melaka united – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 06 Apr 2022 08:42:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png melaka united – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kekalkan prestasi kemenangan – Kim Swee https://sabahmedia.com/2022/04/06/kekalkan-prestasi-kemenangan-kim-swee/ https://sabahmedia.com/2022/04/06/kekalkan-prestasi-kemenangan-kim-swee/#respond Wed, 06 Apr 2022 08:42:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13984
Read Time:2 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mahu para pemainnya terus mengekalkan prestasi cemerlang apabila menentang Sarawak United FC di Stadium Negeri Kuching pada Ahad ini.

Katanya, beliau gembira apabila semua pemain dapat mengekalkan prestasi terbaik selain mencipta kemenangan di gelanggang lawan malam tadi menewaskan Melaka FC 1-0 di Stadium Hang Jebat.

Menurutnya, meskipun mengharungi perlawanan dalam bulan Ramadan namun mereka masih dapat menunjukkan mutu permainan yang berkualiti tinggi.

“Pertama saya ingin lihat tahap kecergasan pemain selepas perlawanan malam tadi. Kita masih mempunyai baki empat hari sebelum menentang pasukan Sarawak United disamping memikirkan faktor penerbangan yang menyebabkan pemain akan mengalami keletihan.

“Mereka berpuasa pada siang hari tetapi tetap memberikan sepenuh komitmen. Ini penting untuk kita meneruskan rentak mencapai keputusan positif ketika bertemu Sarawak atau mana-mana perlawanan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan menentang Melaka United FC malam tadi.

Mengulas mengenai tahap kecergasan pemain Sabah FC Kim Swee berkata, ketika ini beliau memiliki 25 pemain bersedia menggalas tugas untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama sekiranya beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan akibat faktor kecerderaan.

“Apa yang penting mereka harus bersiap sedia serta mengekalkan tahap kecergasan ketika berpuasa. Faktor mengamalkan permakanan juga perlu diutamakan kerana jika tidak, sudah tentu akan mengganggu tahap persembahan untuk bermain dalam tempoh selama 90 minit,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuan malam tadi Kim Swee berkata, beliau berpuashati sambil memuji komitmen tinggi anak buahnya apabila berjaya mengutip tiga mata pertama ketika bermain di laman lawan.

“Kita tahu pasukan Melaka United FC adalah satu pasukan yang baik sekali gus dapat dilihat pada separuh masa pertama mereka sentiasa memberi tekanan. Pada masa sama Sabah FC juga melepaskan beberapa peluang keemasan namun tidak berjaya disempurnakan sehingga keadaan itu berlarutan sehingga separuh masa kedua,” katanya.

Pada separuh masa pertama dan kedua, Melaka United FC seringkali melakukan penggantian beberapa pemain sekali gus memperlihatkan pasukan tuan rumah memberikan satu tentangan cukup sengit dalam pertemuan malam tadi.

“Kita menurunkan lima pemain import…Secara keseluruhan ini bukan melibatkan secara individu kerana fokus utama adalah untuk melihatkan kita berjaya menewaskan pasukan Melaka ketika mereka memerlukan kemenangan pertama di laman sendiri,” katanya.

Secara keseluruhan Kim Swee berpuas hati kepada tahap mutu persembahan anak buahnya kerana menunjukkan semangat kerja secara berpasukan selain turut mempamerkan kualiti pada tahap yang sangat memberangsangkan.

“Secara keseluruhan semua pemain sudah melakukan tugas yang diarahkan selain beberapa pemain lain juga dilihat memberikan persembahan ataupun komitmen sangat baik.

“Kita percaya di dalam bola sepak bukan hanya bergantung kepada satu atau dua orang…Malah untuk memenangkan pasukan, komitmen semua pemain sangat dituntut sekali gus menuntut mereka untuk bersiap sedia mencapai keputusan positif menentang Sarawak United pada 10 April ini nanti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/06/kekalkan-prestasi-kemenangan-kim-swee/feed/ 0 13984
Sabah FC Lakukan Perubahan Pemain, Sedia Hadapi Liga Malaysia Musim Depan https://sabahmedia.com/2021/11/19/sabah-fc-lakukan-perubahan-pemain-sedia-hadapi-liga-malaysia-musim-depan/ https://sabahmedia.com/2021/11/19/sabah-fc-lakukan-perubahan-pemain-sedia-hadapi-liga-malaysia-musim-depan/#respond Fri, 19 Nov 2021 04:08:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8603
Read Time:1 Minute, 30 Second

MELAKA : Sabah FC dijangka akan melakukan perubahan barisan pemain skuad Badak bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau turut yakin mampu menampilkan pasukan yang lebih baik berdasarkan kepada pengalaman yang diperolehi pemain muda yang turut beraksi sepanjang aksi Piala Malaysia musim ini.

“Setiap pasukan akan ada perubahan namun terpulang kepada kemampuan kita, kita harus tahu berbelanja mengikut bajet yang ada.

“Untuk merubah seluruh pasukan saya rasa itu tidak akan menepati bajet kita, pertukaran dan perubahan barisan pemain mungkin akan berlaku musim depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2021 bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat disini semalam.

Kim Swee berkata, barisan pemain sedia ada turut memberi segala kerjasama yang baik apabila beliau mengambil alih tugas sebagai pengendali skuad Badak.

Katanya, para pemain juga cuba untuk memberikan yang terbaik dari segi persiapan latihan dan perancangan sepanjang beliau mengambil alih pasukan Sabah FC.

“Apabila saya mengambil alih Sabah FC, para pemain muda mengambil peluang dan ini pasti membantu mereka daripada segi kematangan mereka pada tahun depan.

“Dalam saingan Piala Malaysia musim ini, kita bermain dengan pasukan-pasukan yang berkualiti terutama JDT, Melaka United, PJ City dan ini memberi satu pengalaman yang sukar didapati.

“Pemain-pemain muda terutama dalam saingan Piala Malaysia ini mereka telah mendapat sesuatu pengalaman dan saya percaya pada tahun hadapan mereka akan bertambah matang, disitu kita mampu merubah skrip pada tahun hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas kekalahan Sabah FC dalam aksi malam tadi, Kim Swee berkata, gol pertama Melaka United yang membolosi gawang pasukannya seawal minit ketiga perlawanan merosakkan keseluruhan perancangan Sabah FC.

Pada masa sama, beliau turut mengakui pasukan Melaka United berasa pada tahap yang cukup baik dan berkualiti terutama dengan kehadiran pemain import berpengalaman mereka yang sukar ditandingi pemain Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/19/sabah-fc-lakukan-perubahan-pemain-sedia-hadapi-liga-malaysia-musim-depan/feed/ 0 8603
Sabah FC Gagal Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia https://sabahmedia.com/2021/11/18/sabah-fc-gagal-layak-ke-separuh-akhir-piala-malaysia/ https://sabahmedia.com/2021/11/18/sabah-fc-gagal-layak-ke-separuh-akhir-piala-malaysia/#respond Thu, 18 Nov 2021 15:25:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8600
Read Time:57 Second

MELAKA : Sabah FC gagal melayakkan diri ke separuh akhir saingan Piala Malaysia 2021 selepas kecundang kepada Melaka United dengan jaringan 2-1 pada aksi pusingan kedua suku akhir di Stadium Hang Jebat disini malam ini.

Kemenangan Melaka United itu sekali gus melayakkan mereka ke peringkat separuh akhir dengan agregat 3-1 dimana turut berjaya menundukkan skuad Badak 1-0 di Stadium Likas Ahad lalu.

Sebaik sepak mula, tuan rumah tidak mengambil masa yang lama untuk mendahului perlawanan apabila berjaya menjaringan gol pertama menerusi Adriano Aparecido Narcizo pada minit ke-3 hasil rembatan kaki kiri cantik yang berjaya melepasi jangkauan penjaga gol Sabah FC, Rozaimie Rohim.

Babak kedua bermula dengan pasukan Melaka United menambah lagi jaringan kedua membolehkan pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan mengesahkan kemenangan menerusi jaringan pemain import Sony Norde pada minit ke-77 dalam kotak penalti.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dilihat yang dilihat tidak banyak melakukan serangan sepanjang permainan.

Bagaimanapun, skuad Badak berjaya memperolehi gol tunggal menerusi sepakan penalti Risto Mitrevski di masa tambahan perlawanan bagi menjadikan kedudukan 2-1.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menamatkan perjuangan Sabah FC dalam saingan Piala Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/18/sabah-fc-gagal-layak-ke-separuh-akhir-piala-malaysia/feed/ 0 8600
Manfaatkan 90 Minit Untuk Pastikan Layak Ke Separuh Akhir – Kim Swee https://sabahmedia.com/2021/11/18/manfaatkan-90-minit-untuk-pastikan-layak-ke-separuh-akhir-kim-swee/ https://sabahmedia.com/2021/11/18/manfaatkan-90-minit-untuk-pastikan-layak-ke-separuh-akhir-kim-swee/#respond Wed, 17 Nov 2021 23:19:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8561
Read Time:51 Second

MELAKA: Skuad Badak masih mempunyai peluang 90 minit untuk layak ke separuh akhir sekiranya mampu menewaskan Melaka United FC (MUFC) di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee yakin pihak lawan kini lebih tertekan berbanding pasukannya kerana mereka bermain di tempat sendiri.

“Saya jangkakan saingan sengit akan berlaku dan percaya ini memberi lebih tekanan kepada Melaka United..

“Jika kita berjaya menjaringkan gol ini akan meletakkan tekanan kepada Melaka. Peluang masih terbuka kita mempunyai 90 minit ataupun 120 minit untuk bertarung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media disini semalam.

Kim Swee berkata apa yang penting semua perlu bermain mengikut apa yang sudah dirancang sekali gus berharap semua pemain bersiap sedia walaupun sesiapa yang diturunkan pada perlawanan malam ini.

“Game plan amat mudah bagi saya. Kita tewas 1 – 0 di Stadium Likas…Sabah FC perlukan gol untuk layak.

“Jadi perancangan untuk esok…Kita perlu mendapatkan gol tetapi pada masa sama kita tidak harus terburu-buru dan perlu memastikan kita tidak dibolosi malam esok(malam ini),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/18/manfaatkan-90-minit-untuk-pastikan-layak-ke-separuh-akhir-kim-swee/feed/ 0 8561
Kehilangan Fokus Punca Sabah FC Tewas Tipis https://sabahmedia.com/2021/11/15/kehilangan-fokus-punca-sabah-fc-tewas-tipis/ https://sabahmedia.com/2021/11/15/kehilangan-fokus-punca-sabah-fc-tewas-tipis/#respond Mon, 15 Nov 2021 03:57:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8478
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU : Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengakui anak buahnya kehilangan fokus mengakibatkan pasukannya tewas tipis kepada Melaka United pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia yang berkesudahan 1-0 di Stadium Likas malam tadi.

Kim Swee berkata, para pemain dilihat tidak bermain dengan baik terutama sepanjang 20 minit pertama perlawanan.

“Sudah tentu ini bukan keputusan yang baik untuk kita dimana 20 minit pertama kita tidak bermain dengan baik, pertahanan juga sama.

“Pada separuh masa kedua kita hilang fokus di mana kita membenarkan larian-larian penting iaitu di bahagian tengah dan kita dibolosi dengan satu gol,”katanya dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Hasrat Sabah FC untuk mengekalkan momentum kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir aksi Kumpulan D sebelum ini tidak tercapai apabila dibolosi pasukan pelawat menerusi jaringan pemain import Melaka United Sony Norde pada minit ke-52.

Namun, Kim Swee tetap memuji persembahan anak buahnya yang cukup baik terutama dengan kemampuan mereka untuk terus bertahan walaupun berdepan dengan pemain berkualiti dari Melaka khususnya pemain import.

Katanya, kehadiran pemain-pemain muda dalam skuadnya yang dilihat belum mempunyai banyak pengalaman berjaya membuktikan mampu bermain dengan baik walaupun berdepan pemain lebih berpengalaman.

“Secara keseluruhan, saya percaya pemain memberikan persembahan yang cukup baik kerana dapat bertahan sedangkan kita tahu pasukan Melaka mempunyai ramai pemain yang berkualiti terutama pemain import mereka.

“Namun, apa yang positif bagi saya adalah pemain muda yang kita turunkan seperti Gerald Gadit, Hanafie Tokyo dan Mohd Sahrizan Saidin, mereka membuktikan boleh bersaing dengan pemain yang cukup berkualiti namun kita tidak mendapat keputusan yang dikehendaki,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata, Sabah FC perlu mendapatkan gol dan mencipta kemenangan pada perlawanan timbal balik di Melaka pada Khamis ini.

“Usaha kita masih belum berakhir dan apa saja boleh berlaku dan saya percaya dengan percaturan yang betul kita mampu mengejutkan Melaka United di Melaka nanti.

“Perancangan utama adalah untuk mendapatkan gol kerana tanpa gol kita akan terkeluar. Apabila kita mendapat gol, saya percaya ini akan memberi tekanan kepada Melaka.

“Namun, kita juga perlu berhati-hati kerana Melaka juga pasti akan mengubah corak permainan. Pada masa sama kita tidak boleh terburu-buru, tujuan utama kita adalah mendapatkan gol apabila di Melaka nanti,” katanya.

Sabah FC akan berlepas awal ke Kuala Lumpur hari ini untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana sebagai persediaan bertemu Melaka United.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/15/kehilangan-fokus-punca-sabah-fc-tewas-tipis/feed/ 0 8478
Melaka United Tewaskan Sabah FC Di Likas https://sabahmedia.com/2021/11/14/melaka-united-tewaskan-sabah-fc-di-likas/ https://sabahmedia.com/2021/11/14/melaka-united-tewaskan-sabah-fc-di-likas/#respond Sun, 14 Nov 2021 15:04:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8468
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas tipis 0-1 kepada Melaka United pada saingan suku akhir pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Likas malam ini.

Pasukan pelawat dilihat lebih banyak mengawal permainan dan membuat serangan pada separuh masa pertama namun gagal memperoleh sebarang gol.

Meskipun dibarisi beberapa pemain muda, skuad yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee itu terus memberi saingan kepada pasukan pelawat yang turut disaksikan hampir 7,213 penyokong tuan rumah.

Sabah FC dilihat tidak banyak membuat serangan bahaya pada separuh masa pertama namun berusaha untuk memperoleh gol penyamaan pada separuh masa kedua selepas pasukan pelawat berjaya mendahului jaringan gol menerusi penyerang import mereka Sony Norde, pada minit ke-52.

Gol pelawat jaringan Sony itu adalah hasil rembatan cantik dari dalam kotak penalti yang terus menewaskan penjaga gol Sabah FC, Rozaimie Rohim.

Sabah FC akan bertemu Melaka United sekali lagi pada pusingan kedua suku akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka, Khamis depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/14/melaka-united-tewaskan-sabah-fc-di-likas/feed/ 0 8468
Skuad Badak Perlu Kekalkan Momentum Kemenangan – Kim Swee https://sabahmedia.com/2021/11/13/skuad-badak-perlu-kekalkan-momentum-kemenangan-kim-swee/ https://sabahmedia.com/2021/11/13/skuad-badak-perlu-kekalkan-momentum-kemenangan-kim-swee/#respond Sat, 13 Nov 2021 12:13:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8437
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC menaruh harapan mengekalkan momentum kemenangan menewaskan Melaka United FC (MUFC) dalam perlawanan suku akhir pusingan pertama di Stadium Likas malam esok.

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata pastinya perlawanan malam esok berbeza berbanding sebelum ini ketika Sabah FC mencapai dua kemenangan berturut-turut.

“Saya percaya Melaka merupakan satu pasukan yang cukup baik, terutama prestasi mereka pada saingan Piala Malaysia peringkat kumpulan.

“Mereka menewaskan pasukan Kedah….Saya jangkakan ini merupakan satu lagi cabaran yang harus ditempuhi. Kita tuntut sikap positif daripada semua pemain ketika bertemu PJ City FC dan juga Kelantan FC minggu lalu.

“Kita yakin mempunyai harapan untuk mendapatkan keputusan yang positif menjelang perlawanan malam esok,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Kim Swee berkata sudah tentu kelebihan bermain di tempat sendiri pada pusingan pertama akan dimanfaatkan sepenuhnya sekaligus mencatatkan keputusan positif.

“Kita perlu mengelak daripada melakukan kesilapan sama dalam pertemuan sebelum Ini. Pertemuan kalah mati serta bermain di tempat sendiri sudah tentu kita memerlukan kemenangan dengan jaringan gol.

Dalam masa sama Sabah FC tidak  boleh terburu-buru apabila bermain di peringkat timbal balik kerana jaringan gol di tempat lawan harus diambil kira.

“Pada perlawanan malam esok kita akan fokus bagi memastikan gawang gol tidak dibolosi sekaligus mencapai keputusan baik di Stadium Likas,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/13/skuad-badak-perlu-kekalkan-momentum-kemenangan-kim-swee/feed/ 0 8437