Mayat kanak-kanak perempuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 02 Apr 2025 02:07:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mayat kanak-kanak perempuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan nelayan berdekatan Pulau Berhala https://sabahmedia.com/2025/04/02/mayat-kanak-kanak-perempuan-ditemukan-nelayan-di-berdekatan-pulau-berhala/ https://sabahmedia.com/2025/04/02/mayat-kanak-kanak-perempuan-ditemukan-nelayan-di-berdekatan-pulau-berhala/#respond Wed, 02 Apr 2025 02:01:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71374
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh FLORIETA DIET

SANDAKAN: Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemukan oleh nelayan di kawasan berdekatan Pulau Berhala pada jam 5.44 petang Selasa, kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Severinus Sainkui berkata, nelayan itu telah menyerahkan mayat mangsa kepada pasukan penyelamat di jeti marin.

“Pada jam 8.25 malam, keluarga mangsa tiba di lokasi dan mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah kanak-kanak perempuan yang hilang,” katanya.

Severinus menambah, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya, sebelum operasi SAR ditamatkan sepenuhnya semalam.

Berdasarkan laporan awal BBP, kejadian bermula pada awal pagi 30 Mac lalu apabila seorang ibu terjatuh ke dalam laut bersama dua anaknya, iaitu seorang anak perempuan berusia enam tahun dan seorang anak lelaki berusia lima tahun, di Tembok Bandar Sandakan berdekatan Dewan Masyarakat Bandar Jalan Costel di sini.

Seorang lelaki, yang merupakan sepupu kepada ibu mangsa, terjun ke laut untuk menyelamatkan mereka, namun gagal dan hilang.

Sementara itu, ibu mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Mayat lelaki terbabit telah ditemukan orang awam 10.03 malam pada hari yang sama di tebing laut. Manakala mayat kanak-kanak lelaki ditemukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 31 Mac, jam 7.03 pagi kawasan berdekatan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, iaitu kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/02/mayat-kanak-kanak-perempuan-ditemukan-nelayan-di-berdekatan-pulau-berhala/feed/ 0 71374
Mayat mangsa lemas kanak-kanak perempuan empat tahun, dijumpai https://sabahmedia.com/2024/09/21/mayat-mangsa-kanak-kanak-perempuan-empat-tahun-lemas-dijumpai/ https://sabahmedia.com/2024/09/21/mayat-mangsa-kanak-kanak-perempuan-empat-tahun-lemas-dijumpai/#respond Sat, 21 Sep 2024 02:17:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60964
Read Time:58 Second

TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan hilang dan mangsa dikhuatiri lemas di sungai Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas dekat sini kelmarin sebelum mayatnya dijumpai oleh orang awam pada jam 8 pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kawalan Balai Bomba d dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan kecemasan pada jam 6.06 petang semalam (20 Sept) terdapat seorang mangsa dikhuatiri hanyut di sungai.

“Menurut pengadu mangsa seorang kanak-kanak perempuan dipercayai hanyut di sungai ketika cuba menyeberangi sungai bersama bapa mangsa di Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seterusnya, Operasi Mencari dan Menyelamat (OPS SAR) hari ke-2 (hari ini) dimulakan pada jam 6.58 pagi dengan kaedah pencarian surface rescue bersama agensi lain dan orang awam di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Namun pada jam 8 pagi tadi mangsa dikenali sebagai Putri Jimar berusia empat tahun itu telah ditemui meninggal dunia oleh orang awam dengan Jarak 800 meter dari lokasi asal dilaporkan lemas.

“Seterusnya, pasukan Bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan susulan dan Operasi SAR ditamatkan pada jam 8.30 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/21/mayat-mangsa-kanak-kanak-perempuan-empat-tahun-lemas-dijumpai/feed/ 0 60964