:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28281
Read Time:1 Minute, 19 Second

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui mati lemas dalam kolam renang di sebuah villa dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Superintendan (Supt) Ahmad Jawila mengesahkan kejadian dan menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.05 pagi tadi (21 Jan) tentang kejadian seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun lemas di kolam renang, sebuah Villa W.P Labuan.

Katanya, pada 21 Jan jam lebih kurang 7.45 pagi, mangsa yang menginap di Villa tersebut bersama beberapa orang kanak-kanak yang lain pergi mandi di kolam renang yang terletak di hadapan Villa.

“Pada masa itu, ibu mangsa berada di tepi kolam dan mengawasi mangsa bersama kanak-kanak yang lain.

“Lebih kurang 15 minit kemudian, kesemua kanak-kanak yang mandi di dalam kolam tersebut telah diarahkan untuk masuk ke dalam villa. Namun, ibu mangsa tidak nampak anaknya dan beliau telah masuk ke dalam rumah untuk membuat pencarian.

“Selang beberapa minit, terdapat beberapa orang kanak-kanak menjerit di kawasan kolam kerana menjumpai mangsa di dalam kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Ahmad, mangsa kemudiannya telah diangkat ke tepi kolam dan dijalankan bantuan pernafasan (CPR).

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Unit Kecemasan Hospital Labuan.

“Siasatan awal dapati bahawa tiada unsur jenayah di dalam kejadian ini,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) W.P Labuan ditalian 087-412222.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/21/kanak-kanak-lelaki-6-tahun-ditemui-mati-lemas-dalam-kolam-renang/feed/ 0 28281
Bapa Bersama 2 Anak Mati Lemas Dalam Kejadian Bot Karam Di Kunak https://sabahmedia.com/2022/01/14/bapa-bersama-2-anak-mati-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-kunak/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/bapa-bersama-2-anak-mati-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-kunak/#respond Fri, 14 Jan 2022 06:48:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11080
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUNAK: Seorang bapa bersama dua anaknya ditemui meninggal dunia dalam kejadian bot karam di Kg Hulu Madai dekat sini pada Khamis.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah hari ini, dalam kejadian 1.20 petang semalam (13 Jan 2022) pengadu yang juga kawan kepada mangsa memberitahu bahawa mangsa empat sekeluarga terdiri daripada suami isteri dan dua anak mereka yang menaiki bot pam telah karam di perairan laut Tingkayu disebabkan ombak laut kuat semasa perjalanan menuju ke kunak.

“Hasil maklumat mendapati tiga mangsa telah ditemui oleh orang awam pada hari kejadian 13 Jan 2022 iaitu dua orang kanak-kanak, seorang lelaki Mohd Haizal Saujal,5, dan seorang perempuan Suriani Saujal, 3, telah ditemui lemas dan meninggal dunia manakala ibu kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Kalsum Alam, 35, ditemui dalam keadaan selamat.

“Sementara mangsa terakhir juga bapa kepada kanak-kanak terbabit iaitu Saujal Mangguna, 31, telah ditemui lemas oleh nelayan pada hari kedua kejadian iaitu 14 Jan 2022 pada jam 10.30 pagi tadi.

“Kesemua mayat mangsa telah di bawa ke hospital Kunak oleh pihak polis untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Sukerelawan Malaysia (RELA) Sabah serta orang awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/bapa-bersama-2-anak-mati-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-kunak/feed/ 0 11080