melakukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 31 Jan 2022 10:04:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png melakukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kontraktor Pendawaian Dilarang Melakukan Kerja Di Pepasangan Milik SESB https://sabahmedia.com/2022/01/31/kontraktor-pendawaian-dilarang-melakukan-kerja-di-pepasangan-milik-sesb/ https://sabahmedia.com/2022/01/31/kontraktor-pendawaian-dilarang-melakukan-kerja-di-pepasangan-milik-sesb/#respond Mon, 31 Jan 2022 10:00:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11799
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menasihati kontraktor yang ingin melaksanakan kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik di pepasangan SESB untuk berwaspada dan menghubungi pejabat SESB berdekatan bagi mendapatkan kebenaran sebelum melakukan kerja-kerja sedemikian.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Idris Mohd Noor berkata kontraktor pendawaian elektrik adalah tidak dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja di pepasangan milik SESB tanpa kebenaran pihak SESB.

Menurut beliau, pendekatan ini perlu diambil serius bagi memastikan aspek-aspek keselamatan diberikan keutamaan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Kita tidak mahu kejadian-kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan diri dan kerosakan aset berlaku ,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau membuat kenyataan tersebut sebagai mengulas mengenai kejadian renjatan elektrik ke atas seorang kontraktor pendawaian yang berlaku di Tawau pada Ahad lalu.

Ir. Idris berkata Pusat Pengurusan Bekalan (PBB) Tawau telah menerima aduan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau untuk membuat penutupan bekalan elektrik dengan segera di Jalan Bunga Raya disebabkan seorang awam dipercayai pekerja kontraktor pendawaian telah terkena renjatan elektrik pada tiang elektrik Low Voltan.

“Ketika pasukan SESB tiba di lokasi mendapati seorang pekerja pendawaian berada dalam keadaan tergantung pada tiang elektrik akibat terkena renjatan elektrik dan penutupan bekalan dilakukan segera,” katanya.

Beliau menjelaskan mangsa bukan kontraktor yang dilantik oleh SESB untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut tetapi kontraktor pendawaian yang dilantik oleh pemilik premis.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/31/kontraktor-pendawaian-dilarang-melakukan-kerja-di-pepasangan-milik-sesb/feed/ 0 11799
Program Pemutihan Bagi Pemegang Lesen Kapal Nelayan Yang Melakukan Kesalahan https://sabahmedia.com/2021/12/20/program-pemutihan-bagi-pemegang-lesen-kapal-nelayan-yang-melakukan-kesalahan/ https://sabahmedia.com/2021/12/20/program-pemutihan-bagi-pemegang-lesen-kapal-nelayan-yang-melakukan-kesalahan/#respond Mon, 20 Dec 2021 11:05:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10139
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah bercadang melaksanakan program pemutihan tahun depan bagi menangani masalah lesen kapal nelayan di wilayah itu sejak berdekad lalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata pada masa ini terdapat lebih 11,000 lesen kapal nelayan masih aktif di Sabah.

“Bagaimanapun, kebanyakan pemegang lesen ini tidak mematuhi syarat lesen mereka. Ini telah menjadi masalah berterusan selama lebih daripada tiga dekad, dan sesuatu perlu dilakukan mengenainya.

“Bagaimanapun, kita tidak akan menghukum pemegang lesen tanpa memberi peluang kepada mereka untuk menyimpan lesen dan merampas punca pendapatan mereka,” katanya selepas menghadiri taklimat Jabatan Perikanan di sini hari ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata berikutan dengan perkara itu kementeriannya akan menjalankan program pengampunan bagi membolehkan pesalah menyelesaikan masalah mereka jika ingin mengekalkan lesen.

Semasa program itu, semua lesen kapal penangkap ikan akan ditarik balik dan diperbaharui jika pemegang lesen dapat menunjukkan pematuhan kepada syarat tersebut. Tiada penalti akan dikenakan ke atas pesalah semasa penarikan balik lesen.

Beliau berkata program itu akan memfokuskan kepada sembilan jenis kesalahan yang berbeza.

“Yang pertama ialah mengenal pasti dan menangani isu dengan pemegang lesen yang memiliki lesen kapal nelayan tetapi tidak memiliki kapal nelayan. Ramai pemegang lesen hanya memperbaharui lesen mereka semata-mata untuk faedah kewangan atau sebab lain yang tidak didedahkan.

Kategori kedua ialah kapal yang telah bertukar saiz selepas lesen dikeluarkan.

“Masalah dalam kategori ini ialah saiz kapal yang tidak diseragamkan. Sesetengah pemegang lesen akan menaikkan saiz kapal mereka dan kemudian mendakwa mereka masih mematuhi terma dan syarat lesen mereka. Kami perlu menyatakan dengan jelas saiz di bawah setiap kategori lesen,” katanya.

Beliau menambah, isu lain termasuk lesen dikeluarkan semasa kapal masih dibina, kapal dibina melanggar terma dan syarat lesen, kapal digunakan sebelum lesen dikeluarkan dan sebagainya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/20/program-pemutihan-bagi-pemegang-lesen-kapal-nelayan-yang-melakukan-kesalahan/feed/ 0 10139