Maulidur rasul sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 18 Nov 2023 23:53:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Maulidur rasul sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perarakan sepanduk Maulidur Rasul medium penyampaian mesej https://sabahmedia.com/2023/11/19/perarakan-sepanduk-maulidur-rasul-medium-penyampaian-mesej/ https://sabahmedia.com/2023/11/19/perarakan-sepanduk-maulidur-rasul-medium-penyampaian-mesej/#respond Sat, 18 Nov 2023 23:53:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45407
Read Time:1 Minute, 13 Second

Putatan : Perarakan sepanduk sempena sambutan Maulidur Rasul merupakan medium terbaik dalam penyampaian mesej untuk membudayakan gaya hidup dari Sunnah Rasulullah SAW.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, perarakan sepanduk yang lazimnya diadakan ketika sambutan Maulidur Rasul merupakan medium penting untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat agar lebih mengenali dan sentiasa mencintai Rasulullah SAW.

“Selain perarakan sepanduk, kita turut berhimpun pada hari ini untuk bersama-sama menyuarakan sokongan kita kepada rakyat Palestin yang kini sedang dilanda ujian yang begitu berat.

“Saya juga menyeru semua untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kemanusiaan bagi membantu mereka yang ditimpa masalah kesan peperangan tersebut,” katanya ketika ditemui media selepas sambutan berkenaan di Dewan Sri Putatan, di sini pada Jumaat.

Pertandingan yang disertai oleh sebanyak 48 kontinjen itu menyaksikan Pejabat Parlimen Putatan muncul johan bagi kategori Jabatan dan Agensi, manakala Jabatan Kerja Raya dan Majlis Daerah Putatan masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, bagi kategori Kategori Komuniti dan Pertubuhan, tempat pertama dimenangi oleh Masjid Nurul Ihsan disusuli Kelas Mengaji Masjid Daerah Putatan di tempat kedua dan Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih di tempat ketiga.

SK Kg Contoh, Petagas pula dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Sekolah Dan Madrasah, Madrasah Al-Hidayah di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh KAFA.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, Pegawai Daerah, Masawi Salleh, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Erwansyah Abd Basir dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Petagas, Shamsir Zulkifli. 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/19/perarakan-sepanduk-maulidur-rasul-medium-penyampaian-mesej/feed/ 0 45407
Perpaduan teras kemajuan, kejayaan negara https://sabahmedia.com/2023/09/28/perpaduan-teras-kemajuan-kejayaan-negara/ https://sabahmedia.com/2023/09/28/perpaduan-teras-kemajuan-kejayaan-negara/#respond Thu, 28 Sep 2023 11:53:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42701
Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu: Perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah teras kepada kemajuan dan kejayaan sesebuah negara.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata kemajuan, kejayaan dan kenikmatan hidup hanya mampu direalisasikan apabila wujudnya perpaduan dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

“Oleh yang demikian, kesejahteraan ummah mahupun negara menuntut keikhlasan dan istiqamah semua pihak bagi memastikan semangat perpaduan dan persefahaman di kalangan komuniti terus terpelihara. 

“Dalam kerangka ini, usaha perlu terus dilakukan bagi mengkaji sirah Rasulullah SAW secara mendalam dan teliti, disulami rujukan yang muktabar bagi menimba lebih banyak petunjuk yang membawa dan memandu umat ke arah lebih maju dan selari dengan syariat Allah SWT. 

“Justeru, manusia sehingga kini terus mengambil pengajaran dan teladan daripada diri baginda SAW dan sejarah hidupnya sebagai sumber inspirasi dan pedoman hidup untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat,” katanya 

Tun Juhar  berkata demikian ketika menyampaikan perutusan pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1445H/2023M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan akan perlunya melahirkan rasa cinta kepada penghulu segala nabi itu dan beriltizam untuk memahami dan menyelami keperibadian Rasulullah sebagai contoh teladan terbaik bagi manusia. 

Tun Juhar turut mengajak masyarakat agar menzahirkan rasa kasih sayang dan kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Nabi Muhammad SAW dengan mencontohi akhlaknya yang mulia selain memperbanyak mengucapkan selawat dan salam sebagai tanda ingatan kepada Baginda.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/28/perpaduan-teras-kemajuan-kejayaan-negara/feed/ 0 42701