menara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 15 Sep 2025 13:19:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png menara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pasukan Teknikal Sabah Electricity berjuang membaikpulih bekalan elektrik https://sabahmedia.com/2025/09/15/pasukan-teknikal-sabah-electricity-berjuang-membaikpulih-bekalan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2025/09/15/pasukan-teknikal-sabah-electricity-berjuang-membaikpulih-bekalan-elektrik/#respond Mon, 15 Sep 2025 12:24:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81329
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Pasukan teknikal Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) kini giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih tiang menara yang tumbang di Kampung Sarapung, Penampang.

Pasukan Teknikal mengangkat peralatan membina ERS . – Foto ihsan Sabah Electricity

Ketika ini, pasukan teknikal Sabah Electricity berhadapan dengan cabaran dalam usaha untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan disebabkan cuaca hujan yang menyebabkan perjalanan berjalan kaki untuk masuk ke lokasi tiang menara menjadi sukar.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, keselamatan anggota kerja diberikan keutamaan ketika melaksanakan kerja-kerja pembaikan.

“Walaupun berhadapan dengan keadaan cuaca buruk dan akses yang terhad, mereka tetap meneruskan kerja siang dan malam untuk memastikan bekalan elektrik dapat dipulihkan dalam tempoh masa yang terdekat ini,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Pasukan teknikal Sabah Electricity berjuang di lapangan menggunakan segala kepakaran dan peralatan yang ada untuk memulihkan penyaluran bekalan elektrik dengan selamat dan cepat.

Kerja-kerja mengangkat peralatan ERS menggunakan helikopter. – Foto ihsan Sabah Electricity

Dalam pada itu, Sabah Electricity menzahirkan penghargaan kepada Sabah Air Aviation Sdn. Bhd. kerana memberikan bantuan helikopter untuk kerja-kerja mengangkat peralatan membina tiang Emergency Restoration System (ERS) yang akan dibangunkan sebagai satu usaha menggantikan tiang menara yang tumbang.

Menurut beliau, bantuan menggunakan helikopter untuk mengangkat peralatan dan keperluan mendirikan ERS telah dijalankan pada ketika hujan berhenti pagi tadi.

“Kami mohon kerjasama dan kesabaran orang ramai sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan ini dan pasukan teknikal kami akan terus komited memastikan bekalan elektrik kembali stabil demi kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/15/pasukan-teknikal-sabah-electricity-berjuang-membaikpulih-bekalan-elektrik/feed/ 0 81329
SESB Pantau Menara Talian Penghantaran Di Kawasan Berbukit https://sabahmedia.com/2021/09/21/sesb-pantau-menara-talian-penghantaran-di-kawasan-berbukit/ https://sabahmedia.com/2021/09/21/sesb-pantau-menara-talian-penghantaran-di-kawasan-berbukit/#respond Tue, 21 Sep 2021 09:50:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6706
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berada dalam keadaan siap siaga dan bersedia pada musim cuaca hujan lebat kebelakangan ini bagi memastikan kelangsungan bekalan elektrik atau mengurangkan impak gangguan sekiranya ia berlaku kepada pengguna.

Sejak beberapa minggu lalu, SESB telah melaksanakan pemantauan dari udara ke atas semua menara talian penghantaran terutama yang dibina di kawasan berbukit.

“Pemantauan ke atas menara talian penghantaran ini dilakukan untuk membolehkan penilaian awal dibuat bagi memastikan keadaan menara adalah selamat agar sebarang tindakan pencegahan awal dapat diambil terutama di lokasi yang ada kejadian tanah runtuh berikutan cuaca hujan yang melanda Pantai Barat Negeri Sabah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid dalam satu kenyataan media pada Selasa.

“SESB telah mengenalpasti beberapa lokasi menara talian penghantaran yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi dan tindakan serta merta telah dilaksanakan dengan memasang kanvas dan membina longkang untuk aliran air serta lain-lain langkah mitigasi agar struktur cerun dapat dikawal sebaiknya,” katanya.

Beliau turut mengulas berkenaan dengan kestabilan kedudukan menara talian penghantaran di Kampung Maang Penampang yang tular di media sosial hari ini yang mana menurut beliau kerja-kerja pemantauan dan mitigasi awal telah dilakukan oleh pasukan SESB yang telah menilai dengan lebih dekat keadaan sekitar menara tersebut.

“Kerja-kerja pembaikan cerun di Kawasan menara talian penghantaran ini akan terus dilaksanakan berdasarkan penilaian risiko kami,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nasser juga menjelaskan bahawa SESB akan sentiasa bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir yang akan memberi kesan kepada pepasangan elektrik SESB, termasuk menggerakkan set janakuasa bergerak ke lokasi terjejas pada bila-bila masa diperlukan.

Menurut beliau, persiapan rapi sudah dilakukan di setiap zon dan daerah dengan mengerahkan pasukan teknikal bersiap sedia 24 jam bagi membaiki sebarang kerosakan.

“SESB juga akan membuka bilik gerakan untuk memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai bekalan elektrik,” katanya lagi.

Pengguna yang terputus bekalan elektrik ketika musim banjir boleh menghubungi SESB di talian 15454, 088-515000, Whatsapp 019- 852 5427 atau facebook SESB Careline bagi mendapatkan bantuan pemulihan bekalan atau berkaitan aspek keselamatan elektrik.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air selain tidak menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembab bagi mengelak renjatan elektrik.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/21/sesb-pantau-menara-talian-penghantaran-di-kawasan-berbukit/feed/ 0 6706
51 Menara Baharu 4G Siap Dibina Dibawah Pelan JENDELA Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/06/51-menara-baharu-4g-siap-dibina-dibawah-pelan-jendela-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/06/51-menara-baharu-4g-siap-dibina-dibawah-pelan-jendela-di-sabah/#respond Fri, 06 Aug 2021 08:03:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4137
Read Time:2 Minute, 20 Second

TUARAN: Sebanyak 51 menara baharu 4G telah siap dibina di Sabah yang merupakan sebahagian daripada pembinaan 534 menara baharu 4G dibawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, selain itu sebanyak 1,850 daripada 3,374 stesen pemancar telah dinaiktaraf serta 60,337 premis telah disediakan dengan infrastuktur jalur lebar talian tetap.

“Inisiatif merapatkan jurang digital bagi penduduk bandar dan luar bandar serta pedalaman terutamanya di Sabah telah dipergiatkan melalui pelaksanaan Pelan JENDELA dengan peruntukan sebanyak RM3.5 billion untuk negeri Sabah sehingga 2022.

“Usaha ini akan dapat meningkatkan taraf hidup dan ekonomi digital serta mempermudahkan urusan atas talian seperti pembelajaran dan perdagangan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek JENDELA di Kampung Rungus Nahaba disini pagi tadi.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekita Sabah Datuk Joniston Bangkuai

Arthur berkata, pelaksanaan menara telekomunikasi di Kampung Rungus Nahaba itu telah siap dan mula beroperasi pada 01 Jun lalu dan ia merupakan antara menara baharu yang terawal dilaksanakan di Sabah.

Katanya, menara telekomunikasi itu juga akan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 250 penduduk di kampung berkenaan termasuk guru dan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Rungus Nahaba yang kini boleh menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah melalui jaringan perkhidmatan telekomunikasi 4G yang lebih baik.

“Dengan adanya menara telekomunikasi di Kampung Rungus Nahaba ini juga akan melonjakkan taraf hidup dan memudahkan penduduk setempat untuk melaksanakan pelbagai urusan harian yang memerlukan kemudahan capaian internet.

“Selain itu, kesalinghubungan Internet yang lebih baik juga akan membantu memperbaiki sosio-ekonomi penduduk di kawasan ini melalui pelbagai aktiviti ekonomi yang boleh dilakukan melalui atas talian.

“Selain itu, sebanyak 781 points of presence (PoP) akan disediakan berhampiran kawasan sekolah bagi ketersambungan perkhidmatan jalur lebar,” katanya.

Katanya, penyediaan PoP ini akan membolehkan premis kerajaan, kawasan perumahan dan bangunan komersial yang berdekatan mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar selain dapat menggalakkan lebih banyak aktiviti dalam talian di kawasan luar bandar.

Dalam pada itu, Arthur berkata, PoP juga akan disediakan di kawasan perindustrian di Sabah iaitu kawasan perindustrian Kastam Baru, kawasan perindustrian Keningau, kawasan perindustrian POIC Sandakan, KKIP Kota Kinabalu, Rancha-Rancha Industrial Park, Kiamsam Industrial Park, SEDCO IP Inanam dan POIC Lahad Datu Fasa 1 dan 2.

Katanya, penyediaan points of presence (PoP) yang dilaksanakan di bawah peruntukan kerajaan sedang dalam proses tender secara berperingkat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Terdahulu, pelan JENDELA ini dihasilkan untuk memenuhi aspirasi nasional perkhidmatan komunikasi sebagai usaha memperluaskan liputan dan mempertingkat kualiti perkhidmatan jalur lebar secara menyeluruh bagi Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Ini termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi mempersiapkan negara untuk beralih kepada teknologi 5G. Pelaksanaan JENDELA melibatkan komitmen pelaburan secara komersial daripada pihak pemberi perkhidmatan (industri), pembiayaan melalui dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision – USP) di bawah seliaan SKMM serta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/06/51-menara-baharu-4g-siap-dibina-dibawah-pelan-jendela-di-sabah/feed/ 0 4137