MCMC – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 Jul 2026 06:37:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png MCMC – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Cabaran geografi Sabah, Sarawak perlu diambil kira dalam dasar telekomunikasi – Matbali https://sabahmedia.com/2026/07/16/cabaran-geografi-sabah-sarawak-perlu-diambil-kira-dalam-dasar-telekomunikasi-matbali/ https://sabahmedia.com/2026/07/16/cabaran-geografi-sabah-sarawak-perlu-diambil-kira-dalam-dasar-telekomunikasi-matbali/#respond Thu, 16 Jul 2026 06:37:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99966
Read Time:1 Minute, 21 Second

KUALA LUMPUR : Cabaran pembangunan telekomunikasi di Sabah dan Sarawak memerlukan pemahaman mendalam daripada anak tempatan yang benar-benar mengetahui realiti geografi dan keadaan di lapangan.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah berkata, faktor geografi yang unik di kedua-dua negeri menyebabkan pelaksanaan infrastruktur komunikasi dan penyampaian perkhidmatan digital berdepan cabaran yang berbeza berbanding di Semenanjung.

“Keadaan ini hanya difahami oleh anak-anak kelahiran negeri kami, anak-anak tempatan yang mengerti tentang dimensi geografi yang luar biasa unik dan tersendiri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut beliau, pengalaman serta pengetahuan anak tempatan penting bagi memastikan setiap dasar dan keputusan berkaitan sektor komunikasi serta multimedia mengambil kira keperluan sebenar masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, Matbali mencadangkan supaya kuota wakil dari Sabah dan Sarawak dipertimbangkan dalam keanggotaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan pandangan dari kedua-dua negeri disalurkan secara langsung dalam proses membuat keputusan.

Beliau berkata, penyertaan wakil dari Sabah dan Sarawak bukan sekadar memenuhi prinsip keterangkuman, malah mampu memperkayakan perspektif nasional dalam merangka dasar yang lebih menyeluruh.

“Negara yang kuat ialah negara yang mendengar semua suara, bukan hanya suara yang paling hampir dengan pusat pentadbiran,” katanya.

Dalam masa sama, Matbali menyambut baik Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 yang disifatkannya sebagai langkah tepat untuk memastikan MCMC terus relevan dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0, perkembangan ekonomi digital dan kemajuan teknologi masa depan.

Beliau berkata, pindaan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh fungsi badan pengawal selia komunikasi negara agar lebih bersedia menghadapi perubahan landskap digital yang semakin pesat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/16/cabaran-geografi-sabah-sarawak-perlu-diambil-kira-dalam-dasar-telekomunikasi-matbali/feed/ 0 99966
MCMC pelawa penyertaan projek kabel dasar laut SALAM https://sabahmedia.com/2026/07/16/mcmc-pelawa-penyertaan-projek-kabel-dasar-laut-salam/ https://sabahmedia.com/2026/07/16/mcmc-pelawa-penyertaan-projek-kabel-dasar-laut-salam/#respond Thu, 16 Jul 2026 05:58:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99959
Read Time:1 Minute, 25 Second

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempelawa semua pemegang lesen yang layak mengemukakan draf pelan bagi pelaksanaan inisiatif Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM), projek strategik nasional di bawah rangka kerja Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) untuk memperkukuh infrastruktur digital negara.

MCMC dalam kenyataannya berkata, inisiatif itu akan membangunkan sistem kabel dasar laut baharu yang menghubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan rangkaian komunikasi domestik yang lebih kukuh, berdaya tahan dan mempunyai kepelbagaian laluan.

Menurut kenyataan itu, projek berkenaan akan meningkatkan kapasiti rangkaian, memperkukuh kesinambungan perkhidmatan serta mengurangkan risiko gangguan komunikasi di seluruh negara.

Sistem kabel dasar laut merupakan tulang belakang komunikasi digital moden yang membawa sebahagian besar trafik data domestik dan antarabangsa.

Justeru, pengukuhan infrastruktur ini penting bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan digital berkelajuan tinggi.

Sistem SALAM akan merangkumi 10 Stesen Pendaratan Kabel (Cable Landing Station, CLS) yang dihubungkan melalui empat segmen kabel dasar laut dengan anggaran panjang keseluruhan kira-kira 5,582 kilometer.

Rangkaian itu akan menyediakan laluan komunikasi yang lebih pelbagai bagi meningkatkan keupayaan sandaran rangkaian (network redundancy), sekali gus memperkukuh daya tahan sistem komunikasi negara.

Selain mempertingkatkan kesalinghubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, SALAM turut menjadi tulang belakang kepada peluasan perkhidmatan jalur lebar dan rangkaian 5G serta menyokong pembangunan infrastruktur pengkomputeran awan, pusat data, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan industri digital baharu.

MCMC berkata, pelaksanaan projek itu dijangka mempercepat pembangunan ekonomi digital negara, memperluas keterangkuman digital dan memperkukuh daya tahan Malaysia dalam menghadapi keperluan komunikasi masa hadapan.

Sehubungan itu, selaras Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002, MCMC mempelawa semua pemegang lesen yang layak mengemukakan Pendaftaran Minat (Registration of Interest) bersama Draf Pelan Perkhidmatan Sejagat (Draft Universal Service Plan) untuk penilaian.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/16/mcmc-pelawa-penyertaan-projek-kabel-dasar-laut-salam/feed/ 0 99959
MCMC sita hampir 7,000 peranti komunikasi tidak diperakui bernilai RM2.06 juta https://sabahmedia.com/2026/06/30/mcmc-sita-hampir-7000-peranti-komunikasi-tidak-diperakui-bernilai-rm2-06-juta/ https://sabahmedia.com/2026/06/30/mcmc-sita-hampir-7000-peranti-komunikasi-tidak-diperakui-bernilai-rm2-06-juta/#respond Tue, 30 Jun 2026 07:13:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99135
Read Time:1 Minute, 29 Second

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2.06 juta menerusi Ops V380 yang dijalankan pada 24 Jun lalu.

Menerusi kenyataan media MCMC yang dikeluarkan semalam, operasi itu menyasarkan sebuah syarikat yang dipercayai terlibat dalam penjualan serta pemilikan bagi tujuan penjualan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui dan tidak mematuhi piawaian teknikal ditetapkan MCMC.

Antara peralatan yang disita ialah kamera litar tertutup tanpa wayar (wireless CCTV). Turut dirampas bagi membantu siasatan ialah komputer, mesin pencetak, telefon bimbit dan penghala WiFi.

Operasi berkenaan dilaksanakan hasil risikan menerusi kerjasama strategik antara MCMC dan SIRIM QAS International Sdn Bhd selaku agensi pemerakuan berdaftar.

Seramai 44 pegawai terbabit dalam operasi yang dijalankan serentak di sebuah gudang penyimpanan di Klang serta sebuah premis yang dijadikan pejabat urusan dan studio siaran langsung di Johor Bahru.

Siasatan awal mendapati kelengkapan komunikasi terbabit ditawarkan dan dijual menerusi platform e-dagang, termasuk TikTok Shop dan Shopee.

Seramai lapan individu, termasuk pengurus syarikat, pembantu gudang dan hos siaran langsung, telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

MCMC memaklumkan penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui boleh menjejaskan keselamatan pengguna kerana tidak mematuhi piawaian teknikal yang ditetapkan.

Selain berpotensi menjejaskan prestasi dan kebolehpercayaan peranti, penggunaannya juga boleh menyebabkan gangguan kepada rangkaian komunikasi serta menjejaskan kualiti perkhidmatan komunikasi negara.

Kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

MCMC menegaskan akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan, pengedaran dan pemilikan bagi tujuan penjualan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya hanya mendapatkan kelengkapan komunikasi yang telah diperakui bagi menjamin keselamatan pengguna serta mengelakkan risiko gangguan terhadap rangkaian komunikasi negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/30/mcmc-sita-hampir-7000-peranti-komunikasi-tidak-diperakui-bernilai-rm2-06-juta/feed/ 0 99135
MCMC arah tambah baik liputan telekomunikasi di Kg Tinagat https://sabahmedia.com/2026/06/08/mcmc-arah-tambah-baik-liputan-telekomunikasi-di-kg-tinagat/ https://sabahmedia.com/2026/06/08/mcmc-arah-tambah-baik-liputan-telekomunikasi-di-kg-tinagat/#respond Mon, 08 Jun 2026 08:46:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97897
Read Time:1 Minute, 14 Second

TAWAU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti liputan perkhidmatan komunikasi di Kampung Tinagat dekat sini susulan aduan diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, serta penduduk setempat.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, lawatan ke kampung berkenaan telah diadakan baru-baru ini bagi menilai tahap perkhidmatan selular yang disifatkan tidak memuaskan oleh pengguna.

Lawatan itu turut disertai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tinagat, dengan sesi pengujian kualiti liputan dan prestasi perkhidmatan komunikasi dijalankan di tiga lokasi yang dikenal pasti di kawasan tersebut.

Hasil pengujian Wireless Broadband Access Service (WBAS) mendapati dua daripada tiga lokasi ujian gagal memenuhi standard mandatori yang ditetapkan MCMC.

Menurut kenyataan itu, dapatan pengujian berkenaan telah dimaklumkan kepada penyedia perkhidmatan yang terlibat pada 29 Mei lalu untuk tindakan lanjut.

Penyedia perkhidmatan terbabit diberikan tempoh tujuh hari bekerja untuk mengemukakan maklum balas serta pelan tindakan bagi menangani isu yang dikenal pasti.

MCMC memaklumkan notis di bawah Seksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikeluarkan kepada mana-mana penyedia perkhidmatan yang gagal mengemukakan maklum balas dalam tempoh ditetapkan.

Bagi memastikan penambahbaikan dilaksanakan segera, MCMC mengarahkan CelcomDigi mengambil langkah meningkatkan liputan rangkaian serta mengemukakan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang.

Pada masa sama, Maxis diarahkan menjalankan kerja penyelenggaraan di tapak menara telekomunikasi Kampung Tinagat.

MCMC akan terus memantau pelaksanaan langkah penambahbaikan oleh penyedia perkhidmatan bagi memastikan isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan dengan berkesan dan penduduk menikmati perkhidmatan komunikasi yang lebih berkualiti.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/08/mcmc-arah-tambah-baik-liputan-telekomunikasi-di-kg-tinagat/feed/ 0 97897
MCMC, KKM perkukuh sistem kesihatan digital https://sabahmedia.com/2026/05/27/mcmc-kkm-perkukuh-sistem-kesihatan-digital/ https://sabahmedia.com/2026/05/27/mcmc-kkm-perkukuh-sistem-kesihatan-digital/#respond Wed, 27 May 2026 04:37:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97380
Read Time:2 Minute, 39 Second

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempercepat pelaksanaan Inisiatif Ketersambungan Penjagaan Kesihatan Masa Hadapan (Future Healthcare Connectivity Initiative – FHCI) bagi menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih pantas, lancar dan saling terhubung di klinik serta hospital kerajaan di seluruh negara.

Melalui FHCI, Malaysia kini berada pada landasan untuk menjadi antara negara terawal di dunia melaksanakan sistem penjagaan kesihatan awam primer digital bersepadu sepenuhnya menjelang 2027, sekali gus mempercepat sasaran asal yang ditetapkan bagi tahun 2045.

Berteraskan pelaburan ketersambungan nasional menerusi inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), FHCI memanfaatkan infrastruktur digital negara untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan akses rawatan kepada komuniti di seluruh negara, termasuk kawasan luar bandar dan kurang mendapat perkhidmatan.

Inisiatif itu membolehkan fasiliti kesihatan mengakses rekod pesakit dengan lebih cekap, mengurangkan kelewatan pentadbiran serta menyokong penyelarasan rawatan yang lebih baik antara klinik dan hospital.

Langkah berkenaan dijangka meningkatkan pengalaman pesakit secara keseluruhan menerusi tempoh menunggu yang lebih singkat, akses maklumat yang lebih pantas serta kesinambungan rawatan yang lebih lancar.

MCMC berkata, ketika sistem kesihatan global berdepan peningkatan permintaan dan tekanan operasi, FHCI mencerminkan komitmen Malaysia dalam memanfaatkan ketersambungan digital bagi memperkukuh kecekapan, kebolehcapaian dan kelestarian jangka panjang perkhidmatan kesihatan awam negara.

Di bawah inisiatif itu, sistem penjagaan kesihatan digital sedang dilaksanakan di 2,488 fasiliti penjagaan kesihatan primer dan 150 hospital kerajaan di seluruh negara menerusi Sistem Pengurusan Klinik Berasaskan Awan (CCMS) serta ekosistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) bersepadu.

Pelaksanaan EMR oleh KKM di Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan kini mula beroperasi, menjadikan kedua-dua negeri dan wilayah persekutuan itu yang pertama di Malaysia mencapai perkhidmatan penjagaan kesihatan primer digital sepenuhnya.

Menurut MCMC, pencapaian berkenaan dicapai hasil penilaian infrastruktur menyeluruh, kesiapsiagaan ketersambungan serta program pembangunan kapasiti untuk petugas kesihatan.

Sehingga kini, sebanyak 468 fasiliti penjagaan kesihatan primer telah dilengkapi dengan sistem EMR, iaitu peningkatan empat kali ganda dalam tempoh kurang tiga tahun.

Hasil pelaksanaan peringkat awal turut menunjukkan perkembangan positif apabila 81 peratus pesakit kini menerima rawatan dalam tempoh satu jam, sekali gus mengurangkan masa menunggu secara ketara.

Sistem itu juga menyokong lebih 75,000 transaksi pesakit setiap hari, membuktikan sistem digital berhubung mampu memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan di seluruh negara.

Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali berkata, MCMC menjadi pemacu utama usaha memperluas ketersambungan menyeluruh di seluruh negara berlandaskan prinsip “di mana ada jalan, di situ ada internet”.

“Hari ini, asas tersebut membolehkan perkhidmatan kesihatan yang lebih terhubung dan cekap untuk rakyat Malaysia.

“Inisiatif ini memperkukuh asas kepada sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan bagi memenuhi keperluan komuniti di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata, negara kini bergerak ke arah konsep “satu individu, satu rekod” bagi membolehkan maklumat dikongsi secara selamat, tepat dan masa nyata merentasi sistem kesihatan.

“Ini akan membantu mengurangkan masa menunggu, menyokong keputusan klinikal yang lebih pantas serta memastikan pesakit menerima rawatan lebih lancar merentasi klinik dan hospital di seluruh negara,” katanya.

Pelaksanaan FHCI kini diteruskan menerusi penubuhan jawatankuasa pemandu bersama khusus bagi menyelaras pelaksanaan, tadbir urus dan koordinasi antara agensi.

Inisiatif itu dilihat sebagai langkah penting ke arah memperkukuh sistem kesihatan Malaysia yang lebih berhubung, cekap dan mampan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/27/mcmc-kkm-perkukuh-sistem-kesihatan-digital/feed/ 0 97380
MCMC perkukuh kerjasama rentas agensi tangani scam dalam talian https://sabahmedia.com/2026/05/25/mcmc-perkukuh-kerjasama-rentas-agensi-tangani-scam-dalam-talian/ https://sabahmedia.com/2026/05/25/mcmc-perkukuh-kerjasama-rentas-agensi-tangani-scam-dalam-talian/#respond Mon, 25 May 2026 01:21:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97266
Read Time:1 Minute, 35 Second

KUALA LUMPUR: Kementerian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperkukuh usaha membanteras jenayah penipuan dalam talian menerusi penganjuran Inter-Agency Retreat on Combatting Online Scam 2026 yang menghimpunkan pelbagai agensi penguatkuasaan, institusi kewangan dan pemain industri digital negara.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, program berkenaan menjadi platform penting dalam memperkemas tindakan bersepadu bagi menangani ancaman scam yang semakin kompleks dan merentas pelbagai platform digital.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan program berkenaan di The Vertical, Connexion Conference & Event Centre (CCEC), di sini, pada Ahad.

Permukiman selama tiga hari bermula 22 Mei itu dianjurkan MCMC dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara agensi dan pihak berkepentingan yang terlibat termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia (CSM), syarikat telekomunikasi, institusi kewangan, penyedia platform digital serta badan kawal selia dan pemain industri berkaitan.

Sepanjang program itu, pelbagai isu dibincangkan termasuk trend serta modus operandi scam semasa, cabaran penguatkuasaan dan perundangan, penggunaan analitik data selain usaha memperkukuh kesedaran awam secara berterusan.

Fokus turut diberikan kepada pengukuhan kerjasama antara agensi dan industri dalam menangani penyalahgunaan saluran komunikasi serta platform digital seperti panggilan dan SMS penipuan, pautan memudaratkan, penyalahgunaan nombor telefon, akaun bank keldai, penipuan pelaburan dan tawaran pinjaman tidak wujud.

Dalam majlis sama, Fahmi turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara MCMC yang diwakili Pengarah Urusannya, Abdul Karim Fakir Ali dengan Global Anti-Scam Alliance (GASA) yang diwakili Penasihat Asia Tenggara, Rajeshpal Singh Sandhu.

MoU berkenaan bertujuan memperluas kerjasama antarabangsa dalam usaha memerangi penipuan dalam talian menerusi perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik, pembangunan kapasiti, advokasi serta pemerkasaan kesedaran awam berkaitan ancaman scam digital.

Kerjasama itu turut mencerminkan komitmen berterusan MCMC dalam memperkukuh keupayaan negara menangani ancaman penipuan dalam talian selain menyokong usaha kerajaan membina ekosistem digital yang lebih selamat, dipercayai dan berdaya tahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/25/mcmc-perkukuh-kerjasama-rentas-agensi-tangani-scam-dalam-talian/feed/ 0 97266
MCMC siasat individu sebar berita palsu diesel ke Filipina https://sabahmedia.com/2026/04/15/mcmc-siasat-individu-sebar-berita-palsu-diesel-ke-filipina/ https://sabahmedia.com/2026/04/15/mcmc-siasat-individu-sebar-berita-palsu-diesel-ke-filipina/#respond Wed, 15 Apr 2026 01:21:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94895
Read Time:1 Minute, 6 Second

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berkaitan dakwaan pembekalan kira-kira 329,000 tong bahan api diesel ke Filipina.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan mendapati diesel berkenaan adalah milik syarikat perdagangan Vitol dan bukannya milik Petronas atau Kerajaan Malaysia.

Menurutnya, peranti komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut turut disita bagi membantu siasatan lanjut.

Setakat 14 April lalu, sebanyak 47 kertas siasatan telah dibuka melibatkan penyebaran berita palsu berkaitan krisis tenaga global di platform media sosial dan digital susulan konflik di Asia Barat.

“MCMC sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas semua kes terbabit,” menurut kenyataan itu.

Antara kandungan tidak benar yang dikesan tular termasuk dakwaan kenaikan harga bahan api melebihi pengumuman sebenar, peningkatan tarif elektrik, kapal Malaysia di Selat Hormuz membayar tol kepada Iran, pemberian subsidi BUDI95 kepada warga Singapura, serta penghantaran diesel milik Vitol ke Filipina yang didakwa sebagai milik Malaysia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC menegaskan, pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform digital yang bertujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/15/mcmc-siasat-individu-sebar-berita-palsu-diesel-ke-filipina/feed/ 0 94895
X gagal laksana langkah perlindungan, MCMC arah sekatan sementara ke atas Grok https://sabahmedia.com/2026/01/11/x-gagal-laksana-langkah-perlindungan-mcmc-amarah-sekatan-sementara-ke-atas-grok/ https://sabahmedia.com/2026/01/11/x-gagal-laksana-langkah-perlindungan-mcmc-amarah-sekatan-sementara-ke-atas-grok/#respond Sun, 11 Jan 2026 09:37:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89543
Read Time:1 Minute, 24 Second

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kecerdasan buatan (AI) Grok kepada pengguna di Malaysia, berkuat kuasa mulai hari ini (11 Jan).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Komunikasi Korporat MCMC hari ini, tindakan tersebut diambil susulan kegagalan X Corp. dan xAI LLC melaksanakan langkah perlindungan berkesan bagi menghalang penyalahgunaan Grok dalam menjana kandungan lucah, seksual eksplisit, tidak senonoh melampau serta imej manipulasi tanpa persetujuan, termasuk yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Menurut MCMC, penyalahgunaan itu berterusan walaupun libat urus kawal selia telah dilaksanakan dan notis rasmi dikeluarkan kepada X Corp. dan xAI LLC masing-masing pada 3 dan 8 Januari 2026.

Notis berkenaan menuntut pelaksanaan langkah perlindungan teknikal serta sistem penyeliaan kandungan yang berkesan bagi mencegah kandungan janaan AI yang berpotensi melanggar undang-undang Malaysia, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, maklum balas yang diterima daripada X Corp. pada 7 dan 9 Januari 2026 didapati hanya memberi tumpuan kepada mekanisme pelaporan oleh pengguna dan gagal menangani risiko sedia ada berpunca daripada reka bentuk serta pengoperasian alat AI berkenaan.

“MCMC mendapati pendekatan tersebut tidak memadai untuk mencegah kemudaratan serta memastikan pematuhan kepada undang-undang negara,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, sekatan sementara dikenakan sebagai langkah pencegahan wajar sementara proses perundangan dan kawal selia masih berjalan. Akses kepada Grok akan kekal disekat sehingga langkah perlindungan yang berkesan dapat dibuktikan, khususnya dalam melindungi wanita dan kanak-kanak.

MCMC turut memaklumkan pihaknya kekal terbuka untuk libat urus dengan X Corp. dan xAI LLC, tertakluk kepada pematuhan yang dapat dibuktikan terhadap undang-undang Malaysia.

Orang awam digesa melaporkan sebarang kandungan dalam talian yang memudaratkan kepada MCMC dengan segera dan, jika perlu, membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/11/x-gagal-laksana-langkah-perlindungan-mcmc-amarah-sekatan-sementara-ke-atas-grok/feed/ 0 89543
Salah guna AI hasilkan kandungan memudaratkan satu kesalahan – MCMC https://sabahmedia.com/2026/01/03/salah-guna-ai-hasilkan-kandungan-memudaratkan-satu-kesalahan-mcmc/ https://sabahmedia.com/2026/01/03/salah-guna-ai-hasilkan-kandungan-memudaratkan-satu-kesalahan-mcmc/#respond Sat, 03 Jan 2026 11:57:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89166
Read Time:1 Minute, 20 Second

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius aduan orang awam berhubung penyalahgunaan alat kecerdasan buatan (AI) di platform X, termasuk penggunaan teknologi itu bagi menghasilkan kandungan memudaratkan.

Menerusi kenyataan media hari ini, MCMC memaklumkan antara aduan diterima melibatkan manipulasi imej wanita dan kanak-kanak menggunakan AI bagi menghasilkan kandungan tidak senonoh, jelik melampau atau memudaratkan.

Menurut MCMC, penghasilan atau penyebaran kandungan sedemikian merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM), yang melarang penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi untuk menghantar kandungan jelik melampau, lucah atau sumbang.

Sehubungan itu, MCMC akan memulakan siasatan terhadap pengguna platform X yang disyaki melanggar peruntukan AKM.

MCMC turut menjelaskan bahawa dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), platform dalam talian serta penyedia perkhidmatan berlesen diwajibkan mengambil langkah pencegahan bagi menghalang penyebaran kandungan memudaratkan, termasuk kandungan lucah, tidak senonoh dan bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Walaupun X bukan penyedia perkhidmatan berlesen buat masa ini, MCMC menegaskan platform tersebut tetap tertakluk kepada piawaian keselamatan dalam talian di Malaysia dan bertanggungjawab mencegah penyebaran kandungan memudaratkan.

Menurut kenyataan itu lagi, MCMC sedang menyiasat kemudaratan dalam talian yang berlaku di platform X dan akan memanggil wakil platform berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Dalam pada itu, MCMC menggesa semua platform yang boleh diakses di Malaysia supaya melaksanakan langkah perlindungan selaras dengan undang-undang negara serta piawaian keselamatan dalam talian, khususnya melibatkan fungsi AI, chatbot dan aplikasi manipulasi imej.

Orang ramai dan mangsa turut dinasihatkan agar melaporkan sebarang kandungan memudaratkan kepada platform berkaitan serta membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC, termasuk melalui portal aduan dalam talian MCMC.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/03/salah-guna-ai-hasilkan-kandungan-memudaratkan-satu-kesalahan-mcmc/feed/ 0 89166
ONSA mula dikuatkuasakan bermula hari ini, tingkat keselamatan dalam talian https://sabahmedia.com/2026/01/01/onsa-mula-dikuatkuasakan-bermula-hari-ini-tingkat-keselamatan-dalam-talian/ https://sabahmedia.com/2026/01/01/onsa-mula-dikuatkuasakan-bermula-hari-ini-tingkat-keselamatan-dalam-talian/#respond Thu, 01 Jan 2026 04:12:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89053
Read Time:1 Minute, 20 Second

CYBERJAYA :  Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang menggariskan kerangka perundangan bagi meningkatkan keselamatan dalam talian serta memperkukuh perlindungan terhadap pengguna, khususnya kanak-kanak dan keluarga mula dikuatkuasakan bermula hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan memaklumkan, ONSA menetapkan tanggungjawab dan kewajipan ke atas pemberi perkhidmatan berlesen untuk menangani kemudaratan dalam talian.

Ini termasuk pelaksanaan langkah keselamatan mengikut tahap risiko, perlindungan khusus untuk kanak-kanak serta mekanisme pelaporan dan bantuan kepada pengguna.

Menurut MCMC, ONSA terpakai terhadap pemberi perkhidmatan yang memegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP), atau lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP), atau lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian (NSP), di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

MCMC turut memaklumkan bahawa peruntukan ‘deeming’ di bawah seksyen 46A, AKM 1998 berkuat kuasa hari ini. 

Berikutan itu, semua platform media sosial yang memenuhi kriteria pelesenan akan tertakluk di bawah kerangka pelesenan sedia ada dan perlu mematuhi undang-undang Malaysia, termasuk ONSA.

Secara keseluruhan, langkah-langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan kawal selia yang berstruktur dan berperingkat bagi memastikan platform dalam talian berskala besar yang beroperasi di Malaysia tertakluk kepada pengawasan dan akauntabiliti yang bersesuaian.

Seiring dengan perkembangan ekosistem dalam talian di Malaysia, MCMC kekal komited untuk bekerjasama dengan pemberi perkhidmatan, ibu bapa dan pendidik, agensi penguatkuasaan undang-undang, pertubuhan masyarakat sivil serta komuniti secara menyeluruh bagi menyokong persekitaran dalam talian yang lebih selamat untuk semua pengguna, khususnya kanak-kanak dan keluarga.

Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-releases/faq-the-online-safety-act-2025-onsa. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/01/onsa-mula-dikuatkuasakan-bermula-hari-ini-tingkat-keselamatan-dalam-talian/feed/ 0 89053