Memancing – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Oct 2025 12:12:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Memancing – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Memancing di kawasan pelantar minyak, lelaki dipenjara dua bulan https://sabahmedia.com/2025/10/14/memancing-di-kawasan-pelantar-minyak-lelaki-dipenjara-dua-bulan/ https://sabahmedia.com/2025/10/14/memancing-di-kawasan-pelantar-minyak-lelaki-dipenjara-dua-bulan/#respond Tue, 14 Oct 2025 11:45:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83280
Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Tindakan seorang lelaki memancing ikan di kawasan pelantar minyak ERB West, yang merupakan kawasan larangan, membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Moreh Kareh, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan memasuki suatu kawasan larangan tanpa kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa.

Moreh melakukan kesalahan itu pada 1 Oktober lalu, jam lebih kurang 12.15 tengah malam di perairan Pulau Mengalum, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan boleh dihukum dibawah Sekyen 7 akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan oleh anggota Pasukan Polis Marin yang menjalankan rondaan Op Taring Gelora di sekitar perairan Pulau Mengalum, selepas pasukan itu terserempak dengan sebuah pump boat yang dikendalikan tertuduh.

Ketika kejadian, tertuduh sedang memancing ikan di kawasan pelantar minyak ERB West, yang merupakan kawasan larangan.

Anggota polis marin kemudiannya menahan tertuduh serta merampas pump boat dan peralatan memancing sebelum membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap dan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/14/memancing-di-kawasan-pelantar-minyak-lelaki-dipenjara-dua-bulan/feed/ 0 83280
Operasi kesan lelaki hilang ketika memancing bersambung esok https://sabahmedia.com/2025/02/15/operasi-kesan-lelaki-hilang-ketika-memancing-bersambung-esok/ https://sabahmedia.com/2025/02/15/operasi-kesan-lelaki-hilang-ketika-memancing-bersambung-esok/#respond Sat, 15 Feb 2025 11:02:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68765
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh FLORIETA DIET

RANAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki berusia 30 tahun yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Sungai Gayo Nagas Ponulagon, Kampung Paus di sini akan bersambung esok.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib, mangsa dikenali sebagai Mokthar Azrin Amat masih belum ditemui sehingga jam 6 petang hari ini.

Operasi pencarian dibuat di sepanjang sungai dan juga bukit pada radius sepuluh kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Pasukan SAR adalah terdiri daripada anggota BBP, pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam dan juga orang kampung.

Ridwan berkata, mangsa dilaporkan keluar memancing pada 3 Februari lalu dan sepatutnya pulang pada 9 Februari.

“Pada 6 Februari, bapa mangsa telah menghubungi mangsa dan dimaklumkan akan balik pada 9 Februari namun sehingga 10 Februari mangsa masih belum pulang ke rumah. Keluarga mangsa telah mencari mangsa di lokasi memancing namun hanya motosikal mangsa yang ditemui. Keluarga mangsa telah melakukan pencarian di sepanjang Sungai Gayo Nagas Ponulagon namun mangsa gagal ditemui,” katanya.

Pada hari kedua SAR (13 Februari), pasukan SAR menemui mayat seorang lelaki di puncak bukit iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Namun setelah pengecaman dibuat oleh ahli keluarga pada 14 Februari mendapati, mayat itu bukanlah mangsa yang dilaporkan hilang.

Ridwan memberitahu bahawa sehingga kini, identiti mayat yang ditemui itu masih belum dapat dikenalpasti.

Katanya lagi, SAR akan disambung esok bermula jam 7 pag idan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/15/operasi-kesan-lelaki-hilang-ketika-memancing-bersambung-esok/feed/ 0 68765
Seorang Lelaki Dikhuatiri Jatuh Laut SemasaMemancing https://sabahmedia.com/2022/02/09/seorang-lelaki-dikhuatiri-jatuh-laut-semasamemancing/ https://sabahmedia.com/2022/02/09/seorang-lelaki-dikhuatiri-jatuh-laut-semasamemancing/#respond Wed, 09 Feb 2022 03:37:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12027
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan operasi CARILAMAT bagi mengesan seorang lelaki yang hilang semasa memancing di kawasan perairan Pulau Tiga dan Pulau Mengalum.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata, isteri mangsa telah membuat laporan kepada Maritim Malaysia setelah gagal menghubungi suaminya sejak 7 Februari.

“Mangsa, Lauren Alipiin, 33, warga Filipina dilaporkan telah keluar ke laut menggunakan bot pam berwarna kuning hijau dengan nombor pendaftaran JN9099/2/R.

“Berikutan itu, Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia telah mengatur gerak satu aset masing-masing ke lokasi bagi melaksanakan pencarian awal. Pasukan CARILAMAT telah menemui satu tong ikan terapung di posisi lebih kurang 12 batu nautika utara Pulau Tiga dan disahkan milik mangsa oleh isteri beliau,” katanya.

Operasi CARILAMAT mangsa diteruskan lagi pada pagi ini.

Maritim Malaysia menyeru kepada orang awam yang mempunyai petunjuk berkaitan kes untuk disalurkan terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387774.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/09/seorang-lelaki-dikhuatiri-jatuh-laut-semasamemancing/feed/ 0 12027