mbs – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 30 Dec 2025 08:55:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mbs – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MBS sasar 40 peratus penyertaan anak muda dalam platform belia https://sabahmedia.com/2025/12/30/mbs-sasar-40-peratus-penyertaan-anak-muda-dalam-platform-belia/ https://sabahmedia.com/2025/12/30/mbs-sasar-40-peratus-penyertaan-anak-muda-dalam-platform-belia/#respond Tue, 30 Dec 2025 08:55:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89002
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) meletakkan sasaran 40 peratus penyertaan anak muda ke dalam kelab dan persatuan belia di negeri itu pada tahun depan.

Menurut Presiden MBS, Abqaree Fawwaz Abekan angka tersebut sebagai penanda aras dalam usaha merancakkan pembangunan belia di negeri itu.

“Penyertaan belia di dalam kelab, persatuan, dan kesukarelawanan berlegar sekitar 15 peratus daripada populasi keseluruhan belia Sabah, iaitu seramai 2.2 juta orang.

“MBS meletakkan sasaran penyertaan sebanyak 40 peratus sebagai penanda aras untuk dicapai bersama badan-badan gabungan belia di Sabah.

“Misi yang akan digarap secara kolektif ini bagi merancakkan pembangunan belia di Sabah”, ujar Abqaree dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada masa sama, menurut Abqaree perancangan untuk merancakkan pembangunan belia di negeri itu memerlukan bantuan kewangan tambahan daripada kerajaan untuk membiayai program-program pembangunan belia di peringkat akar umbi.

“Bagi mencapai sasaran 40 peratus, MBS merancang untuk memperbanyakkan program-program berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi pada tahun 2026.

“Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan sokongan kuat kerajaan terutamanya dalam aspek kewangan.

“Adalah harapan kami agar kerajaan melihat misi ini sebagai salah satu bentuk pelaburan dalam konteks pembangunan modal insan yang akan menyuburkan potensi belia di negeri ini”, katanya.

Untuk rekod, sebanyak 19 badan gabungan belia iaitu bernaung di bawah MBS iaitu, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Sabah, The Girls Brigade (GB) Sabah, The Boys Brigade (BB) Sabah, St. John Ambulance Malaysia (SJAM) Sabah, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah, dan Junior Chamber International (JCI) Sabah, dan 9 lagi gabungan persatuan belia bahagian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/30/mbs-sasar-40-peratus-penyertaan-anak-muda-dalam-platform-belia/feed/ 0 89002
MBS sokong pelantikan dua ahli parlimen Sabah sebagai menteri penuh persekutuan https://sabahmedia.com/2022/12/03/mbs-sokong-pelantikan-dua-ahli-parlimen-sabah-sebagai-menteri-penuh-persekutuan/ https://sabahmedia.com/2022/12/03/mbs-sokong-pelantikan-dua-ahli-parlimen-sabah-sebagai-menteri-penuh-persekutuan/#respond Sat, 03 Dec 2022 08:19:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25774
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) menyokong penuh pelantikan ahli parlimen muda dan baharu dari negeri ini iaitu Datuk Armizan Mohd Ali dan Ewon Benedick dalam senarai Kabinet Kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Tetap MBS, Mazlan @ Joehari Manan berkata, barisan kabinet yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa, ras negeri tetapi masih punya kelompongan era reformasi yang diharapkan rakyat dalam senarai tersebut.

“Bagaimanapun, kami anak muda belia Negeri Sabah cukup menyokong penuh pelantikan ahli parlimen muda dan baharu iaitu Datuk Armizan Mohd Ali dan Ewon Benedick dalam senarai Kabinet Kerajaan baru ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mazlan berkata, senarai nama baharu
sebagai menteri penuh dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan diharapkan mampu membawa reformasi atau perubahan yang lebih baik kepada negara.

“Penyenaraian YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri sudah tentu bukan seperti yang diharapkan oleh rakyat kebanyakan, sungguhpun demikian dengan deretan senarai nama baharu sebagai menteri penuh diharapkan mampu membawa perubahan dan reformasi yang dilaungkan sebelum ini.

“Aspirasi perjuangan mereka sebelum ini sudah tentu mampu membawa perubahan yang ingin direalisasikan dalam kerajaan Malaysia,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, katanya, jumlah kecil wakil Negeri Sabah dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan sedikit mengecewakan.

“Semoga akan ada lantikan dan tanggungjawab yang lebih signifikan kepada wakil-wakil Sabah dalam kerajaan dan GLC kemudiannya nanti yang mampu membawa bersama aspirasi rakyat Negeri Sabah.

“Anak muda dan rakyat secara keseluruhannya akan melihat apa perubahan yang mampu kerajaan baru ini laksanakan dan bagaimana mereka mampu membentuk dasar-dasar kerajaan yang akhirnya membawa negara ke era baru dan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat sesuai dengan perubahan zaman.

“Justeru, kami anak muda dan rakyat memohon agar lebih banyak perubahan yang mampu di bawa dan dilakukan kerajaan persekutuan kepada hak dan kepentingan rakyat Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/03/mbs-sokong-pelantikan-dua-ahli-parlimen-sabah-sebagai-menteri-penuh-persekutuan/feed/ 0 25774
Kerajaan Negeri Serah Geran RM2.55 juta Kepada MBS & Gabungan Laksana Program Pembangunan Belia https://sabahmedia.com/2021/07/04/kerajaan-negeri-serah-geran-rm2-55-juta-kepada-mbs-gabungan-laksana-program-pembangunan-belia/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/kerajaan-negeri-serah-geran-rm2-55-juta-kepada-mbs-gabungan-laksana-program-pembangunan-belia/#respond Sun, 04 Jul 2021 06:41:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2492
Read Time:2 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan geran berjumlah RM2.55 juta kepada Majlis Belia Sabah (MBS) dan 17 gabungannya bagi menjalankan Program Pembangunan Belia selain menyelaraskan aktiviti sokongan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyampaian geran kepada MBS dan gabungannya itu disampaikan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfred Angin dan turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Arena Belia di Kepayan disini.

Majlis itu diadakan sempena lawatan Ketua Menteri ke MBS yang mana beliau turut meninjau program Dapur Belia 4.0 (Youth Kitchen) yang turut memperuntukkan sejumlah RM500,000 di bawah Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0.

Program Dapur Belia itu diselaraskan Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan kini memasuki siri keempat sejak PKP pertama tahun lalu.

Pada siri sebelumnya, MBS bersama badan gabungannya dan kelab belia terpilih di seluruh Sabah telah mengagihkan bakul makanan, pek tenaga untuk barisan hadapan dan pelbagai bantuan lain kepada mereka yang terjejas akibat PKP oleh pandemik berkenaan.

Antara yang menjadi sasaran menerusi Program Dapur Belia 4.0 kali ini adalah belia yang terbabit dalam industri ‘gig economy’ iaitu Food Panda Walkers yang menerima 250 bakul makanan dan 70 topi keledar.

Dapur Belia 4.0 adalah sinergi antara kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat untuk meluaskan program ini ke seluruh Sabah, terutama bagi membantu golongan belia yang terjejas.

Bagi program Dapur Belia 4.0, setakat ini sebanyak 65 peratus bantuan telah diberikan kepada yang disasarkan dan dalam masa sama, lebih daripada 2,000 orang telah datang ke Bank Makanan (Food Bank) di Arena Belia untuk mendapat bantuan makanan.

Dalam pada itu, di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulih Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan baru-baru ini, Hajiji berkata, kerajaan telah memperluaskan elaun pencari kerja kepada bukan pencarum PERKESO khususnya dalam kalangan graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja di sektor tidak formal.

“Penyediaan jaringan keselamatan sosial kepada belia Sabah yang kehilangan pekerjaan sangat penting dalam menyokong aspek industri dan sosio-ekonomi kumpulan ini,” katanya.

Sehingga Disember 2020, PERKESO Sabah telah memberikan bantuan berjumlah RM16.8 juta kepada 4,434 pekerja kehilangan pekerjaan, dan sehingga April tahun ini, sejumlah RM3.8 juta elaun bantuan telah disalurkan kepada 851 belia yang kehilangan pekerjaan di negeri ini.

Program jaringan keselamatan sosial merangkumi semua sektor termasuk dalam ‘gig economy’.

Hajiji turut memuji inisiatif bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah, MBS dan PERKESO untuk membantu belia yang kehilangan pekerjaan ketika PKP menerusi portal MyFutureJobs.

Portal ini berfungsi sebagai pusat sehenti yang menyediakan rujukan bagi pencari kerja selain menawarkan padanan pekerjaan dan program pasaran pekerjaan yang aktif bermula daripada penempatan pekerjaan, perundingan kerjaya serta kaunseling kepada mereka yang mengalami kesukaran.

Pada majlis itu, Hajiji juga menyaksikan penyerahan replika cek daripada PERKESO sebanyak RM265,180 kepada kepada dua majikan sebagai insentif untuk mengadakan program latihan kepada pekerja mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/kerajaan-negeri-serah-geran-rm2-55-juta-kepada-mbs-gabungan-laksana-program-pembangunan-belia/feed/ 0 2492