Maya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 29 Aug 2021 03:40:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Maya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Adaptasi Pandemik, Berkhemah Secara Maya https://sabahmedia.com/2021/08/29/adaptasi-pandemik-berkhemah-secara-maya/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/adaptasi-pandemik-berkhemah-secara-maya/#respond Sun, 29 Aug 2021 03:40:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5441
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini telah menyebabkan pelbagai sektor ditutup termasuklah sekolah, institusi pengajian, sektor pelancongan dan rekreasi. Tidak dinafikan pandemik membataskan pergerakan apatah lagi mengadakan program secara bersemuka.

Jika sebelum ini, sebut saja perkhemahan pasti terkait dengan hutan, bukit dan unggun api. Rindu apabila mengenang pengalaman berkhemah bersama rakan-rakan. Namun, semua itu mustahil dilaksanakan ketika pandemik ini. 

Kerinduan terubat apabila sebuah Badan Bukan Kerajaan, YOSH MyFundAction Sabah menganjurkan program berkhemah secara maya baru-baru ini yang disertai 43 orang peserta belia dari pelbagai latar belakang pendidikan. Kebanyakan mereka merupakan peserta dari Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Semenanjung Malaysia.

Program Gen-Z Virtual Campfire ini bertujuan untuk mengembangkan potensi belia melalui kemahiran insaniah, dan kemahiran komunikasi yang sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri para peserta. Selain itu juga, sepanjang kem ini berlangsung, para peserta juga diberi peluang untuk bebas mengutarakan pendapat dan idea masing-masing.

Lebih menyeronokkan, perkhemahan ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya ‘Virtual Run’ , bengkel Bahasa Mandarin, dan bengkel perniagaan. Para peserta bukan sahaja didedahkan dengan bahasa Mandarin malahan mereka juga dibimbing secara praktikal untuk memulakan perniagaan tanpa modal.

“Saya sebenarnya tidak petah bercakap. Namun, atas bimbingan mentor dalam program ini, telah banyak mendorong saya untuk berani untuk bercakap dan mengutarakan pendapat” katanya lagi. 

Siti Masrurah juga memaklumkan, pada awalnya dia hampir tidak mendaftar program secara maya ini disebabkan masalah kewangan. Atas sokongan dan dorongan dari mentor YOSH menyebabkan dia akhirnya berjaya mendaftar di saat-saat akhir sebelum pendaftaran ditutup.

Sahrul Nizam, 20 pula berkata, ini merupakan program perkemahan secara maya yang paling seronok dan unik baginya.

Saya sudah tidak sabar untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain mengenai apa yang saya peroleh sepanjang mengikuti program ini. Saya ingin mereka juga merasa keseronokan seperti yang saya rasakan. ”

Peserta tunggal dari Sarawak, Liew Bed, 18, pula berkata  program ini dapat memberinya semangat dan menjadikan beliau kekal aktif sepanjang berada di rumah. 

“Saya juga berharap saya dapat mengekalkan momentum rajin ini jika saya dapat masuk ke universiti kelak.” katanya lagi. 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/adaptasi-pandemik-berkhemah-secara-maya/feed/ 0 5441
Masyarakat KDRMS Muslim Raikan Kaamatan Secara Maya https://sabahmedia.com/2021/06/07/masyarakat-kdrms-muslim-raikan-kaamatan-secara-maya/ https://sabahmedia.com/2021/06/07/masyarakat-kdrms-muslim-raikan-kaamatan-secara-maya/#respond Mon, 07 Jun 2021 05:47:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=720
Read Time:1 Minute, 17 Second

7 Jun 2021

KOTA KINABALU:  Walaupun sudah memeluk agama Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang muslim namun ia bukan penghalang bagi masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Sungai (KDMRS) terus menyambut pesta Kaamatan yang diadakan setiap tahun di negeri ini.

Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara, sambutan kali ini diadakan secara maya dan turut mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir 9,000 masyarakat KDMRS dan institut agama membabitkan 43 kawasan atau daerah seluruh negara menyertainya.

Menurut Pengerusi KDMRS Muslim, Nicholas Sylvester, sambutan ini ada objektifnya yang tersendiri terutama bagi masyarakat KDMRS di negeri ini.

“Antaranya adalah untuk memberi pengetahuan, kefahaman serta penghayatan aspek budaya Momogun Muslim yang selari dengan syariat Islam.

“Selain itu, kita mahu ketengahkan identiti patuh syariah masyarakat KDMRS muslim kepada masyarakat di Sabah dan Semenanjung,” katanya selepas menyertai sambutan perayaan Tadau Kaamatan Harmoni Om Aidilfitri Online 2021 KDRMS Muslim pada Sabtu lalu.

Katanya lagi, menerusi sambutan ini walaupun diadakan secara dalam talian ia turut mewujudkan jalinan hubungan persaudaraan antara masyarakat KDMRS dengan seluruh masyarakat majmuk.

“Kita juga mahu memberi kefahaman kepada masyarakat majmuk bahawa perayaan kebudayaan ini tetap boleh diraikan dalam batas-batas Islam.

“Secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat persahabatan, keharmonian dan kesejahteraan dalam hidup berbilang kaum di Sabah,” katanya.

Terdahulu, sambutan yang dianjurkan oleh KDMRS Muslim bersama Hidayah Centre Foundation turut mendapat kerjasama daripada Gabungan Dakwah Malaysia, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Turut hadir,  Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah merangkap Menteri Kewangan 2 Sabah, Datuk Masidi Manjun.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/07/masyarakat-kdrms-muslim-raikan-kaamatan-secara-maya/feed/ 0 720