Melibatkan Pekerja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Sep 2021 14:27:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Melibatkan Pekerja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Lagi Kluster Melibatkan Pekerja Ladang Sawit Direkodkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/09/13/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit-direkodkan-di-sabah/#respond Mon, 13 Sep 2021 14:27:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6289
Read Time:47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu kluster jenis tempat kerja melibatkan pekerja ladang sawit di Daerah Kinabatangan.

Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tersebut adalah Kluster Ladang Desa Jerocco 2 , Kinabatangan melibatkan kluster jenis tempat kerja di ladang sawit dalam Daerah Kinabatangan.

Katanya, kes indeks merupakan penyelia ladang, lelaki, warganegara Indonesia, 39, yang disahkan positif COVID-19 oleh klinik panel ladang setelah bergejala sejak 01 September 2021. Dengan keputusan RTK AG positif grading 100%, kes indeks telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.

“Walau bagaimanapun, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati 54 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif COVID-19.

“Setakat hari ini, 55 kes positif direkodkan dan semuanya adalah kes baharu yang dilaporkan,” jelas Masidi.

“Dalam pada itu, siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 6289