Menahan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 30 Jul 2021 11:15:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Menahan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis berjaya menahan suspek terlibat kes curi Mesin Air https://sabahmedia.com/2021/07/30/polis-berjaya-menahan-suspek-terlibat-kes-curi-mesin-air/ https://sabahmedia.com/2021/07/30/polis-berjaya-menahan-suspek-terlibat-kes-curi-mesin-air/#respond Fri, 30 Jul 2021 11:13:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3802
Read Time:1 Minute, 19 Second

BEAUFORT: Polis berjaya menahan suspek seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes curi Mesin Air BioEnergy di Pekan Kuala Penyu dekat sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Supritendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal kes mendapati pengadu telah kehilangan Mesin Air BioEnergy pada 16 Mei 2021, jam 7.30 pagi yang dipasang di alamat Wonderful Aneka Center, Kedai Lot 18 Pekan Kuala Penyu telah tiada dipercayai telah dicuri kerana wayar mesin tersebut terjuntai seperti ditarik.

“Pengadu telah datang ke Balai Polis pada hari tersebut dan membuat laporan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

“Susulan dari laporan pengadu, pihak polis bertindak menjalankan siasatan di tempat kejadian didapati Mesin Air pengadu di pasang di kaki lima Wonderful Aneka Center Kedai Lot. 18, Pekan Kuala Penyu bersebelahan dengan Stesen Minyak Shell Pekan Kuala Penyu.

“Anggota detektif telah dimaklumkan dan diarahkan untuk cari maklumat, kesan dan tangkap suspek yang terlibat,” jelasnya.

Hasil maklumat terperinci, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Beaufort telah berjaya mengesan dan menahan suspek yang berumur 35 tahun, pada 30 Julai 2021, jam 11.30 pagi bertempat di sebuah Pondok tidak bernombor di Kampung Kerukan, Kuala Penyu. Suspek telah dibawa ke IPD Beaufort untuk siasatan lanjut.

Menurut Yusoff Zaki lagi, suspek telah mengaku terlibat dengan kes yang sedang disiasat dan beberapa lagi kes melibatkan kesalahan Pecah Rumah, Tabika Kemas dan Rumah Sarang Burung disekitar kawasan Kuala Penyu bersama beberapa lagi suspek yang telah ditangkap.

“Setakat ini, sebanyak tujuh kes Pecah Rumah di kawasan Kuala Penyu telah berjaya diselesaikan hasil dari tangkapan terhadap suspek ini,” tambahnya.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/30/polis-berjaya-menahan-suspek-terlibat-kes-curi-mesin-air/feed/ 0 3802
APMM berjaya menahan 5 PATI, 3 daripadanya positif COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/07/28/apmm-berjaya-menahan-5-pati-3-daripadanya-positif-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/07/28/apmm-berjaya-menahan-5-pati-3-daripadanya-positif-covid-19/#respond Wed, 28 Jul 2021 09:36:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3689
Read Time:1 Minute, 43 Second

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tawau berjaya menahan sebuah bot penumpang membawa lima Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kedudukan dua batu nautika barat daya Tanjung Batu, dekat sini sekitar jam 11.45 malam, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, kesemua lima orang tahanan didapati tiga daripada PATI tersebut positif COVID-19 hasil ujian saringan pengesanan awal (RTK) dan mereka telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Siva, tangkapan ini berikutan hasil maklumat risikan mengenai terdapatnya bot penumpang tempatan yang menjalankan aktiviti membawa masuk PATI secara haram melalui perairan Tawau.

“Pemantauan melalui Ops Cegah PATI Selatan COVID-19 oleh bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan bot penumpang berpendaftaran tempatan itu bergerak dari arah sempadan perairan Indonesia – Malaysia menuju ke perairan Tawau dalam situasi mencurigakan.

“Berikutan itu bot ronda Maritim menuju ke arah bot tersebut untuk melakukan pintasan dan juragan bot telah bertindak agresif dengan memecut laju hingga hilang kawalan dan terbalik.

“bagaimanapun juragan serta lima penumpang di dalam bot tersebut berjaya diselamatkan dan diberkas anggota Maritim Malaysia,” katanya.

Siasatan awal mendapati juragan bot, lelaki warga tempatan berusia 17 tahun manakala lima penumpang terdiri dari dua lelaki dan tiga wanita merupakan warga Indonesia berumur diantara 15 hingga 58 tahun.

Namun, kesemua penumpang gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan memberi alasan insiden bot terbalik menyebabkan kesemua dokumen jatuh ke laut.

Juragan serta kesemua penumpang telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 atas cubaan memasuki negara ini melalui laluan laut yang tidak diwartakan.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dengan cubaan membawa masuk warga asing ke negara ini,” tambah Siva.

Kerjasama dengan agensi-agensi lain akan terus diperkukuhkan dalam memastikan undang-undang negara dipatuhi sepenuhnya.

Siva juga menyeru kepada orang ramai supaya salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/28/apmm-berjaya-menahan-5-pati-3-daripadanya-positif-covid-19/feed/ 0 3689