maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 29 Aug 2026 09:31:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak 10 tahun maut selepas terjatuh dalam parit https://sabahmedia.com/2026/08/29/kanak-kanak-10-tahun-maut-selepas-terjatuh-dalam-parit/ https://sabahmedia.com/2026/08/29/kanak-kanak-10-tahun-maut-selepas-terjatuh-dalam-parit/#respond Sat, 29 Aug 2026 09:31:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102452
Read Time:1 Minute, 31 Second

BEAUFORT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit kebun sawit di Kampung Rancangan Klias, di sini, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang pada 28 Ogos, mangsa dikatakan pergi ke kawasan parit berkenaan bersama seorang rakannya untuk bermain.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Supt Champin Piuh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada NG999 (RC KCH) memaklumkan seorang kanak-kanak disyaki lemas di kawasan berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.

“Ketika berjalan di tebing parit, mangsa dipercayai tergelincir akibat tanah licin selepas hujan sebelum terjatuh ke dalam parit.

“Mangsa yang tidak pandai berenang kemudian menjerit meminta pertolongan, namun rakannya yang panik dan ketakutan tidak dapat membantu sebelum berlari mendapatkan bapa mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Champin berkata, bapa mangsa kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan terjun ke dalam parit sebelum menemui kaki mangsa.

“Bapa mangsa menarik mangsa ke tebing dan memberikan bantuan pernafasan, namun tidak berjaya.

“Mangsa kemudian dibawa pulang ke rumah dan apabila ambulans Hospital Beaufort tiba, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati parit berkenaan baru dibersihkan dan didalamkan, dengan ketinggian kira-kira tiga meter serta kedalaman air sekitar dua meter.

“Paras air dipercayai meningkat berikutan hujan yang berlaku ketika kejadian,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

“Pemeriksaan luaran terhadap tubuh mangsa oleh pegawai perubatan di Bahagian Forensik Hospital Beaufort mendapati tiada sebarang kesan perbuatan jenayah.

“Bedah siasat dijadualkan dijalankan pada jam 8 pagi, 29 Ogos di Jabatan Forensik Hospital Beaufort,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan bagi kes mati mengejut itu telah dibuka.

Sehubungan itu, Champin menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan tidak membenarkan mereka keluar tanpa ditemani orang dewasa, khususnya ketika berada berhampiran sungai, parit atau kawasan berair.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/29/kanak-kanak-10-tahun-maut-selepas-terjatuh-dalam-parit/feed/ 0 102452
Lelaki maut, motosikal dirempuh kereta di Jalan KK-Papar https://sabahmedia.com/2026/07/06/lelaki-maut-motosikal-dirempuh-kereta-di-jalan-kota-kinabalu-papar/ https://sabahmedia.com/2026/07/06/lelaki-maut-motosikal-dirempuh-kereta-di-jalan-kota-kinabalu-papar/#respond Mon, 06 Jul 2026 05:52:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99452
Read Time:58 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 47 tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motokar dan motosikal di Jalan Kota Kinabalu-Papar, Kilometer 17, di sini, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Asisten Superintendan Arisanti Aziz berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motokar yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh motosikal yang ditunggang mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, motosikal mangsa terseret sebelum terbakar, manakala mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk dibedah siasat.

Menurutnya, pemandu motokar terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta mana-mana individu yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan gambar di lokasi kejadian bagi menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/06/lelaki-maut-motosikal-dirempuh-kereta-di-jalan-kota-kinabalu-papar/feed/ 0 99452
Lelaki maut ditikam di Iramanis, polis buru suspek https://sabahmedia.com/2026/07/02/lelaki-maut-ditikam-di-iramanis-polis-buru-suspek/ https://sabahmedia.com/2026/07/02/lelaki-maut-ditikam-di-iramanis-polis-buru-suspek/#respond Thu, 02 Jul 2026 11:46:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99247
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang pekerja warga asing yang ditemui maut di kawasan tapak pembinaan di belakang sebuah bilik pameran kenderaan di Iramanis, awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.40 pagi sebelum satu laporan polis dibuat pada jam 2.23 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa lelaki berusia 34 tahun dipercayai keluar bersama suspek pada sebelah pagi untuk minum minuman keras di kawasan Penampang sebelum kedua-duanya pulang ke rumah kongsi kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang dipercayai berpunca daripada salah faham ketika kedua-duanya berada dalam keadaan mabuk.

“Mangsa dipercayai telah memukul suspek menggunakan sebatang kayu sebelum suspek bertindak balas dengan menikam mangsa sebanyak empat kali menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

“Selepas kejadian, suspek dipercayai melarikan diri, manakala mangsa ditemui di dalam sebuah lubang pembetung (manhole) berhampiran lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Syed Lot berkata, Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian, manakala mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala usaha mengesan dan menangkap suspek serta merampas senjata yang digunakan sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Syed Abdul Rahman Syed Mohsin di talian 012-310 6882 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan polis.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/02/lelaki-maut-ditikam-di-iramanis-polis-buru-suspek/feed/ 0 99247
Penunggang motosikal maut, kemalangan di Jalan Papar-KK https://sabahmedia.com/2026/06/03/penunggang-motosikal-maut-kemalangan-di-jalan-papar-kk/ https://sabahmedia.com/2026/06/03/penunggang-motosikal-maut-kemalangan-di-jalan-papar-kk/#respond Wed, 03 Jun 2026 09:08:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97656
Read Time:1 Minute, 8 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Papar-Kota Kinabalu, Kilometer 14.6 berhampiran Kampung Meruntum, Putatan, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11.10 malam, Selasa.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tercampak ke lorong paling kanan jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan bertugas dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk tujuan bedah siasat.

Dalam kejadian itu, pemandu dan seorang penumpang kenderaan pacuan empat roda terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, siasatan polis turut mendapati kenderaan pacuan empat roda itu telah ditinggalkan oleh pemandunya kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kemalangan sebelum dibakar oleh individu yang tidak dikenali.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Saparialadoni di talian 019-809 5133.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar lokasi kejadian bagi menghormati sensitiviti keluarga mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/03/penunggang-motosikal-maut-kemalangan-di-jalan-papar-kk/feed/ 0 97656
Dua maut motosikal langgar kereta di Jalan UMS https://sabahmedia.com/2026/04/13/dua-maut-motosikal-langgar-kereta-di-jalan-ums/ https://sabahmedia.com/2026/04/13/dua-maut-motosikal-langgar-kereta-di-jalan-ums/#respond Mon, 13 Apr 2026 11:28:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94806
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan UMS berhampiran Mini Putrajaya, kira-kira jam 4.40 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman, berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki tempatan berusia 27 tahun serta motosikal Yamaha Y15 yang dinaiki dua individu.

Menurutnya, kenderaan Proton Saga itu dilaporkan bergerak dari arah Sepanggar menuju ke Alam Mesra sebelum membuat pusingan U di lampu isyarat Mini Putrajaya dan meneruskan perjalanan di lorong tengah.

“Bagaimanapun, sebuah motosikal dari arah sama dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terjatuh di lorong tengah jalan manakala pembonceng tercampak ke bahu kiri jalan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth II.

“Identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan usaha mengesan waris sedang giat dijalankan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan bagi tujuan pemeriksaan lanjut oleh polis dan agensi berkaitan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memandu secara berhemah serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.

“Penunggang motosikal juga diingatkan supaya tidak menunggang secara berbahaya atau dalam keadaan laju yang boleh mengundang risiko kemalangan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/13/dua-maut-motosikal-langgar-kereta-di-jalan-ums/feed/ 0 94806
Warga emas maut tertimbus tanah runtuh ketika cuba hidupkan genset https://sabahmedia.com/2026/03/11/warga-emas-maut-tertimbus-tanah-runtuh-ketika-cuba-hidupkan-genset/ https://sabahmedia.com/2026/03/11/warga-emas-maut-tertimbus-tanah-runtuh-ketika-cuba-hidupkan-genset/#respond Wed, 11 Mar 2026 02:19:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93045
Read Time:1 Minute, 7 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian tanah runtuh di belakang sebuah hotel di pusat bandar Sandakan awal pagi tadi ketika cuba menghidupkan generator selepas bekalan elektrik terputus.

Mangsa dikenali sebagai Agustine Frederick J Lingam, 76, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, panggilan kecemasan diterima pada 6.39 pagi melibatkan kejadian di Super OYO 1027 Hotel London, Pusat Bandar Sandakan.

“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai dan tiba pada 6.48 pagi.

“Komander Operasi melaporkan kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat yang menyebabkan bekalan elektrik di hotel berkenaan terputus.

“Mangsa yang dipercayai kakitangan hotel kemudian cuba menghidupkan genset yang terletak di bahagian belakang bangunan sebelum tiba-tiba tertimbus dalam runtuhan tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba yang melakukan pemeriksaan mendapati mangsa tertimbus separuh badan sebelum operasi menyelamat dijalankan dengan menggali menggunakan peralatan penyodok.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada 7.14 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada 8.19 pagi selepas pasukan bomba memastikan kawasan berkenaan selamat dan tiada lagi risiko runtuhan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/11/warga-emas-maut-tertimbus-tanah-runtuh-ketika-cuba-hidupkan-genset/feed/ 0 93045
Dua maut dalam kemalangan di Tawau https://sabahmedia.com/2025/12/31/dua-maut-dalam-kemalangan-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/12/31/dua-maut-dalam-kemalangan-di-tawau/#respond Wed, 31 Dec 2025 11:59:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89035
Read Time:1 Minute, 2 Second

TAWAU: Dua individu maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Batu 16, Jalan Apas–Balung, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.26 petang itu, kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori 5 tan, Toyota Hilux dan sebuah motosikal, dengan lima mangsa terlibat secara keseluruhan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 28 kilometer.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi memaklumkan dua mangsa lelaki dan perempuan iaitu penunggang dan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Dua mangsa lelaki yang berada di dalam lori 5 tan mengalami kecederaan ringan selepas berjaya dikeluarkan oleh orang awam, manakala pemandu Toyota Hilux, seorang lelaki berusia 61 tahun, turut mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera dibawa ke hospital menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada kerja-kerja penyelamatan dijalankan oleh pihak bomba dan setelah memastikan keadaan selamat serta tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.30 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/31/dua-maut-dalam-kemalangan-di-tawau/feed/ 0 89035
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan dua kenderaan di Penampang https://sabahmedia.com/2025/12/30/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-dua-kenderaan-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2025/12/30/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-dua-kenderaan-di-penampang/#respond Tue, 30 Dec 2025 05:53:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88981
Read Time:58 Second

PENAMPANG: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bundusan, di sini, pada malam Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 malam, melibatkan sebuah motokar dan sebuah motosikal.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motokar yang dalam perjalanan menghala ke Towering melalui Jalan Bundusan dipercayai hilang kawalan ketika dipandu dalam keadaan hujan lebat sebelum terbabas dan melanggar motosikal yang berada berhampiran.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal, seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu motokar tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi had laju serta peka terhadap keadaan cuaca, khususnya ketika hujan dan pada waktu malam, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Saparia Ladoni, di talian 019-809 5133.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/30/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-dua-kenderaan-di-penampang/feed/ 0 88981
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/10/25/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/10/25/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-di-sandakan/#respond Sat, 25 Oct 2025 13:28:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84154
Read Time:38 Second

SANDAKAN: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 5 Jalan Utara, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.10 petang.

Siasatan awal mendapati, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa telah tergesel dengan sebuah kereta Toyota Vios sebelum hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

George berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/25/penunggang-motosikal-maut-dalam-kemalangan-di-sandakan/feed/ 0 84154
Dua maut dalam kemalangan di Jalan Merotai https://sabahmedia.com/2025/10/21/dua-maut-dalam-kemalangan-di-jalan-merotai/ https://sabahmedia.com/2025/10/21/dua-maut-dalam-kemalangan-di-jalan-merotai/#respond Tue, 21 Oct 2025 14:57:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83866
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Dua beranak maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Merotai, Tawau awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.40 pagi melibatkan sebuah motosikal Yamaha 135LC dan sebuah Perodua Axia yang masing-masing datang dari arah bertentangan.

“Siasatan awal mendapati, pemandu Perodua Axia berusia 38 tahun bersama empat penumpang dalam perjalanan dari bandar Tawau menuju ke arah Merotai.

“Manakala motosikal yang ditunggang lelaki berumur 54 tahun bersama anak perempuannya berusia 24 tahun dalam perjalanan dari Kampung Melati Burut ke tempat kerja anaknya di Ladang Guthrie,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal berkenaan.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal diseret ke bahu jalan sebelah kiri manakala kereta terbabas ke parit di tepi jalan. Penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Bagaimanapun, pemandu serta empat penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau membahayakan.

Dalam pada itu, Champin turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi had laju yang ditetapkan.

“Sikap berhemah ketika memandu mampu menyelamatkan nyawa,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/21/dua-maut-dalam-kemalangan-di-jalan-merotai/feed/ 0 83866