membakut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Nov 2025 01:35:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png membakut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Badan pemikir perkukuh perancangan pembangunan Membakut https://sabahmedia.com/2025/11/26/badan-pemikir-perkukuh-perancangan-pembangunan-membakut/ https://sabahmedia.com/2025/11/26/badan-pemikir-perkukuh-perancangan-pembangunan-membakut/#respond Wed, 26 Nov 2025 01:35:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87072
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Penubuhan badan pemikir di Membakut dijangka menjadi pemangkin utama kepada pembangunan lebih sistematik dan berdaya saing di daerah itu, menerusi penglibatan golongan profesional, berpendidikan tinggi serta pegawai kanan kerajaan yang berasal dari Membakut.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Membakut Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, berkata badan pemikir tersebut menghimpunkan tenaga pakar anak-anak Membakut yang kini menetap di Kota Kinabalu, dan mereka memainkan peranan penting dalam memberikan input bernas berkaitan pembangunan daerah.

“Saya sering mendapatkan maklumat serta pendapat daripada mereka mengenai cara terbaik untuk merancang dan membangunkan Membakut.

“Badan pemikir ini terdiri daripada anak-anak Membakut yang berada di bandaraya ini, dan masing-masing membawa kepakaran tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Membakut di sini, pada Selasa.

Arifin Arif

Arifin yang juga calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut berkata, kehadiran golongan profesional seperti jurutera, arkitek, ahli akademik dan pegawai kanan kerajaan mampu memperkukuh usaha kerajaan dan masyarakat dalam membentuk perancangan jangka panjang yang lebih terarah.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa program seumpamanya bukan sekadar perjumpaan sosial, tetapi wadah penting untuk mengeratkan hubungan serta menyatukan hati masyarakat asal Membakut.

Katanya, nilai kesetiaan, kasih sayang dan rasa tanggungjawab terhadap daerah kelahiran perlu terus dipupuk bagi memastikan pembangunan Membakut dapat digerakkan secara bersama.

“Dengan itu kita boleh berbakti kepada Membakut, dan apa yang kita laksanakan sekurang-kurangnya dapat disumbangkan untuk pembangunan bersama di daerah itu,” ujarnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/26/badan-pemikir-perkukuh-perancangan-pembangunan-membakut/feed/ 0 87072
PRU DU 17: Membakut 10 penjuru, Bongawan 9 – Hari Penamaan Calon meriah https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-du-17-membakut-10-penjuru-bongawan-9-hari-penamaan-calon-meriah/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-du-17-membakut-10-penjuru-bongawan-9-hari-penamaan-calon-meriah/#respond Sat, 15 Nov 2025 05:47:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85851
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh Normimie Diun

MEMBAKUT: Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 bagi kerusi N30 Bongawan dan N31 Membakut hari ini menyaksikan saingan sengit apabila Membakut melibatkan 10 penjuru, manakala Bongawan memperlihatkan perebutan sembilan penjuru.

Seawal 6 pagi, perkarangan Dewan Kesenian Islam Membakut dipenuhi ribuan penyokong pelbagai parti yang hadir lengkap dengan busana tradisi etnik Sabah, menjadikan suasana penamaan calon meriah dan penuh warna.

Sembilan calon yang layak bertanding bagi kerusi DUN Bongawan.
10 calon yang layak bertanding bagi kerusi DUN Membakut.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Membakut, Datuk Mohd Arifin Arif, tiba pada jam 8.14 pagi disambut sorakan penyokong membawa bendera parti masing-masing.

Tidak lama selepas itu, calon GRS bagi DUN Bongawan, Tan Sri Anifah Aman, tiba pada jam 8.50 pagi di lokasi sama bersama kumpulan penyokong yang terus menghangatkan suasana dengan laungan sokongan.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Suzlan Suhaili, berikut senarai penuh calon layak bertanding:


DUN N31 Membakut (10 Penjuru)

  1. Cikgu Rusman Dulamit (BN)
  2. Mohd Arifin Mohd Arif (GRS)
  3. Rowindy Lawrence Odong (UPKO)
  4. Kamal Idris (PIS)
  5. Adrian Lajim (STARSABAH)
  6. Mohamad Said @ Ismail Sait (WARISAN)
  7. Suliaman Alladad (PKS)
  8. Haslan Wasli (Bebas)
  9. Azizi Angkiu @ Jaafar (PPRS)
  10. Yahya Ahmad (Anak Negeri)

DUN N30 Bongawan (9 Penjuru)

  1. Dolores Michael (STARSABAH)
  2. Daud Yusof (WARISAN)
  3. Mohamad Alamin (BN)
  4. Md Haris Md Tahir (Bebas)
  5. Peter Matinjal (KDM)
  6. Hussin Dasar (PPRS)
  7. Ridzuan Firdaus (PN)
  8. Royston Adven (PIS)
  9. Anifah Aman (GRS)

Acara berlangsung aman dan terkawal dengan pemantauan ketat anggota keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA sepanjang proses penamaan calon. Suasana penuh keterujaan itu turut mencerminkan komitmen masyarakat setempat terhadap perjalanan demokrasi negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-du-17-membakut-10-penjuru-bongawan-9-hari-penamaan-calon-meriah/feed/ 0 85851
Bekalan air di Membakut kekal stabil hasil pengurusan berkesan JANS https://sabahmedia.com/2025/10/25/bekalan-air-di-membakut-kekal-stabil-hasil-pengurusan-berkesan-jans/ https://sabahmedia.com/2025/10/25/bekalan-air-di-membakut-kekal-stabil-hasil-pengurusan-berkesan-jans/#respond Sat, 25 Oct 2025 00:51:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84101
Read Time:1 Minute, 24 Second

MEMBAKUT : Bekalan air di daerah ini kekal stabil hasil pengurusan berkesan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dengan dua loji di kawasan itu kini mampu menghasilkan lebih 16 juta liter air sehari selain membekalkan air ke beberapa kawasan berhampiran.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Caretaker) Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kejayaan itu menunjukkan komitmen tinggi JANS khususnya di Membakut dalam memastikan rakyat menerima bekalan air tanpa gangguan.

“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Pengarah dan pegawai Jabatan Air Membakut atas usaha mereka memastikan tiada masalah bekalan air di sini.

“Keupayaan dua loji di Membakut ini bukan saja mencukupi untuk kawasan sendiri, malah membantu daerah lain,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja ke Loji Air Membakut, di sini pada Jumaat.

Arifin yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas peruntukan yang diberikan bagi kerja penyelenggaraan dan menaik taraf loji di Beaufort, Sipitang dan Membakut, yang akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, kerajaan negeri juga sedang mempercepatkan pembinaan Loji Rawatan Air Bongawan, yang kini dalam peringkat pra pembinaan dengan kapasiti empat juta liter sehari, bagi memastikan keperluan air bersih di kawasan pantai barat selatan terus terjamin.

“Apabila Loji Bongawan siap nanti, kawasan Membakut tidak lagi perlu menyalurkan bekalan ke Bongawan, sekali gus menjadikan bekalan tempatan lebih mencukupi dan stabil,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa antara fokus utama seterusnya ialah menaik taraf sistem pengambilan air (intake) di Membakut bagi menambah kapasiti dan kecekapan pengedaran air ke kawasan sekitar.

 “Lebih 50 kakitangan Jabatan Air Membakut bekerja keras setiap hari memastikan operasi berjalan lancar. Ini wajar dihargai kerana kejayaan seperti ini datang hasil dedikasi semua pihak,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/25/bekalan-air-di-membakut-kekal-stabil-hasil-pengurusan-berkesan-jans/feed/ 0 84101
Lima rumah terbakar di Kg Jambatan Baru, Membakut https://sabahmedia.com/2024/11/14/lima-rumah-terbakar-di-kg-jambatan-baru-membakut/ https://sabahmedia.com/2024/11/14/lima-rumah-terbakar-di-kg-jambatan-baru-membakut/#respond Thu, 14 Nov 2024 01:49:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63717
Read Time:45 Second

MEMBAKUT: Sebanyak lima buah rumah terlibat dalam kebakaran dan tiga daripadanya musnah 100 peratus dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Jambatan Baru dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba Beaufort bersama lima anggota dari Balai Bomba Kimanis digerakkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 4.40 pagi tadi.(14 Nov)

“Sejurus tiba di lokasi kejadian pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan lima buah rumah, tiga buah rumah jenis separuh kekal telah terbakar 100 peratus.

“Manakala dua buah rumah jenis kekal dan separuh kekal berjaya dikawal dan dipadamkan dan terbakar sebanyak 20 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman diteruskan dan
setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.41 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/14/lima-rumah-terbakar-di-kg-jambatan-baru-membakut/feed/ 0 63717
JPKK,JKDB Perlu Jadi Agen Pembangunan,Perpaduan & Kesatuan Dikalangan Masyarakat https://sabahmedia.com/2022/01/23/jpkkjkdb-perlu-jadi-agen-pembangunanperpaduan-kesatuan-dikalangan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2022/01/23/jpkkjkdb-perlu-jadi-agen-pembangunanperpaduan-kesatuan-dikalangan-masyarakat/#respond Sun, 23 Jan 2022 03:33:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11444
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) perlu menjadi agen kepada pembangunan di kawasang masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, JPKK dan JKDB juga perlu memastikan kesatuan dan perpaduan dikalangan masyarakat setempat juga perlu sentiasa terjaga.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut, saya berharap mereka (JPKK dan JKDB) akan menjadi agen kepada pembangunan, perpaduan dan kesatuan dikalangan masyarakat.

“Ini penting bagi mencapai visi dan misi yang saya harapkan iaitu untuk membangun Membakut dengan ilmu pengetahuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat bersama JPKK dan JKDB bagi kawasan DUN Membakut disini semalam.

Pada program itu, sebanyak 36 buah kampung terlibat yang diwakili Pengerusi dan Setiausaha JPKK serta JKDB kampung masing-masing.

Mohd Arifin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah berkata, semua JPKK dan JKDB diberi taklimat berhubung peranan agensi dan jabatan kerajaan yang mempunyai hubungkait dengan tugas mereka.

“Pada hari ini (semalam) kita mengundang JPKK dan JKDB kesini untuk mendapatkan taklimat berhubung dengan jabatan dan kementerian yang sangat dekat dengan mereka.

“Antaranya Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB); Ko-Nelayan; Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); Jabatan Veterinar; Jabatan Pertanian dan Jabatan Kerja Raya (JKR).  Ini semua amat dekat dengan kerja-kerja mereka di kawasan masing-masing,”katanya.

Beliau berkata, menerusi taklimat itu, para JPKK dan JKDB akan dapat menyampaikan maklumat kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Terdahulu pada majlis itu, Mohd Ariffin turut menyampaikan geran tahunan kepada semua JPKK dan JKDB DUN Membakut bagi melaksanakan projek kecil untuk masyarakat di kawasan masing-masing.

“Kita turut memberi anugerah JPKK terbaik pada tahun ini untuk memberikan motivasi kepada mereka untuk terus memajukan JPKK dan kampung masing-masing,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/23/jpkkjkdb-perlu-jadi-agen-pembangunanperpaduan-kesatuan-dikalangan-masyarakat/feed/ 0 11444
Empat Keluarga Rai Krismas Di Rumah Baharu https://sabahmedia.com/2021/12/22/empat-keluarga-rai-krismas-di-rumah-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/empat-keluarga-rai-krismas-di-rumah-baharu/#respond Wed, 22 Dec 2021 10:49:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10194
Read Time:1 Minute, 16 Second

MEMBAKUT: Empat keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut disini bakal meraikan perayaan Hari Krismas di rumah baharu selepas rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) siap baru-baru ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas berkata, penyerahan replika kunci itu membolehkan penerima menyambut sambutan Hari Krismas dengan lebih selesa di rumah baharu.

“Pada tahun ini, empat keluarga di DUN Membakut akan meraikan hari Krismas di rumah baharu yang lebih selesa.

“Keluarga yang terlibat menerima bantuan rumah baharu ini adalah di Kampung Sungai Damit, Kampung Bawan, Kampung Lumat dan Kampung Dungau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan Krismas 2021 di Dewan Terbuka Pekan Membakut disini semalam.

Sementara itu, anak ketiga kepada penerima bantuan rumah PPRT, Ratna Kinsuin di Kampung Dungau iaitu Franky Lazim ketika dikunjungi rombongan Arifin menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas peruntukan berkenaan.

Beliau berharap, kerajaan akan meneruskan usaha murni dalam membantu golongan miskin untuk mendapatkan rumah kediaman.

Terdahulu, Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, sebanyak RM42.9 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri bagi tujuan penyaluran bantuan  kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini pada tahun ini.

Katanya, ia merupakan satu usaha serta keprihatinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ini adalah keprihatinan Ketua Menteri Sabah yang telah menyalurkan peruntukan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam dan sekolah mubaligh di negeri ini,” katanya.

Pada majlis tersebut, Mohd Arifin menyampaikan hadiah bagi pemenang pertandingan perhiasan pokok krismas, di samping sumbangan Krismas kepada gereja-gereja serta Komuniti Kristian Dasar (KKD).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/empat-keluarga-rai-krismas-di-rumah-baharu/feed/ 0 10194
PICK: Kerjasama Erat Petugas & Pemimpin Setempat Menjadi Faktor Bantu Beaufort Capai Imuniti Kelompok https://sabahmedia.com/2021/09/15/pick-kerjasama-erat-petugas-pemimpin-setempat-menjadi-faktor-bantu-beaufort-capai-imuniti-kelompok/ https://sabahmedia.com/2021/09/15/pick-kerjasama-erat-petugas-pemimpin-setempat-menjadi-faktor-bantu-beaufort-capai-imuniti-kelompok/#respond Wed, 15 Sep 2021 01:30:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6334
Read Time:1 Minute, 28 Second

MEMBAKUT : Usaha gigih petugas kesihatan, ketua-ketua masyarakat dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di daerah ini menjadi antara faktor membantu Beaufort sebagai daerah pertama di Sabah mecapai tahap imuniti kelompok.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, tahap imuniti 107 peratus turut disumbang oleh penduduk di daerah Kecil Membakut yang dicapai lebih awal berbanding sasaran.

“Kita bersyukur apabila Beaufort diumumkan sebagai daerah pertama mendapat peratusan tertinggi imuniti kelompok dengan 107 peratus. Ia meliputi jumlah 52,000 penduduk berusia 18 tahun ke atas yang telah mendaftar dan telah lengkap dua dos vaksinasi COVID-19.

“Jumlah 52,000 ini juga termasuk warga asing yang berada di daerah Beaufort dan kita mencapai sasaran lebih awal iaitu pada awal September berbanding  jangkaan Oktober depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni para petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kesenian Islam, disini kelmarin.

Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, peratusan tinggi itu disumbang oleh penduduk di daerah kecil Membakut menerusi PPV yang salah satunya berada di Membakut dan satu lagi di Pekan Beaufort.

“Kita berterima kasih kepada para petugas, ketua-ketua serta para pemimpin masyarakat yang menjalankan pendaftaran ke kampung-kampung menggunakan borang secara manual.

“Malah, kaedah ini terbukti membolehkan kita mencapai sasaran imuniti kelompok
dengan berkesan,” katanya.

Ramlan (kiri) menyampaikan replika cek bantuan zakat daripada MUIS kepada Abdul (kanan) sambil disaksikan Arifin.

Terdahulu, Arifin menyampaikan bantuan zakat daripada Pusat Zakat Sabah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)  berjumlah RM13,000 kepada 26 mangsa banjir di Pejabat Daerah Kecil Membakut.

Yang turut hadir ialah Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun, Penolong Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki, Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali dan Ketua Penolong Setiausaha Zakat dan Fitrah, Iwansuzairie Hari./Penerangan-  

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/15/pick-kerjasama-erat-petugas-pemimpin-setempat-menjadi-faktor-bantu-beaufort-capai-imuniti-kelompok/feed/ 0 6334
Pembersihan Sungai Dijangka Kurangkan Masalah Banjir https://sabahmedia.com/2021/09/14/pembersihan-sungai-dijangka-kurangkan-masalah-banjir/ https://sabahmedia.com/2021/09/14/pembersihan-sungai-dijangka-kurangkan-masalah-banjir/#respond Tue, 14 Sep 2021 01:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6295
Read Time:1 Minute, 19 Second

MEMBAKUT : Pembersihan sungai di daerah ini dijangka dapat mengurangkan masalah banjir khususnya di kawasan sawah padi.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bagi tujuan tersebut pihaknya telah mengemukakan permohonan peruntukan kepada kerajaan negeri.

“Masalah pesawah di Membakut ini ialah banjir, jadi kita akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sungai serta beberapa tempat pengairan sawah.

“Kita telah memohon peruntukan kepada kerajaan negeri dan kini dalam proses pertimbangan kerajaan,” ujar beliau.

Mengenai perkembangan Blok 7 yang tidak dapat dimakmurkan lebih 10 tahun, ujar Arifin, kini lebih 70 ekar telah berjaya dibangunkan hasil bimbingan Jabatan Pertanian Sabah.

“Blok 7 antara blok yang lama terbiar namun hasil bimbingan Jabatan Pertanian dan semangat para petani, lebih 70 ekar telah dapat dibangunkan dengan tiga kali tuaian.

“Demikian juga dengan beberapa blok yang lain, Jabatan Pertanian telah membiayai semua kos subsidi, pembersihan dan lain-lain yang dimanfaatkan oleh para petani sehingga mereka boleh membangun sendiri,” jelasnya.

Tambah Arifin selain Blok 7, Blok 1 yang mendapat bimbingan penuh daripada Jabatan Pertanian Sabah juga telah melahirkan 15 orang petani meraih pensijilan Skim Amalan Baik Malaysia (myGAP), Februari lepas.

Secara keseluruhannya, beliau mendedahkan daerah kecil terbabit mula membangunkan lebih 200 ekar tanah dengan aktiviti pertanian.

Justeru itu, beliau memohon kepada semua jabatan yang terlibat agar terus memberikan bantuan serta khidmat nasihat untuk menangani masalah banjir.

Arifin ditemui media ketika mengadakan pertemuan dengan para pesawah padi di Kg Pimping disini semalam.

Arifin yang diiringi Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun serta Penolong Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki turut menyampaikan sumbangan bantuan baja kepada wakil pesawah Blok 7. /Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/14/pembersihan-sungai-dijangka-kurangkan-masalah-banjir/feed/ 0 6295
PICK : Pemberian Vaksinasi Secara Pandu Lalu Mudahkan Warga Emas Terima Vaksin https://sabahmedia.com/2021/08/18/pick-pemberian-vaksinasi-secara-pandu-lalu-mudahkan-warga-emas-terima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/08/18/pick-pemberian-vaksinasi-secara-pandu-lalu-mudahkan-warga-emas-terima-vaksin/#respond Wed, 18 Aug 2021 04:37:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4820
Read Time:1 Minute, 6 Second

MEMBAKUT : Pelaksanaan pemberian vaksin secara pandu lalu (drive-thru) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khususnya kepada golongan warga emas yang kurang berupaya dilihat amat bertepatan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif itu memudahkan penerima untuk hadir ke PPV tanpa perlu turun dari kenderaan.

“Pada hari ini (kelmarin) saya melawat PPV Dewan Kesenian Islam Membakut dan melihat sendiri pemberian vaksin secara pandu lalu khusus kepada golongan warga emas.

Mohd Arifin ketika bertemu salah seorang warga emas yang juga penerima vaksin di PPV Dewan Kesenian Islam Membakut secara pandu lalu.

“Inisiatif ini amat baik, kerana selain membantu mempercepatkan pemberian vaksin, golongan (warga emas) ini juga tidak perlu menunggu lama seperti penerima yang lain,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, golongan ini juga merupakan antara golongan berisiko dan perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin.

“Saya yakin inisiatif seumpama ini juga turut dilaksanakan di PPV lain dan saya juga yakin pemberian vaksin ke rumah penerima khususnya warga emas juga mampu membantu mempercepatkan imuniti kelompok di negeri ini,”katanya.

Pada lawatan itu, Mohd Arifin turut mengadakan sambutan ringkas ambang kemerdekaan bersama petugas barisan hadapan dan sebahagian penerima vaksin yang hadir.

Beliau turut meminta rakyat khususnya di Sabah untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang meskipun dalam pandemik COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/18/pick-pemberian-vaksinasi-secara-pandu-lalu-mudahkan-warga-emas-terima-vaksin/feed/ 0 4820
JPKK,Ketua Kampung Dan Pemimpin Setempat Berperanan Pastikan Penduduk Daftar Vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/06/12/jpkkketua-kampung-dan-pemimpin-setempat-berperanan-pastikan-penduduk-daftar-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/12/jpkkketua-kampung-dan-pemimpin-setempat-berperanan-pastikan-penduduk-daftar-vaksin-covid-19/#respond Sat, 12 Jun 2021 07:38:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1088
Read Time:1 Minute, 33 Second

12 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]

MEMBAKUT : Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mencadangkan agar Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Ketua Kampung dinegeri ini memainkan peranan bagi membantu dan memastikan penduduk dikawasan jagaan mendaftar bagi menerima vaksin COVID-19.

Katanya, kerjasama antara JPKK dan Ketua Kampung selain pemimpin setempat itu boleh diselaraskan bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

“Peranan itu dilihat boleh membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan lagi proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang sudah diselaraskan diseluruh negara.

“Saya yakin pimpinan JPKK dan Ketua Kampung di kawasan lain juga sudah melakukan perkara ini namun jika ia dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negeri, sudah pasti usaha ini boleh menyumbang kepada usaha mempercepatkan  tercapainya imuniti kelompok selain boleh mengenalpasti mereka yang terlibat turun menerima vaksin di PPV mengikut jadual yang ditetapkan,”katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, UPPM Dun Membakut khususnya telah diberi peluang untuk mendaftarkan penerima vaksin dikalangan warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) setiap hari.

“Sehingga kini, saya melihat proses pendaftaran bagi warga emas hampir 100 orang setiap hari berjaya dilaksanakan hasil kerjasama JPKK, Ketua Kampung dan pemimpin masyarakat setempat disini.

“Saya yakin dibeberapa daerah lain juga turut melaksanakan program sebegini untuk kita membantu kerajaan mencapai sasaran imuniti kelompok sebanyak 80 peratus,”katanya.

Mohd Arifin berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas termasuk sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dedikasi dalam melaksanakan tugas.

“Sebagai pemimpin di kawasan ini, saya berpuas hati dengan proses pemberian vaksin di PPV dan semua berjalan dengan lancar.

“Selain itu saya juga ingin menyeru kepada rakyat di negeri ini khususnya untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera ataupun laman sesawang yang disediakan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/12/jpkkketua-kampung-dan-pemimpin-setempat-berperanan-pastikan-penduduk-daftar-vaksin-covid-19/feed/ 0 1088