maximus ongkili – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Jan 2022 15:25:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png maximus ongkili – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hubungan Baik Kerajaan Persekutuan, Negeri Amat Penting Bagi Pastikan Kebajikan Rakyat Terjaga https://sabahmedia.com/2022/01/21/hubungan-baik-kerajaan-persekutuan-negeri-amat-penting-bagi-pastikan-kebajikan-rakyat-terjaga/ https://sabahmedia.com/2022/01/21/hubungan-baik-kerajaan-persekutuan-negeri-amat-penting-bagi-pastikan-kebajikan-rakyat-terjaga/#respond Fri, 21 Jan 2022 15:23:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11384
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA MARUDU: Penyaluran segera bantuan kewangan dan bantuan lain untuk disalurkan kepada mangsa terjejas banjir disini adalah hasil hubungan rapat antara Kerajaan Sabah dan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, ia adalah penting bagi memastikan masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat khususnya di negeri ini terus didengari.

“Dalam pengurusan banjir dan bencana, Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa tertinggi, dari segi perkhidmatan dan penyaluran bantuan kewangan melalui agensi berkaitan. 

“Antaranya adalah melalui penyaluran bantuan tunai RM1,000 untuk setiap ketua isi rumah (KIR) yang disalurkan hanya dalam tempoh tiga minggu,” katanya pada program penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Komuniti Kota Marudu, disini hari ini.

Maximus berkata, sebanyak 1,161 KIR yang terjejas banjir baru-baru ini, dengan 332 daripadanya telah disalurkan bantuan kewangan, manakala baki 829 lagi menerima bantuan mereka, hari ini.

Katanya, kira-kira RM1.4 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk meringankan beban mangsa banjir berikutan banjir yang berlaku di enam negeri, termasuk Sabah.

Menurutnya, melalui bantuan yang disalurkan, setiap satu isi rumah boleh menerima antara RM10,000 hingga RM61,000, bergantung kepada jumlah kerugian harta benda yang mereka alami.

“Selain daripada bantuan tunai ihsan, kerajaan juga menawarkan turut menawarkan pelbagai bantuan lain,” katanya.

Sementara itu, Maximus berkata, Pejabat Daerah di sini telah menganggarkan kira-kira RM46 juta jumlah kerosakan akibat banjir baru-baru ini, yang mana kerajaan telah meluluskan peruntukan RM24 juta untuk kerja-kerja pembaikan.

“Bakinya masih belum selesai dan akan diluluskan selepas pengesahan semula oleh agensi berkaitan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/21/hubungan-baik-kerajaan-persekutuan-negeri-amat-penting-bagi-pastikan-kebajikan-rakyat-terjaga/feed/ 0 11384
Pindaan Perlembagaan Persekutuan Hari Bersejarah Untuk Semua https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-hari-bersejarah-untuk-semua/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-hari-bersejarah-untuk-semua/#respond Wed, 15 Dec 2021 07:45:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9904
Read Time:2 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Kelulusan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 disifatkan sebagai hari bersejarah buat Sabah dan Sarawak serta Malaysia secara keseluruhan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pindaan itu juga merupakan satu kemenangan buat semua khususnya di dua buah negeri Sabah dan Sarawak.

“Selepas 58 tahun pembentukan Malaysia, akhirnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) dalam MA63, ia akan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi rujukan asas hak-hak Negeri Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini hari ini.

Dr Maximus berkata, sebelum ini, hak dan keistimewaan kedua-dua negeri hanya boleh dirujuk sebagai dokumen pra-perlembagaan dan bukan sebagai hak perlembagaan.

Katanya, dengan pindaan yang amat bermakna itu, semua dokumen pra-perlembagaan kini boleh disebut secara langsung sebagai undang-undang dan perlembagaan kerana ini semua merupakan lampiran kepada Akta Malaysia dan Perjanjian Malaysia.

“Hak dan jaminan seperti minyak dan gas, kemajuan ekonomi terutama dalam bidang infrastruktur, pendidikan, kesihatan, agama, budaya dan hak anak negeri, keselamatan, teknologi digital, dan lain-lain kini akan membawa wajaran undang-undang dan tidak boleh diabaikan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ini  kerana kami akan mempunyai dokumen undang-undang untuk menyokong dalam tuntutan kami ini.

“Inilah yang telah dinyatakan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) kepada anak muda dan rakyat Sabah sejak 36 tahun lalu sejak penubuhannya,” katanya.

Sementara itu, Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu turut mendedahkan bahawa banyak parti tempatan di negeriini turut berjuang atas platform sama namun tidak semua melihat keperluan untuk memastikan hak rakyat dilindungi di bawah Perlembagaan.

“Sebagai menteri memegang portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam Kabinet, pasukan saya di Jabatan Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin, dan Perdana Menteri kini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Mereka telah memberikan kepimpinan dan ruang untuk memastikan hasrat dan cita-cita kita bagi memastikan MA63 menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan kerana apabila itu selesai, tiada siapa yang boleh merampas MA63 daripada rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Maximus turut mengiktiraf peranan dan sumbangan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg yang komited untuk memastikan Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri menyokong sepenuhnya pindaan ini.

“Kami juga berterima kasih kepada semua pemimpin parti politik di Parlimen khususnya Perikatan Nasional, Barisan Nasional, dan PH, serta ahli parlimen bebas yang mengundi.

“Sudah tentu tugas utama sekarang ialah memastikan syarat perjanjian MA63 akan dilaksanakan.

“Saya yakin pindaan perlembagaan ini akan mengukuhkan Persekutuan kerana Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dan Sarawak bekerjasama lebih erat serta menyampaikan hak dan keistimewaan yang terkandung dalam MA63,” katanya..

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-hari-bersejarah-untuk-semua/feed/ 0 9904