media arus perdana – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Jun 2025 10:50:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png media arus perdana – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masyarakat perlu akses maklumat sahih, media arus perdana tidak boleh diganti https://sabahmedia.com/2025/06/30/masyarakat-perlu-akses-maklumat-sahih-media-arus-perdana-tidak-boleh-diganti/ https://sabahmedia.com/2025/06/30/masyarakat-perlu-akses-maklumat-sahih-media-arus-perdana-tidak-boleh-diganti/#respond Mon, 30 Jun 2025 10:50:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76428
Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh Forieta Diet

KOTA KINABALU: Masyarakat perlu diberikan akses kepada maklumat yang sahih dan berwibawa, yang disampaikan dalam konteks yang betul, dan di sinilah media arus perdana memainkan peranan yang tidak boleh digantikan, tegas Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mariah Doksil.

Mariah menekankan bahawa media arus perdana masih menjadi benteng utama dalam memastikan laporan yang adil, tepat dan seimbang, khususnya dalam menghadapi cabaran penyebaran berita palsu dan separuh benar yang semakin berleluasa di pelbagai platform media sosial.

“Dalam era digital ini, cabaran kita bukan sahaja menyesuaikan diri dengan teknologi baharu tetapi juga memastikan wartawan terus mengekalkan ketepatan fakta, jiwa dan empati dalam setiap laporan,” katanya ketika berucap di Majlis Kinabalu Press Awards (KPA) yang berlangsung semalam di Magellan, di sini.

Beliau turut mengingatkan agar wartawan tidak terlalu bergantung kepada kecerdasan buatan (AI) dalam penulisan berita kerana ia masih mempunyai had terutama apabila melibatkan topik kompleks.

Mariah turut berkongsi rancangan untuk meningkatkan nilai hadiah bagi setiap kategori dalam Kinabalu Press Awards pada tahun hadapan sebagai penghargaan lebih bermakna kepada para pemenang.

Selain itu, beliau menyeru agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan cadangan Persatuan Wartawan Sabah untuk menjalin perkongsian pintar dengan organisasi media, termasuk melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC), bagi melestarikan industri media tempatan yang kini menghadapi pelbagai cabaran.

Pada kesempatan itu juga, Mariah mengucapkan tahniah kepada wartawan veteran, Datuk Emin Madi yang dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK), serta 18 lagi pengamal media yang menerima darjah kebesaran negeri.

Majlis anugerah itu menerima sebanyak 268 penyertaan yang telah dinilai oleh panel juri profesional di bawah seliaan Malaysian Press Institute (MPI).

Dalam majlis itu, SJA mengiktiraf dedikasi dan sumbangan Chan Kang Yuan, 90, dalam bidang kewartawanan dengan menganugerahkan gelaran Tokoh Wartawan Sabah sebagai penghormatan atas pengorbanan dan profesionalisme beliau

Beliau telah berkhidmat selama enam dekad sejak era pemerintahan kolonial British di Borneo Utara hingga pembentukan Malaysia dan seterusnya. Bermula sebagai penulis salinan pada 1958, beliau pernah menjadi ketua editor beberapa akhbar utama termasuk Borneo Times, Sandakan Jit Pao, Merdeka Daily News, Sabah Shi Pao dan Asia Times sebelum bersara pada 2021.

Chan dikenang kerana keberaniannya mempertahankan laporan berita yang tepat dan beretika, termasuk semasa beliau ditahan 18 bulan di bawah ISA selepas rusuhan 13 Mei 1969 kerana melanggar penapisan berita.

Turut hadir Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Nor dan Penasihat SJA Datuk Muguntan Vanar.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/30/masyarakat-perlu-akses-maklumat-sahih-media-arus-perdana-tidak-boleh-diganti/feed/ 0 76428
Kerajaan iktiraf peranan media arus perdana https://sabahmedia.com/2022/12/18/kerajaan-iktiraf-peranan-media-arus-perdana/ https://sabahmedia.com/2022/12/18/kerajaan-iktiraf-peranan-media-arus-perdana/#respond Sun, 18 Dec 2022 15:47:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26524
Read Time:2 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf peranan pengamal media arus perdana sebagai salah satu rakan penting dalam membantu menyebarkan dasar dan
pembangunan kerajaan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia kerana mereka adalah jambatan untuk menyampaikan maklumat dan dasar oleh kerajaan kepada rakyat.

“Oleh itu adalah sangat penting bahawa melalui kerja pengamal media, maklumat sahih dikongsi dengan orang ramai. Kewartawanan yang baik memainkan peranan penting dalam masyarakat.

“Anda mampu mempengaruhi pemikiran rakyat melalui laporan, mengubah pandangan rakyat, malah mengubah landskap sosial dan politik sesebuah negara. Justeru, wartawan perlu membuat laporan dengan bijak, bertanggungjawab dan profesional,” katanya ketika merasmikan Anugerah Kewartawanan Kinabalu 2022 di Grand Ballroom Pacific Sutera di sini, pada Ahad.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Anugerah Kewartawanan tahun ini yang bertemakan “Forward in the Digital Age” adalah simbolik kepada kesungguhan pengamal media dalam menyalurkan berita yang tepat, benar dan cepat ketika berhadapan dengan dunia digital yang sangat mencabar pada masa ini, kata Ketua Menteri.

“Dengan limpahan maklumat yang berada di hujung jari ketika ini, masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam mencari maklumat yang benar.

“Dalam hal ini, pengamal media adalah tiang yang akan menyokong kepada semua rasa tanggungjawab ini dengan berita yang tepat, benar dan cepat,” katanya.

Hajiji berkata, berita mengenai inisiatif dan dasar yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri melalui Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya begitu mudah dicari bukan saja disiarkan menerusi media massa atau elektronik malah melalui Internet.

“Semua ini adalah berkat daripada usaha anda menyalurkan berita kepada orang awam. Kerajaan negeri sentiasa komited dalam menjayakan agenda pembangunan negeri ini.

“Hala Tuju Sabah Maju Jaya adalah komitmen kami untuk membangunkan negeri demi kebaikan rakyat. Justeru, kami ingin supaya pihak media meneruskan peranannya dalam melaporkan agenda pembangunan kerajaan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berharap arus pemodenan tidak akan menyanggah prinsip asas pemberitaan dan berita yang ditulis mesti berpaksikan fakta serta adil kepada subjek yang ditulis.

“Saya percaya biar secanggih mana pun teknologi yang digunakan dalam dunia kewartawanan baik di media cetak, elektronik mahu pun portal-portal berita, etika serta
tanggungjawab anda sebagai wartawan tidak pernah berubah,” katanya.

“Kini kita diambang menyambut tahun 2023. Tahun 2022 yang akan kita tinggalkan telah membawa banyak kejayaan yang turut disiarkan dalam semua media di negeri ini.

“Saya berharap usaha yang baik ini akan diteruskan sekali gus peranan anda semua turut menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri ini. Syabas kepada wartawan dan pengamal media yang begitu banyak membantu pembangunan negeri, sesungguhnya kerajaan amat menghargainya,” katanya.

Katanya, Anugerah Kewartawanan Kinabalu adalah platform yang disediakan dalam usaha mengiktiraf karya-karya kewartawanan dan sumbangan para wartawan terhadap
isu-isu pembangunan, kemajuan sosio ekonomi serta melaporkan rungutan rakyat.

“Kepada para pemenang pada malam ini, saya mengucapkan tahniah di atas anugerah
yang akan diterima. Ini adalah satu pengiktirafan tinggi kepada para pengamal media di Sabah.

“Dengan penyertaan sebanyak 270 dari pelbagai kategori dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina, saya melihat penganjuran KPA ini terus relevan
dalam memberikan penganugerahan kepada pengamal media di negeri ini,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga mantan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Joniston Bangkuai dan Presiden, Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/18/kerajaan-iktiraf-peranan-media-arus-perdana/feed/ 0 26524