Mayat mangsa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 May 2024 10:54:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mayat mangsa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tragedi kepala air: Ketiga-tiga mayat mangsa berjaya dikeluarkan https://sabahmedia.com/2024/05/06/tragedi-kepala-air-ketiga-tiga-mayat-mangsa-berjaya-dikeluarkan/ https://sabahmedia.com/2024/05/06/tragedi-kepala-air-ketiga-tiga-mayat-mangsa-berjaya-dikeluarkan/#respond Mon, 06 May 2024 10:54:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54037
Read Time:1 Minute, 5 Second

LAHAD DATU: Ketiga-tiga mayat mangsa insiden kepala air di Lembah Mak Sina River Trekking di sini, telah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada jam 12.00 tengahari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bombw dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat ketiga-tiga seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 1.00 petang tadi.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba Lahad Datu ,Sumsoa Rashid ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian dan memaklumkan operasi hari kedua hari ini (6 Mei), tiga jasad mangsa telah ditemui tertimbus di bawah kayu balak pada jam 1.37 pagi tadi.

Menurut Sumsoa, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.28 malam tadi (5 Mei).

“Kejadian melibatkan seramai 15 orang mangsa terperangkap di seberang sungai disebabkan berlakunya kejadian kepala air semasa menjalankan aktiviti hiking di Lembah Mak Sina River Trekking Pantai Makuau, Lahad Datu.

“Dua orang mangsa telah berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan Bomba dan sembilan orang mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh pasukan penyelamat. Manakala tiga orang mangsa belum ditemui pada ketika itu.

“Selain pasukan Bomba dari BBP Lahad Datu dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan semalam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/06/tragedi-kepala-air-ketiga-tiga-mayat-mangsa-berjaya-dikeluarkan/feed/ 0 54037
Insiden kru kapal jatuh laut, mayat mangsa ditemui https://sabahmedia.com/2023/06/23/insiden-kru-kapal-jatuh-laut-mayat-mangsa-ditemui/ https://sabahmedia.com/2023/06/23/insiden-kru-kapal-jatuh-laut-mayat-mangsa-ditemui/#respond Fri, 23 Jun 2023 15:50:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36982
Read Time:1 Minute, 25 Second

LABUAN: Mayat seorang kru kapal tunda yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika kapal sedang bersauh di perairan Pulau Papan dekat sini telah ditemui pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT sekitar jam 9.40 malam sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian dari Pusat Operasi Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Kenneth Anak Saing, 33 tahun, yang bekerja diatas kapal tunda tempatan, Tanjung Biru 1 dilaporkan hilang setelah gagal dikesan oleh rakan mangsa.

“Kali terakhir mangsa dilihat adalah pada jam 6 petang hari yang sama. Kesemua barang peribadi mangsa masih lagi berada di atas kapal. Kapal dikatakan sedang bersauh sebelum meneruskan perlayaran menuju ke Miri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nudin berkata, sejurus operasi CARILAMAT diaktifkan, bot peronda Maritim Malaysia telah diaturgerak ke lokasi kejadian bagi membuat pengesahan dan melakukan pencarian awal mangsa.

“Operasi turut melibatkan bantuan asset dan anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Menurut Nudin, mayat mangsa berjaya ditemui sekitar jam 7.45 pagi tadi (23 Jun) oleh pasukan mencari di kedudukan sekitar 20 meter selatan Jeti Feri Labuan.

“Mayat telah diserahkan kepada Unit Forensik PDRM untuk siasatan lanjut. Op CARILAMAT ditamatkan pada jam 8.35 pagi,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, MRSC merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak serta orang awam yang turut sama membantu dalam operasi ini.

“Maritim Malaysia mengingatkan orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut ke talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/23/insiden-kru-kapal-jatuh-laut-mayat-mangsa-ditemui/feed/ 0 36982