Membina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 26 Oct 2021 05:52:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Membina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PETRONAS akan membina kemudahan LNG pertama Sabah di SOGIP https://sabahmedia.com/2021/10/26/petronas-akan-membina-kemudahan-lng-pertama-sabah-di-sogip/ https://sabahmedia.com/2021/10/26/petronas-akan-membina-kemudahan-lng-pertama-sabah-di-sogip/#respond Tue, 26 Oct 2021 05:52:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7914
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Kabinet negeri telah mengesahkan pembinaan gas asli cecair (LNG) pesisir pantai yang pertama dan terbesar di Sabah oleh PETRONAS di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Mengumumkan perkara ini di sini hari ini, susulan kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek LNG, tertakluk kepada keputusan pelaburan akhir (FID) pada tahun 2022 adalah langkah ke arah yang betul yang mana kerajaan terus mengusahakan lebih banyak peluang untuk mendapatkan hasil tambahan melalui penyertaan ekuiti untuk Sabah.

“Projek LNG pesisir pantai adalah hasil kajian bersama antara kerajaan negeri dan PETRONAS untuk mengenal pasti pilihan penerokaan gas yang optimum dalam usaha memaksimumkan jangka panjang ekonomi yang akan memberi manfaat kepada rakyat Sabah,” katanya.

Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan melihat lebih banyak pilihan untuk memastikan rakyat Sabah meraih faedah daripada sektor minyak dan gas negeri ini.

Loji baharu LNG itu dijangka meningkatkan jumlah pengeluaran LNG daripada 2.7 kepada 4.7 juta tan metrik setahun (MTPA), menambah 2 juta MTPA lagi kapasiti pengeluaran LNG.

Apabila beroperasi, loji LNG akan mengukuhkan lagi ekosistem bakat tempatan dan syarikat yang mempunyai kemahiran khusus untuk menjalankan operasi dan perkhidmatan sokongan.

Loji LNG pesisir pantai akan dibangunkan di SOGIP di mana gas akan dibekalkan dari lapangan gas Sabah melalui Saluran Paip Gas Sabah Sarawak (SSGP) yang sedia ada.

Loji tersebut akan di sambungkan berhampiran sambungan jeti baharu Petronas Chemicals Fertilizer Sabah dan disokong oleh utiliti dan kemudahan yang terpilih dari daratan.

Dengan keupayaannya yang boleh dipindahkan, loji LNG pesisir pantai mampu menyediakan penggunaan aset secara berterusan dan mengoptimumkan pelaburan.

Aktiviti Front End Engineering Design (FEED) untuk projek ini akan bermula pada akhir Oktober 2021 dan tertakluk kepada keputusan pelaburan akhir (FID), loji LNG pesisir pantai dirancang akan siap untuk bermula (Ready for Start-Up) pada akhir tahun 2026.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/26/petronas-akan-membina-kemudahan-lng-pertama-sabah-di-sogip/feed/ 0 7914
Jamawi Alu-alukan Rancangan Kerajaan Membina Jalanraya Dari Pekan Tenom ke Kampung Pangi https://sabahmedia.com/2021/08/22/jamawi-alu-alukan-rancangan-kerajaan-membina-jalanraya-dari-pekan-tenom-ke-kampung-pangi/ https://sabahmedia.com/2021/08/22/jamawi-alu-alukan-rancangan-kerajaan-membina-jalanraya-dari-pekan-tenom-ke-kampung-pangi/#respond Sun, 22 Aug 2021 10:23:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5075
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Mantan Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar menyambut baik komitmen kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya yang telah memasukkan perancangan untuk membina jalanraya dari Tenom ke kawasan Pangi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 .

Jamawi berkata, beliau yakin perkara ini akan menjadi keutamaan Kementerian Kerja Raya dibawah pimpinan Dato’ Sri Bung Moktar Radin seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang sudah tentu merasai denyut nadi rakyat di kawasan luar bandar khususnya penduduk Kampung Pangi yang sekian lama mengimpikan keperluan jalanraya dari kampung tersebut untuk menghubungkan pekan Tenom yang hanya jaraknya sekitar 12 kilometer.

“ Saya yakin perkara ini akan menjadi keutamaan kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya yang diketuai oleh Bung untuk dilaksanakan bagi memberikan kemudahan pengangkutan kepada kira-kira 500 orang penduduk Kampung Pangi dan sekitarnya yang selama ini hanya bergantung kepada pengangkutan keretapi untuk ke pekan Tenom” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kerja Raya Ir. Ali Ahmad Hamid baru-baru ini dalam kenyataan medianya berkata, Program Pembangunan Kampung Pangi, Tenom termasuk laluan jalanraya ke pekan Tenom telah dimasukkan dalam RMK-12 .

Menurut Ali, pada peringkat permulaan kajian akan dibuat terlebih dahulu memandangkan ianya melibatkan kos yang agak tinggi kerana keadaan laluan berbukit menyebabkan pembinaan yang dirancang akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

“Kita ada dua pilihan laluan samada sebelah kiri yang mana kosnya lebih sedikit kerana kawasannya kurang berbukit selain sudah ada jalan tersedia , itu dari pekan Tenom menunju ke kawasan Hidro dimana kita hanya perlu membuat satu jambatan sejauh 230 meter dari kawasan Hidro ke Kampung Pangi atau mengekalkan laluan di sebelah kanan dengan anggaran kosnya sekitar 165 juta” katanya.

Dalam pada itu, Jamawi yang juga Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd (SUDC) berharap pihak Jabatan Keretapi Negeri Sabah dapat menambah operasi perjalanan keretapi dari pekan Tenom ke Kampung Pangi bagi memberikan kemudahan yang lebih selesa kepada penduduk di kawasan tersebut agar mereka tidak perlu berkejar dengan masa apabila berurusan di pekan Tenom.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/22/jamawi-alu-alukan-rancangan-kerajaan-membina-jalanraya-dari-pekan-tenom-ke-kampung-pangi/feed/ 0 5075