Mekanisme 40 peeatus – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Jan 2024 09:40:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mekanisme 40 peeatus – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Cadangan mekanisme pembayaran 40% dikemukakan kepada Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2024/01/09/cadangan-mekanisme-pembayaran-40-dikemukakan-kepada-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2024/01/09/cadangan-mekanisme-pembayaran-40-dikemukakan-kepada-ketua-menteri/#respond Tue, 09 Jan 2024 09:39:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47739
Read Time:36 Second

Kota Kinabalu: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick pagi tadi mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini.

Dalam pertemuan tersebut, Ewon telah mengemukakan cadangan mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip di Sabah sepertimana termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut ditemani oleh Setiausaha Agung UPKO Datuk Nelson Angang, Ketua Pemuda Felix Joseph Saang dan Timbalan Ketua Penerangan Rowindy Lawrence.

Sebelum ini, Ewon telah mengadakan satu perbincangan meja bulat yang dihadiri oleh mereka yang mempunyai profesion dan kepakaran dalam isu ini pada 19 Disember tahun lepas berkenaan cadangan mekanisme tersebut.

Mekanisme tersebut perlu dimuktamadkan menjelang Julai tahun ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/09/cadangan-mekanisme-pembayaran-40-dikemukakan-kepada-ketua-menteri/feed/ 0 47739