MCA Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Feb 2023 12:46:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png MCA Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MCA Sabah sokong kerajaan pimpinan Hajiji, sedia main peranan ke arah pembangunan negeri https://sabahmedia.com/2023/02/11/mca-sabah-sokong-kerajaan-pimpinan-hajiji-sedia-main-peranan-ke-arah-pembangunan-negeri/ https://sabahmedia.com/2023/02/11/mca-sabah-sokong-kerajaan-pimpinan-hajiji-sedia-main-peranan-ke-arah-pembangunan-negeri/#respond Sat, 11 Feb 2023 12:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29422
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: MCA Sabah mengulangi pendirian sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung berkata, pendirian ini diputuskan MCA Sabah yang bermesyuarat pada 11 Januari 2023 lalu dan telah disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA pada hari ini, 11 Februari 2023.

Katanya, Kerajaan Negeri Sabah yang dibentuk oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah pun berjanji untuk menyokong Kerajaan Perpaduan di peringat persekutuan.

“MCA Sabah juga berpendirian sama dengan MCA Pusat yang menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Lu, MCA Sabah akan memainkan peranan dengan baik sebagai jambatan penghubung antara kerajaan negeri dan rakyat dalam membantu kerajaan negeri melaksanakan perancangan demi kebaikan rakyat.

“Kami juga akan bersuara untuk rakyat bagi memastikan prinsip kepelbagaian, kesederhanaan dan kesaksamaan terpelihara dalam menjaga kebajikan keseluruhan rakyat Sabah, selain berusaha untuk pembangunan ekonomi negeri supaya rakyat Sabah mendapat manfaat daripadanya.

“MCA Sabah tidak pernah terlibat dalam sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor,” ujarnya.

Beliau berkata, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Jawatankuasa Pusat Parti telah memberikan MCA Sabah autonomi yang lebih besar.

“MCA Sabah juga akan memahami dan menggunakan kuasa autonomi ini untuk memainkan peranan sendiri dalam politik tempatan Sabah secara aktif bagi menjaga kepentingan dan hak rakyat Sabah.

“MCA Sabah juga menyeru semua rakyat Sabah agar mengetepikan perbezaan dan terus kekal bersatu di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri untuk menggalakkan pembinaan dan pembangunan negeri supaya Sabah boleh bergerak ke arah kemakmuran dan kemajuan,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/11/mca-sabah-sokong-kerajaan-pimpinan-hajiji-sedia-main-peranan-ke-arah-pembangunan-negeri/feed/ 0 29422
Dakwaan Surat Tommy Thomas telah menyebabkan krisis kedaulatan, MCA Sabah lapor polis https://sabahmedia.com/2022/07/20/dakwaan-surat-tommy-thomas-telah-menyebabkan-krisis-kedaulatan-mca-sabah-lapor-polis/ https://sabahmedia.com/2022/07/20/dakwaan-surat-tommy-thomas-telah-menyebabkan-krisis-kedaulatan-mca-sabah-lapor-polis/#respond Wed, 20 Jul 2022 13:08:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=18789
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Cina Malaysia (MCA) Sabah telah membuat satu laporan polis meminta siasatan dilakukan terhadap Tan Sri Tommy Thomas, setelah suratnya kepada waris Kesultanan Sulu dikatakan telah mengakibatkan negara terjerumus ke dalam krisis kedaulatan wilayah dan bagi memastikan sama ada terdapat sebarang salah laku di pihak bekas Peguam Negara itu.

Ketua Pemuda MCA Sabah Lim Kian On berkata, beberapa kenyataan akhbar dan media sosial telah mendakwa bahawa Tommy Thomas semasa beliau sebagai Peguam Negara ketika pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikatakan telah menulis surat kepada peguam waris Kesultanan Sulu mengakui ‘kesilapan’ Malaysia, menyebabkan kita kalah dalam Mahkamah Timbang Tara Perancis dan diambil tindakan serta dituntut membayar pampasan sebanyak RM63 bilion kepada waris Kesultanan Sulu.

“Terdapat banyak dakwaan yang mangatakan bahawa penghakiman Mahkamah Timbang Tara Perancis itu telah menyebabkan penghakiman melibatkan pampasan berpuluh bilion ringgit terhadap Malaysia dan juga menggugat kedaulatan wilayah iaitu kedudukan Sabah dalam Malaysia.

“Setakat ini, Tommy masih belum membuat sebarang kenyataan berkenaan penghakiman Mahkamah Timbangtara Perancis,” kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu semalam. (19 Julai)

Katanya, bekas Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng juga mengesahkan, kerajaannya tidak pernah membincangkan tuntutan waris Kesultanan Sulu, apatah lagi surat yang dituliskan oleh Tommy pada 2019 itu.

“Sabah MCA juga menyeru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat sama ada Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan masa itu terlibat atau telah membincang berkenaan surat Tommy Thomas.

“Tommy sebagai Peguam Negara ketika itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat mengenai surat tersebut secara terperinci dan telus.

“MCA Sabah menyeru agar pihak PDRM mengambil tindakan sewajarnya terhadap Tommy jika siasatan pihak PDRM mendapati unsur salahlaku oleh Tommy Thomas,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/07/20/dakwaan-surat-tommy-thomas-telah-menyebabkan-krisis-kedaulatan-mca-sabah-lapor-polis/feed/ 0 18789