Memastikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 Sep 2023 07:35:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Memastikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LLRC gesa kerajaan memastikan SLO dibentangkan Oktober 2023 https://sabahmedia.com/2023/09/16/llrc-gesa-kerajaan-memastikan-slo-dibentangkan-oktober-2023/ https://sabahmedia.com/2023/09/16/llrc-gesa-kerajaan-memastikan-slo-dibentangkan-oktober-2023/#respond Sat, 16 Sep 2023 07:35:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41941
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Labour Solidarity and Learning Resources Association (LLRC, sebelum ini dikenali sebagai Labour Law Reform Coalition), mengalu-alukan lampu hijau yang diberikan oleh kerajaan Sabah dan Sarawak mengenai Ordinan Buruh Sabah (SLO) dan Ordinan Buruh Sarawak.

“Kami menggesa kerajaan memastikan kedua-dua rang undang-undang itu dibentangkan di parlimen pada Oktober 2023.

“Kerajaan harus memastikan Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak yang dikemas kini adalah setanding dengan Akta Pekerjaan (Pindaan) 2012 Kerajaan Persekutuan dan Akta Piawaian Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019,” kata satu kenyataan media LLRC yang dikeluarkan hari ini.

Menurut LLRC, kesatuan sekerja di Malaysia Timur, pekerja-pekerja telah mendambakan standard buruh yang sama dengan pekerja di Malaysia Barat selama beberapa dekad.

“Kami kecewa dengan ordinan buruh yang lapuk telah membenarkan diskriminasi dan eksploitasi pekerja di Malaysia Timur.

“Keadaan janggal “satu negara, tiga set undang-undang buruh” mesti ditamatkan. Pada masa hadapan, pindaan Akta Kerja, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak perlu dibentangkan serentak di parlimen tanpa berlengah-lengah,” tegas kenyataan itu.

Kenyataan media ini dikeluarkan selepas Mesyuarat Perancangan Advokasi Bersama Pemimpin LLRC Sabah dan Sarawak, di sini pada Jumaat (15 Sept).

Mesyuarat dihadiri oleh 20 pemimpin kesatuan dari bank, hotel, perkhidmatan perubatan, perkhidmatan pos, perkayuan, perladangan, komersial, pelabuhan , petroleum dan sektor minuman.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/16/llrc-gesa-kerajaan-memastikan-slo-dibentangkan-oktober-2023/feed/ 0 41941
Sabah Komited Untuk Memastikan Infrastruktur Dan Utiliti Ada Untuk Menarik Pelaburan https://sabahmedia.com/2021/07/04/sabah-komited-untuk-memastikan-infrastruktur-dan-utiliti-ada-untuk-menarik-pelaburan/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/sabah-komited-untuk-memastikan-infrastruktur-dan-utiliti-ada-untuk-menarik-pelaburan/#respond Sun, 04 Jul 2021 09:21:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2517
Read Time:53 Second

LAHAD DATU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam, melawat Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) di sini, Sabtu, untuk mempercepat kerja-kerja pembaikan jalan yang dijadualkan bermula tahun ini.

Dr Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian (MID) dalam lawatan kerjanya diiringi oleh Pengerusi POIC Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Fredian Gan, Setiausaha Tetap, Thomas Logijin serta sepasukan pegawai dari MID, Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (EPU).

POIC Lahad Datu diposisikan sebagai Hab Logistik yang muncul untuk Sabah dan BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina – East ASEAN Growth Area).

“Semua infrastruktur utama sudah siap dan yang diperlukannya adalah sokongan Kerajaan yang kuat untuk membolehkan pelaburan masuk,” katanya.

Dr Joachim menyatakan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai iltizam kuat untuk merealisasikan agenda perindustrian Sabah dengan penekanan pada industri bernilai tinggi.

Ini adalah lawatan rasmi kedua Dr Joachim ke POIC Lahad Datu dalam tiga bulan lalu.

Dalam pada itu, selepas lawatannya ke tapak projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) POIC, beliau menghadiri mesyuarat yang diadakan di Pejabat Daerah Lahad Datu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/sabah-komited-untuk-memastikan-infrastruktur-dan-utiliti-ada-untuk-menarik-pelaburan/feed/ 0 2517