memberi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 Apr 2022 10:41:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png memberi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Individu Yang Layak Digalakkan Ambil Dos Penggalak Bertujuan Memberi Perlindungan Kesihatan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/#respond Fri, 01 Apr 2022 10:21:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13761
Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN: Orang ramai atau individu yang layak digalakkan mengambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 bertujuan memberi perlindungan kesihatan tertinggi dikalangan rakyat di negara ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, setakat ini tidak ada kesesakan mana-mana pusat penerimaan vaksin di Sabah untuk mengambil dos penggalak, namun bagi mereka yang hanya mendapat dua dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac dan yang berumur 60 tahun ke atas, status mereka adalah tidak lengkap divaksin tertera di aplikasi MySejahtera, bagaimanapun tidak ada penalti atau sebagainya dikenakan.

“kita menggalakkan mereka untuk mendapatkan dos penggalak bertujuan untuk menjaga kesihatan mereka kerana kita dapat makluman dan kajian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa bagi dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac selepas beberapa bulan, tempoh ketahanan badan akan berkurang.

“Oleh yang demikian, kita menggalakkan mereka untuk mendapatkan dos penggalak bukannya untuk menafikan hak mereka bergerak tetapi untuk menjaga kesihatan mereka,” jelas Shahelmey semasa ditemubual pemberita selepas melancarkan program Kempen Bersih Putatan di perkarangan Pejabat Daerah Putatan pada Jumaat.

Ini adalah berikutan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, lebih dua juta penerima vaksin Sinovac bakal kehilangan status vaksinasi lengkap menjelang 1 April ini kerana masih belum menerima dos penggalak.

Namun menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) KKM menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, memaklumkan bahawa status digital vaksinasi hanya akan bertukar tidak lengkap di aplikasi MySejahtera bagi penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.

“Untuk makluman, status vaksinasi COVID-19 kepada semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas dan penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap.

“Ia bukan dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/individu-yang-layak-digalakkan-ambil-dos-penggalak-bertujuan-memberi-perlindungan-kesihatan-shahelmey/feed/ 0 13761
Kerajaan Negeri Benarkan PPS Memberi Pinjaman Perumahan Kepada Penjawat Awam https://sabahmedia.com/2021/10/28/kerajaan-negeri-benarkan-pps-memberi-pinjaman-perumahan-kepada-penjawat-awam/ https://sabahmedia.com/2021/10/28/kerajaan-negeri-benarkan-pps-memberi-pinjaman-perumahan-kepada-penjawat-awam/#respond Thu, 28 Oct 2021 11:13:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8013
Read Time:2 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) telah diberi kebenaran untuk memberi pinjaman perumahan kepada penjawat awam negeri Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan perkara tersebut bahawa kerajaan negeri memberi kebenaran kepada PPS supaya memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada penjawat awam negeri untuk memiliki rumah sendiri.

“InshaAllah dengan kebenaran ini, kerajaan memberi kemudahan kepada penjawat awam negeri untuk memiliki rumah sendiri sama ada membeli atau membina rumah.

“Justeru, saya berharap PPS akan terus maju sebagai satu agensi kerajaan yang dibanggakan. Daripada taklimat yang diberikan oleh PPS, jelas perbadanan ini adalah agensi yang mantap dan perlu dicontohi oleh mana-mana agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini,” katanya sempena majlis Penyerahan Dividen, Faedah dan Zakat Perniagaan PPS kepada Kerajaan Negeri Sabah di Wisma Perbadanan Pinjaman Sabah di Penampang, di sini pada Khamis.

Hajiji juga meminta semua GLC di negeri ini akan mampu menghasilkan keuntungan dan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada pelanggan serta rakyat.

“Saya mahu kepada GLC lain yang mahu terus mencapai perkhidmatan yang terbaik agar dapat merombak atau menyusun semula pentadbiran mereka untuk menjadi GLC yang boleh dibanggakan seperti mana harapan kerajaan,” katanya.

Sempena majlis itu kerajaan Sabah menerima dividen sebanyak RM17.5 juta daripada PPS selain RM576,421.44 sebagai pembayaran faedah, bagi tahun 2020. Perbadanan Pinjaman Sabah turut membayar zakat perniagaan berjumlah RM263,690.55, bagi tempoh yang sama.

“Kerajaan negeri merakamkan syabas kepada PPS kerana tidak pernah gagal untuk membayar dividen sejak 2002.

“Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan terkesan dengan perubahan landskap ekonomi susulan pandemik COVID-19 sejak lebih setahun lalu, ahli lembaga, pihak pengurusan dan semua warga PPS masih mampu menunjukkan daya saing yang cemerlang serta mampu menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

“Sejak tahun 2002, PPS tidak pernah gagal untuk membayar dividen kepada kerajaan negeri dan usaha ini amat dihargai. Saya berharap pemberian dividen oleh PPS yang bermula sejak 19 tahun lalu, terus dikekalkan untuk tahun-tahun seterusnya selain mengekalkan prestasi cemerlang,” katanya.

Hajiji turut menyatakan ekspektasi atau harapan pelanggan kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan telah berubah pada unjuran yang besar berikutan perubahan teknologi terutama sekali di media sosial.

“Justeru, saya mahu setiap agensi kerajaan menyahut cabaran itu untuk memberi khidmat yang terbaik dan jika boleh, melebihi ekspektasi kepuasan setiap pelanggan. Saya berharap lembaga pengarah dan pengurusan PPS akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan mereka sekali gus meneroka di luar daripada zon selesanya dan melaksanakan lebih banyak bidang perniagaan,” katanya.

Katanya, selama bertahun-tahun, PPS bukan sahaja telah mencapai prestasi melebihi jangkaan tetapi ia telah menjangkaui perniagaan untuk mendekati hati dan minda (hearts and minds) bagi membantu masyarakat melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan perbadanan berkenaan.

“Ini termasuk pemberian bantuan alat-alat perubatan kritikal kepada setiap hospital akibat pandemik COVID-19 di samping membantu mangsa yang terkesan daripada pelbagai bencana alam yang berlaku,” katanya sambil berharap usaha PPS ini akan dicontohi agensi atau sektor swasta di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/28/kerajaan-negeri-benarkan-pps-memberi-pinjaman-perumahan-kepada-penjawat-awam/feed/ 0 8013
Program Bicara Bonda Memberi Teladan Bentuk Keluarga Bahagia https://sabahmedia.com/2021/10/17/program-bicara-bonda-memberi-teladan-bentuk-keluarga-bahagia/ https://sabahmedia.com/2021/10/17/program-bicara-bonda-memberi-teladan-bentuk-keluarga-bahagia/#respond Sun, 17 Oct 2021 05:37:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7593
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Program Bicara Bonda sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1443H/2021M diharap memberi banyak pengetahuan dan teladan untuk membentuk keluarga bahagia.

Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag, berkata ini termasuk dapat melakukan yang terbaik terhadap keluarga daripada segi akhlak, kasih sayang dan tanggungjawab yang terbaik kepada keluarga masing-masing.

“Perlu diingat bahawa daripada keluargalah akan lahir keharmonian dan kesejahteraan dalam berjiran, bermasyarakat dan bernegara.

“Justeru, amat sesuai sekali apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia sebagai tonggak kesejahteraan rakyat di negara kita yg tercinta.

“Pembentukan keluarga bahagia juga adalah amanah yang seharusnya dilaksanakan oleh ibu bapa dan ahli keluarga bagi membentuk generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat,” katanya ketika merasmikan Program Bicara Bonda sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1443H/2021M di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Ahad.

Yang turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Naib Yang Dipertua 1 MUTIARA GRS, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Bicara Bonda, Datin Lenny Natasha Tan Sri Musa serta Setiausaha Kehormat MUTIARA GRS, Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi.

Sehubungan itu, Juliah berharap program ini akan diperluaskan lagi agar semua golongan sasar akan mendapat manfaat yang dibawakan oleh kerajaan khususnya dalam program Bicara Bonda ini.

Pada majlis itu, isteri Ketua Menteri itu turut menyampaikan Tokoh Anugerah Saidatina Khadijah kepada anak kelahiran Membakut, Dr Zainab Binti Kassim, 52, kini masih bertugas sebagai Pakar Neonatologi di King College Hospital d London.

Dr Zainab turut menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM15,000.

Dua lagi anugerah iaitu Anugerah Khas sempena Program Bicara Bonda diberikan kepada Rosnani Abdullah, 61, yang terbabit dalam mengusaha madrasah pondok di Sabah dan menerima wang tunai RM10,000 manakala Persatuan Ibu Tunggal Sabah turut menerima sumbangan wang tunai untuk aktiviti pengurusan persatuan itu sebanyak RM5,000 kepada Pengerusinya, Norhanidah Anol.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/17/program-bicara-bonda-memberi-teladan-bentuk-keluarga-bahagia/feed/ 0 7593