Mayat lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 01 Sep 2024 12:38:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mayat lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mayat lelaki dengan kesan tetakan di temui di Tawau https://sabahmedia.com/2024/09/01/mayat-lelaki-dengan-kesan-tetakan-di-temui-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2024/09/01/mayat-lelaki-dengan-kesan-tetakan-di-temui-di-tawau/#respond Sun, 01 Sep 2024 12:38:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60052
Read Time:1 Minute, 16 Second

TAWAU: Mayat seorang lelaki berumur 33 tahun dengan kesan tetakan ditemui di dalam sebuah rumah disyaki telah dibunuh di Kampung Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten komisioner, Jasmin Hussin berkata, pada jam 11.30 pagi tadi (1 Sept) satu laporan polis telah diterima yang menyatakan seorang lelaki telah datang ke Balai Polis Inanam, Kota Kinabalu memberitahu adik lelakinya telah dibunuh di Kampung Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas, Tawau.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Sri Indah, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menuju ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pihak polis memaklumkan terdapat satu mayat lelaki dengan kesan tetakan ditemui di dalam sebuah rumah lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati terdapat kesan tetakan pada bahagian kepala dan badan mangsa dan kejadian bunuh berlaku kira-kira jam 8 malam semalam (31 Ogos),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Susulan penemuan mayat itu, Jasmin berkata, pihak polis kemudiannya berjaya menangkap suspek seorang lelaki berumur 31 tahun pada tengah hari tadi (1 Sept) dan menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek mendapati suspek merupakan warganegara asing yang bekerja sebagai buruh kasar di kebun di kawasan Kampung Ranggu Cina.

“Motif kejadian dipercayai salah faham antara mangsa dan keluarga suspek,” katanya.

Menurut Jasmin, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) akan dijalankan esok (2 Sept) di Mahkamah Majistret Tawau untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/01/mayat-lelaki-dengan-kesan-tetakan-di-temui-di-tawau/feed/ 0 60052
Mayat lelaki ditemui di ruang pejalan kaki pusat beli-belah di Sandakan https://sabahmedia.com/2024/08/27/mayat-lelaki-ditemui-di-ruang-pejalan-kaki-pusat-beli-belah-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2024/08/27/mayat-lelaki-ditemui-di-ruang-pejalan-kaki-pusat-beli-belah-di-sandakan/#respond Tue, 27 Aug 2024 08:37:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59746
Read Time:49 Second

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun ditemui di atas ruang pejalan kaki luar bangunan sebuah pusat beli-belah di sini oleh orang awam awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner, Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan awal polis mendapati mangsa masuk ke tempat meletak kenderaan pusat membeli-belah berkenaan pada jam lebih kurang 1.30 pagi iaitu di aras 7 bangunan tersebut dan meletakkan kenderaannya di situ.

“Pada jam 3.40 pagi seorang saksi awam yang parkir berhampiran bangunan berkenaan terdengar bunyi kuat yang jatuh dari tempat tinggi bersebelahan dengan kenderaan saksi.

“Saksi tersebut kemudiannya keluar dari kenderaan dan mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang berhampiran kenderaannya, lalu beliau memaklumkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Fuad, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tujuan bedah siasat.

“Siasatan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut, kerana tidak terkesan sebarang unsur jenayah dan khianat dalam siasatan setakat ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/27/mayat-lelaki-ditemui-di-ruang-pejalan-kaki-pusat-beli-belah-di-sandakan/feed/ 0 59746
Mayat lelaki dibaham buaya ditemui hari ini https://sabahmedia.com/2023/05/11/mayat-lelaki-dibaham-buaya-ditemui-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2023/05/11/mayat-lelaki-dibaham-buaya-ditemui-hari-ini/#respond Thu, 11 May 2023 09:11:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34175
Read Time:1 Minute, 1 Second

BELURAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika mencuci tangan dan kaki di tepi Sungai Rawog, Ladang Linbar 2 di sini, pada Selasa lalu, mayatnya telah ditemui hari ini.

Mayat mangsa Rudi Amirrudin, 28, ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung pada hari ke-3 SAR dilancarkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, jasad mangsa ditemui dalam keadaan yang tidak sempurna hari ke-3 SAR dilancarkan pada jam 10:30 pagi tadi (11 Mei), satu kilometer dari lokasi mangsa dibaham buaya.

“Seterusnya mangsa tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11:30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 9 Mei lalu, menurut saksi, sebelum kejadian mangsa melakukan aktiviti membersihkan kawasan pagar elektrik di dalam kawasan estate bersempadan dengan Sungai Rawog.

“Semasa berehat, mangsa pergi ke tepi sungai untuk mencuci tangan dan kaki, tiba-tiba buaya muncul dan mengheret mangsa ke dalam sungai.

“Mangsa sempat menjerit meminta tolong namun tidak dapat dibantu oleh kawan mangsa yang juga sama-sama bekerja di kawasan tersebut,” katanya dan operasi SAR dilancarkan sebaik sahaja menerima laporan kehilangan mangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/11/mayat-lelaki-dibaham-buaya-ditemui-hari-ini/feed/ 0 34175