memanah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 Dec 2025 02:59:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png memanah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 40 pendidik sertai pertandingan memanah tradisional dan moden di Beaufort https://sabahmedia.com/2025/12/27/40-pendidik-sertai-pertandingan-memanah-tradisional-dan-moden-di-beaufort/ https://sabahmedia.com/2025/12/27/40-pendidik-sertai-pertandingan-memanah-tradisional-dan-moden-di-beaufort/#respond Sat, 27 Dec 2025 02:58:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88878
Read Time:1 Minute, 2 Second

BEAUFORT: Seramai hampir 40 orang warga pendidik dari pelbagai daerah di seluruh Sabah menyertai Pertandingan Memanah Tradisional dan Moden Tertutup Kakitangan Pendidikan Negeri Sabah 2025.

Pertandingan yang berlangsung di Kolej Vokasional Beaufort, disini pada Sabtu itu berjaya menghimpunkan peserta dari pelbagai daerah antaranya Sipitang, Ranau, Tawau dan beberapa kawasan lain.

Program itu juga menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan warga pendidik dalam aktiviti sukan yang sihat serta berunsur warisan.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Ruslan Muharam berkata, penyertaan yang menggalakkan membuktikan minat yang tinggi dalam kalangan pendidik terhadap sukan memanah, sama ada tradisional mahupun moden.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, penganjuran pertandingan seumpama ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta mengasah kemahiran, malah berperanan meningkatkan kecergasan minda, tahap fokus dan disiplin diri.

“Selain menyemai semangat kesukanan, program ini juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga pendidik dari pelbagai daerah,” katanya ketika berucap merasmikan pertandingan itu.

Beliau turut berharap agar penganjuran sukan memanah dapat diperluaskan pada masa hadapan bagi menarik minat masyarakat khususnya golongan belia, di samping memelihara nilai warisan yang terkandung dalam sukan tersebut.

Pertandingan itu dianjurkan dengan kerjasama Kelab Memanah Tradisional Panglima Beaufort dan Kolej Vokasional Beaufort, serta dijangka berakhir dengan jayanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/27/40-pendidik-sertai-pertandingan-memanah-tradisional-dan-moden-di-beaufort/feed/ 0 88878
Quik pertahan kejuaraan memanah kebangsaan https://sabahmedia.com/2025/10/15/quik-pertahan-kejuaraan-memanah-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2025/10/15/quik-pertahan-kejuaraan-memanah-kebangsaan/#respond Wed, 15 Oct 2025 03:33:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83321
Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Pemanah berbakat Sabah, Quik Chern Xin, sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya mempertahankan gelaran juara Kejohanan Memanah Kebangsaan (KMK) yang dimenanginya tahun lalu.

Quik merangkul kejuaraan itu di Kejohanan Memanah Kebangsaan Grand Final 2025 anjuran Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) yang berlangsung di Nilai, Negeri Sembilan pada 2 – 5 Oktober 2025.

Menurut Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah merangkap Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu, Datuk Ram Singh, acara kejohanan berprestij itu merupakan siri pertandingan memanah peringkat kebangsaan yang menyaksikan 32 pemanah terbaik negara layak ke pusingan akhir.

Katanya, selain Quik, seorang lagi pemanah kelahiran Sabah, Evan Rich Chong, turut membanggakan negeri ini apabila meraih pingat gangsa dalam acara akhir tersebut.

“Dengan kejayaan cemerlang itu, Quik kini berada di tangga pertama, manakala Evan menduduki tempat keempat dalam sistem ranking pemanah kebangsaan..

“Lebih manis lagi, kedua-dua mereka bersama seorang lagi pemanah Sabah, Syafiq Busthamin, berpotensi besar menyertai skuad negara ke Sukan SEA akan datang.

“Jika terpilih, ia bakal mencatat sejarah baharu apabila pasukan recurve lelaki kebangsaan terdiri daripada majoriti pemanah yang digilap dari Sabah,” katanya kepada Sabah Media.

Tambah beliau, dalam acara divisyen compound, seorang lagi wakil Sabah, Goh Chun Shen, turut menyerlah apabila menamatkan pusingan kelayakan KMK akhir di tempat keempat, sekali gus mengharumkan nama Persatuan Memanah Negeri Sabah (SASA).

Sementara itu, bekas pemanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, turut membuktikan kehebatannya apabila muncul juara wanita compound selepas memenangi pingat emas individu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/15/quik-pertahan-kejuaraan-memanah-kebangsaan/feed/ 0 83321
Kejohanan sukan lonjak ekonomi Sipitang https://sabahmedia.com/2025/06/03/kejohanan-sukan-lonjak-ekonomi-sipitang/ https://sabahmedia.com/2025/06/03/kejohanan-sukan-lonjak-ekonomi-sipitang/#respond Tue, 03 Jun 2025 05:03:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74998
Read Time:1 Minute, 9 Second

Sipitang: Penganjuran pelbagai jenis kejohanan sukan di daerah ini mampu dan berupaya menggalakkan aktiviti ekonomi penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, beliau juga mahu lebih banyak kejohanan seumpama itu dilaksanakan di Sipitang.

Katanya, kehadiran peserta dari luar akan memberi menjana pendapatan khususnya kepada pengusaha makanan dan pusat penginapan.

“Ini akan meningkatkan ekonomi setempat dan mempelbagaikan lagi tarikan pengunjung ke daerah Sipitang,” katanya ketika merasmikan Liga  Memanah Tradisional Borneo 2025 di Kompleks Sukan Sipitang di sini pada Ahad.

Kejohanan tiga hari itu disertai 300 pemanah tradisional Dari Sabah, Sarawak, Labuan, Indonesia Dan Brunei Darussalam.

Persatuan Memanah Tradisional Sipitang menjuarai kategori keseluruhan dan Pasukan Sabah menjadi juara Piala Pusingan Liga.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, pada masa sama, penganjuran kejohanan sukan dapat memperkenalkan Sipitang yang istimewa dengan lokasinya berhampiran Sarawak, Brunei Darussalam, Indonesia dan Labuan.

Katanya, usaha berterusan ini penting bagi memastikan aktiviti ekonomi daerah Sipitang berkembang menerusi pelbagai aktiviti selain impak dari Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Dalam pada itu, beliau yakin penganjuran kejohanan memanah ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim kalangan peminat sukan itu di Borneo.

Katanya, sukan memanah tradisional ini antara sukan yang diminati di Sipitang sehingga tertubuhnya Persatuan Memanah Tradisional Sipitang.

Justeru, Dr Yusof mahu belia-belia melihat dan mengambil peluang ini dan keterlibatan mereka  dalam aktiviti sukan serta ekonomi di daerah ini. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/03/kejohanan-sukan-lonjak-ekonomi-sipitang/feed/ 0 74998
197 peserta sertai CAMETRA 2024 https://sabahmedia.com/2024/08/07/197-peserta-sertai-cametra-2024/ https://sabahmedia.com/2024/08/07/197-peserta-sertai-cametra-2024/#respond Wed, 07 Aug 2024 01:48:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58652
Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Seramai 197 peserta dari pelbagai daerah termasuk negara luar telah menyertai Cabaran Memanah Tradisional Tertutup dan Jemputan Politeknik Kota Kinabalu (CAMETRA) 2024 di sini baru-baru ini.

Program anjuran Pusat Islam dan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) itu melibatkan penyertaan seramai 142 lelaki dan 55 wanita.

Antara daerah menyertai adalah seperti Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Keningau, Beaufort, Sipitang, Kimanis, Kudat dan Labuan serta penyertaan dari luar negara iaitu Brunei.

Johan kategori lelaki disandang oleh Rezuaan Japilis dari Wira Archers Club, naib johan pula disandang Harudi Hendrikus dari Al Qadri Tradisional Archery Club dan tempat ketiga disandang oleh Sabarudin Samba dari KMT Suria.

Johan bagi kategori wanita pula disandang oleh Siti Aisah Mohd Said dari kelab ATTRAC, naib johan disandang oleh Siti Rahayu Rusmin dari kelab BTAC dan tempat ketiga di sandang oleh Nurul Ain Ismail dari kelab KMT Suria.

Johan kategori lelaki membawa pulang wang tunai RM500, pingat dan hamper manakala johan kategori wanita membawa pulang wang tunai RM400, pingat dan hamper.

Perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Muse Amin. Turut hadir Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kota Kinabalu, Abdul Razak Mohd Daim. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/07/197-peserta-sertai-cametra-2024/feed/ 0 58652
22 Peserta Sertai Kelas Asas Memanah Tradisional https://sabahmedia.com/2022/03/22/22-peserta-sertai-kelas-asas-memanah-tradisional/ https://sabahmedia.com/2022/03/22/22-peserta-sertai-kelas-asas-memanah-tradisional/#respond Tue, 22 Mar 2022 10:26:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13352
Read Time:1 Minute, 54 Second

PAPAR : Seramai 22 orang peserta telah menyertai kelas asas memanah tradisional yang dikendalikan Rawja Archery dengan kerjasama Kelab Memanah Kesatria Kota Kinabalu (KESATRIA) disini kelmarin.

Semua peserta membabitkan kanak-kanak dan belia kariah Masjid Puncak Takwa Kinarut serta tiga orang dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah.

Kelas asas memanah tradisional yang diadakan bertempat di Masjid Puncak Takwa terbabit turut disertai seramai 11 orang dewasa yang mendaftar secara jumpa terus (walk-in).

Pengerusi Masjid Puncak Takwa, Profesor Madya Dr Awang Setia Musleh berkata kegiatan terbabit adalah salah satu usaha pihaknya untuk mengimarahkan sunnah disamping menarik golongan belia ke masjid.

Menurutnya, pihaknya selaku penganjur program terbabit bermatlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti kesabaran, memegang teguh ajaran Islam disamping melatih diri menjadi lebih fokus.

Selain itu, Awang Setia juga mahu golongan belia untuk mempelajari teknik memanah tradisional yang betul dibawah bimbingan jurulatih bertauliah.

“Kami sentiasa menyokong segala usaha pembangunan sukan memanah tradisional di Sabah termasuk untuk Masjid Puncak Takwa.

“Pihak kami juga berasa bersyukur dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh ahli KESATRIA,” katanya dalam satu kenyataan media disini semalam.

Sementara itu, Presiden KESATRIA, Md Suhaimi Sapiee berkata pihaknya juga sedia menerima undangan dari mana-mana pihak untuk pelaksanaan penganjuran kelas asas memanah tradisional sebagai usaha membangunkan lagi sukan memanah tradisional di negeri ini.

Salah seorang peserta belia, Harraz Rifqy Haidy, 10, berkata selepas kelas asas memanah tradisional terbabit, dirinya lebih bersemangat untuk mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan seorang pemanah tradisional.

“Saya selalu melihat bapa saya memanah dan teringin untuk menjadi pemanah yang mewakili negeri Sabah seperti bapa. Disebabkan itu bapa saya menyuruh saya menyertai kelas ini.

“Kelas ini sangat menyeronokkan dan saya juga berjumpa dengan lebih ramai kawan baru,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peserta belia, Nor Atini Romjee, 19, berkata dirinya sangat bersyukur dapat menyertai kelas asas memanah tradisional ini disamping menimba ilmu pengetahuan baharu.

“Saya datang menyertai kelas ini dengan pengetahuan yang kosong tentang memanah tradisional.

“Kini saya bukan sahaja mempelajari asas dalam memanah tradisional tapi saya telah merasai sendiri pengalaman dan cara bagaimana memanah yang betul, memanah duduk, memanah ke belakang, memanah sambil berjalan dan seterusnya memanah sambil berlari.

“Ini diluar dari jangkaan saya ketika sebelum menyertai kelas. Jurulatih sangat berpengalaman dan saya kagum melihat demonstrasi yang ditunjukkan oleh para jurulatih,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/22/22-peserta-sertai-kelas-asas-memanah-tradisional/feed/ 0 13352
21 Peserta Warga Tambunan Diperkenalkan Asas Memanah Tradisional https://sabahmedia.com/2022/03/15/21-peserta-warga-tambunan-diperkenalkan-asas-memanah-tradisional/ https://sabahmedia.com/2022/03/15/21-peserta-warga-tambunan-diperkenalkan-asas-memanah-tradisional/#respond Tue, 15 Mar 2022 07:47:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13015
Read Time:1 Minute, 45 Second

TAMBUNAN : Seramai 21 orang peserta berusia antara 13 hingga 60 tahun mengikuti program kelas asas memanah tradisional yang dianjurkan Rawja Archery dengan kerjasama Kelab Memanah Kesatria Kota Kinabalu (KESATRIA), disini kelmarin.

Kelas asas memanah tradisional itu diadakan bertempat di Masjid Nurul Hidayah Kampung Monsok, di sini dengan bimbingan tiga orang jurulatih bertauliah dan enam orang pembantu jurulatih KESATRIA bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Presiden KESATRIA, Mohd Suhaimi Sapiee berkata kelas yang dikendalikan dibawah bimbingan pihaknya ini dibahagikan kepada dua sesi kelas.

“Sesi pertama kelas merupakan sesi teori memanah tradisional selama satu jam tiga puluh minit dan kemudian diteruskan dengan lima jam sesi praktikal.

“Ia dimulai dengan cara membuka dan memasang tali busur, adab membuka dan menutup busur sebelum dan selepas memanah, memanah statik, tujuh langkah memanah, memanah dalam pelbagai posisi dan memanah dinamik sehingga selesai,” katanya.

Suhaimi berkata, pihaknya gembira dengan perkembangan pesat aktiviti memanah tradisional yang semakin mendapat sambutan menggalakkan sejak kebelakangan ini khususnya di institusi masjid di negeri Sabah yang gigih membangunkan aktiviti sunnah memanah di masjid masing-masing.

“Ini selaras dengan usaha ke arah pembentukan Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sabah yang telah diusahakan Kesatria sejak 2017 lagi. Ini seterusnya akan membentuk Persatuan Memanah Tradisional Malaysia melalui gabungan enam persatuan negeri di Malaysia kelak.”

“Kelas asas memanah tradisional yang dirangka KESATRIA ini dilaksanakan mengikut silibus khusus dimana kesemua peserta wajib melengkapkan keseluruhan sesi sebelum layak diberikan sijil Asas Memanah Tradisional,” katanya dalam satu kenyataan media disini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah, Raju Uddin Mohd Ajay berkata pihaknya melihat aktiviti memanah tradisional ini mampu menjadi salah salah satu medium berdakwah di samping menarik orang ramai khususnya golongan belia untuk lebih aktif mengikuti aktiviti anjuran masjid.

“Pihak kita juga berhasrat untuk membeli peralatan memanah bagi kegunaan kariah masjid yang berminat dan seterusnya akan menubuhkan kelab memanah tradisional berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah yang pertama di daerah Tambunan dengan bimbingan dari Kesatria.

“Pihak kami berterima kasih kepada Presiden KESATRIA, jurulatih dan pembantu jurulatih kelab yang hadir bagi menjayakan kelas asas memanah tradisional ini. Sekurang-kurangnya kami telah bermula dengan betul,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/15/21-peserta-warga-tambunan-diperkenalkan-asas-memanah-tradisional/feed/ 0 13015
50 Pelajar Sains Sukan UMS Sertai Program Asas Memanah Tradisional https://sabahmedia.com/2022/01/24/50-pelajar-sains-sukan-ums-sertai-program-asas-memanah-tradisional/ https://sabahmedia.com/2022/01/24/50-pelajar-sains-sukan-ums-sertai-program-asas-memanah-tradisional/#respond Mon, 24 Jan 2022 04:15:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11481
Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Seramai 50 orang pelajar jurusan Ijazah Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai sesi Program Pengenalan Memanah Tradisional yang dikendalikan Rawja Archery dengan kerjasama Kelab Memanah Kesatria Kota Kinabalu disini semalam.

Program Pengenalan Memanah Tradisional terbabit merupakan salah satu pengisian aktiviti sempena program Perkhemahan Sukan Rekreasi ‘Conquer The Nature’ 2.0.

Presiden Kelab Memanah Kesatria Kota Kinabalu, Mohd Suhaimi Sapiee berkata antara perkara yang diperkenalkan dalam program terbabit adalah pengenalan dan asas mengenai memanah tradisional, pengenalan peralatan memanah tradisional, tatacara keselamatan ketika memanah, adab dan sunnah memanah tradisional serta kepelbagaian jenis posisi dalam memanah tradisional.

Menurutnya, program terbabit juga merupakan pembuka tirai pengoperasian semula Arena Memanah Tradisional Pantai UMS selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah beralih kepada Pelan Pemulihan Nasional (PPN) Fasa 4.

“Pengisian aktiviti hari ini dimulakan dengan taklimat mengenai pengenalan memanah tradisional kemudian diteruskan dengan aktiviti praktikal memanah khusus berdasarkan silibus memanah yang dirangka Kelab Memanah Kesatria Kota Kinabalu dan juga pertandingan di kalangan pelajar.

“Seramai 10 orang jurulatih dari kalangan pemanah tradisional Sabah yang berpengalaman membantu dalam membimbing golongan pelajar terbabit dalam program ini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Dalam pada itu, Md Suhaimi turut berkata program terbabit juga merupakan salah satu langkah dalam mencari dan mengilap bakat pemanah tradisional baharu khususnya golongan belia di Sabah.

“Ini juga merupakan salah satu usaha untuk pihak kita melahirkan lebih ramai atlet pemanah tradisional di Sabah untuk bertanding ke peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

“Berikutan Arena Memanah Tradisional Pantai UMS ini juga satu-satunya tempat belajar memanah tradisional di Malaysia yang dibuat khusus di dalam institut pengajiaan tinggi awam, ini akan menjadi platform utama kita melahirkan lebih ramai pemanah tradisional.

“Selain itu, kita juga tekad untuk memperkenalkan dan mengajar ilmu memanah tradisional ini kepada orang awam bagi mengelakkan isu segelintir individu tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti memanah tanpa berguru sehingga mendatangkan masalah berkaitan keselamatan awam,” katanya.

Salah seorang pelajar Ijazah Sains Sukan UMS tahun kedua, Mohd Fadhil Awang Abdul Muthalif, 22, berasal dari Tawau berkata sebelum menyertai program hari ini, beliau mengakui menganggap memanah tradisional adalah sukan yang mudah.

“Pada mulanya saya beranggapan memanah tradisional semudah menarik tali busur dan anak panah tetapi apabila saya merasai sendiri pengalaman memanah, sangkaan saya jauh meleset.

“Memanah tradisional bukanlah perkara mudah namun pada masa yang sama saya berasa seronok dan ingin mencuba lagi,” katanya.

Seorang lagi pelajar Ijazah Sains Sukan UMS tahun kedua, Manisah Awang Kechil, 23, berasal dari Sandakan turut mempunyai pandangan sama.

“Kalau saya menonton siaran langsung sukan memanah di televisyen, saya menganggap ia seperti mudah namun selepas menyertai program ini, saya akhirnya sedar sukan ini memerlukan kita berguru dengan jurulatih dan juga berlatih.

“Saya sangat teruja dan berharap aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

“Malah, semua jurulatih yang membantu kami dalam program hari ini, saya lihat mereka seakan-akan seorang perwira terutamanya apabila ketika mereka menunjukkan contoh secara praktikal,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/24/50-pelajar-sains-sukan-ums-sertai-program-asas-memanah-tradisional/feed/ 0 11481