Menang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 31 Mar 2024 12:53:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Menang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelajar Teknologi Elektrik KV Keningau menang dana laksana Bengkel Kemahiran https://sabahmedia.com/2024/03/31/pelajar-teknologi-elektrik-kv-keningau-menang-dana-laksana-bengkel-kemahiran/ https://sabahmedia.com/2024/03/31/pelajar-teknologi-elektrik-kv-keningau-menang-dana-laksana-bengkel-kemahiran/#respond Sun, 31 Mar 2024 12:53:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51954
Read Time:1 Minute, 6 Second

KENINGAU: Sekumpulan pelajar daripada program Teknologi Elektrik Kolej Vokasional Keningau telah dipilih sebagai pemenang dana projek komuniti “Amal Fund” bagi idea mereka iaitu Bengkel Kemahiran Penyelenggaraan Soket Dan Peralatan Elektrik.

Mereka dimaklumkan secara peribadi oleh pengasas Amal Fund itu sendiri iaitu Nurul Amalina Che Ariffin, seorang rakyat Malaysia yang kini bertugas di Amerika Syarikat, pada 18 Mac 2024.

Kumpulan itu menerima dana berjumlah RM500 untuk melaksanakan bengkel tersebut.

Pasukan ini terdiri daripada lapan pelajar iaitu Alleyson Voo, Claijster Christian, Glenn Nichles, Vincent Frankie, Nadiirah Naquyyah, Nur Effanddy Ramadhan, Evangelson Glorius dan Danniel Imannuel.

Mereka menamakan projek mereka “Be Your Own Handyperson” yang merupakan satu bengkel yang melatih pelajar kolej tentang cara-cara memeriksa dan membaiki soket dan peralatan elektrik seperti lampu dan kipas secara selamat dan betul.

Mereka mensasarkan pelajar kolej yang menyewa tempat tinggal sendiri kerana golongan ini lebih memerlukan kemahiran asas penyelenggaraan.

Alleyson Voo, selaku ketua pasukan tersebut berkata, dia bersyukur kerana projek mereka telah dipilih sebagai penerima dana tersebut memandangkan ini adalah satu platform yang praktikal untuk membantu komuniti.

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin Akup turut berbangga dan mengucapkan tahniah kepada pasukan ini atas inisiatif tersebut yang membolehkan mereka mengamalkan apa yang mereka telah pelajari di kolej itu.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar lebih ramai pelajar menggunakan kemahiran mereka untuk membantu komuniti secara sukarela.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/31/pelajar-teknologi-elektrik-kv-keningau-menang-dana-laksana-bengkel-kemahiran/feed/ 0 51954
Kolej Vokasional Lahad Datu menang anugerah terbaik PRIN 2023 https://sabahmedia.com/2023/10/20/kolej-vokasional-lahad-datu-menang-anugerah-terbaik-prin-2023/ https://sabahmedia.com/2023/10/20/kolej-vokasional-lahad-datu-menang-anugerah-terbaik-prin-2023/#respond Fri, 20 Oct 2023 02:08:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43879
Read Time:1 Minute, 25 Second

LAHAD DATU: Kolej Vokasional Lahad Datu dinobatkan sebagai pemenang anugerah terbaik dalam Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023 (PRIN 2023).

PRIN2023 merupakan program inovasi dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar dan ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, serta guru di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.

Program ini dijalankan dalam bentuk pertandingan, di mana para peserta akan mempamerkan produk dan hasil kajian mereka, dan dinilai oleh pakar dari industri.

Keputusan itu diperolehi selepas Kolej Vokasional Lahad Datu mendapat anugerah emas kategori Guru dan Anugerah Pingat Emas kategori IPT/KV.

Produk Inovasi Cufeed A1 dalam kategori guru manakala Produk inovasi Profeed dalam kategori IPT/KV telah diumumkan mendapat anugerah pingat emas dalam pertandingan tersebut.

Inovasi Cufeed A1 seterusnya diumumkan sebagai pemenang terbaik Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023.

Adib selaku wakil dalam kumpulan inovasi Cufeed A1 menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga kerana mendapat anugerah dalam pertandingan yang berprestij tersebut.

Beliau juga menyatakan tunjang bagi kejayaan ini adalah ketua Kumpulan inovasi itu sendiri iaitu Nor Abdi Jaumi.

“Nor Abdi sangat gigih dan komited dalam memperjuangkan inovasi Cufeed A1.

“Beliau juga merupakan innovator yang hebat dan mampu memimpin team kami sehingga berjaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Adib, Inovasi Cufeed A1 merupakan inovasi makanan untuk ternakan poltri seperti ayam dan itik serta ternakan ruminan seperti lembu dan kambing. Makanan yang dihasilkan sangat rendah kos namun mempunyai kualiti yang sangat tinggi.

“Selain inovasi Cufeed A1, kumpulan ini juga telah berjaya menghasilkan 48 inovasi lain yang juga telah dipertandingkan diperingkat antarabangsa, kebangsaan dan lain-lain peringkat.

“Semoga ianya menjadi suri teladan kepada masyarakat untuk membudayakan inovasi dalam kehidupan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/20/kolej-vokasional-lahad-datu-menang-anugerah-terbaik-prin-2023/feed/ 0 43879