Menarik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 19 Jan 2022 12:58:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Menarik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JQC Akan Ubah Landskap Bandaraya Kota Kinabalu Jadi Destinasi Pelancongan Menarik https://sabahmedia.com/2022/01/19/jqc-akan-ubah-landskap-bandaraya-kota-kinabalu-jadi-destinasi-pelancongan-menarik/ https://sabahmedia.com/2022/01/19/jqc-akan-ubah-landskap-bandaraya-kota-kinabalu-jadi-destinasi-pelancongan-menarik/#respond Wed, 19 Jan 2022 12:58:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11304
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan Sabah sebagai pilihan yang berdaya maju secara komersial untuk pelaburan hartanah dan destinasi menarik kepada pelancongan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri menyokong peranan utama sektor swasta dalam pasaran hartanah. Inisiatif didorong pihak swasta ini akan mendorong lagi momentum ekonomi dalam industri hartanah, meningkatkan aliran pelaburan, meningkatkan kepelbagaian ekonomi secara keseluruhan mewujudkan peluang ekonomi yang lebih luas, dan mewujudkan limpahan ekonomi yang lain.

“Seperti yang digariskan dalam agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, strategi ekonomi Sabah adalah untuk mengukuhkan kelompok ekonomi utama.

“Sektor hartanah adalah komponen utama dalam agenda transformasi ekonomi ini, sebahagiannya, kerana rekod prestasinya yang terbukti dalam membangunkan rangkaian sumber manusia dan dalam pusingan rantaian perbekalan,” katanya pada Majlis Lighting-Up Ceremony Jesselton Quay Central (JQC) di sini pada Rabu.

Dalam hal ini, Hajiji berkata JQC, projek usaha sama antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Suria Capital Holdings Berhad dan SBC Corporation Berhad akan menambah satu lagi transformasi kepada landskap bandar.

“Projek pembangunan bercampur ini terletak secara strategik di kawasan dermaga bandar yang sedang dibangunkan menjadi pusat dengan kemudahan bertaraf antarabangsa, berlatarbelakangkan tepi laut yang indah, dan matahari terbenam yang menakjubkan.

“Pelan Induk Jesselton Waterfront City, yang mana Jesselton Quay Central dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah adalah bahagian penting dan pembangunan yang berterusan di lokasi ini merupakan petanda baik untuk pembangunan hartanah yang berkualiti.

“Apabila siap sepenuhnya, kami dengan bangganya boleh mengatakan bahawa pembangunan infrastruktur di sini dan kebangkitan bahagian lama bandar telah membuahkan hasil,” katanya.

Beliau juga menambah, Jesselton Quay dan One Jesselton Waterfront, serta pelengkap pembangunan di kawasan sekitar, akan mengubah kawasan dermaga ini menjadi satu destinasi yang berwajah baharu di kawasan bandar.

“Pelan yang dicadangkan untuk membangunkan terminal pelayaran antarabangsa sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk meletakkan Kota Kinabalu sebagai terminal pelabuhan serantau dan antarabangsa kini terlaksana,” ujarnya.

Sebagai sebahagian daripada fasa pertama projek pembangunan bercampur Jesselton Quay, JQC dibina terletak di kawasan seluas 16.25 ekar di Pelabuhan Kota Kinabalu dan akan berfungsi sebagai lanjutan dari pusat perniagaan Bandaraya Kota Kinabalu.

Sijil Layak Menduduki (OC) dijangka diperoleh pada suku pertama tahun ini untuk JQC yang terdiri daripada dua menara suite komersial 25 tingkat, satu menara i-hotel 25 tingkat, Gallery Shoppes dan kelab rekreasi bertemakan tropika, di podium atas.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/19/jqc-akan-ubah-landskap-bandaraya-kota-kinabalu-jadi-destinasi-pelancongan-menarik/feed/ 0 11304
Banyak Tempat Menarik Di Eko-Pelancongan Bukit Lugas, Ranau https://sabahmedia.com/2021/11/13/banyak-tempat-menarik-di-eko-pelancongan-bukit-lugas-ranau/ https://sabahmedia.com/2021/11/13/banyak-tempat-menarik-di-eko-pelancongan-bukit-lugas-ranau/#respond Sat, 13 Nov 2021 04:57:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8425
Read Time:2 Minute, 47 Second

RANAU:  Warga penduduk Kampung Waang di sini mengalu-alukan dan menyokong penuh segala usaha dan inisiatif Jawatankuasa  Eko-Pelancongan Bukit Lugas (EPBL) bagi mempromosikan EPBL yang terletak kira-kira lima kilometer dari pusat kampung berkenaan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg.Waang,  yang juga pelopor dan perintis EPBL,  Ajilee Lubin dan Pengerusi EPBL yang baharu, Junadi Layau @ Sahirin  mempelawa orang ramai khususnya kepada pelancong dalam dan luar supaya datang mendaki Bukit Lugas yang pastinya menjanjikan seribu satu kenangan terindah kepada para pendaki yang gemar dengan aktiviti lasak.

Menurut Ajilee, kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk rentas daerah di Sabah patut dimanfaatkan orang ramai untuk melancong  ke destinasi menarik dalam negeri sambil mengamal dan membudayakan ‘Norma Hidup Baharu’ dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan  untuk mengekang penularan virus COVID-19.

“Bukit Lugas pastinya menjanjikan  satu kenangan manis serta keseronokan yang sukar dilupakan oleh setiap pendaki apabila melihat dan memerhati  pelbagai tumbuhan unik seperti bunga Refflesia (jika musim berbunga), pelbagai jenis Orkid sama seperti yang terdapat di  kaki  Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.

“Saya menyokong penuh kenyataan Junadi yang menegaskan semua pendaki ke Bukit Lugas adalah  tertakluk kepada pelbagai peraturan terutama tidak membenarkan untuk memetik atau mengambil apa juga jenis tumbuhan, serangga, burung atau haiwan yang ada di sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Lugas”, jelas Ajilee dalam kenyataannya semalam.

Katanya, Junadi juga menyatakan bahawa kepada yang berminat mendaki Bukit Lugas hendaklah menulis surat rasmi atau membuat panggilan tempahan sehari sebelum mendaki bagi menentukan tarikh mendaki dan jumlah peserta, supaya pihak EPBL dapat menyediakan seorang pemandu pelancong (guide)  untuk setiap  satu kumpulan lima orang dalam satu perjalanan pendakian.

Manakala mengenai yuran mendaki, Junadi menjelaskan seorang pendaki hendaklah membayar yuran RM10 seorang jika mahu mendapatkan  sijil dan RM7 bagi mereka yang tidak memerlukan Sijil dan bayaran seorang  guide ialah sebanyak RM50.

Selain  keindahan panorama dan keunikan tersendiri alam semulajadi  sekitar Bukit Lugas, terdapat beberapa lagi tempat  menarik yang  boleh dilawati sekitarnya seperti Gua Luang  Mondou, Kubu Pahlawan Enggu dan Air Terjun Mogontung yang pasti menggamit hati setiap pengunjung.

Ajilee turut menjelaskan bahawa lokasi antara tempat-tempat tersebut tidaklah berjauhan dan boleh dikunjungi serta tidak mengambil masa terlalu lama.

“Kita hanya mengingatkan setiap pengunjung agar tidak berbuat bising sekitar kawasan berkenaan (Bukit Lugas), kerana dikuathiri menjejaskan dan mengganggu beberapa spesis burung, haiwan serta serangga yang menjadi penghuni tetap di kawasan hutan sekitar bukit berkenaan.

“Menurut  moyang kami suatu ketika dahulu, dilarang sama sekali membuat bising sekitar kawasan tersebut kerana dibimbangi demam ‘disampuk’ bunian (penunggu) kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, kepercayaan itu kini semakin terhakis dengan adanya kecanggihan teknologi seperti  kamera digital dan video perakam  oleh generasi sekarang menyebabkan mereka kurang mempercayai adanya penunggu tersebut”, ujar Ajilee lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/13/banyak-tempat-menarik-di-eko-pelancongan-bukit-lugas-ranau/feed/ 0 8425
Sabah Komited Untuk Memastikan Infrastruktur Dan Utiliti Ada Untuk Menarik Pelaburan https://sabahmedia.com/2021/07/04/sabah-komited-untuk-memastikan-infrastruktur-dan-utiliti-ada-untuk-menarik-pelaburan/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/sabah-komited-untuk-memastikan-infrastruktur-dan-utiliti-ada-untuk-menarik-pelaburan/#respond Sun, 04 Jul 2021 09:21:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2517
Read Time:53 Second

LAHAD DATU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam, melawat Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) di sini, Sabtu, untuk mempercepat kerja-kerja pembaikan jalan yang dijadualkan bermula tahun ini.

Dr Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian (MID) dalam lawatan kerjanya diiringi oleh Pengerusi POIC Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Fredian Gan, Setiausaha Tetap, Thomas Logijin serta sepasukan pegawai dari MID, Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (EPU).

POIC Lahad Datu diposisikan sebagai Hab Logistik yang muncul untuk Sabah dan BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina – East ASEAN Growth Area).

“Semua infrastruktur utama sudah siap dan yang diperlukannya adalah sokongan Kerajaan yang kuat untuk membolehkan pelaburan masuk,” katanya.

Dr Joachim menyatakan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai iltizam kuat untuk merealisasikan agenda perindustrian Sabah dengan penekanan pada industri bernilai tinggi.

Ini adalah lawatan rasmi kedua Dr Joachim ke POIC Lahad Datu dalam tiga bulan lalu.

Dalam pada itu, selepas lawatannya ke tapak projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) POIC, beliau menghadiri mesyuarat yang diadakan di Pejabat Daerah Lahad Datu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/sabah-komited-untuk-memastikan-infrastruktur-dan-utiliti-ada-untuk-menarik-pelaburan/feed/ 0 2517