maulidur rasul – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 08 Sep 2025 04:19:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png maulidur rasul – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 1,000 umat Islam imarahkan sambutan Maulidur Rasul di Tamparuli https://sabahmedia.com/2025/09/08/lebih-1000-umat-islam-imarahkan-sambutan-maulidur-rasul-di-tamparuli/ https://sabahmedia.com/2025/09/08/lebih-1000-umat-islam-imarahkan-sambutan-maulidur-rasul-di-tamparuli/#respond Mon, 08 Sep 2025 04:19:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80802
Read Time:1 Minute, 17 Second

TUARAN : Seramai lebih 1,000 umat Islam di daerah ini hadir mengimarahkan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W dan Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Daerah Tamparuli di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Seri Jahid Jahim berkata, tema sambutan pada tahun ini iaitu ‘Membangun Ummah Madani’ sangat bertepatan dengan keperluan umat Islam pada masa kini.

“Tema ini membawa maksud yang besar, menekankan kepentingan membina masyarakat yang berilmu, berakhlak, progresif dan berteraskan nilai-nilai Islam.

“Sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang digagaskan oleh kerajaan, Ummah Madani bukan sekadar slogan.

“Ia adalah satu gagasan yang mengajak kita membina masyarakat yang seimbang antara dunia dan akhirat, yang mampu menangani cabaran moden dengan berpaksikan nilai-nilai murni Islam seperti keadilan, belas ehsan, integriti dan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan berkenaan di Dewan Tun Hamdan di sini, pada Ahad.

Jahid yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata, Nabi Muhammad SAW menunjukkan contoh terbaik dalam membentuk masyarakat Madinah yang bersifat madani, majmuk, aman, adil dan penuh kasih sayang.

“Baginda membina masyarakat bukan hanya dengan peraturan tetapi dengan akhlak dan ilmu,” katanya.

Katanya, dalam era globalisasi dan digital hari ini, cabaran terhadap akidah, akhlak dan jati diri umat Islam semakin kompleks serta memerlukan kefahaman agama yang benar.

“Pembangunan umat Madani harus bermula dari asas, dari rumah, ke sekolah, ke masjid hinggalah ke seluruh masyarakat,” katanya.

Beliau menyeru agar sambutan berkenaan dijadikan titik tolak untuk memperkuatkan kesatuan umat dan menyemarakkan cinta kepada Rasulullah SAW.

Selain perarakan, pertandingan mahrajan kesenian kompang, nasyid, marhaban dan berzanji juga diadakan di samping
ceramah khas.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/08/lebih-1000-umat-islam-imarahkan-sambutan-maulidur-rasul-di-tamparuli/feed/ 0 80802
Hayati sirah nabi melalui amalan hidup – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/09/05/hayati-sirah-nabi-melalui-amalan-hidup-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/09/05/hayati-sirah-nabi-melalui-amalan-hidup-hajiji/#respond Fri, 05 Sep 2025 06:01:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80658
Read Time:2 Minute, 29 Second

Sandakan: Umat Islam khususnya di negeri ini diajak untuk sentiasa menghayati sirah Nabi Muhammad SAW bukan sekadar dalam lisan dan sambutan semata-mata, tetapi melalui amalan hidup harian sebagai umat yang bertanggungjawab dan berbakti demi agama, bangsa dan negara. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sambutan ini bukan sekadar memperingati sejarah kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi juga sebagai penzahiran kecintaan terhadap baginda SAW, serta komitmen untuk terus menjadikan sunnah Baginda dan Islam sebagai Ad-din dalam membentuk masyarakat madani yang progresif, sejahtera dan berakhlak mulia. 

“Rasulullah SAW membina masyarakat Madinah dengan asas keimanan, keadilan sosial dan perpaduan antara kaum. Inilah model yang patut kita contohi dan sesuaikan dengan realiti Sabah sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya dan agama. 

“Saya  percaya, dengan kerjasama erat antara kerajaan, institusi agama, badan bukan kerajaan dan seluruh lapisan masyarakat, kita mampu membentuk umat madani yang berdaya saing, berakhlak dan berilmu; serta bersatu padu ke arah kemajuan dan kegemilangan negeri Sabah yang tercinta,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam perutusan perasmiannya sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025M yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Jumaat. 

Sementara itu, Hajiji berkata kerajaan negeri akan terus memperhebatkan pendidikan agama, pengukuhan institusi Islam, serta pemerkasaan golongan belia dan wanita, sesuai dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang memberi penekanan dalam aspek Pembangunan Modal Insan. 

“Justeru, tema Sambutan Maulidur Rasul SAW tahun ini iaitu Membangun Ummah Madani amat bertepatan dengan cabaran serta harapan yang kita galas sebagai rakyat dalam sebuah negeri yang berbilang suku kaum dengan kepelbagaian adat dan budaya, serta kaya dengan sumber alam. 

“Ia juga melambangkan agenda utama kerajaan dalam membina masyarakat yang seimbang dari segi spiritual dan material; masyarakat yang menjunjung nilai-nilai murni Islam dalam konteks kemajuan, kemakmuran serta perpaduan,” katanya 

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga telah memutuskan acara sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri akan dibawa ke daerah-daerah lain khususnya bandarbandar utama di negeri ini. 

“Ini bermakna acara sambutan tidak hanya tertumpu di ibu negeri sahaja tetapi juga di daerah dan bandar utama di negeri ini. 

“Usaha ini memberi peluang kepada penduduk setempat dapat menyertai atau mengambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan yang sangat bermakna ini, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin negeri. 

“Kelmarin (Khamis) saya berpeluang meninjau pembinaan Pusat Islam Sandakan. Pembinaan kompleks ini adalah idea Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman  ketika beliau menjadi Ketua Menteri pada tahun 2017. Justeru, kompleks ini bukan hanya menjadi mercu tanda baharu di bandar ini malah mampu mengangkat syiar Islam di negeri ini. 

“Insya Allah, Sandakan ini, akan terus kita bangunkan, selaras dengan pelan pembangunan Hala Tuju SMJ, yang memfokuskan pembangunan yang holistik dan inklusif, lebih-lebih lagi Sandakan, sebagai bandar kedua terbesar di Sabah, yang berpotensi tinggi untuk terus dibangunkan dalam pelbagai sektor, khususnya pendidikan, pelancongan, perniagaan dan perdagangan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/05/hayati-sirah-nabi-melalui-amalan-hidup-hajiji/feed/ 0 80658
15,000 umat Islam dijangka sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/09/02/15000-umat-islam-dijangka-sertai-perarakan-maulidur-rasul-peringkat-negeri-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/09/02/15000-umat-islam-dijangka-sertai-perarakan-maulidur-rasul-peringkat-negeri-di-sandakan/#respond Tue, 02 Sep 2025 09:16:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80472
Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu:  Seramai lebih 15,000 umat Islam dijangka akan menyertai  perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di daerah Sandakan Jumaat ini. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perarakan yang melibatkan hampir 100 kontinjen daripada pelbagai organisasi, sekolah dan pertubuhan itu akan  bermula dari Padang Bandaran Sandakan berarak ke Dewan Masyarakat Sandakan.

”Sambutan tahun ini dijangka lebih meriah dengan pengisian pelbagai acara termasuk pelancaran rasmi, amanat daripada Ketua Menteri Sabah, penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul SAW serta ceramah khas oleh tokoh ulama jemputan dari Indonesia.

”Program sambutan dimulakan lebih awal pada 4 September dengan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Daerah Sandakan yang akan disertai oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

“Pada 5 September, selain perarakan turut diadakan pelancaran sambutan, amanat daripada Ketua Menteri Sabah, penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul SAW serta ceramah khas daripada tokoh ulama jemputan dari Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Kunjungan tersebut bertujuan menjemput Tun Musa selain memaklumkan perkembangan persiapan akhir Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025 M.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Datuk Jumain Abdul Ghani dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/02/15000-umat-islam-dijangka-sertai-perarakan-maulidur-rasul-peringkat-negeri-di-sandakan/feed/ 0 80472
Penganugerahan tokoh Maulidur Rasul diharap beri inspirasi kepada masyarakat https://sabahmedia.com/2024/09/29/penganugerahan-tokoh-maulidur-rasul-diharap-beri-inspirasi-kepada-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2024/09/29/penganugerahan-tokoh-maulidur-rasul-diharap-beri-inspirasi-kepada-masyarakat/#respond Sat, 28 Sep 2024 18:34:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61398
Read Time:1 Minute, 3 Second

Sandakan : Penganugerahan tokoh maulidur rasul yang diberikan kepada individu yang layak diharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus meneladani sifat-sifat mulia Rasulullah S.A.W.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, anugerah itu juga diharap mampu meningkatkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam khususnya di daerah ini.

“Dengan penganugerahan ini, diharap individu-individu terpilih dapat menjadi contoh teladan kepada generasi akan datang dalam mengamalkan ajaran Islam secara lebih baik.

“Bersesuaian dengan tema sambutan Maulidur Rasul SAW kita pada tahun ini ialah ‘Al- Falah Pemacu Malaysia Madani”. bersebati dengan intipati citra kepimpinan Rasulullah yang bersifat inklusif serta manusiawi, sesuai dengan kemajmukan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan di sini hari ini.

Ruslan berkata,  masyarakat juga diminta untuk tidak menjadi pemecahbelah yang memporakperanda, mencetus provokasi dan menyebar fitnah.

“Sebaliknya kita semua perlu membawa watak pendamai yang menyeru kasih sayang serta menyatu kesatuan ummah. Semua pihak perlulah menjadi insan yang bertanggungjawab kepada negara.

“Justeru, Sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada hari ini, ianya membawa suatu makna besar kepada umat Islam untuk menghayati serta mengamalkan segala intipati ajaran yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/29/penganugerahan-tokoh-maulidur-rasul-diharap-beri-inspirasi-kepada-masyarakat/feed/ 0 61398
Dr Jafran dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul Kota Belud https://sabahmedia.com/2023/10/13/dr-jafran-dianugerahkan-tokoh-maulidur-rasul-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2023/10/13/dr-jafran-dianugerahkan-tokoh-maulidur-rasul-kota-belud/#respond Fri, 13 Oct 2023 08:04:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43545
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Belud : Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Dr Jafran Kusin diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah di sini baru-baru ini.

Selain itu, usahawan farmasi, Akriah Barabag turut diumumkan sebagai penerima tokoh Maal Hijrah dan seorang pesara Kerajaan Masnih Saman diumumkan sebagai penerima tokoh Saidatina Khadijah.

Anugerah-anugerah itu disampaikan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan.

Fairuz ketika berucap berkata, tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu ‘ Perpaduan Teras Malaysia Madani’ merupakan satu tema yang sinonim dengan kehendak agama.

Katanya, ia sesuai dengan keadaan masyarakat negeri serta daerah yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan berlainan agama.

“Tema ini juga diangkat bagi mendidik masyarakat agar mencontohi akhlak Nabi SAW yang mempunyai sikap kasih sayang yang tinggi kepada keluarga baginda, para generasi muda juga orang-orang mukmin.

“Semoga sempena sambutan Maulidur rasul ini juga akan menjadi peringatan kepada kita agar selalu memperbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan kita,” katanya.

Pada majlis itu, turut disampaikan beberapa anugerah lain antaranya Tokoh Imam Kariah Contoh; Tokoh Imam Rawatib Contoh; Anugerah Masjid Terbaik; Anugerah Surau Terbaik dan Anugerah Taman Ar Raudah.

Selain itu, hadiah bagi pertandingan sepanduk dan kontinjen terbaik turut disampaikan.

Antara kategori kontinjen bagi pertandingan sepanduk dan perarakan yang dipertandingkan ialah Kategori Jabatan; Kategori Unit beruniform; Kategori Pertubuhan; Kategori Komuniti; Kategori Sek. Men dan Kategori Sek Rendah. 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/13/dr-jafran-dianugerahkan-tokoh-maulidur-rasul-kota-belud/feed/ 0 43545
MDN, MPT, RTM & SabahFM Anjur Forum Khas Maulidur Rasul https://sabahmedia.com/2021/10/20/mdn-mpt-rtm-sabahfm-anjur-forum-khas-maulidur-rasul/ https://sabahmedia.com/2021/10/20/mdn-mpt-rtm-sabahfm-anjur-forum-khas-maulidur-rasul/#respond Wed, 20 Oct 2021 05:21:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7697
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Kira-kira 300 penduduk hadir ke Forum Khas Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut dekat sini, pada Selasa malam.

Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah, Samin Ongki berkata, forum tersebut adalah forum kali pertama secara bersemuka selepas era pandemik dan sejak Sabah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Forum dijayakan melalui Kerjasama strategik Majlis Dakwah Negara ( MDN ), Jawatankuasa MPT dan RTM serta SabahFM, mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat sekitar Kinarut dan Lok Kawi.

“Kehadiran yang ramai memperlihatkan kerinduan umat Islam kepada majlis ilmu yang tidak dapat diadakan secara bersemuka sejak hampir dua tahun lalu disebabkan pandemik COVID-19 melanda seluruh negara, ini sekaligus menunjukkan minat orang ramai kepada majlis-majlis ilmu tidak pudar dan masih mekar”, katanya.

Walau bagaimanapun kata Samin, majlis tersebut diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Forum yang bertajuk ‘Rindu Padamu’ itu menampilkan dua tokoh penceramah iaitu Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar dan Timbalan Dekan Penyelidikan Dan Inovasi Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ustaz Dr Sarip Adul.

Manakala Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia ( ILIM ) Kampus Kundasang, Ustaz Mohd Shamsuri Ghazali sebagai moderator forum.

Dalam pada itu, pelbagai acara turut diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul MPT antaranya Kempen Derma Darah dan Perujian Memanah (Tertutup) MPT.

Seramai 28 penderma yang layak menderma darah di MPT yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak petugas kesihatan dari Hospital Queen Elizabeth II.

Turut hadir menjayakan majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap ADUN Tg Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Pengerusi MPT Dr Awang Setia Musleh serta anggota Ahli Jawatankuasa MPT.

Forum tersebut akan disiarkan di radio SabahFM jam 8.00 malam khamis ini melalui rancangan Forum Anjung At Taqwa SabahFM.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/20/mdn-mpt-rtm-sabahfm-anjur-forum-khas-maulidur-rasul/feed/ 0 7697
Ab Jamal, Zaloha Dipilih Sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1443H/2021 https://sabahmedia.com/2021/10/19/ab-jamal-zaloha-dipilih-sebagai-tokoh-maulidur-rasul-1443h-2021/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/ab-jamal-zaloha-dipilih-sebagai-tokoh-maulidur-rasul-1443h-2021/#respond Tue, 19 Oct 2021 06:39:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7674
Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU:  Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Ab Jamal Tun Sakaran dan aktivis dakwah, Zaloha Ahmad dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1443H/2021M.

Ab Jamal, 59, berasal dari Semporna yang berkelulusan B.Sc in Business Administration dalam Bidang Pengurusan dan Perdagangan Antarabangsa dari University Of San Francisco, California, Amerika Syarikat pada tahun 1985, terlibat dalam penubuhan dan jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu bermula pada tahun 2000 sehingga kini, sebagai Pengerusi Masjid tersebut.

Selain aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dalam dan luar negara, beliau juga merupakan pengasas kepada penubuhan Madrasah Al-Mubarak, Madrasah Tahfiz AL-Quran AL-Mubarak, Akademi QurANIS Al-Mubarak, Akademi Intervensi Awal Kanak-Kanak Speech Therapy Center khusus untuk anak-anak istimewa dan OKU yang menjadi role model kepada masjid-masjid seluruh negara. 

Sementara itu, Zaloha, 62, dari Tawau adalah graduan ijazah sarjana muda Syariah di Institut Pengajian Tinggi  Islam Nilam Puri, Kelantan dan pernah berkhidmat di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan kini bergerak aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di bawah Yayasan Nur Jauhar.

Zaloha (empat dari kiri) menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi kategori wanita yang disampaikan oleh Tun Juhar (tiga dari kiri). – FOTO JAPEN

Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), disini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Ariffin Mohd Arif,  Menteri Pembangunan Dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmy Yahya, Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Seri Yahya Husin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Zulkapli Mohamed.

Turut diadakan pada majlis itu, penyampaian hadiah bagi beberapa acara yang dipertandingkan antaranya  pertandingan sepanduk bagi kategori kementerian/ jabatan/ swasta, kategori pertubuhan dan kategori kampung.

Bagi Kategori Kementerian/Jabatan/Swasta tempat pertama dimenangi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah diikuti Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah sebagai naib johan dan Kementerian Kewangan Negeri Sabah di tempat ketiga.

Bagi Kategori Pertubuhan pula, juara dirai Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Bahagian Sipitang sementara Persatuan Kadayan Sabah (Padian) dan Kelab Sukan Rekreasi Dan Kebajikan Majlis Ugama Islam Sabah (SICCOS) masaing-masing di tempat kedua dan ketiga. 

Bagi Pertandingan Sepanduk Kategori Kampung, Masjid Jamek Kg Kebatu Kabidang Beaufort dinobat sebagai johan, manakala naib johan disandang Masjid Imam Haji Hashim Pekan Sipitang dan tempat ketiga adalah Masjid Jamek Pekan Mesapol, Sipitang.

Johan bagi setiap kategori menerima wang tunai RM3,000 serta sijil, naib johan menerima wang tunai RM2,000 serta sijil dan tempat ketiga RM1,500 serta sijil yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. – Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/ab-jamal-zaloha-dipilih-sebagai-tokoh-maulidur-rasul-1443h-2021/feed/ 0 7674
Rakyat Diingatkan Tidak Abai Kewajipan Mentransformasi Akhlak https://sabahmedia.com/2021/10/19/rakyat-diingatkan-tidak-abai-kewajipan-mentransformasi-akhlak/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/rakyat-diingatkan-tidak-abai-kewajipan-mentransformasi-akhlak/#respond Tue, 19 Oct 2021 05:05:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7655
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Umat Islam khususnya di negeri ini diingatkan supaya tidak mengabaikan kewajipan mentransformasi akhlak ke arah akhlakul karimah.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, ia penting kerana dengan memiliki akhlak yang baik dan terpuji merupakan pra syarat utama bagi melayakkan diri untuk bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak.

“Kecenderungan untuk memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap merupakan antara penzahiran akhlak yang baik.

“Ia menjurus ke arah mempertaut kekuatan dan potensi umat Islam dalam memenuhi tuntutan mengukuhkan hubungan dengan Allah dan mengukuhkan hubungan sesama manusia secara harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan pelancaran sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Tun Juhar berkata, apabila tuntutan mengukuhkan hubungan itu dapat dilaksanakan, umat Islam akan mampu mewujudkan suasana yang ideal bagi menjana keamanan, kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan yang holistik.

Katanya, akhlakul karimah juga memotivasi diri supaya lebih responsif dan proaktif khususnya dalam menyantuni rakyat yang terkesan akibat Pandemik COVID-19 yang belum reda dan menangani keadaan ekonomi yang belum pulih.

“Kebajikan rakyat perlu sentiasa diberikan perhatian berat dan ekonomi perlu dipastikan terus berdaya saing bagi menghindari beban sosio-ekonomi yang lebih getir membelenggu umat.

“Seiringan itu, jentera kerajaan hendaklah memastikan pelaksanaan pembangunan kerajaan sama ada di bawah bajet Negeri mahupun di bawah Rancangan Malaysia Ke-12(RMK-12) dikendalikan dengan baik.

“Sistem penyampaian yang cekap, proaktif dan kreatif berupaya menimbulkan rasa percaya di kalangan rakyat bahawa kita boleh berhadapan dalam tempoh sukar ini dengan semangat kesatuan dan cita bangsa yang luhur,” katanya.

Tun Juhar turut menyeru kepada rakyat Sabah untuk terus mempertahankan perpaduan sesama masyakat.

“Kita hidup dalam sebuah keluarga yang besar, Justeru saya berkeyakinan rakyat negeri ini adalah model terbaik dalam melestarikan semangat perpaduan sejati Merentasi Ideologi politik, budaya mahupun kepercayaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/rakyat-diingatkan-tidak-abai-kewajipan-mentransformasi-akhlak/feed/ 0 7655
Sambutan Maulidur Rasul Selasa Ini Dilaksanakan Mengikut SOP https://sabahmedia.com/2021/10/14/sambutan-maulidur-rasul-selasa-ini-dilaksanakan-mengikut-sop/ https://sabahmedia.com/2021/10/14/sambutan-maulidur-rasul-selasa-ini-dilaksanakan-mengikut-sop/#respond Thu, 14 Oct 2021 11:31:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7525
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah tahun ini hanya terhad kepada 300 orang tetamu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sambutan juga akan turut dihadir Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada selasa ini.

“Setelah memohon kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah jemputan hanya terhad kepada 300 orang sahaja. 

“Selain itu, acara turut diadakan dalam pematuhan SOP yang ditetapkan termasuklah saringan kesihatan serta ujian calitan COVID-19 bagi petugas serta para jemputan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini. 

Mohd Arifin berkata, beberapa acara lain turut dirancang bagi memeriahkan sambutan pada tahun ini namun ia bergantung kepada situasi semasa iaitu pelaksanaan secara maya ataupun fizikal sekiranya diberikan kelonggaran.

Katanya, antara program yang dirancang adalah pertandingan nasyid moden dan tradisi, marhaban dan berzanji serta dua acara baharu iaitu puisi berkumpulan sirah nabi dan video sketsa sirah nabi S.A.W di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Tambah beliau, program menyantuni asnaf dan pengagihan bakul makanan di beberapa buah daerah sempena sambutan itu juga bakal dilaksanakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/14/sambutan-maulidur-rasul-selasa-ini-dilaksanakan-mengikut-sop/feed/ 0 7525