Melecur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 21 Jun 2025 07:17:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Melecur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/06/21/dua-cedera-melecur-dalam-kebakaran-lori-bawa-tong-gas-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/06/21/dua-cedera-melecur-dalam-kebakaran-lori-bawa-tong-gas-di-sandakan/#respond Sat, 21 Jun 2025 07:17:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75919
Read Time:1 Minute, 14 Second

SANDAKAN: Dua lelaki melecur di bahagian bahu dan tangan selepas lori yang membawa muatan tong gas Gas Petroleum Cecair (LPG) terbakar sepenuhnya dalam satu kejadian di Jalan Damai, berhampiran Taman Kim Jaiyen, di sini pagi Sabtu (21 Jun).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian sejauh empat kilometer dan tiba pada jam 11.16 pagi.

“Setibanya pasukan bomba mendapati satu insiden melibatkan sebuah lori Isuzu 1.5 tan yang membawa 45 tong LPG telah terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 100 kaki dengan satu pancutan serta dua unit buih (foam), menggunakan sumber air daripada jentera dan lori tangki air (water tanker),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.22 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.14 tengah hari selepas pemeriksaan lanjut di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain.

Menurutnya, terdapat dua mangsa cedera dalam kebakaran itu.

“Mangsa yang cedera ialah pemandu lori, lelaki berusia 50 tahun yang melecur di bahagian bahu dan tangan, serta kelindan warga Indonesia yang melecur di tangan kanan.

“Kedua-duanya telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Operasi pemadaman diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Chauslim Sumsubil bersama Pegawai Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Jimmy Lagung selaku Komander Operasi Kanan dengan bantuan agensi lain termasuk empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua petugas KKM.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/21/dua-cedera-melecur-dalam-kebakaran-lori-bawa-tong-gas-di-sandakan/feed/ 0 75919
Warga emas melecur selamatkan keluarga dalam kebakaran di Beaufort https://sabahmedia.com/2025/04/23/warga-emas-melecur-ketika-selamatkan-keluarga-dalam-kebakaran-di-beaufort/ https://sabahmedia.com/2025/04/23/warga-emas-melecur-ketika-selamatkan-keluarga-dalam-kebakaran-di-beaufort/#respond Wed, 23 Apr 2025 03:03:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72507
Read Time:57 Second

Oleh FLORIETA DIET

BEAUFORT: Seorang lelaki warga emas cedera melecur di badan selepas menyelamatkan keluarganya dalam kebakaran rumah kedai persendirian mereka di Kampung Suasa, petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, mangsa yang berusia 61 tahun melecur pada bahagian badan ketika cuba menyelamatkan isteri bersama seorang anaknya yang berada dalam rumah ketika kejadian.

“Mangsa telah dihantar ke klinik berhampiran oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan ambulans dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Rumah kedai persendirian mereka separuh kekal musnah hampir 90 peratus. Kebakaran tersebut turut memusnahkan lima buah kenderaan, termasuk dua buah kereta, sebuah van, serta dua buah motosikal,” katanya.

Tambahnya lagi, Balai Bomba Beaufort menerima panggilan kecemasan pada jam 3:15 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian yang terletak kira-kira 27 kilometer dari balai.

Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4:06 petang dengan bantuan lapan anggota menggunakan dua jentera bomba serta sumber air dari parit berhampiran. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5:30 petang.

Jelas Ishak, punca kebakaran masih dalam siasatan. Turut membantu dalam operasi adalah anggota dari Sabah Electricity, KKM dan Polis Diraja Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/23/warga-emas-melecur-ketika-selamatkan-keluarga-dalam-kebakaran-di-beaufort/feed/ 0 72507
Tiga rumah musnah terbakar, seorang mangsa melecur https://sabahmedia.com/2024/04/28/tiga-rumah-musnah-terbakar-seorang-mangsa-melecur/ https://sabahmedia.com/2024/04/28/tiga-rumah-musnah-terbakar-seorang-mangsa-melecur/#respond Sun, 28 Apr 2024 05:55:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53620
Read Time:39 Second

LAHAD DATU: Seorang mangsa lelaki melecur di tangan kirinya terlibat dalam kejadian kebakaran tiga buah rumah di Kampung Tamoi Baru dekat sini, pada Sabtu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar jam 4.04 petang semalam (27 April).

Katanya, 12 anggota dan 2 jentera digerakkan dari Balai Bomba Lahad Datu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati tiga buah rumah telah terbakar 100 peratus.

“Terdapat seorang lelaki dilaporkan cedera ringan melecur di tangan kiri dan diberi rawatan oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di tempat kejadian, bagaimanapun mangsa enggan dihantar ke hospital.

“Operasi pemadaman api terkawal pada jam 4.30 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.47 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/28/tiga-rumah-musnah-terbakar-seorang-mangsa-melecur/feed/ 0 53620
Dua Rentung, Tujuh Melecur Dalam Kebakaran Rumah Setinggan Di Tawau https://sabahmedia.com/2022/01/09/dua-rentung-tujuh-melecur-dalam-kebakaran-rumah-setinggan-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2022/01/09/dua-rentung-tujuh-melecur-dalam-kebakaran-rumah-setinggan-di-tawau/#respond Sun, 09 Jan 2022 01:50:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10920
Read Time:52 Second

TAWAU: Dua rentung manakala tujuh lagi melecur dalam satu kebakaran rumah setinggan di Jalan Apas Batu 2 1/2 – Kg Sg Buaya dekat sini awal pagi tadi. (9 Jan)

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bisara, sejurus mendapat panggilan kecemasan pada jam 12.32 tengah malam tadi, pihak Bomba Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi Bomba melaporkan terdapat kira-kira 40 buah rumah setinggan telah musnah dijilat api di lokasi Jalan Apas Batu 2 1/2 – Kg Sg Buaya.

“Bagaimanapun, operasi pemadaman oleh pihak Bomba diteruskan menggunakan dua aliran 400′ 4 pancutan sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka (parit).

“Semasa kejadian itu terdapat sembilan orang mangsa terlibat iaitu tujuh orang mengalami kecederaan (melecur) telah dihantar ke Hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba namun dua orang mangsa ditemui rentung oleh pasukan bomba pada jam 4:45 pagi,” kata kenyataan media itu.

Operasi terkawal pada jam 5.50 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/09/dua-rentung-tujuh-melecur-dalam-kebakaran-rumah-setinggan-di-tawau/feed/ 0 10920