Melibatkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Jul 2023 07:28:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Melibatkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lima penjawat awam didakwa di mahkamah melibatkan kes tuntutan palsu https://sabahmedia.com/2023/07/18/lima-penjawat-awam-didakwa-di-mahkamah-melibatkan-kes-tuntutan-palsu/ https://sabahmedia.com/2023/07/18/lima-penjawat-awam-didakwa-di-mahkamah-melibatkan-kes-tuntutan-palsu/#respond Tue, 18 Jul 2023 07:28:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38492
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Lima penjawat awam didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini kerana membuat tuntutan palsu berhubung kos perpindahan ke pelbagai daerah membabitkan RM61,500.

Mereka ialah Rozidah Samudin, 52, Myron Masing, 40, Alif Abdul Fatah, 35, Mohd Effendi Awang Damit, 31, dan Ady Said, 38.

Kesemua mereka bertugas di Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW) Sabah.

Rozidah menghadapi dua pertuduhan manakala empat lelaki tersebut masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) Akta yang sama 2009.

Ady bagaimanapun menghadapi lima lagi pertuduhan bersubahat dengan empat tertuduh dalam melakukan kesalahan itu.

Mereka mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Dalam kes Rozidah, dia didakwa menyerahkan resit syarikat pengangkutan untuk penghantaran barangan rumah dan kenderaan yang berkaitan dengan tugas rasminya. Namun, perkhidmatan itu tidak pernah diberikan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di JPBW di sini pada 2 Oktober 2017 bernilai RM17, 100, dan pada 5 September 2019 bernilai RM17, 000.

Myron dan Mohd Effendi masing-masing didakwa melakukan kesalahan sama pada 8 Sept 2020 membabitkan RM6,250.

Sementara Alif, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Ogos 2019 membabitkan RM8, 480.

Dalam kes Ady, pertuduhan pertama menyatakan dia didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan RM6,450 pada 8 Sept 2020.

Bagi pertuduhan kedua hingga keenam, Ady didakwa bersubahat dengan Rozidah, Myron, Alif, dan Mohd Effendi dalam membuat tuntutan palsu masing-masing antara 2017 dan 2020.

Pertuduhan, mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM dibaca bersama Seksyen 18 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Hakim menetapkan tarikh yang sama pada 15 Ogos untuk semua tertuduh.

Setiap tertuduh turut diikat jamin antara RM10,000 dan RM15,000 dengan deposit antara RM3,000 dan RM4,000 di bawah penjamin tempatan.

Mahkamah turut memerintahkan mereka melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali. Pasport masing-masing diperintahkan untuk diserahkan kepada mahkamah dan mereka diarah tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan sementara menunggu penyelesaian kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Dzulkarnain Rousan Hasbi dan Rekhraj Singh untuk SPRM.

Rozidah diwakili peguam Mohd Luqman Syazwan Zabidi Md Zain manakala Alif diwakili peguam Yannik Mohd Anuar dan Lim Chun Yuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/18/lima-penjawat-awam-didakwa-di-mahkamah-melibatkan-kes-tuntutan-palsu/feed/ 0 38492
73 Peratus prestasi projek Pan Borneo dicapai melibatkan 15 pakej https://sabahmedia.com/2023/01/12/73-peratus-prestasi-projek-pan-borneo-dicapai-melibatkan-15-pakej/ https://sabahmedia.com/2023/01/12/73-peratus-prestasi-projek-pan-borneo-dicapai-melibatkan-15-pakej/#respond Thu, 12 Jan 2023 07:49:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27770
Read Time:58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 peratus pencapaian secara keseluruhan prestasi yang telah direkodkan melibatkan 15 pakej projek Pembinaan Lebuh Raya Pan borneo yang sedang berjalan di Sabah.

Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, dua pakej telah siap dan boleh digunakan oleh pengguna iaitu pakej 5 dan juga pakej 27 di sebelah Sandakan dan Kinabatangan.

“Manakala beberapa pakej lagi akan dijangka siap awal tahun depan dan seterusnya yang lain kalau tidak mungkin penghujung 2024 untuk 15 pakej yang sedang berjalan, manakala satu lagi pakej 9 sekarang dalam proses mungkin pemberian ataupun pelantikan kontraktor,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat dan mengimbas kad perakam waktu (clock-in) hari pertama sebagai Menteri Kerja Raya di bangunan kementerian Kerja Raya pada jam 8.50 pagi, hari ini.

Terdahulu, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri III diberi penerangan tentang Kementerian Kerja Raya dan jabatan-jabatan dalam kementerian tersebut sebelum memulakan tugas hari ini.

“Daripada sesi penerangan yang telah diberikan tadi, saya boleh memahami fungsi-fungsi dan dasar-dasar kementerian dan cuba bertindak untuk menangani ataupun perbaiki isu-isu yang ada di kementerian ini bagi memastikan kita dapat memberikan perkhidmatan kepada Negeri Sabah ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/12/73-peratus-prestasi-projek-pan-borneo-dicapai-melibatkan-15-pakej/feed/ 0 27770
COVID-19: Dua Kluster Baharu Direkod Melibatkan Pekerja Ladang Sawit https://sabahmedia.com/2021/10/04/covid-19-dua-kluster-baharu-direkod-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/ https://sabahmedia.com/2021/10/04/covid-19-dua-kluster-baharu-direkod-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/#respond Mon, 04 Oct 2021 13:14:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7176
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini merupakan kluster jenis tempat kerja yang melibatkan pekerja di ladang sawit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Sungai Tabulion, Kinabatangan dan Kluster Sandau Sawit, Kinabatangan.

Katanya, Kluster Sungai Tabulion, Kinabatangan dikesan berlaku di tempat kerja iaitu di Ladang Sawit Malbumi Gedau, Kinabatangan.

“Kes indeks merupakan pekerja pembersihan, wanita, 52, bukan warganegara yang mula bergejala pada 17 September 2021, didapati positif COVID-19 pada 28 September 2021 setelah ujian saringan bergejala RTK AG dibuat di Hospital Duchess of Kent,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Sementara itu, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 62 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam kluster ini sebanyak 63 kes.

Manakala Kluster Sandau Sawit, Kinabatangan yang juga merupakan kluster tempat kerja iaitu di kilang sawit di daerah Kinabatangan.

Menurut Masidi, kes indeks adalah pemandu kilang lelaki, 30, warganegara Indonesia yang dikesan positif COVID-19 melalui RTK AG di Klinik Mabello Paris Kinabatangan pada 29 September 2021 untuk tujuan saringan tempat kerja.

“Seterusnya aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 27 orang kontak sosial, pekerja telah didapati positif COVID-19.

“Setakat hari ini, terdapat 28 kes positif dalam kluster ini termasuk 25 kes baharu yang dilaporkan,” jelasnya.

“Susulan kes tersebut, siasatan dan persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di kedua-dua lapangan kluster terlibat untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain,” ujar Masidi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/04/covid-19-dua-kluster-baharu-direkod-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/feed/ 0 7176
COVID-19: Lagi Kluster Melibatkan Pekerja Ladang Sawit https://sabahmedia.com/2021/09/10/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/ https://sabahmedia.com/2021/09/10/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/#respond Fri, 10 Sep 2021 13:14:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6138
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini melibatkan penularan jangkitan COVID-19 pekerja ladang sawit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kluster Sawit Perpaduan, Kinabatangan yang berlaku di tempat kerja iaitu ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

Menurut Masidi, les indeks merupakan pekerja kilang, lelaki, berumur 34 tahun, warganegara Indonesia yang dikesan melalui ujian saringan RTK-AG di Hospital Kinabatangan pada 30 Ogos 2021.

“Dalam saringan itu, kes indeks disahkan positif COVID-19 dengan grading 100%, selepas bergejala sejak 26 Ogos 2021 dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Susulan dengan kes tersebut, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 90 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti Covid-19.

Manakala aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.

“Setakat hari ini, kluster ini merekodkan 91 kes positif termasuk 82 kes baharu,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/10/covid-19-lagi-kluster-melibatkan-pekerja-ladang-sawit/feed/ 0 6138
COVID-19: Kluster Tercetus Melibatkan Pekerja Kilang Papan Di Sandakan https://sabahmedia.com/2021/09/04/covid-19-kluster-tercetus-melibatkan-pekerja-kilang-papan-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/covid-19-kluster-tercetus-melibatkan-pekerja-kilang-papan-di-sandakan/#respond Sat, 04 Sep 2021 14:38:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5828
Read Time:48 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Semawang, Sandakan merupakan kluster tempat kerja merekodkan 116 kes positif termasuk 103 kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Semawang, Sandakan merupakan kluster tempat kerja yang melibatkan pekerja di sebuah kilang papan yang bekerja dan tinggal di kuarters premis tersebut.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, pada 19 Ogos 2021, sebuah klinik swasta telah melaporkan 10 notifikasi kes positif COVID-19 kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Sandakan.

Kes indeks Kluster Semawang, Sandakan adalah pekerja lelaki, 40, bukan warganegara, dikesan COVID-19 dengan keputusan RTK AG grading 100%
dalam saringan pekerjaan.

Susulan dari kes tersebut, pada 27 Ogos 2021, tiga lagi kes baharu dikesan di lokaliti sama. Oleh itu, pengurus kilang telah membuat saringan terhadap 376 pekerja mulai 30 Ogos 2021 dan mendapati 103 orang pekerjanya disahkan positif COVID-19 melalui kaedah ujian RTK AG.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/covid-19-kluster-tercetus-melibatkan-pekerja-kilang-papan-di-sandakan/feed/ 0 5828
COVID-19: 2,638 Kes Positif Baharu Di Sabah Melibatkan Jumlah Kes Tertunggak https://sabahmedia.com/2021/08/22/covid-19-2638-kes-positif-baharu-di-sabah-melibatkan-jumlah-kes-tertunggak/ https://sabahmedia.com/2021/08/22/covid-19-2638-kes-positif-baharu-di-sabah-melibatkan-jumlah-kes-tertunggak/#respond Sun, 22 Aug 2021 13:06:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5090
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 2,638 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini melibatkan jumlah kes-kes yang tertunggak, selain 16 kes kematian dilaporkan iaitu lapan kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Tawau, dua kes di Keningau manakala Penampang, Papar dan Putatan masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 2,638 kes bukan semua kes yang dilaporkan hari ini berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu tetapi 369 kes atau 14% adalah kes-kes tertunggak melebihi lima hari, 378 kes atau 14.3% melebihi empat hari dan 892 kes atau 33.8% adalah kes-kes yang lewat didaftar melebihi dua hari.

Katanya, daerah Kota Kinabalu melonjak kepada 883 kes, 214 kes lebih tinggi daripada semalam. Hampir 66% kes tersebut adalah melalui Saringan Kontak Rapat dan 25% melalui Saringan Bergejala.

Manakala daerah Tawau mencatat 259 kes, Penampang 210 kes, Tuaran 193 kes, Sandakan 178 kes, Kinabatangan 111 kes, Putatan 94 kes, Beaufort 89 kes, Keningau 82 kes, Lahad Datu 73 kes, Kota Marudu 71 kes, Papar 49 kes dan Tongod 42 kes.

Bagaimanapun Saringan Kontak Rapat masih lagi merupakan penyumbang tertinggi jumlah kes positif COVID-19 meningkat di negeri ini, iaitu 62.13% atau 1,639 kes merupakan Kontak Rapat, 23.16% atau 611 kes melalui Saringan Bergejala dan 6.03% atau 159 daripada Saringan Kluster.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/22/covid-19-2638-kes-positif-baharu-di-sabah-melibatkan-jumlah-kes-tertunggak/feed/ 0 5090
COVID-19: 39 kes positif melibatkan anggota dan OKT di lokap IPD Sandakan cetus kluster baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/07/covid-19-39-kes-positif-melibatkan-anggota-dan-okt-di-lokap-ipd-sandakan-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/covid-19-39-kes-positif-melibatkan-anggota-dan-okt-di-lokap-ipd-sandakan-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sat, 07 Aug 2021 13:31:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4248
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Dua Kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Lebuh Empat, Sandakan melibatkan anggota dan Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan manakala Kluster Sarikan, Nabawan merupakan kluster jenis komuniti.

“Kluster Lebuh Empat, Sandakan melibatkan anggota IPD Sandakan dan OKT di Lokap IPD Sandakan,” kata Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri Datuk Seri Masidi Manjun dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, kes indeks merupakan OKT lelaki, 63, yang disahkan positif COVID-19 (RTK-Antigen) dalam saringan OKT dan didaftarkan pada 05 Ogos 2021 hasil saringan OKT.

Berikutan kes tersebut, saringan kontak dijalankan dengan mengambil 122 sampel. Daripada jumlah tersebut, 50 sampel dikesan positif, termasuk 39 kes baharu hari ini iaitu 35 OKT dan empat anggota IPD Sandakan. Manakala, baki 71 sampel didapati negatif.

Sementara kluster kedua iaitu Kluster Sarikan, Nabawan merupakan kluster jenis komuniti.

Masidi berkata, kes indeks adalah lelaki, 34, yang disahkan positif COVID-19 pada 3 Ogos 2021 setelah bergejala demam, sakit tekak, selesema, batuk, hilang deria rasa dan bau sejak 27 Julai 2021.

Namun daripada 48 kontak yang disaring, 14 individu dikesan positif termasuk satu kes baharu hari ini dan telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan.

Manakala, 34 individu masih menunggu keputusan saringan pertama.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/covid-19-39-kes-positif-melibatkan-anggota-dan-okt-di-lokap-ipd-sandakan-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 4248