Menara telekomunikasi jendela – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 19 May 2024 05:51:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Menara telekomunikasi jendela – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 400 menara telekomunikasi di Sabah siap hujung tahun ini https://sabahmedia.com/2024/05/19/400-menara-telekomunikasi-di-sabah-siap-hujung-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2024/05/19/400-menara-telekomunikasi-di-sabah-siap-hujung-tahun-ini/#respond Sun, 19 May 2024 05:51:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54637
Read Time:1 Minute, 5 Second

Tawau : Sebanyak 400 menara telekomunikasi di bawah pelaksanaan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Pertama dijangka siap penghujung tahun ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihak kontraktor telah menyatakan komitmen untuk menyiapkan keseluruhan menara tersebut di bawah inisiatif JENDELA Fasa Pertama di seluruh Sabah.

“Garis masa ini bukan diberikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tetapi adalah persetujuan dengan kontraktor sendiri, jadi bila mereka telah meletakkan garis masa ini dan jika gagal maka akan ada tindakan yang boleh kita ambil.

“Sekarang kita baru menyiapkan hampir 90 menara secara keseluruhan dari sasaran 400 buah menara. Banyak lagi menara yang perlu disiapkan, jadi kita akan datang hampir setiap bulan untuk mendapatkan taklimat daripada syarikat kontraktor bersekali dengan wakil daripada pejabat tanah dan juga MCMC Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikiam ketika ditemui pada Program Tinjauan Pengoperasian Menara Telekomunikasi (JENDELA) di Kampung Mangga Tawau di sini.

Fahmi berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada perkara ini sehingga selesai dan ia merupakan komitmen yang di berikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan inilah yang akan di laksanakan.

Hadir sama Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Malaysia Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui dan Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Hamild Awang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/19/400-menara-telekomunikasi-di-sabah-siap-hujung-tahun-ini/feed/ 0 54637
JENDELA : Sabah harap 60 peratus menara telekomunikasi siap dipasang hujung tahun ini https://sabahmedia.com/2024/05/10/jendela-sabah-harap-60-peratus-menara-telekomunikasi-siap-dipasang-hujung-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2024/05/10/jendela-sabah-harap-60-peratus-menara-telekomunikasi-siap-dipasang-hujung-tahun-ini/#respond Fri, 10 May 2024 09:59:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54230
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah berharap pemasangan 398 menara telekomunikasi baharu di negeri ini menerusi pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan dapat mencapai 60 peratus pada hujung tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, projek itu perlu disegerakan memandangkan hanya 54 menara sahaja baru disiapkan setakat ini.

“Kita berharap penghujung tahun ini, kita mencapai 60 peratus dan ini agak lambat dan kita bersyukur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memberi fokus utama kepada perkara ini dan memastikan bekerjasama dengan kita.

“Kita akan membantu mana yang perlu.  kita bantu misalnya dari segi tanah, dari segi jabatan-jabatan yang berhubung dengan kebenaran melaksanakan JENDELA ini disamping memastikan syarikat berkenaan dapat melaksanakan apa yang telah diamanahkan oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pejabat MCMC Sabah di sini hari ini.

Arifin berkata, MCMC juga komited untuk memastikan semua menara disiapkan bagi memberikan kemudahan komunikasi kepada rakyat. 

Selain itu katanya, perkhidmatan talian komunikasi lain seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), 12 pusat antaranya di daerah Tawau, Kudat, Kota Belud dan Kota Kinabalu telah siap sepenuhnya manakala dia lagi terletak di Ranau dan Keningau lagi dalam pembinaan.

“Sebelum ini ia disebut Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang banyak membantu usahawan diperingkat desa. Kerana kita ada satu tempat yang disediakan dengan kemudahan-kemudahan internet yang bolehbamtu usahawan kampung kita,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, pemasangan unit peranti satelit Starlink juga akan terus diperluaskan di kawasan yang bermasalah. 

Katanya, setakat ini kementeriannya telah memasang sebanyak lebih 200 unit starlink melalui Sabah Net. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/10/jendela-sabah-harap-60-peratus-menara-telekomunikasi-siap-dipasang-hujung-tahun-ini/feed/ 0 54230