Memerlukan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 30 Jun 2023 09:21:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Memerlukan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SESB bantu golongan memerlukan melalui wakalah zakat https://sabahmedia.com/2023/06/30/sesb-bantu-golongan-memerlukan-melalui-wakalah-zakat/ https://sabahmedia.com/2023/06/30/sesb-bantu-golongan-memerlukan-melalui-wakalah-zakat/#respond Fri, 30 Jun 2023 09:21:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37448
Read Time:54 Second

MEMBAKUT: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) amat prihatin dan sentiasa membantu golongan yang memerlukan melalui program sumbangan Wakalah Zakat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Hj Jaafar berkata pada tahun ini sebanyak RM938,208 telahpun diperuntukkan bagi melaksanakan 21 program sumbangan Wakalah Zakat di seluruh Negeri Sabah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program sumbangan Wakalah Zakat SESB di Dewan Wawasan Kampung Pimping, Membakut pada Jumaat (30 Jun).

Program tersebut disempurnakan oleh Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Agihan Wakalah Zakat SESB ini telah memberi manfaat kepada hampir 800 orang yang terdiri daripada golongan asnaf, surau, masjid dan pusat tahfiz.

Antara kawasan yang telah menerima sumbangan ini adalah Kota Kinabalu, Putatan, Bongawan, Kimanis, Papar, Membakut, Beaufort, Sipitang, Kota Belud, Tawau dan Lahad Datu.

Program sumbangan Wakalah Zakat ini merupakan pengembalian wang zakat SESB yang dibayar kepada Pusat Zakat Negeri Sabah untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan seperti yang telah digariskan dalam tatacara pengagihan Wakalah Zakat oleh Pusat Zakat seperti asnaf, anak-anak yatim, masjid, rumah anak-anak yatim dan pusat tahfiz.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/30/sesb-bantu-golongan-memerlukan-melalui-wakalah-zakat/feed/ 0 37448
Program Ziarah Bantu Golongan Memerlukan https://sabahmedia.com/2023/03/08/program-ziarah-bantu-golongan-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2023/03/08/program-ziarah-bantu-golongan-memerlukan/#respond Wed, 08 Mar 2023 07:42:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30512
Read Time:31 Second

KOTA MARUDU: Program Ziarah merupakan platform terbaik bagi mendekati dan membantu golongan yang memerlukan.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Redonah Bahanda berkata, program ziarah salah satu cara untuk mendekati rakyat di akar umbi.

Katanya, program ini merupakan langkah proaktif yang diambil bagi mendekati dan menyelami kesukaran golongan yang memerlukan dengan lebih dekat.

Sementara itu, beliau berharap
sumbangan yang disampaikan dapat meringankan bebanan semua penerima.

“Tujuan utama ziarah diadakan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan di samping mengeratkan hubungan antara ahli dan masyarakat,” katanya.

Sebanyak lapan keluarga yang kurang sihat menerima sumbangan peribadi dan beras daripada Redonah di Kampung Tagaroh DUN Bandau kelmarin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/08/program-ziarah-bantu-golongan-memerlukan/feed/ 0 30512
Kerajaan GRS Komited Beri Bantuan Khas Pendidikan Untuk Golongan Memerlukan https://sabahmedia.com/2021/12/16/kerajaan-grs-komited-beri-bantuan-khas-pendidikan-untuk-golongan-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2021/12/16/kerajaan-grs-komited-beri-bantuan-khas-pendidikan-untuk-golongan-memerlukan/#respond Thu, 16 Dec 2021 04:49:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9960
Read Time:3 Minute, 1 Second

TUARAN: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang komited terhadap agenda pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat akan meneruskan beberapa bantuan khas pendidikan kepada golongan yang memerlukannya di Sabah tahun hadapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan GRS itu bertujuan untuk memastikan setiap anak Sabah mempunyai akses dan tidak dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan Program CKS kepada pelajar sekolah sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir.Abdul Nasser Abdul Wahid (kiri). - Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan Program CKS kepada pelajar sekolah sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir.Abdul Nasser Abdul Wahid (kiri). – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata,dalam Belanjawan Sabah Tahun 2022, Program Bantuan Sosial Sekolah seperti pakaian seragam, kasut dan alat tulis akan diteruskan tahun hadapan yang melibatkan 289,204 murid dengan peruntukan sejumlah RM13.9 juta.

“Kerajaan Negeri GRS juga akan meneruskan dua lagi bentuk bantuan khas pendidikan yang diperkenalkan tahun lalu iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) yang melibatkan peruntukan masing-masing sebanyak RM10 juta dan RM7.5 juta.

“Pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan dan melaksanakan satu inisiatif baharu iaitu Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

“Melalui BISTARI, setiap anak Sabah yang dilahirkan bermula tahun 2022 akan ditawarkan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan bantuan sejumlah RM100 yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri”, katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Taqwa Kg.Laya-Laya, Tuaran. - Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Taqwa Kg.Laya-Laya, Tuaran. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan kepada Masjid Haji Noor, Kampung Serusop. - Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan kepada Masjid Haji Noor, Kampung Serusop. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan kepada Sekolah Angkat SESB SK Lokub, Kiulu,Tuaran.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan kepada Sekolah Angkat SESB SK Lokub, Kiulu,Tuaran. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah

Hajiji berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Ceria Ke Sekolah (CKS) Tenaga Nasional Berhad (TNB)/Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.12 Sulaman, Sumbangan Program Sekolah Angkat SESB, Sumbangan Kepada Asnaf, lima Buah Masjid dan empat Buah Pusat Maahad Tahfiz Daerah Tuaran.

Penyerahan sumbangan tersebut diadakan di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau SAMA Sabah, Kampung Lok Batik, dekat sini, hari ini.

Selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Sabah, Kerajaan GRS telah perkenalkan pelbagai Bantuan Khas Pendidikan tahun lalu iaitu BUDI dan BAKTI, bagi meringankan beban rakyat di negeri ini.

Selain itu katanya, pemberian komputer riba membabitkan peruntukan RM15 juta turut diberi khusus untuk pelajar menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun ini. Menurutnya, pengagihan 10,000 komputer riba ini adalah menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) yang bermula pada Julai hingga Oktober lalu.

“Ini adalah kaedah yang kita ambil untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)”, tambahnya.

Mengulas program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh TNB/SESB untuk DUN Sulaman dan daerah Tuaran, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh penglibatan syarikat swasta, individu berkepentingan dan badan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat di negeri ini.

Katanya, komitmen itu diperlukan bagi membantu golongan asnaf, fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan di seluruh negeri.

“Oleh itu, saya berharap lebih banyak lagi syarikat swasta, NGO dan orang persendirian akan turut melaksanakan program CSR di negeri ini”, katanya.

Beliau yakin usaha murni TNB dan SESB ‘memberi semula kepada masyarakat’ akan memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak untuk mempersiapkan diri dalam pembelajaran di sekolah.

Menurutnya, tanggungjawab sosial korporat ini tidak sepatutnya satu konsep bermusim kerana masih ada lagi rakyat yang hidup dalam kesusahan dan memerlukan bantuan, terutama selepas pandemik COVID-19 melanda negara lebih setahun
lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/16/kerajaan-grs-komited-beri-bantuan-khas-pendidikan-untuk-golongan-memerlukan/feed/ 0 9960
YADIM MPT Lancar Food Bank Bagi Golongan yang Memerlukan https://sabahmedia.com/2021/06/12/yadim-mpt-lancar-food-bank-bagi-golongan-yang-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2021/06/12/yadim-mpt-lancar-food-bank-bagi-golongan-yang-memerlukan/#respond Sat, 12 Jun 2021 06:46:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1085
Read Time:1 Minute, 32 Second

12 Jun 2021

[email protected]

KINARUT: ‘Sumbang Jika Mampu, Ambil Jika Perlu’ itu la slogan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Sabah sempena melancarkan program ‘Food Bank’ atau Tabung Makanan anjuran bersama YADIM dan Ahli Jawatankuasa Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut, baru-baru ini.

Program Tabung Makanan yang dilancarkan pada 8 Jun lalu, mendapat sambutan daripada orang ramai yang turut memberi sumbangan berupa makanan keperluan seharian ataupun sumbangan kewangan untuk disalurkan ke dalam rak-rak tabung makanan yang diletakkan di ruang legar Masjid Puncak Taqwa bagi golongan yang memerlukan.

Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Sabah, Samin Ongki berkata dalam satu kenyataan medianya semasa melancarkan program Tabung Makanan itu, ia dilancarkan bagi membantu golongan yang terkesan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh 3.0 yang dilanjutkan sehingga 28 Jun ini.

“Ramai individu yang terjejas semasa pandemik Covid-19 melanda negara ini, kita berharap ramai yang tampil untuk turut sama menyumbang jika berkemampuan dan dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Jesteru, ia sekaligus menyerlahkan peranan institusi masjid di komuniti ini,” tambahnya.

Antara barangan keperluan yang
disumbangkan seperti beras, gula, kopi, susu, air mineral dan roti.

Sementara itu, Setiausaha MPT merangkap Penyelaras Food Bank YADIM MPT, Ustaz Nor Azhar Alimin berkata ketika dihubungi pemberita Sabah Media hari ini, sehingga kini ramai pemberi sumbangan yang hadir turut menyumbang barangan keperluan lain dan penerima-penerima juga hadir dengan mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ustaz Azhar Berkata, sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama boleh mengambil empat jenis dari barangan yang telah disediakan dalam rak-rak Tabung Makanan tersebut.

” kita berharap Tabung Makanan ini bukan sahaja dilaksanakan semasa tempoh perlaksanaan PKP 3.0 ini tetapi juga di masa-masa akan datang kerana memberikan impak positif dikalangan masyarakat, ia dapat menyemai sikap saling membantu dan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/12/yadim-mpt-lancar-food-bank-bagi-golongan-yang-memerlukan/feed/ 0 1085