Mawilla – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Oct 2025 00:10:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mawilla – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TLDM semai Jiwa Madani di Rainforest Discovery Centre Sandakan https://sabahmedia.com/2025/10/22/tldm-semai-jiwa-madani-di-rainforest-discovery-centre-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/10/22/tldm-semai-jiwa-madani-di-rainforest-discovery-centre-sandakan/#respond Wed, 22 Oct 2025 00:10:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83877
Read Time:56 Second

SANDAKAN: Seramai 52 orang anggota Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) Tentera Laut Diraja Malaysia  telah menjayakan Program Jiwa Madani di Rainforest Discovery Centre (RDC) di sini, baru-baru ini.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama RDC itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Civil-Military Cooperation (CIMIC) bagi memperkukuh hubungan antara angkatan tentera dengan komuniti setempat melalui khidmat bakti.

Aktiviti kerja bakti yang dilaksanakan memfokuskan kepada pembersihan dan penambahbaikan laluan denai hutan di kawasan RDC. 

Antara tugas yang dilakukan termasuklah membersihkan sampah sarap di sepanjang laluan, menabur dan meratakan batu kerikil untuk laluan yang lebih stabil dan memasang kayu laluan (boardwalk) bagi meningkatkan keselamatan pengunjung.

Usaha itu diharap dapat memudahkan pergerakan dan menambah baik pengalaman para pengunjung yang hadir ke pusat ekopelancongan tersebut.

Program seumpamanya diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai salah satu usaha berterusan dalam memperkukuh jalinan dengan komuniti setempat.

Ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyemai dan menzahirkan nilai-nilai murni Jiwa Madani dalam setiap warga Navy di Sandakan.

Dengan pengisian yang bermanfaat ini, MAWILLA 2 membuktikan komitmennya bukan sahaja di laut, malah dalam membangun dan menjaga hubungan erat dengan masyarakat tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/22/tldm-semai-jiwa-madani-di-rainforest-discovery-centre-sandakan/feed/ 0 83877