memeriahkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 12 Nov 2023 07:52:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png memeriahkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 1,000 tetamu hadir memeriahkan sambutan Deepavali di SICC https://sabahmedia.com/2023/11/12/lebih-1000-tetamu-hadir-memeriahkan-sambutan-deepavali-di-sicc/ https://sabahmedia.com/2023/11/12/lebih-1000-tetamu-hadir-memeriahkan-sambutan-deepavali-di-sicc/#respond Sun, 12 Nov 2023 07:52:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45093
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Majlis Ramah Mesra Deepavali yang dihadiri lebih 1,000 orang dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama-sama masyarakat India dan pelbagai kaum meraikan perayaan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Sambutan majlis perayaan Deepavali itu adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri dan Dewan Perniagaan India Sabah.

Setibanya Ketua Menteri di majlis itu disambut oleh Presiden Dewan Perniagaan India Sabah Datuk V. Jothi dan tetamu lain yang hadir.

Hajiji diiringi V.Jothi di sambut meriah semasa ketibaannya di majlis itu.

Seterusnya, Jothi mengiringi Hajiji bersama tetamu kehormat lain menyalakan kuthu vilakku (lampu tembaga) sempena dengan sambutan Deepavali.

Dalam majlis sama, dua keping cek bernilai RM3,000 masing-masing telah disampaikan kepada Persatuan Orang Buta Sabah dan Jireh Home Tuaran daripada Kerajaan Negeri dan
Dewan Perniagaan India Sabah.

Selain hidangan masyarakat India yang lazat disajikan, turut ditampilkan persembahan nyanyian dan tarian yang memukau para tetamu yang hadir.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/12/lebih-1000-tetamu-hadir-memeriahkan-sambutan-deepavali-di-sicc/feed/ 0 45093
Konvoi Merdeka Daerah Putatan memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 https://sabahmedia.com/2023/08/29/konvoi-merdeka-daerah-putatan-memeriahkan-sambutan-bulan-kemerdekaan-2023/ https://sabahmedia.com/2023/08/29/konvoi-merdeka-daerah-putatan-memeriahkan-sambutan-bulan-kemerdekaan-2023/#respond Tue, 29 Aug 2023 06:35:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40927
Read Time:1 Minute, 36 Second

PUTATAN: Sebanyak 30 buah kenderaan membawa peserta terdiri daripada wakil-wakil dari semua agensi Negeri dan Persekutuan di daerah Putatan menyertai Program Konvoi Merdeka Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Putatan Tahun 2023 di sini, hari ini.

Istimewanya Konvoi Merdeka ini turut disertai sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Shahelmey bersama peserta Konvoi Merdeka merakamkan gambar kenangan sebelum berlepas ke lokasi-lokasi hentian sekitar Daerah Putatan hari ini.

Acara Pelepasan Konvoi Merdeka bermula dari perkarangan Pejabat Daerah Putatan pada jam 8.40 pagi hingga 12 tengahari yang berakhir di Masjid Al-Hilal, Tanjung Dumpil.

Antara hentian-hentian yang dilawati iaitu Kampung Muhibbah, SMK Petagas, Masjid Jamek, PPR Taman Sri Keramat, PPR Taman Sri Serigal, Kampung Meruntum dan Balai Cerap Al-Biruni.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, Konvoi Merdeka sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan untuk mengingatkan generasi muda khususnya tentang pentingnya menghargai kemerdekaan dan juga menjaga perpaduan.

“Justeru itu, marilah kita sama-sama mengibarkan jalur gemilang di premis masing-masing sebagai tanda sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini, Selamat Hari Merdeka 2023,” kata Shahelmey ketika ditemui pemberita semasa program tersebut.

Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini, Shahelmey berkata, semua premis perniagaan yang ada di Putatan telah menerima jalur gemilang daripada Pejabat Daerah Putatan.

“Saya telah dimaklumkan oleh Pegawai Daerah Putatan bahawa jalur gemilang telahpun diagihkan ke semua premis-premis perniagaan sekitar Daerah Putatan.

“Oleh itu, kita menyeru kepada mereka yang telah menerima jalur gemilang yang telah disumbangkan oleh kerajaan agar mengibarnya sebagai tanda menghargai kemerdekaan dan menyemarakkan bulan kemerdekaan.

“Dalam Konvoi Merdeka ini juga dalam semua hentian kita lawati kita agihkan bendera jalur gemilang dan bendera negeri Sabah, jadi saya mohon selepas menerima bendera-bendera tersebut kibarkanlah di premis atau kampung masing-masing,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/29/konvoi-merdeka-daerah-putatan-memeriahkan-sambutan-bulan-kemerdekaan-2023/feed/ 0 40927