Melalui – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 Mar 2024 06:37:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Melalui – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tular dua individu bergaduh berpunca tidak beri laluan semasa melalui jalan sempit https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/ https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/#respond Sat, 23 Mar 2024 06:37:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51477
Read Time:36 Second

KOTA BELUD: Tular di media sosial satu pergaduhan melibatkan dua individu lelaki di Kota Belud awal pagi semalam.

Video berdurasi sembilan saat itu tular memaparkan dua individu bergaduh dan seorang daripadanya memegang sebilah parang di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain ketika dihubungi pemberita hari ini berkata kejadian tersebut berlaku pada Jumaat (22 Mac) jam lebih kurang 11.30 pagi di jalan masuk tempat letak kenderaan berhampiran Tamu Mingguan Kota Belud.

“Punca pergaduhan disebabkan provokasi kedua-dua pihak yang mana masing-masing tidak mahu memberikan laluan semasa melalui jalan sempit.

“Kedua-dua yang terlibat mempunyai hubungan kekeluargaan telah berdamai secara baik dan tidak ada laporan dibuat sehingga kini.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/feed/ 0 51477
Semakan kadar pemberian khas Sabah & Sarawak melalui penyelesaian secara interim https://sabahmedia.com/2023/11/29/semakan-kadar-pemberian-khas-sabah-sarawak-melalui-penyelesaian-secara-interim/ https://sabahmedia.com/2023/11/29/semakan-kadar-pemberian-khas-sabah-sarawak-melalui-penyelesaian-secara-interim/#respond Wed, 29 Nov 2023 09:45:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45859
Read Time:1 Minute, 36 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah mencapai persetujuan untuk semakan kadar amaun pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa bermula tahun 2023 sebagai penyelesaian secara interim sementara proses memuktamadkan formula semakan pemberian khas bagi jangka panjang.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelesaian secara interim ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTP-MA63) yang telah berlangsung pada 20 Januari 2023 dan telah dibentangkan dalam Belanjawan 2024. Persetujuan adalah meliputi perkara-perkara berikut:

“Kadar amaun pemberian khas baharu bagi Negeri Sabah dan Sarawak
dinaikkan kepada RM300 juta mulai tahun 2023. Kadar interim ini merupakan peningkatan kepada amaun yang sedang berkuat kuasa RM16 juta setahun bagi Negeri Sarawak sejak tahun 1969 dan RM125.6 juta bagi Negeri Sabah
bagi tahun 2022 melalui semakan interim yang telah dilaksanakan untuk Sabah pada tahun 2022.

“Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak komited untuk meneruskan perundingan dan melaksanakan semakan semula kadar pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk memuktamadkan formula penentuan kadar pemberian
yang telah diperuntukkan di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak akan melaksanakan kajian semakan pemberian khas dengan mengambil kira pertimbangan keperluan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak berhubung kos perkhidmatan negeri serta kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 112D(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, bagi melaksanakan semakan kadar amaun pemberian khas baharu ini berdasarkan
Perkara 112D(1) dan 112D(5) Perlembagaan Persekutuan, Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) 2023 dan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sarawak) 2023 telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 24 November 2023.

“Bayaran pemberian khas tahun 2023 pada kadar baharu RM300 juta telah disempurnakan semalam (28 November 2023) melalui penyaluran kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/29/semakan-kadar-pemberian-khas-sabah-sarawak-melalui-penyelesaian-secara-interim/feed/ 0 45859