menara gading – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Jun 2025 11:27:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png menara gading – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka peluang pendidikan, pendedahan teknologi pelajar Tawau https://sabahmedia.com/2025/06/14/program-selangkah-ke-menara-gading-2025-smj-dron-2025-buka-peluang-pendidikan-pendedahan-teknologi-pelajar-tawau/ https://sabahmedia.com/2025/06/14/program-selangkah-ke-menara-gading-2025-smj-dron-2025-buka-peluang-pendidikan-pendedahan-teknologi-pelajar-tawau/#respond Sat, 14 Jun 2025 11:24:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75555
Read Time:2 Minute, 16 Second

TAWAU: Usaha memperkasakan pelajar di daerah ini dalam menentukan hala tuju pendidikan dan kerjaya masa depan diteruskan melalui penganjuran Program Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025.

Program anjuran Parlimen Tawau dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Konsulat Republik Indonesia Tawau-Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau serta Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Tawau dihadiri lebih 4,000 peserta terdiri daripada
pelajar dan ibu bapa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata program yang berlangsung hari ini mendapat sambutan baik daripada para pelajar sekolah menengah sekitar daerah Tawau dan Kalabakan yang hadir bagi mendapatkan pendedahan berkaitan institusi pendidikan tinggi dan teknologi terkini seperti dron serta kepintaran buatan (AI).

“Pendidikan merupakan aset negara yang paling bernilai dan program seperti ini mampu memberi panduan kepada para pelajar dalam membuat keputusan bijak berkaitan masa depan akademik dan kerjaya mereka.

“Cabaran besar yang dihadapi pelajar hari ini adalah memastikan mereka tidak tersalah pilih program. Program sebegini penting dalam membantu pelajar memahami kaitan antara bidang pengajian dan prospek pekerjaan,” katanya dalam ucapan perasmian Program Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025.

Dalam majlis itu, Mohd Arifin diwakili oleh Timbalan Setiausaha Tetap II, Syahrin Samsir.

Turut hadir Ahli Parlimen Tawau Datuk Loh Su Fui.

Mengulas lanjut, Mohd Arifin turut menekankan bahawa laluan pendidikan bukan hanya tertumpu kepada universiti awam (IPTA), tetapi turut merangkumi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), yang kini diiktiraf sebagai laluan utama oleh kerajaan.

“Terdapat 1,398 institusi TVET di seluruh negara dan kini seramai 430,000 pelajar menuntut di dalamnya. TVET bukan lagi pilihan kedua, malah ada graduan GiatMARA dalam bidang aeroangkasa yang kini memperoleh pendapatan sehingga RM15,000 hingga RM20,000 sebulan bekerja di luar negara seperti Dubai,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, pelajar turut diberi pendedahan mengenai penggunaan teknologi dron, yang diklasifikasikan sebagai salah satu cabang kepintaran buatan AI.

Menurut beliau lagi, dron kini digunakan dalam pelbagai sektor termasuk pemadaman kebakaran, pemantauan trafik dan pertanian moden.

Menyentuh aspek bantuan pendidikan, Mohd Arifin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sabah sentiasa komited dalam memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah tidak tercicir.

“Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sering menegaskan bahawa kemiskinan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pendidikan.

“Sebanyak 13 jenis bantuan pendidikan telah diperkenalkan termasuk bantuan khas tunai peperiksaan, bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Bestari, serta tajaan pendidikan bagi mereka yang mendapat tawaran ke universiti.”

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar satu sesi khas diadakan pada masa akan datang bagi menyebarluaskan maklumat bantuan-bantuan ini kepada pelajar dan ibu bapa.

Katanya, program hari ini bukan sahaja menyasarkan peningkatan pengetahuan para pelajar mengenai hala tuju pendidikan, malah turut membuka mata mereka terhadap realiti industri dan peluang yang tersedia dalam dunia teknologi dan kejuruteraan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/14/program-selangkah-ke-menara-gading-2025-smj-dron-2025-buka-peluang-pendidikan-pendedahan-teknologi-pelajar-tawau/feed/ 0 75555
Program MENITI UMS Beri Peluang Kedua Pelajar B40 ke Menara Gading https://sabahmedia.com/2021/10/27/program-meniti-ums-beri-peluang-kedua-pelajar-b40-ke-menara-gading/ https://sabahmedia.com/2021/10/27/program-meniti-ums-beri-peluang-kedua-pelajar-b40-ke-menara-gading/#respond Wed, 27 Oct 2021 06:58:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7971
Read Time:2 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Program MENITI inisiatif Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus dilaksanakan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar Sabah dari golongan isi rumah B40 yang gagal atau tercicir dalam permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) melalui saluran UPUOnline untuk melanjutkan pengajian ke menara gading. 

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, program tersebut yang merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) UMS sejak tahun 2013 bertujuan memberi peluang lebih ramai pelajar B40 yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

“Pada tahun ini, seramai 201 calon pelajar B40 dari pelbagai daerah telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian bagi program akademik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), dan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF).

“UMS melihat peluang pengajian tinggi kepada anak-anak dari keluarga B40 ini perlu agar mereka dapat belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib diri dan keluarga serta keluar dari kepompong kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan surat tawaran kepada calon-calon di sembilan buah rumah di daerah Papar, Membakut dan Beaufort baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Taufiq berkata calon-calon yang tersenarai dalam program MENITI ini merupakan mereka yang mencapai syarat kelayakan minimum untuk melanjutkan pengajian di Universiti Awam tetapi tidak berjaya atau tercicir dalam sistem UPUOnline kerana bersaing dengan rakan-rakan yang mempunyai keputusan akademik lebih tinggi.

“Tetapi UMS melihat keperluan dari sudut sosio ekonomi keluarga, keupayaan dan syor dari ketua kampung atau guru sekolah, maka kita menawarkan satu peluang untuk mereka belajar.

“Ramai pelajar dari program ini sebenarnya berjaya sehingga mendapat kelas pertama dalam pengajian walaupun mereka dari golongan susah dan tidak cemerlang pada awalnya di sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Taufiq memaklumkan rombongan UMS turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada keluarga pelajar sewaktu mereka menyerahkan sendiri surat tawaran.

“UMS amat prihatin dengan keadaan keluarga calon pelajar apatah lagi dalam musim Pandemik COVID-19 pada ketika ini yang banyak menjejaskan ekonomi rakyat, justeru diharapkan sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga pelajar,” kata Taufiq.

Sementara itu, salah seorang calon pelajar dari Kampung Brunei Laut, Membakut, Mariani Mahadi tidak menyangka rombongan UMS yang diketuai Taufiq datang sendiri ke rumahnya untuk menyerahkan surat tawaran.

“Program sebegini jarang diadakan apatah lagi Naib Canselor sendiri sanggup turun padang, justeru saya menganggap ini sebagai rezeki saya dan keikhlasan rombongan dari UMS lebih mendorong saya untuk terus sambung belajar,” katanya yang ditawarkan program Seni Kreatif.

Seorang lagi calon pelajar yang menerima tawaran pengajian program Pemasaran, Siti Nursyafiqah Fatin Muhajirin Hannasi berkata beliau sememangnya amat teringin untuk menyambung pengajian di universiti.

“Pada mulanya saya agak kecewa apabila mendapat keputusan dari sistem UPUOnline yang menyatakan saya gagal dalam permohonan, namun peluang kedua ini benar-benar membuat saya teruja.

“Saya amat gembira dengan tawaran ini, dan nekad untuk berusaha dengan lebih baik dan mencontohi abang dan kakak saya yang juga berjaya melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat universiti,” ujar Siti Nursyafiqah.

Turut serta dalam acara penyerahan surat tawaran ke rumah pelajar tersebut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik, Darwis Awang; Timbalan Dekan ASTiF, Dr. M Fazmi Hisham; dan Ketua Program Pemasaran, Dr. Bamini a/k Balakrishnan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/27/program-meniti-ums-beri-peluang-kedua-pelajar-b40-ke-menara-gading/feed/ 0 7971
Mahu Lebih Ramai Generasi Muda Jejak Menara Gading https://sabahmedia.com/2021/10/05/mahu-lebih-ramai-generasi-muda-jejak-menara-gading/ https://sabahmedia.com/2021/10/05/mahu-lebih-ramai-generasi-muda-jejak-menara-gading/#respond Tue, 05 Oct 2021 07:03:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7194
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA BELUD: Generasi muda perlu sentiasa memegang impian untuk melanjutkan pelajaran sehingga menara gading dan menjadi pelapis kejayaan kepada keluarga serta komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renddan berkata, anak-anak khususnya di luar bandar sentiasa mempunyai keinginan untuk mencipta kejayaan sekaligus mendapatkan pekerjaan yang baik dan membantu keluarga.

“Kita mempunyai ramai anak-anak yang bijak dan rajin.  Justeru itu, saya mahu semua ibu bapa dan guru untuk sentiasa menjadi pemkar semangat untuk kejayaan anak masing-masing.

“Selain itu juga, ibu bapa juga perlu sentiasa menyuntik motivasi yang positif kepada anak-anak kerana mereka adalah harapan kita, harapan bangsa yang kelak akan meneraju negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan yang menerima tawaran kemasukan ke universiti di sini kelmarin.

Fairuz yang juga Ketua ARMADA BERSATU Negeri Sabah turut menyampaikan sumbangan wang kepada 15 pelajar yang menerima kemasukan ke universiti tidak lama lagi.

“Saya sebagai ADUN di sini, tiada lain harapan saya, tentunya saya ingin anak-anak muda kita berjaya dan mengharumkan nama Pintasan, selain daripada membawa pembangunan dan membantu rakyat di sini.

“Saya amat bangga dengan anak-anak ini yang pastinya tidak lama lagi, akan berjaya dan menjadi contoh ikutan kepada generasi seterusnya, semoga adik-adik semua terus berjaya dengan cemerlang,”katanya.

Tambah Fairuz, beliau juga akan memberikan sumbangan berupa komputer riba untuk kegunaan kesemua anak-anak yang bakal melanjutkan pelajaran itu dalam masa terdekat.

“InsyaAllah, jika semua berjalan lancar, minggu hadapan, kita akan berikan adik-adik semua komputer riba, untuk kegunaan bagi menyiapkan tugasan di kampus, belajar dan untuk dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya harap dengan serba sedikit sumbangan dari saya ini, mampu memberi sinar kegembiraan dan semangat kepada adik-adik semua, belajar rajin-rajin, ingat ibu ayah dan insyaAllah, adik-adik pasti berjaya kelak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/05/mahu-lebih-ramai-generasi-muda-jejak-menara-gading/feed/ 0 7194