Memukat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 Apr 2024 12:03:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Memukat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warga emas ditemui lemas semasa memukat di pantai Kuala Putatan 2 https://sabahmedia.com/2024/04/26/warga-emas-ditemui-lemas-semasa-memukat-di-pantai-kuala-putatan-2/ https://sabahmedia.com/2024/04/26/warga-emas-ditemui-lemas-semasa-memukat-di-pantai-kuala-putatan-2/#respond Fri, 26 Apr 2024 12:03:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53547
Read Time:49 Second

PENAMPANG: Seorang warga emas lelaki ditemui maut dipercayai lemas semasa menjalankan aktiviti memukat ikan di pesisir pantai Kuala Putatan 2 dekat sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pihak polis mengenai mangsa berkenaan yang dikhuatiri lemas pada jam 2.02 petang tadi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancar oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba Penampang di lokasi kejadian.

“Menurut maklumat pengadu mangsa bersama seorang rakan menjalankan aktiviti memukat ikan di pesisir pantai Kuala Putatan 2 sekitar jam 10.00 pagi tadi dan disedari hilang oleh rakan mangsa pada jam 12 tengahari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Mohd Sajd Lumait berusia 71 tahun itu ditemui telah meninggal dunia pada jam 4.04 petang tadi oleh orang awam lebih kurang satu kilometer dari lokasi mangsa di laporkan hilang.

“Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR ditamatkan pada 5.14 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/26/warga-emas-ditemui-lemas-semasa-memukat-di-pantai-kuala-putatan-2/feed/ 0 53547
Seorang Lelaki Dikhuatiri Lemas Semasa Memukat https://sabahmedia.com/2022/01/03/seorang-lelaki-dikhuatiri-lemas-semasa-memukat/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/seorang-lelaki-dikhuatiri-lemas-semasa-memukat/#respond Mon, 03 Jan 2022 08:28:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10656
Read Time:35 Second

KUALA PENYU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menjalankan aktiviti memukat dalam satu kejadian di Kg Lambidan dekat sini pada Isnin.

Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I ) Misran Bisara berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.59 pagi ( 3 Jan 2022) mengenai insiden itu dan pasukannya dikerah ke lokasi kejadian kira-kira 38 kilometer dari Balai Bomba Kuala Penyu.

“Maklumat yang diterima dalam kejadian awal pagi tadi, mangsa berusia 39 tahun dikenali sebagai Sharizan Sani dikhuatiri lemas semasa menjalankan aktiviti memukat di Kg Lambidan.

“Sehingga kini mangsa belum ditemui, operasi mencari dan menyelamat dari pelbagai agensi selain pihak Bomba sedang giat dijalankan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/seorang-lelaki-dikhuatiri-lemas-semasa-memukat/feed/ 0 10656