Melarikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 01 Aug 2021 13:09:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Melarikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga tahanan melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 ILMAN berjaya diberkas semula, seorang masih diburu https://sabahmedia.com/2021/08/01/tiga-tahanan-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19-ilman-berjaya-diberkas-semula-seorang-masih-diburu/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/tiga-tahanan-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19-ilman-berjaya-diberkas-semula-seorang-masih-diburu/#respond Sun, 01 Aug 2021 13:09:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3934
Read Time:1 Minute, 12 Second

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesahkan berjaya memberkas tiga daripada empat tahanan yang melarikan diri di Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang pada 1 Ogos 2021 jam 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim berkata dalam kenyataan media hari ini, tiga dari empat tahanan lelaki yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 Di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) Penampang berjaya diberkas semula oleh Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Penampang kurang dari 24 jam masa kejadian.

Menurutnya, Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Penampang telah berjaya memberkas ketiga-tiga tahanan yang lengkap berpakaian kemaja-T dan berseluar tersebut di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu pada jam 5.45 petang tadi.

Kejayaan pasukan BSJD telah dibantu oleh pasukan daripada IPD Kota Kinabalu dan Ketua Polis Balai Manggatal dalam mengesan ketiga-tiga tahanan iaitu Arripian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz,20 dan Salman Arip, 19.

Sementara itu, pihak polis sedang giat memburu seorang lagi tahanan yang bolos iaitu Mohd Rahman Basir, 24.

Semua suspek ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323/379 akta yang sama.

Mohd Haris menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang masih bolos tersebut untuk segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/tiga-tahanan-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19-ilman-berjaya-diberkas-semula-seorang-masih-diburu/feed/ 0 3934
Polis buru empat tahanan lelaki melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/01/polis-buru-empat-tahanan-lelaki-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/polis-buru-empat-tahanan-lelaki-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19/#respond Sun, 01 Aug 2021 02:03:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3881
Read Time:43 Second

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sedang giat memburu empat tahanan lelaki melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) Penampang pada 1 Ogos 2021, jam 3.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini, kesemua tahanan lelaki tersebut telah dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke Pusat Kuarantin COVID-19 ILMAN, Penampang secara berperingkat bermula 24 Julai 2021 setelah disahkan positif COVID-19 namun mereka telah melarikan diri.

Keempat-empat tahanan yang telah melarikan diri ialah Mohd Rahman Basir, 24, Arippian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20 dan Salman Arip,19.

Kata Mohd Haris, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesemua tahanan terlibat untuk segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/polis-buru-empat-tahanan-lelaki-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19/feed/ 0 3881